BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Thursday, August 15, 2013

TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL BARU DI PEKAN NANAS

  • Tak mampu tampung sampah

  • Abd Aziz ( kanan) menunjukan kawasan yang dicadangkan sebagai tapak pelupusan sanitari sisa pepejal di Mukim Jeram Batu.
 1 / 1 
PEKAN NENAS - Sebuah tapak pelupusan sisa pepejal sanitari bernilai RM20 juta di Mukim Jeram Batu bakal dibina bagi menggantikan  tapak pelupusan di Jalan Sawah, Pekan Nenas, yang buangan sampah dijangka penuh tidak lama lagi.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian (MDP), Miswan Yunos berkata, tapak pelupusan baru di atas kawasan seluas 10.66 hektar dan dijangka dapat menampung 160  tan bahan buangan setiap hari itu masih di peringkat cadangan untuk dibangunkan.

“Tapak pelupusan baru di  bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara ini sangat penting memandangkan tapak pelupusan sedia ada di Jalan Sawah akan ditutup  dalam tempoh dua tahun lagi.

“Sampah janaan sebanyak 120 tan setiap hari dari Pontian tidak  mampu lagi ditampung,” katanya pada sesi dialog mengenai kajian penilaian kesan alam sekeliling bagi cadangan tapak pelupusan sinatari sisa pepejal di Balairaya Kampung Ulu Pulai di sini, semalam.

Hadir sama, Adun Nusajaya, Dr Zaini Abu Bakar; Adun Pekan Nenas, Yeo Tung Siong dan Perunding Projek Asia Pacific Environmental (ASPEC), Datin Zaharah Mahmud.

Jelasnya, pihaknya berharap agar cadangan untuk pembinaan tapak pelupusan itu diterima penduduk kampung dan taman perumahan sekitar seperti Ulu Choh, Kampung Ulu Pulai, Taman Mas Merah Pekan Nenas, Kampung Batu 26 dan Kampung Jeram Batu.

Penduduk tak setuju

KIRA-KIRA 100 penduduk dari Kampung Ulu Pulai di sini, menolak cadangan pembinaan tapak pelupusan sanitari tersebut kerana bimbang ia akan mengganggu kehidupan  seharian mereka.

Mereka berpendapat, projek tersebut tidak sesuai kerana lokasinya berdekatan dengan kawasan Kampung Ulu Pulai.

Tapak itu juga dikhuatiri akan menjejaskan kualiti alam sekitar dan kesihatan penduduk di situ yang dianggarkan seramai 1,500 orang.

Ketua Kampungnya, Abd Aziz Layong berkata, lokasi tapak yang dicadangkan itu sangat berhampiran dengan kawasan kampung iaitu hanya kira-kira satu kilometer.

“Meskipun pihak perunding memberi gambaran masalah bau  tidak berlaku, namun kami tetap bimbang.

"Ini  kerana tapak sampah baru itu akan beroperasi dalam jangka masa 10 tahun,” katanya.

Tubuh jawatankuasa bantah pembinaan

TEGASNYA, cadangan tapak pelupusan sampah itu dipandang serius penduduk yang akan menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi memastikan ia tidak dibina di situ.

Mereka mahu isu tapak pelupusan sampah yang akan dibangunkan di situ dibawa ke peringkat yang lebih tinggi termasuk ke pihak Menteri Besar Johor bagi tindakan selanjutnya.

Ketua Umno Cawangan Ulu Pulai, Chaminan Bahari berkata, pihaknya akan membawa isu cadangan tapak pelupusan itu ke mesyuarat Umno cawangan yang akan bersidang tidak lama lagi.

“Isu ini melibatkan kehidupan penduduk kampung yang keseluruhannya terdiri daripada orang Melayu.
“Tindakan segera akan dilakukan termasuk untuk membuat memorandum bantahan kepada jabatan terlibat dan  pejabat Menteri Besar,” katanya.

Chaminan berkata, pihaknya turut berharap agar projek yang dicadangkan itu akan dipindahkan ke lokasi lain.

Ini kerana katanya, penduduk sudah tidak sanggup lagi dibebani dengan masalah berkaitan alam sekitar.

Jelasnya, penduduk sudah cukup  sengsara dengan isu pasir kawasan berhampiran yang sudah berlanjutan sejak 90an lagi.

“Diminta pihak yang berkaitan tidak menjadikan lokasi kampung yang terletak bersempadan dengan Pontian, Nusajaya, Gelang Patah ini untuk dijadikan kelebihan membuka tapak pelupusan sampah di sini,” katanya.

Tambahnya, kawasan pembuangan sampah memang sangat penting, tetapi sepatutnya ia ditempatkan di lokasi yang berjauhan daripada kawasan kediaman dan penduduk mencari rezeki.

Buat kajian semula

MANAKALA, Zaini menggesa kajian semula pemilihan tapak pelupusan itu diambil disusuli perbincangan dengan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan secepat mungkin.

Beliau mendapati, keputusan untuk membina tapak pelupusan di situ dicadangkan sejak 2002 lagi.

“Namun, kawasan berkenaan dirasakan sudah tidak sesuai pada masa kini kerana lokasinya yang  sedang pesat membangun,” katanya.

Wednesday, August 14, 2013

PULUT PERIUK KERA JUADAH RAYA




























LABIS 13 Ogos - Masyarakat hari ini mungkin hanya mengetahui periuk kera merupakan tumbuhan meliar di hutan yang kini turut dikembangkan sebagai tanaman hiasan. Namun tidak ramai daripada kita yang merasai pulut periuk kera, juadah Aidilfitri yang menjadi kemestian di beberapa kawasan sekitar Johor dan Pahang.
Bagi pasangan Abdullah Kayan, 46, dan Norashikin Salimin, 41, pulut periuk kera menjadi sumber rezeki lumayan terutama setiap kali menjelang Syawal sebagai salah satu pilihan hidangan.
Menurut Abdullah, rasa pulut periuk kera tidak banyak beza dengan lemang kerana kedua-dua makanan tradisi masyarakat Melayu itu mempunyai banyak persamaan dengan pulut dan santan kelapa sebagai bahan utama.
Bezanya, lemang dimasak di dalam buluh dan dibakar berjam-jam lamanya sementara pulut periuk kera pula dikukus yang hanya memerlukan masa sekitar 15 hingga 20 minit untuk dimasak.
"Ini membuka peluang kepada kepada kami membekalkan sama ada periuk kera mahu pun pulut periuk kera yang sudah siap dimasak kepada mana-mana pihak yang berminat menjadikannya sebagai hidangan. Biasanya tempahan diterima untuk majlis berbuka puasa di pertengahan Ramadan lagi.
"Tetapi paling banyak tempahan diterima adalah sehari sebelum sambutan hari raya kerana ramai yang mahu menghidangkan pulut periuk kera sebagai juadah istimewa pada pagi raya," katanya kepada Utusan Malaysia semasa ditemui di rumahnya di Kampung Tenang, Labis, di sini baru-baru ini.
Menurut Abdullah, dia bersama isteri pernah bersengkang mata pada malam raya tahun lalu untuk menyiapkan 1,500 biji pulut periuk kera yang ditempah pelanggan yang dijual dengan harga RM1 sebiji.
Anggaran 10,000 periuk kera yang dibersihkan dijual setiap tahun pada harga 30 sen dengan sebahagian besar daripadanya adalah permintaan yang melonjak pada setiap kali Ramadan dan Syawal sejak 13 tahun perusahaan itu dimulakan mereka.
Malah, kata Abdullah, periuk kera kini semakin sukar diperolehi sehingga dia terpaksa mengupah Orang Asli untuk mendapatkan bekalan dari Hutan Bekok dengan upah RM50 sehari walhal ia tumbuhan yang melata di sekitar kampung berdekad lamanya.
Sementara itu, Norashikin yang mempelajari cara membuat pulut periuk kera daripada arwah neneknya berpendapat, kesukaran itulah yang membawa rahmat kerana memberi peluang perniagaan kepadanya dan suami.
Tentang cara membuat pulut periuk kera, beliau sendiri menunjukkan cara membersihkan periuk kera yang dijadikan acuan sebelum dikeringkan.
"Kemudian bolehlah masukkan beras pulut yang sudah siap dibasuh, diikuti santan kelapa yang sudah dibubuh garam secukup rasa sehingga tenggelam beras pulut tersebut.
"Selepas proses tersebut selesai, periuk kera yang telah diisi pulut dan santan perlu dikukus selama 15 hingga 20 minit dan selepas itu ia sedia untuk dihidangkan," katanya.

DIPLOMA PENGURUSAN HALAL DI UiTM SARAWAK

KOTA SAMARAHAN 13 Ogos - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak akan menawarkan program baharu iaitu Diploma Pengurusan Halal kepada bakal pelajar ambilan November ini.
Penolong Rektor Kampus 2 Samarahan UiTM Sarawak, Profesor Madya Dr. Firdaus Abdullah berkata, program itu bertujuan memenuhi keperluan pakar di wilayah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Katanya, permintaan terhadap program berkaitan bidang halal sentiasa tinggi terutama di wilayah SCORE, mendorong UiTM Sarawak untuk menawarkan program ini untuk ambilan November.
"Bagi memastikan objektifnya tercapai, kandungan program ini turut dirangka khusus untuk keperluan di negeri ini, terutama di wilayah SCORE," katanya di sini baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Firdaus memberitahu, lepasan sekolah yang kurang cemerlang dalam peperiksaan masih berpeluang melanjutkan pelajaran ke UiTM menerusi program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)
"Program ini diperkenalkan sejak 2010 di UiTM di seluruh negara.
"Program ini bertujuan membantu golongan kurang cemerlang dalam peperiksaan mendapat peluang kedua untuk melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya.
Beliau dalam pada itu memberitahu, permohonan kemasukan sesi akademik 2 2013/2014 ke UiTM secara dalam talian kini dibuka sejak 1 Julai lalu dan bakal berakhir 18 Ogos ini.

Tuesday, August 13, 2013

LALUAN PEJALAN KAKI TAMAN NEGARA TG. PIAI ROSAK DIPUKUL OMBAK

Keadaan laluan pejalan kaki yang musnah sama sekali akibat air pasang besar di Taman Negara Tanjung Piai, Pontian baru-baru ini. - Utusan/ Muhd. Zikri

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Sebahagian laluan pejalan kaki, boardwalk di pesisir pantai Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian ditutup kepada pengunjung kerana mengalami kerosakan akibat dilanda ombak besar berikutan air pasang besar malam tadi.
Pengarah Taman Negara Johor, Suhairi Hashim bagaimanapun berkata, operasi taman itu tidak terjejas dan dibuka kepada umum seperti biasa.
"Berdasarkan laporan yang diperoleh malam tadi, berlaku kejadian air pasang besar menyebabkan sebahagian laluan pejalan kaki itu dihanyutkan ombak setinggi 3.5 meter.
"Kerja-kerja pembaikan membabitkan 100 meter laluan pejalan kaki yang rosak akan dilakukan dan dijangka siap dalam tempoh terdekat," katanya di sini kelmarin.
Laluan pejalan kaki sejauh lebih 500 meter di pesisiran pantai itu dibuka kepada umum pada Jun tahun lalu dan pernah mengalami kerosakan serupa sebelum ini akibat dilanda ombak.
Taman Negara Johor Tanjung Piai popular sebagai lokasi pelancongan kerana lokasinya yang terletak paling selatan di Benua Asia dengan keluasan 926 hektar

Sunday, August 4, 2013

SALAM AIDILFITRI 1434H / 2013

Operasi Restoran Kemangi ditangguhkan sempena kedatangan Aidilfitri dari 5 - 14 Ogos 2013





Saturday, August 3, 2013

JAMU BURASAK DI PAGI RAYA

  • Jamu burasak di pagi raya
  • Yusnuryanti menunjukkan burasak yang sedia untuk dijual.
 1 / 1 
PONTIAN - Menjelang sambutan Aidilfitri kurang seminggu lagi, hidangan makanan tradisional masyarakat Bugis iaitu burasak dan lepat lueh sudah mula ditempah.

Bagi pengusaha makanan tradisional, Zaharah Noh, 61, berkata, sebanyak 200 bungkus burasak dan lepat lueh telah ditempah bagi dijadikan hidangan kepada tetamu pada Aidilfitri nanti.

Jelasnya, proses pembuatan burasak dan lepat lueh yang memerlukan hampir lapan jam untuk dimasak membuatkan hidangan tradisi ini perlu ditempah lebih awal.

“Burasak seperti ketupat nasi, tetapi dicampur dengan sedikit santan. Ia dibungkus leper berbentuk segi empat seperti lepat pisang.

“Cara membungkusnya perlu teliti dan kemas kerana akan dimasak selama lapan jam,” katanya ketika ditemui di Sanglang, Benut.

Pembuatan lepat lueh dan burasak hampir sama, cuma lepat leuh menggunakan pulut dan dibentuk menggunakan acuan berbentuk segi tiga.

“Daun pisang digunakan bagi membungkus kedua-kedua hidangan tradisi ini, namun hanya daun pisang muda saja yang digunakan.

“Selain mampu mengekalkan warna hijau muda, penggunaan daun pisang muda juga membuatkan burasak dan lepat lueh lembut,” katanya.

Bagi menyiapkan tempahan yang diterimanya itu, Zaharah akan dibantu oleh anak perempuannya Yusnuryanti Sading, 29.

“Biasanya yang datang menempah terdiri daripada pelanggan tetap.

“Pelanggan bukan sahaja terdiri daripada masyarakat Bugis, tetapi masyarakat Melayu dan Jawa juga turut menempah hidangan tradisional ini.

“Selain dari pelanggan di sekitar Benut terdapat juga pelanggan di sekitar bandar Pontian yang telah membuat tempahan awal,” katanya.

Menurut Yusnuryanti, dia dan ibunya akan memasak kedua-dua hidangan tradisi ini selepas sahur sama seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini.

“Burasak dan lepat lueh mempunyai rasa yang enak dan tidak jemu dimakan bersama dengan asam pedas, daging masak kicap dan serunding ayam atau daging.

“Kami turut membuka gerai menjual burasak dan lepat lueh setiap hari di hadapan rumah bagi memudahkan orang ramai mendapatkan juadah tradisi ini.

“Sebanyak 20 bungkus burasak dan lepat akan dimasak dan dijual setiap hari, harganya pula RM8 bagi sebungkus lepat leuh dan RM7 bagi burasak,” katanya.

LAPORAN KERETAPI LAJU KL-SINGAPURA DIMUKTAMAD

SINGAPURA - Malaysia telah memuktamadkan laporan penuh projek rel berkelajuan tinggi yang dicadangkan antara Kuala Lumpur-Singapura.
Televisyen tempatan Channel NewsAsia melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia, Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal sebagai berkata, pegawai Malaysia dan Singapura akan bertemu selepas perayaan Aidilfitri akhir bulan ini.
Bercakap secara eksklusif kepada Channel NewsAsia, Mohd. Nur Ismal berkata, butiran projek itu termasuk modal dan pembiayaan akan diumumkan selepas perbincangan dengan pegawai Singapura.
Dianggarkan berkos A$10 bilion (RM30 bilion), rel berkelajuan tinggi itu dijangka siap menjelang 2020.
Dijangka mengurangkan waktu perjalanan antara kedua-dua bandar raya kepada 90 minit, projek itu telah menarik minat pelbagai syarikat antarabangsa termasuk dari China, Jepun, Perancis dan Sepanyol. - Bernama