BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Sunday, July 14, 2013

KEKAL SIHAT DI BULAN RAMADHAN

KETIKA berpuasa, kadar metabolik seseorang individu mulai menurun tetapi mekanisme tubuh lain pula akan berfungsi.
Secara umumnya, berpuasa pada bulan Ramadan mampu meningkatkan kesihatan seseorang tetapi ada juga kemungkinan ia menjadi lebih teruk!
Faktor penentu yang menyumbang kepada masalah kesihatan individu bukan kerana puasa itu sendiri, tetapi disebabkan jenis makanan yang diambil daripada waktu berbuka sehingga waktu bersahur.
Masalah yang kerap terjadi ketika berpuasa ada antaranya boleh diatasi jika tahu caranya. Berikut terdapat beberapa langkah yang boleh diguna pakai sepanjang bulan Ramadan ini:

1. Pedih ulu hati. Apabila seseorang itu berfikir tentang makanan, otak akan menghantar isyarat di bahagian perut untuk menghasilkan asid yang boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, pedih ulu hati merupakan antara masalah yang kerap terjadi sepanjang bulan Ramadan. Jadi, pastikan kamu memilih makanan yang lambat dihadam ketika bersahur.

2. Dehidrasi. Kekurangan air di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme dan menyebabkan dehidrasi. Sepanjang Ramadan, masalah dehidrasi lebih kerap berlaku kerana kamu perlu menahan lapar dan dahaga lebih daripada 10 jam. Disebabkan itu, penting untuk menikmati air secukupnya semasa bersahur dan juga berbuka.

3. Sakit kepala. Ketika berpuasa, sakit kepala kerap terjadi
kerana beberapa faktor seperti kelaparan, kurang tidur ataupun mengambil kafein dan tembakau. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein dan tembakau secara perlahan-lahan dan dapatkan tidur yang cukup untuk mengurangkan sakit kepala ketika berpuasa.

4. Sembelit. Antara faktor seseorang itu mengalami sembelit adalah pengambilan makanan segera secara berlebihan serta pengambilan air dan fiber yang tidak mencukupi di dalam diet. Bagi mengelakkan masalah tersebut, kurangkan pengambilan makanan segera. Sebaliknya, tambah jumlah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Paras gula rendah. Jika berasa pening, letih, lesu, menggigil, mengalami daya tumpuan yang rendah atau tidak dapat menjalankan aktiviti fizikal ketika berpuasa, kemungkinan kamu mengalami simptom bahawa tahap gula rendah dalam darah. Jadi, pengambilan makanan dan minuman yang bergula ketika sahur dan semasa berbuka puasa perlu dikawal bagi membantu mengelakkan penurunan gula dalam darah secara mendadak. Untuk itu, makanlah buah-buahan segar dan minum jus tanpa gula sebagai sumber tenaga ketika berbuka puasa.

GESA SEGERA NAIK TARAF JALAN BELOKOK-TANJUNG BIN

Gesa segera naik taraf jalan
Keadaan jalan sempit memerlukan pembinaan segera laluan dari Pekan Nenas ke Tanjung Bin.
PONTIAN - Penduduk di beberapa buah kampung di Mukim Sungai Karang dan Serkat, berharap kerja-kerja penyambungan jalan Pekan Nenas ke Tanjung Bin dapat disegerakan.

Penduduk memberitahu  laluan sejauh kira-kira lima kilometer yang merentasi Kampung Sungai Karang, Simpang Kiri, Kampung Sungai Boh, Sungai Chengkeh, Sungai Dinar itu bakal memberi manfaat besar kepada mereka.

Penduduk, Mohammad Samir berkata, apabila jalan baru itu siap sepenuhnya, penduduk dapat menikmati kemudahan jalan yang lebih selesa untuk keluar masuk kampung.

“Dianggarkan hampir 100 penduduk tinggal di kampung-kampung di Mukim Sungai Karang menggunakan laluan itu.

“Laluan ini  juga untuk  hantar anak ke sekolah terutamanya bagi yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Boh, katanya.

Mohammad berkata, dia juga bimbang dengan soal keselamatan penduduk yang menggunakan jalan terbabit memandangkan laluan itu menjadi laluan utama pekerja ke kawasan projek pembangunan di Tanjung Bin.

Katanya, pekerja di kawasan pembangunan berkenaan yang kebanyakannya berkereta didapati memandu dengan laju tanpa menyedari jalan di laluan berkenaan sempit dan kecil berbanding jalan masuk dari Pekan Nenas ke Peradin.

“Kami berharap laluan ini dapat disambung semula bagi membolehkan semua pihak mendapat manfaat bukan sahaja kepada pekerja di Tanjung Bin malah penduduk kampung sendiri dapat menggunakannya dengan selamat dan selesa,” katanya.

Mohammad berkata, dengan beberapa projek baru di Tanjung Bin pada tahun ini, dijangka lebih ramai tenaga pekerja diperlukan termasuk pekerja tempatan yang tinggal di Pekan Nenas, Gelang Patah, Johor Bahru dan sebagainya.

“Saya lihat peluang ekonomi yang lebih baik kepada penduduk kampung apabila laluan baru tersebut siap sepenuhnya kelak.

“Apabila laluan terbabit digunakan oleh pelbagai kenderaan, jalan berkenaan akan menjadi tumpuan seterusnya boleh dimanfaatkan penduduk kampung dengan membuka gerai menjual buah-buahan dan sebagainya untuk menambah pendapatan,” katanya.

Sementara itu, Penghulu Mukim Rimba Terjun, Mohamad Ali Wahab memberitahu projek penyambungan laluan terbabit terletak dibawah kerajaan persekutuan.

“Saya difahamkan Jabatan Kerja Raya sudah pun memohon peruntukan bagi melakukan kerja penyambungan laluan tersebut,” katanya.

Friday, July 12, 2013

DENGGI PONTIAN MELONJAK LEBIH 100%

Muji Salimon (tiga dari kiri) mengetuai Program Gotong-Royong Perdana Denggi Peringkat Daerah Pontian
 di Taman Kota Emas, Pontian, Johor, baru-baru ini. Turut kelihatan, Dr. Norashikin Mahadan (dua dari kiri).

PONTIAN 11 Julai - Sebanyak 44 kes penyakit denggi dilaporkan berlaku di daerah Pontian bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding 21 kes dalam tempoh sama pada 2012 lalu iaitu peningkatan sebanyak 105.6 peratus.
Pegawai Kesihatan Kanan Pejabat Kesihatan Pontian, Dr. Norashikin Mahadan berkata, sebanyak 85 peratus daripada kes tersebut berpunca daripada pembiakan nyamuk aedes di luar premis melibatkan beberapa lokasi seperti di Lorong Pisang, Lorong Nipah, Lorong Manggis, Lorong Kemang, Lorong Mengkudu, Lorong Ciku dan Lorong Kenanga.
"Beberapa tindakan diambil bagi membendung pembiakan aedes dengan mengedarkan risalah dan maklumat kepada penduduk, penyemburan asap dan lawatan susulan. Walaupun tiada kematian dilaporkan, peningkatan kes yang tinggi memerlukan langkah-langkah yang segera agar tidak menjadi ancaman kepada orang ramai.
"Unit Vektor dari Pejabat Kesihatan Pontian turut menganjurkan pelbagai program kesedaran dan bertemu penduduk dari semasa ke semasa. Kami berharap orang ramai mengambil langkah yang perlu bagi membantu mengurangkan kes jangkitan denggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Gotong-Royong Perdana Denggi Peringkat Daerah di Taman Kota Emas, di sini baru-baru ini.
Program yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon itu turut dihadiri Pentadbir Tanah Daerah Pontian, Abd. Rahman Salleh; Yang DiPertua Majlis Daerah Pontian, Miswan Yunos dan Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Supritendan, Jokhiri Abd. Aziz.
Gotong-royong tersebut mendapat kerjasama yang baik melalui penyertaan kira-kira 500 kakitangan jabatan-jabatan kerajaan, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, jawatankuasa penduduk, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan sukarelawan lain.
Menurut Norashikin, jabatan serta agensi kerajaan juga dapat memainkan peranan masing-masing dalam membendung pembiakan aedes dengan menggalakkan kakitangan mereka mengambil langkah pencegahan membunuh jentik-jentik di rumah dan menjaga kebersihan.
"Tanggungjawab bagi memerangi denggi adalah tanggungjawab semua pihak memandangkan statistik yang berlaku di setiap daerah akan menyumbang kepada laporan jumlah penyakit denggi di peringkat negeri," katanya.

OPERASI RAMADHAN: 3 PM - 11 PM (13 JULY - 4 OGOS 2013)



1/ MAKANAN/MINUMAN BERKUALITI DAN PENYEDIAAN YANG PANTAS

2/ MENU YANG PELBAGAI DENGAN HARGA BERPATUTAN

3/ RUANG MAKAN YANG LUAS. BOLEH MENAMPUNG 80 PENGUNJUNG

4/ KURMA & KUIH MUIH PERCUMA DISEDIAKAN

5/ RUANG PAKIR KENDERAAN YANG MENCUKUPI

6/ KEMUDUAHAN BILIK SOLAT DISEDIAKAN


TEMPAH SEKARANG  SEBELUM KEHABISAN RUANG 012-988 0972





Wednesday, July 10, 2013

BUFFET RAMADHAN 2013 JOHOR BAHRU

Nostalgia Selera Kampung - Hotel Sentral, Johor Bahru  Dewasa RM45 nett  Kanak-kanak RM25 nett  Beli 10 Percuma2  Untuk tempahan : 07 222 7788   Shaiful: 6012 988 3710  Laili: 6012 315 3880
Nostalgia Selera Kampung
Hotel Sentral, Johor Bahru
Dewasa RM45 nett
Kanak-kanak RM25 nett
Beli 10 Percuma 2

Harga Promosi sebelum 7 Julai 2013:
RM35 nett
Untuk tempahan : 07 222 7788
Shaiful: 6012 988 3710
Laili: 6012 315 3880


Selera Rakyat Malaysia - Grand BlueWave Hotel Johor Bahru  Dewasa RM68++  Kanak-kanak RM35++  Warga Emas RM48++  Harga Promosi sebelum 30 Jun 2013:  RM58++  Untuk tempahan : 07 221 6666
Selera Rakyat Malaysia
Grand BlueWave Hotel Johor Bahru
Dewasa RM68++
Kanak-kanak RM35++
Warga Emas RM48++

Harga Promosi sebelum 30 Jun 2013:
RM58++
Untuk tempahan : 07 221 6666


Warna-Warni Ramadan - Hotel Selesa, Pasir Gudang  Dewasa RM60 nett  Kanak-kanak RM30 nett  Beli 10 Percuma2  Harga Promosi 23 Mei -15 Jun 2013:  Dewasa RM35 nett  Kanak-kanak RM18 nett  (Sah hanya pada 10 Julai 2013)  Harga Promosi 23 Mei - 15 Jun 2013:  Dewasa RM40 nett  Kanak-kanak RM20 nett  (Sah bermula 10 hingga 15 Julai 2013)   Harga Promosi 16 Jun - 7 Julai 2013:  Dewasa RM50 nett  Kanak-kanak RM25 nett  (Sah bermula 10 hingga 7 Ogos 2013)  Untuk tempahan : 07 251 8899
Warna-Warni Ramadan
Hotel Selesa, Pasir Gudang
Dewasa RM60 nett
Kanak-kanak RM30 nett

Harga Promosi 23 Mei -15 Jun 2013:
Dewasa RM35 nett
Kanak-kanak RM18 nett
(Sah hanya pada 10 Julai 2013)

Harga Promosi 23 Mei - 15 Jun 2013:
Dewasa RM40 nett
Kanak-kanak RM20 nett
(Sah bermula 10 hingga 15 Julai 2013) 

Harga Promosi 16 Jun - 7 Julai 2013:
Dewasa RM50 nett
Kanak-kanak RM25 nett
(Sah bermula 10 hingga 7 Ogos 2013)
Untuk tempahan : 07 251 8899


Gulai Kawah - Le Grandeur Palm Resort, Senai  Dewasa RM66+  Kanak-kanak RM33+  Beli 10 Percuma 1  Harga Promosi sebelum 7 Julai 2013:  RM35 nett     Untuk tempahan : 07 599 600 ext: 8705
Gulai Kawah
Le Grandeur Palm Resort, Senai
Dewasa RM66+
Kanak-kanak RM33+

Untuk tempahan : 07 599 6000 ext: 8705


Ramadan Nostalgia - Myra Bistro M Suites Hotel, Johor Bahru  Dewasa RM72++  Kanak-kanak RM30++  Untuk tempahan : 07 221 1000
Ramadan Nostalgia
Myra Bistro M Suites Hotel, Johor Bahru
Dewasa RM72++
Kanak-kanak RM30++

Untuk tempahan : 07 221 1000 


Bingkisan Rasa Mutiara - Mutiara Johor Bahru  Dewasa RM80++  Kanak-kanak RM50++  Untuk tempahan : 07 330 0300 ext: 0379 / 0381
Bingkisan Rasa Mutiara
Mutiara Johor Bahru
Dewasa RM80++
Kanak-kanak RM50++

Beli 4 Percuma1
(Sah dari 9 - 15 Julai 2013) 

Harga Promosi sebelum 9 Julai 2013:
Dewasa RM80 nett
Untuk tempahan : 07 330 0300 ext: 0379 / 0381 


Salam Ramadhan - New York Hotel, Johor Bahru  Dewasa RM60++  Kanak-kanak RM30++  Untuk tempahan : 07 331 1588
Salam Ramadhan
New York Hotel, Johor Bahru
Dewasa RM60++
Kanak-kanak RM30++
Untuk tempahan : 07 331 1588


Bufet ala Bazar - Pulai Spring Resort  Dewasa RM69++  Kanak-kanak RM35++   Beli 9 Percuma 1  Harga Promosi 17 Jun - 3 Julai  2013:  Diskaun 15%  Untuk tempahan : 07 521 2121
Bufet ala Bazar
Pulai Spring Resort
Dewasa RM69++
Kanak-kanak RM35++
 Beli 9 Percuma 1

Harga Promosi 17 Jun - 3 Julai  2013:
Diskaun 15%
Untuk tempahan : 07 521 2121


Tanjong Puteri Golf Resort  Dewasa RM55++  Kanak-kanak RM33++  Untuk tempahan : 07 259 6136 / 07 259 6132
Tanjong Puteri Golf Resort
Dewasa RM55++
Kanak-kanak RM33++
Untuk tempahan : 07 259 6136 / 07 259 6132


Tradisi Warisan Ibunda - Ponderosa Golf & Country Club, Johor Bahru  Dewasa RM63 nett  Harga Promosi 12 - 16 Julai 2013:  Dewasa RM50 nett  Untuk tempahan :019 790 8857 (Hani) 019 758 8781 (Wan)  019 758 8784 (Ayu) 019 758 8911 (Zam)
Tradisi Warisan Ibunda
 Ponderosa Golf & Country Club, Johor Bahru
Dewasa RM63 nett

Harga Promosi 12 - 16 Julai 2013:
Dewasa RM50 nett
Untuk tempahan :019 790 8857 (Hani) 019 758 8781 (Wan)
019 758 8784 (Ayu) 019 758 8911 (Zam)


Bufet Ramadan - GoodHope Hotel Skudai, Johor Bahru  Dewasa RM48++  Kanak-kanak RM28++      Beli 10 Percuma 1  (Bermula 1 Julai  - 5 Ogos 2013)   Harga Promosi  sehingga 30 Jun 2013:  Dewasa RM38++     Untuk tempahan :07 557 2828
Bufet Ramadan
 GoodHope Hotel Skudai, Johor Bahru
Dewasa RM48++
Kanak-kanak RM28++

Beli 10 Percuma 1
(Bermula 1 Julai  - 5 Ogos 2013) 

Harga Promosi  sehingga 30 Jun 2013:
Dewasa RM38++
Untuk tempahan :07 557 2828


Nur Ramadhan  KSL Hotel & Resort, Johor Bahru Dewasa RM78++ Kanak-kanak RM30++  Beli 10 Percuma 1  Harga Promosi  sehingga 30 Jun 2013: Diskaun 20%  Untuk tempahan :07 288 2688 / 07 288 2999 / 07 288 2666
Nur Ramadhan
 KSL Hotel & Resort, Johor Bahru
Dewasa RM78++
Kanak-kanak RM30++

Beli 10 Percuma 1

Harga Promosi  sehingga 30 Jun 2013:
Diskaun 20%
Untuk tempahan :07 288 2688 / 07 288 2999 / 07 288 2666


Aneka Selera Suria   Suria City Hotel, Johor Bahru  Dewasa RM48 nett  Kanak-kanak RM25 nett  Beli 10 Percuma 1  Harga Promosi  sehingga 30 Jun 2013:  Dewasa RM38 nett  Untuk tempahan :07 223 1791 / 07 223 1792
Aneka Selera Suria
 Suria City Hotel, Johor Bahru
Dewasa RM48 nett
Kanak-kanak RM25 nett

Beli 10 Percuma 1

Harga Promosi  sehingga 30 Jun 2013:
Dewasa RM38 nett
Untuk tempahan :07 223 1791 / 07 223 1792


Restoran Anjung Warisan   Buka Puasa Buffet Ramadan 2013  (Masakan Ala Kampung)   Dewasa RM28 nett  Kanak-kanak RM14 nett  Untuk tempahan : 019 7500 784 / 019 7500 785 / 012 7164 238 / 012 7654 129
Restoran Anjung Warisan
 Buka Puasa Buffet Ramadan 2013
(Masakan Ala Kampung)  
Dewasa RM28 nett
Kanak-kanak RM14 nett
Untuk tempahan : 019 7500 784 / 019 7500 785 / 012 7164 238 / 012 7654 129


Restoran Malay Village   Ramadhan Special Buffet  Dewasa RM35 nett  Kanak-kanak RM19 nett  Untuk tempahan :017 7337 303 / 07 2211 221
Restoran Malay Village
 Ramadhan Special Buffet
Dewasa RM35 nett
Kanak-kanak RM19 nett
Untuk tempahan :017 7337 303 / 07 2211 221

RAMADHAN 1434H / 2013


Sedar tidak sedar telah tiba kembali Ramadhan Al-Mubarakh. Binalah bergunung-gunung azam kerana ianya tidak merugikan. Dan cadangkanlah ruang dan peluang untuk diri sendiri bersama-sama Allah, kerana ianya melazatkan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang penuh pengampunan. Bulan yang merantai dan membelengu iblis. Tetapi membebas dan melepaskan umat manusia dari azab dan siksa.

Marilah kita besama-sama memakmurkannya dengan memperbanyakkan amal ibadat. Dan murahkanlah hati untuk memberi kepada yang lain. Serta sambunglah ikatan silaturahim yang renggang dan terputus itu.

Bukan bermakna Ramadhan ialah bulan mengerjakan kebaikan, dan bulan-bulan lain itu bulan mengerjakan kemaksiatan. Tetapi Ramadhan adalah bulan yang mana penambahan amal kebaikan itu sangat menguntungkan. Malah keuntungannya berlipat kali ganda melebihi kepatutan.
Ramadhan ini juga ibarat medan bursa saham. Yang mana saham yang dijual didalamnya telah dijamin keuntungan yang berganda-ganda. Teragak-agak lagikah kita untuk melipat gandakan perlaburan kita didalam bursa saham yang telah dijamin ini. Dan yang menjaminnya adalah Allah sendiri.

Dan sesungguhnya Ramadhan itu adalah bulan untuk melatih diri menjadi lebih cermat didalam setiap perbuatan. Bulan yang menahan lidah dari perkataan yang sia-sia dan merosakkan. Bulan yang memelihara mata dari pemandangan yang jelek dan menjijikkan. Bulan yang menahan telinga dari halwa yang menghayalkan. Dan bulan yang menahan hati dari niat yang serong. Peliharalah jasmani dan rohani kita. Kerana itu adalah sebaik-baik perlaburan dibulan ini.

Saturday, July 6, 2013

LENDIR SIPUT UNTUK AWET MUDA


IMEJ menunjukkan tiga ekor siput sedang mengesot di muka seorang pelanggan di Jepun.


TOKYO - Pengalaman merasai beberapa ekor siput hidup mengesot di muka bukan sesuatu yang menyeronokkan, namun sebuah syarikat di Jepun telah menyediakan perkhidmatan itu untuk rawatan kecantikan muka terkini.
Rawatan yang pertama kali dicipta itu diharapkan mendapat sambutan dan orang ramai sanggup membayar untuk merasai pengalaman tersebut.
Bermula hari ini, wanita yang mahu membuang sel kulit mati, membersihkan pori-pori muka dan meremajakan muka boleh mendapatkan terapi siput selama lima minit.
"Lendir daripada siput itu membantu menanggalkan sel-sel mati, menyembuhkan kulit selepas terkena sinaran matahari dan melembabkan semula kulit.
"Dengan cara ini anda akan menikmati intipati siput tulen 100 peratus secara langsung pada kulit," kata seorang jurucakap sebuah salon kecantikan, Ci:z.Labo di Tokyo, Manami Takamura.
Lendir siput itu dipercayai mempunyai kesan antipenuaan ke atas kulit manusia.
Selain itu, beberapa jenis kosmetik telah dijual dengan kandungan intipati siput escargot tersebut.
Kos untuk siput itu sahaja bernilai 10,500 yen (RM336), tidak termasuk caj rawatan.