BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Tuesday, January 4, 2011

SUP TULANG MERAH BEACH ROAD

Sup Tulang Merah Singapore ?
Teman terkesima lama dah..masa tu duduk jauh, peluang ke Singapore ntah bila ? Teringin dan terliur bukan kepalang bila suatu petang teman tak sengaja terbaca artikel bergambar pasal keistimewaan Sup Tulang Merah Singapore ini.
Bila bermastautin dekat-dekat Singapore, barulah kesempatan terhidang.Fuh... siksa dan meloyakan juga nak habiskan 1 set/5 ketul gearbox kambing ini. Tapi lepas dua tiga kali pergi dan saja-saja makan lagi, lama kelamaan timbul syok pula.Mulalah lepas tu teman buat pencarian dan perbandingan.Daripada Tanjung Pagar ke Boon Keng..last-last DEEN TULANG SPECIALIST Beach Road juga paling mengancam !
Sup Tulang Merah Singapore..dihidangkan panas-panas bertatahkan hirisan kobis, dilengkapkan dengan potongan roti untuk mencicah.
DEEN TULANG SPECIALIST.. pernah terima publisiti untuk  Singapore Airlines inflight advertisement & Makansutra channel.
DEEN TULANG SPECIALIST..ruangnya sempit tapi penyediaannya pantas.
DEEN TULANG SPECIALIST...Specialist yang bertugas didapur, bukan di hospital !

Sunday, January 2, 2011

TEH TIMBANG BAHAYAKAN KESIHATAN

 Utusan Malaysia-3 Januari 2011


 
JELI 2 Jan. – Teh timbang atau teh sukat yang amat digemari oleh penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka.
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan, Ahmad Nadzri Sulaiman berkata, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.
“Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di rata-rata kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama,” katanya.
Katanya, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.
Sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, katanya.
Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan Kelantan dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan pihak itu.
Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu.
“Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising,” katanya.
Katanya, harga teh timbang juga lebih murah berbanding teh uncang dan perkara itu penting bagi perniagaannya.
Puad Zainudin, 50, pula berkata beliau pernah mendengar mengenai bahaya penggunaan teh timbang bagaimanapun tetap menggunakannya.
“Saya beli yang harga RM12 sekilo, yang murah RM7 sekilo...yang murah aroma teh tak kuat,” katanya. 

Tuesday, December 28, 2010

CEMERON HIGHLAND- Anytime Is Tea Time !


"Anytime Is Tea Time".Agenda Cameron datang lagi ! Hebatnya pukulan "teh tarik & carrot cake"  di  Cameron Valley Tea House ini sering meruntun hati  untuk  saban tahun menggagahi liku-liku 57 km dari Tapah ke Ringlet, Tanah Rata  hingga Brinchang.Mungkin tidak sesedap mana, tetapi magiknya lukisan alam yang terhidang di depan mata itulah yang menambah perisa. Menghayati Carrot Cake bersulam hirupan teh tarik, sesekali disapa bayu segar Cameron Valley sambil memanjakan diri menikmati saujana hijau sepuas-puasnya adalah nikmat percuma pemberian tuhan yang tiada nilai dan taranya.Lalu.."teh tarik & carrot kek" di sini menjadi "teh tarik & carrot cake" paling sedap di dunia..

Monday, December 27, 2010

KARNIVAL UPIN n IPIN @ SACC

Upin dan Ipin adalah sepasang adik-beradik kembar lelaki berusia 5 tahun dan tinggal bersama kakak Ros dan Opah di sebuah rumah di Kampung Durian Runtuh setelah kematian kedua-dua ibu bapa mereka sewaktu masih bayi. Upin dan Ipin bersekolah di Tadika Mesra yang terletak dalam kawasan kampung, di mana mereka berkawan dengan kanak-kanak yang pelbagai ragamnya : Mei Mei si comel dan berpemikiran waras :Jarjit Singh yang gemar berjenaka dan berpantun :Ehsan yang penyepi, cemerkap dan kuat makan :Fizi (sepupu Ehsan) yang penuh keyakinan diri tetapi suka memerli : Mael yang berdaya keusahawanan dan pandai berkira-kira.

Sunday, December 26, 2010

MOHD. ROSDI & SITI HAWA - Dari Bangi Ke Chenderung Balai

Odi, Jejaka Idaman Malaya zon Pontian dan Pulau Pisang sessi pengajian 2007/2009 kini bukan lagi bujangan macho ! Dinikahkan sebulan sebelumnya di Chenderung Balai, majlis perkahwinan pihak lelaki telah dilangsungkan di Seksyen 3 Bangi, pada Sabtu 25 Disember 2010.Dari Bangi ke Chenderung Balai.."Tahajjud Cinta" menyahut salam..di situ,Cinta Adam & Hawapun bersulam..
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru.Semoga kekal berbahagia ke anak cucu !


TAHAJJUD CINTA

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Kau datang ketika duka

dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut

lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira

perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka

dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Terlalu lama aku mencuba

terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Kau datang ketika duka

dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku rebah di dada malam

memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud