BANDUNG Jun 2008 telah menemukan kami pada KEMANGI. Pakej 4 hari 3 malam itu disulami kunjungan ke destinasi-destinasi tarikan pelancong..sedari jajaran gedung-gedung rumah mode, Pasar Baru di pusat metropolitan hinggalah menelusuri liku-liku mendaki Puncak Bandung sampai ke Tangkuban Perahu.Rumah Makan yang disinggahi tatkala perut berkeroncong menagih pengisian, bagaikan ketandusan menu yang pelbagai..asyik-asyik Kaloi goreng garing, ayam mini ala burung goreng kunyit, tempe, sambal cili hijau, kari. Menu sebegitu bagi kami stereotype, tiada yang meruntun apetite. Kami hanya terpikat pada sejenis daun ulam yang citarasanya amat menangkap..lain daripada yang lain..tak pernah jumpa..tak pernah rasa."Daun KEMANGI Pak..".Begitu respon seorang pelayan yang kami tanya.
|
Group Bandung Apr' 08 di Safari Indonesia |
|
|
|
Ryna di Tangkuban Perahu-Satu satunya kawah gunung berapi aktif dunia yang boleh dihubungi kenderaan darat. |
NOVEMBER 2009 kami kunjungi Tanjung Balai, Karimun ketika kebosanan hujung minggu menyapa.Buat sekian kalinya KEMANGI menyua salam pada setiap kebanyakan pembuka juadah yang kami tempah.
Awal Febuari 2010 ketika kami nekad menukar showroom Hyundai Pontian menjadi restoran, saringan penjenamaan pun bermula. Kantan, serai, kaduk, siantan semuanya mencelah tetapi KEMANGI juga akhirnya memenangi. Selain kemunculan dan citarasanya yang tersendiri lagi sentimental di hati, kami juga percaya KEMANGI adalah kesinambungan KEMbang dan wANGI nya iktikad bisnes kami ini.
|
Jeti Tanjung Balai, Karimun..menggamit pelancong tapi lesu ! |
|
|
|
Promo jalanan tersendiri ala Indonesia. |
|
|
|
Menu seafood Tanjung Balai..Siput Gonggong rebus dengan pencicah cili padi dan Ketam Nipah 3 jenis masakan..Steam, 3 Rasa dan Blackpepper. Hangus dalam RM60-70..lebih kurang, tak ingat dah.. |