BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, November 1, 2010

KOPI LUWAK: KOPI TERMAHAL DUNIA

MUSANG hanya memilih biji kopi terbaik.


Harga minuman sisa musang cecah RM4,940 sekilogram

Apa kaitan musang dengan kopi termahal dunia? Percaya atau tidak, haiwan inilah yang bertanggungjawab menjadikan harga Kopi Musang atau lebih dikenali Kopi Luwak mencecah RM2,298 (AS$600) hanya bagi 500 gram.Malah, sebuah majalah kewangan antarabangsa, Forbes, menyatakan kopi ini dijual sehingga RM4,940 (AS$1,300) sekilogram yang layak menjadikannya kopi termahal di dunia.

Biji kopi ini adalah campuran yang dituai daripada sisa kumuhan musang di Indonesia dan mamalia ini diketahui tabiatnya hidup dengan menyelongkar biji kopi segar. Haiwan menyerupai kucing ini pemakan buah-buahan, serangga dan haiwan kecil lain untuk hidup. Ia juga makan biji kopi, malah musang menggemari biji kopi yang masak dan berwarna merah segar.
Keistimewaan kopi, ini seperti kata penggemarnya, menghasilkan rasa kelat seperti campuran tanah dengan koko. Malah, hanya kira-kira 453 kilogram Kopi Luwak asli dihasilkan setiap tahun berikutan prosesnya yang rumit serta nilainya yang sangat tinggi.Keluarga Diraja dan golongan ternama dilaporkan menggemarinya, malah penggemar kopi sejati boleh mendapatkannya dengan harga RM114 (AS$30) secawan di hotel bertaraf lima bintang di Hong Kong.
Namun hati-hati, kerana ada yang sekadar menumpang nama Kopi Luwak tetapi ia sebenarnya biji kopi tiruan. dan menurut pakar, kira-kira 40 peratus kopi yang terjual adalah tiruan.

Hakikatnya, musang yang ditemui di Afrika dan Asia bertanggungjawab ‘menghasilkan’ kopi termahal ini dengan memakan biji kopi dan ketika proses penghadaman enzim haiwan ini bercampur dengan biji kopi sebelum ia dikeluarkan melalui proses kumuhan. Inilah rahsia yang menjadikan setiap bijinya mengeluarkan rasa kelat yang unik.Di Asia Tenggara, musang ini lebih banyak menjadikan celah dedaun kebun kopi sebagai rumahnya. Namun, ada juga yang dipelihara khas untuk menjalankan tugasan penting sebagai pemilih kopi istimewa berkenaan. Ini disebabkan haiwan ini sememangnya agak cerewet kerana memilih hanya biji kopi yang terbaik dan masak. Enzim di dalam perut ketika proses penghadaman kemudian mengurai sebahagian daripada biji kopi berkenaan sebelum ia dikumuhkan.

Ketika inilah, gerombolan pekerja akan mengutip sisa kumuhan yang bersepah di kebun kopi sebelum mencuci dan memanggang biji kopi berkenaan yang menghasilkan minuman unik yang enak sehingga ke titisan yang terakhir. Begitupun, di celah keistimewaan dan keunikannya itu ada juga yang meragui kesahihan khasiat Kopi Luwak dan menganggap ia suatu yang pelik dan sekadar gimik untuk tujuan pemasaran.
Namun bagi penggemarnya, Kopi Musang cukup dikenali kerana cukup matang, enak rasanya dan kurang pahit. Memandangkan rasa pahit kopi yang banyak membuat ramai orang tidak menggemari kopi, Kopi Luwak pula mengumpan semakin ramai orang untuk menikmatinya.

Agak sukar untuk mencari sumber Kopi Musang yang tulen memandangkan caranya yang luar biasa untuk dihasilkan. Sebelum penternakan kopi musang popular, kebanyakan penternak akan keluar mencari kumuhan musang liar. Kini, penghasilan kopi ini lebih produktif sejak musang dibenarkan hidup bebas dalam kawasan tertentu menjadikan kumuhan musang lebih mudah dicari.

Akibat populariti kopi yang luar biasa ini, bagaimana Kopi Luwak dibuat secara tidak langsung memberi manfaat kepada jumlah populasi musang kerana menggalakkan lebih banyak habitat untuk musang ini diwujudkan di sekitar kebun kopi berkenaan.














BUAH-BUAHAN: WARNA & KHASIAT


Fitonutrien adalah nutrien atau zat semula jadi yang ada di dalam tumbuh-tumbuhan seperti likopen dalam tomato, resveratrol daripada anggur dan lutein dalam bayam. Fitonutrien ini menawarkan perlindungan antioksida yang sangat luas untuk melawan tindakan radikal bebas di dalam sel yang boleh merosakkan sel dan akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser. Ia boleh dibahagikan kepada lima kategori warna dan setiap satu mempunyai kelebihan tersendiri dalam memberi perlindungan kesihatan iaitu:


a. Hijau
Mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotein dan Epigallocatechin gallate (EGCG).

Fungsinya: Untuk kesihatan sel, paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur darah dan hati; meningkatkan penyerapan kalsium
Sumber: Kubis daun, bayam, lada benggala hijau, selada air, salad, zukini (mentimun Jepun), brokoli, kubis Brussels, kacang panjang, kacang buncis, kacang hijau, bendi, kangkung, mentimun, teh hijau, epal hijau dan semua sayur lain yang berwarna hijau. EGCG juga boleh didapati dalam teh hijau, hitam dan teh oolong yang membantu mengawal paras kolesterol darah.


b. Merah
Mengandungi likopen dan asid elagik.
Fungsinya: Untuk menjaga kesihatan prostat dan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam sel.
Sumber: Epal merah, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu (merah), delima, lobak radish, rasberi, strawberi, ceri, tomato.


c. Kuning-jingga
Mengandungi alfa karotein, beta karotein, beta kriptozantin dan hesperidin
Fungsinya: Untuk kesihatan mata; fungsi imun atau daya ketahanan badan yang sihat; mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan yang sihat
Sumber: Oren, labu, lobak merah, aprikot, keledek, limau, betik, jagung, nanas, lemon (limau kapas), buah markisa. 



d. Putih
Mengandungi alisin, kueresetin, isoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianin
Fungsinya: Mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi salur darah, merangsang fungsi enzim
Sumber: Buah pir, kac--ang soya, bunga kubis, bawang putih, parsnip, lobak putih, kacang putih, cendawan, pisang, kentang, 


e. Biru-ungu
Mengandungi kuersetin, resveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin.

Fungsi: Antosianidin dan resveratrol ialah kumpulan fitonutrien yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dan berperanan penting dalam melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas serta menyokong kesihatan jantung dan salur darah. Ada kajian menunjukkan antosianidin juga menyumbang kepada kesihatan DNA, kulit dan melancarkan pencernaan.

Sumber: Buah tin, anggur, beri biru, boysenberi, kubis merah (ungu), anggur hitam, terung, keledek ungu, kacang hitam, plum, bitroot.

Monday, October 25, 2010

PROTON INSPIRA: Tempah Tanpa Model ?

Sekalipun ramai khalayak terkesima dek penangan buah tangan terbaru Proton ini,teman tak pula merasa begitu. Masakan teman nak urut dada sendiri..minta sabar, minta suspense.. menunggu pelancaran dan tayangan Inspira kepada umum ? Kalau dah sedari awal diuar-uarkan Inspira adalah "cedokan" Lancer, apa perlunya lagi disimpan rasa suspense ini sampai membungkam-bungkam  ? Bahkan, teman agak kaget lagi kurang mengerti perihal peri pentingnya Proton membuka tempahan tanpa ada pratonton modelnya.Patutkah..wajarkah..cerdikkah ? "Nak panggil orang buat tempahan, kena datang showroom..tapi bila datang showroom, modelnya tak ada pulak..konsep showroom apa ke namanya kalau macam nih ?". Demikian luahan seorang kawan rapat teman.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PROTON TERIMA TEMPAHAN 1100 INSPIRA
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Proton Inspira telah menerima 1,100 tempahan dalam tempoh 10 hari walaupun pelancaran rasminya akan dilakukan pada 10 November depan.
Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, walaupun hanya separuh badan kereta itu baru didedahkan, semua pusat jualan Proton kini dikunjungi oleh pelanggan bertanyakan mengenai kereta tersebut.
"Keadaan itu menggambarkan betapa minatnya orang ramai terhadap Inspira.
"Proton berterima kasih kepada mereka yang sudah membuat tempahan. Saya yakin mereka tidak akan kecewa dengan kereta keluaran terbaru kami," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Model Inspira yang dihasilkan bersama oleh Proton dan Mitsubishi Motor Corporation di bawah perikatan strategik kedua-dua pihak boleh didapati dengan dua model iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik
Model Inspira merupakan kereta yang telah dipertingkatkan daripada teknologi Lotus terutamanya dari segi panduan dan kawalan kereta.
Tambah beliau, tempahan yang tinggi terhadap Inspira meletakkan kereta tersebut di antara model yang mendapat tempahan tertinggi selepas Saga Saga sebanyak 9,600 buah, Persona (6,100 tempahan( manakala Exora dengan 3,600 (tempahan).

IKLAN RAYA:TV3 DIDENDA RM50,000

KUALA LUMPUR  21 OKT : Stesyen televisyen TV3 dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan Hari Raya yang dianggap menghina dan memalukan Agama Islam.
Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian, Komunikasi dan Maklumat Datuk Joseph Salang Gandum dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, mengesahkan bahawa SKMM telahpun selesai menjalankan siasatan berikutan bantahan serta aduanorang ramai yang menganggap iklan Hari Raya yang disiarkan menghinna serta memalukan Agama Islam.
TV3, anak syarikat dibawah kumpulan Media Prima Sdn Bhd disiasat oleh SKM di bawah Seksyen 206 3 akta SKMM dan dikenakan denda kompaun maksimum oleh SKMM .
Syarikat penyiaran berkenaan telah menyiarkan iklan Hari Raya berkontroversi tersebut beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri September lalu dan mendapat bantahan dari beberapa pertubuhan dan badan buka kerajaan (NGO) Islam.
Ekoran bantahan yang dibuat, Stesyen TV berkenaan kemudiannya menarik balik iklan yang mengandungi unsur-unsur Krismas serta menghina Islam dan memyiarkan permohonn maaf secara terbuka kepada penonton siaran stesyen televisyen tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Demikianlah kegawatan yang selalunya melanda kita.Khilafnya adalah, kita sedar kita berkuasa dan bertanggungjawap tetapi kita menggenggam amanah itu dengan cincai dan sambil lewa.. ibarat nak makan  ayam halal tetapi hulur ke jiran bukan Islam sebelah rumah tolong sembelihkan. Inilah sebenarnya natijah yang berlaku di sebalik pembikinan iklan ini. Lihat penjelasan di bawah :
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka
 A) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
b) Buku – Bible
c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
    Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

c) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
 
    Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
 Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.
a) Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Seolah-olah Perlakuan Biadab

Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mentertawakan Allah).

Sunday, October 24, 2010

MAGIKA FILEM TERBAIK FFM-23


Tidaklah mengejutkan apabila filem MAGIKA ditabalkan sebagai filem terbaik FFM-23 malam ini.Dalam membicarakan suatu kelainan perfileman Malaysia, MAGIKA memang patut tidak ditolak ke tepi.Kami menonton MAGIKA tiga minggu lepas sekadar mengisi slot ketiadaan filem yang bersesuaian dengan tuntutan anak-anak.Sungguh, kami tidak mengenali MAGIKA sebelum itu.Samada dicanang dan dipromosikan dengan gah ataupun tidak..memang bukan faktor itu yang meruntun kami menonton MAGIKA.Tatapi bila melihatkan anak-anak tidak sedikitpun menunjukkan jemu, sedarlah kami bahawa MAGIKA memang magik. Hendak dianugerahkan berapa bintang tidaklah pula kami pasti.Yang pasti, hendak digarapkan sebuah filem muzikal MAGIKA ini sudah pasti menagih kesinambungan elemen yang pelbagai. Daripada penceritaannya yang bersahaja, perwatakan yang virtual, sinematografi yang ada tara, barisan pelakon yang berwibawa, kesemuanya menunjukkan "flow" yang kena. Kehebatannya bukan pada Mawi(Badang) ataupun tarikan Diana Daniel(Ayu) mewarnai karekter. Tetapi pada konsep filem yang menggaya dan mengkayakan muzikal dalam penceritaan, sesuatu yang amat asing dalam sentuhan filem Malaysia.Kami tabik atas keberanian dan inisiatif sebegini sementalah bukan sebuah dua melodi yang perlu dbuahkan untuk produk ini.Kami tidak menyelami jatidiri perfileman dalam diri KRU, tetapi watak-watak "Pak Pandir, Mak Andih, Nenek Kebayan, Bawang Putih, Bawang Merah, Puteri Gunung Ledang, Badang, Pahlawan Melaka Berlima" membuktikan keseriusan KRU mengadun rencahkan mitos-mitos kemelayuan supaya kembali menjengah seketika di minda kita, kalaupun ramai di antara kita yang sudahpun lupa.

*Kasihan pada member kami Si Odi..tak tengok MAGIKA sampai ke sudah pasal tak ada kawan yang sanggup temankan...filem melayulah katakan..

Thursday, October 21, 2010

MALAM JASAMU DIKENANG (PERSADA)-Persatuan Staff Dato' Ali Haji Ahmad

PERSADA yang naungi Tuan Hj. Mohd Zaini bin Abd. Fatah telah menganjurkan "Malam Jasamu Dikenang" pada 20 Oktober 2010/12 Zulkaedah 1413.Majlis sederhana tetapi meriah itu dilangsungkan bagi meraikan perpindahan, persaraan dan kenaikan pangkat 3 individu ahli majlisnya, En. Mohd. Zakri Abd. Karim, En. Abdollah Mahmud dan En. Bachok Chamik. KEMANGI merakamkan "Selamat Maju Jaya" kepada 3 orang personaliti yang diraikan itu.
Selain majlis "Jelajah Pelancaran Sinar Harian Edisi Johor" dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Pontian dulu, majlis PERSADA muncul paling "formal & protocol" pernah dianjurkan sejak KEMANGI beroperasi.Kesungguhan dan ketelitian ahli gerakerja seliaan Puan Siti Norjanah Bt. Hj. Abd. Azim memang tidak disangkal. Pengesahan diri di kaunter masuk dan pemberian "doorgift", susun atur ahli dan susun atur majlis, ucapan, jamuan, cabutan bertuah...semuanya direncanakan dengan "tip-top".Tahniah dari KEMANGI untuk PERSADA !!