Rasuah (dalam bahasa Arab disebut risywah) adalah pemberian sesuatu dengan tujuan membatalkan suatu yang haq atau untuk membenarkan suatu yang batil. (Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah)
Disimpulkan, ia adalah apa saja pemberian kepada seseorang untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya atau untuk mengelakkan suatu kerugian yang sepatutnya terjadi kepadanya.
Hukum memberi atau menerima rasuah adalah haram, ia merupakan dosa besar kerana pelakunya dilaknat oleh ALLAH SWT dan Rasul-Nya. Daripada Abdullah bin ‘Amr berkata: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Riwayat Al-Tirmidzi)
Pemberi dan penerima rasuah berhak mendapat kemurkaan ALLAH dan dijauhkan daripada rahmat ALLAH kerana mereka telah melakukan perbuatan batil dan mengambil bukan hak mereka.
Di dalam al-Quran menceritakan tentang orang Yahudi. ALLAH berfirman, bermaksud: “Mereka adalah orang yang ALLAH tidak berkehendak menyucikan hati mereka, bagi mereka kehinaan di dunia dan azab yang pedih di akhirat. Mereka gemar dengar berita bohong dan gemar makan Al-Suht (yang haram).” (Surah Al-Maidah: 41-42)
Dalam mentafsirkan ayat ini, Umar Al-Khatthab, IbnMas’udra dan selainnya mengatakan yang dimaksudkan dengan Al-Suht (suatu yang haram) adalah rasuah. (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurthubi)
Ibnu Mas’ud RA mengatakan, “Rasuah bagi menetapkan hukum (bagi pemerintah atau hakim) adalah kekufuran, ada pun bagi masyarakat adalah Al-Suht (haram).” (Al-Tabarani,Mu’jam Al-Kabir)
Namun, ramai di kalangan masyarakat yang terlibat dengan rasuah yang kadangkala tanpa mereka sedari, boleh jadi kerana istilahnya diubah kepada hadiah dan sebagainya. Hal ini terjadi baik untuk mendapatkan jawatan atau pekerjaan, tender, untuk masukkan anak ke sekolah atau universiti, atau untuk mencapai tujuan dunia yang lain. Ini adalah kezaliman kerana mengambil sesuatu yang mungkin sepatutnya hak orang lain.
Hadiah yang kita berikan kepada hakim atau pemerintah, juga termasuk dalam kategori rasuah yang diharamkan, walaupun ia dilakukan untuk mendapatkan hak kita kembali. Walaupun terjadi khilaf di mana ada ulama membolehkan memberi pemberian untuk mendapatkan hak, namun pendapat ini dibantahi sebahagian ulama yang lain.
Ini kerana jika kita memberi wang kepada hakim kerana kita di pihak yang dizalimi, kita sebenarnya membantunya dalam kezaliman yang dia lakukan, dan menggalakkannya untuk mengulangi lagi kezaliman itu pada masa akan datang. Kerana itu dalam banyak hal yang membabitkan kezaliman pemerintah, Islam banyak menyuruh supaya kita bersabar.
Ini merangkumi petugas-petugas yang mewakili pemerintah seperti polis dan sebagainya, janganlah kita memberi hadiah atau wang kepada mereka untuk melepaskan diri daripada hukuman, atau untuk meringankan hukuman.
Walaupun namanya diubah kepada hadiah, tetapi hakikatnya ia adalah rasuah yang haram dan mendapat laknat ALLAH danRasul-Nya, maka jangan sesekali kita terlibat di dalamnya.
Golongan hakim, petugas, pemerintah juga jangan menerima sebarang bentuk hadiah. Ini termasuk ghulul yang diancam dengan ancaman yang berat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang kami tugaskan dengan suatu pekerjaan lalu kami tetapkan gaji untuknya, maka apa yang dia ambil di luar itu adalah harta ghulul” (Sahih Abu Daud). Ini adalah bagi mengelakkan kezaliman, di mana orang berharta terlepas daripada hukum dengan membayar wang, manakala yang tidak berharta tidak bebas dari hukuman.
Takutlah kita apabila membaca firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa harta itu kepada hakim, supaya kamu memakan sebahagian harta benda orang lain dengan dosa padahal kamu mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 188)
Imam Al-Qurthubi berkata, “Sesiapa mengambil harta orang lain bukan dengan cara yang dibenarkan syariat maka dia telah memakannya dengan cara yang batil. Antara bentuk memakan dengan cara batil adalah seorang hakim yang memenangkan kamu sedangkan kamu tahu kamu salah. Sesuatu yang haram tidak berubah menjadi halal dengan keputusan hakim” (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Qur’an).
BANNER KEMANGI
FACILITIES
Sunday, October 20, 2013
LANGGAR ANAK SENDIRI, SALAH SIAPA ?
MEMBIARKAN anak kecil di dalam kereta tanpa pengawasan boleh mengundang padah.
TRAGEDI yang berlaku pada 11 September lalu, mungkin menjadi igauan seumur hidup bagi seorang bapa, Mohd. Ali Hussin, 53.
Apa tidaknya, insiden yang berlaku pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan dia kehilangan anak kesayangannya, Mohd. Adam, 2, yang menjadi mangsa korban kereta miliknya sendiri.
Lebih menyayat hati apabila mangsa ditemui berlumuran darah dalam keadaan secara melutut di dinding sambil kedua-dua tangan memegang selipar selepas dirempuh kereta yang ‘dipandu’ si abang.
Kejadian yang berlaku di pekarangan rumahnya sendiri di Taman Kerian, Parit Buntar, Perak itu tercetus selepas Mohd Ali meninggalkan kereta tanpa berkunci sebelum masuk ke dalam rumah sebentar bagi mengambil barangnya.
Namun, tiada siapa dapat menyangka, akal panjang anak kecilnya yang berusia empat tahun itu mampu ‘memandu’ kereta bapanya.
Tindakan si abang yang cuba ‘bereksperimen’ dengan kereta Mazda bapanya itu nyata merubah episod hidup dalam keluarga Mohd. Ali.
Insiden itu seolah-olah menjadi pembuka trend nahas maut membabitkan kenderaan undur milik ahli keluarga mangsa sendiri di negara ini.
Ia terbukti apabila dua minggu kemudian, kita digemparkan sekali lagi dengan kejadian seorang budak lelaki, Muhammad Rifaie, 2, yang maut selepas digilis treler yang dipandu bapanya di Taman Megah, Pontian, Johor.
Tidak hanya terhenti di situ, selang dua minggu selepas itu, Muhammad Faqih Mohd. Fitri yang berusia 10 bulan menjadi mangsa korban ibunya sendiri yang tidak sengaja merempuh anaknya ketika mengundurkan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya di Bukit Besar, Kuala Terengganu.
Ini merupakan sebahagian daripada insiden maut yang membabitkan kemalangan kenderaan yang mendapat liputan meluas.
KERATAN akhbar muka depan Kosmo! 10 Oktober 2013.
|
Kecuaian
Belum lagi dikira kes melibatkan kecederaan dan kanak-kanak yang mati lemas dalam kereta.
Sebagai manusia yang ada pegangan agama, kita percaya kematian seseorang itu dianggap ketentuan tuhan.
Namun, setiap apa yang berlaku pasti ada penyebabnya.
Jika nyawa anak-anak itu sendiri diragut oleh insan yang sudah diamanahkan oleh tuhan untuk menjaganya, sudah pasti sebagai ibu bapa, ia menjadi sejarah hitam dalam memori hidupnya.
Dalam hal sebegini, yang jelas ibu bapa sememangnya memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan kanak-kanak.
“Kejadian kemalangan undur kereta ini bukan hanya di Malaysia. Di negara maju seperti Amerika Syarikat dilaporkan sebanyak 448 kematian akibat langgar undur dari tahun 2006 hingga 2010.
“Di Australia sendiri, saban minggu sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak telah terlanggar akibat undur kereta. Kes kemalangan undur kereta ini boleh dikatakan antara kejadian yang kerap berlaku di luar negara selain kes lemas dalam kereta,” ujar Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Anak-Anak Malaysia, Mohd. Fairuz Mohamed Isa.
Mohd. Fairuz menjelaskan antara faktor berlakunya kemalangan tersebut ialah kecuaian penjaga itu sendiri.
Sikap suka tergesa-gesa memandu kereta keluar dari rumah menyumbang kepada kegagalan ibu bapa untuk memastikan keadaan sekitar berada dalam keadaan selamat sebelum menggerakkan kenderaan.
Katanya, sikap semula jadi kanak-kanak juga boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan tersebut.
“Memang sifat semula jadi kanak-kanak yang berasa teruja jika melihat ibu bapanya. Tidak kurang ada juga kanak-kanak yang begitu aktif dan agak nakal.
“Namun, ini bukanlah alasan bagi kita untuk membiarkan mereka tanpa sebarang pengawasan,” ujarnya.
IBU bapa perlu memantau keadaan persekitaran bagi memastikan ianya selamat sebelum mengundurkan kenderaan. - Gambar hiasan
|
Zon buta
Faktor luaran seperti keadaan kereta dan persekitaran juga dilihat antara yang boleh menyumbang kepada kes-kes kemalangan sedemikian.
“Sekiranya kenderaan tidak dilengkapkan dengan alat pengesan undur kereta, ia akan menyukarkan pemandu untuk mengenal pasti objek yang berada di belakang.
“Ini ditambah pula dengan keadaan enjin kereta yang berbunyi bising sehingga tidak dapat mendengar suara lain di sekeliling,” katanya yang memberitahu zon ‘buta’ kenderaan turut perlu diambil kira dalam memastikan keadaan di sekitar kenderaan.
Dalam hal sebegini, mencari kesalahan sesiapa bukanlah penyelesaiannya.
“Namun, kecuaian ini perlu diberi pengajaran dan masyarakat perlu belajar dari kesilapan. Kempen kesedaran, bimbingan dan kaunseling kepada ibu bapa perlu agar kejadian seumpama tidak berulang,” katanya yang memberitahu, Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika ibu bapa didapati bersalah atas kecuaian sehingga mengakibatkan anak-anak cedera.
PROMOSI MAKANAN PANTAI TIMUR DI HOTEL THISTLE JB
JOHOR BAHRU 19 Okt. - Penggemar makanan Pantai Timur terutama Kelantan dan Terengganu boleh menikmati juadah tersebut di Hotel Thistle di sini hingga hujung bulan ini.
Chef Eksekutif hotel berkenaan, Chef Imran Hamid berkata, juadah tersebut akan dihidangkan untuk jamuan makan malam bermula pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam sempena Pesta Makanan Pantai Timur yang dianjurkan pihaknya.
Pesta ini diadakan bagi memperkenalkan menu makanan selain negeri Johor, sebelum ini kami telah memperkenalkan makanan dari Pulau Pinang yang mendapat sambutan menggalakkan.
Kini kami memutuskan untuk mengetengahkan makanan dari dua negeri itu yang sememangnya terkenal dengan juadah yang enak," katanya ketika ditemui pada sesi prebiu di sini baru-baru ini.
Chef Imran memberitahu, antara menu utama yang akan disajikan ialah nasi kerabu, nasi dagang, keropok lekor dan kuih tradisional dari kedua-dua negeri berkenaan yang dihidangkan dalam tiga set menu secara berselang-seli.
Harga bagi hidangan bufet itu bagi dewasa adalah RM85 manakala bagi kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun ialah RM42.50 pada setiap hari Jumaat.
Sementara itu, pada setiap Sabtu hingga Khamis, harganya adalah RM65 bagi dewasa dan RM32.50 bagi kanak-kanak," katanya sambil memberitahu setiap Jumaat, terdapat persembahan kebudayaan untuk menghiburkan tetamu.
Pihaknya juga bercadang untuk memperkenalkan makanan tradisi orang Minang, masakan orang Negeri Sembilan serta masyarakat asli Minangkabau selepas ini.
Chef Eksekutif hotel berkenaan, Chef Imran Hamid berkata, juadah tersebut akan dihidangkan untuk jamuan makan malam bermula pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam sempena Pesta Makanan Pantai Timur yang dianjurkan pihaknya.
Pesta ini diadakan bagi memperkenalkan menu makanan selain negeri Johor, sebelum ini kami telah memperkenalkan makanan dari Pulau Pinang yang mendapat sambutan menggalakkan.
Kini kami memutuskan untuk mengetengahkan makanan dari dua negeri itu yang sememangnya terkenal dengan juadah yang enak," katanya ketika ditemui pada sesi prebiu di sini baru-baru ini.
Chef Imran memberitahu, antara menu utama yang akan disajikan ialah nasi kerabu, nasi dagang, keropok lekor dan kuih tradisional dari kedua-dua negeri berkenaan yang dihidangkan dalam tiga set menu secara berselang-seli.
Harga bagi hidangan bufet itu bagi dewasa adalah RM85 manakala bagi kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun ialah RM42.50 pada setiap hari Jumaat.
Sementara itu, pada setiap Sabtu hingga Khamis, harganya adalah RM65 bagi dewasa dan RM32.50 bagi kanak-kanak," katanya sambil memberitahu setiap Jumaat, terdapat persembahan kebudayaan untuk menghiburkan tetamu.
Pihaknya juga bercadang untuk memperkenalkan makanan tradisi orang Minang, masakan orang Negeri Sembilan serta masyarakat asli Minangkabau selepas ini.
Saturday, October 19, 2013
RESTORAN D'DAPOR EXPRESSS- LEBUH UNION, PULAU PINANG
SET hidangan dimasak menggunakan bahan-bahan segar sebaik mendapat tempahan
daripada pelanggan restoran.
Bagaikan terpukau dengan suasana di dalam restoran yang dimiliki oleh Naser Medina itu, terutama hiasan dinding yang membangkitkan nostalgia kehidupan seharian di Pulau Mutiara suatu ketika dahulu serta beberapa poster seniman agung, Tan Sri P. Ramlee.
Menurut Naser, sejak mengambil alih pengurusan restoran pada penghujung 2011, beliau cuba membawa pelbagai perubahan sama ada aspek dekorasi mahupun menu di restoran yang menawarkan hidangan tradisional Melayu itu.
Malah bagi menghargai nilai estetika Melayu, nama-nama menu yang disediakan juga bercirikan kemelayuan serta mudah diingati oleh pelanggan yang rata-rata terdiri daripada pelancong asing.
"Biarpun sasaran utama pelanggan kami adalah pelancong asing, namun kami menawarkan pelbagai menu bercirikan Melayu serta mempunyai nama yang mudah diingati.
"Kami juga menyediakan beberapa hidangan istimewa iaitu kari kepala ikan menggunakan rempah yang dicipta sendiri dan udang karang yang menjadi pilihan ramai," ujarnya kepada S2 baru-baru ini.
Antara hidangan yang disediakan berasaskan ayam, daging, sayur-sayuran serta makanan laut yang dimasak segar setiap kali dipesan oleh pelanggan.
Nama-nama menu pula adalah Udang Buluh Perindu, Udang Petai Desa Permai, Sapi Rendang Seri Tanjung, Ikan Kukus Orang Tanjung, Sotong Kapitan Keling, Ayam Kelasah Malindo dan banyak lagi.
Selain untuk hidangan makan tengah hari dan makan malam, restoran yang boleh memuatkan 120 pelanggan pada satu-satu masa itu juga menyediakan tempahan berkumpulan serta majlis peribadi seperti jamuan keluarga dan hari jadi.
Malah ujar Naser, restoran tersebut juga pernah menjadi lokasi majlis perkahwinan dan jamuan hari raya bagi mereka yang inginkan suasana lebih santai.
Bercerita mengenai pelanggan, beliau menambah, antara pelancong yang sering berkunjung ke restoran itu adalah dari Jepun, Taiwan, China, Australia dan Timur Tengah.
"Kebiasaannya pemandu pelancong dan agensi pelancongan akan singgah di sini untuk membolehkan pelancong menikmati makan tengah hari dan ternyata hidangan disediakan digemari pelancong.
"Itulah sebabnya kami sentiasa memastikan mutu masakan yang disediakan di sini menepati cita rasa mereka, namun tidak sesekali mengabaikan ciri-ciri tradisional Melayu yang menjadi tunjang D'Dapor," ujarnya.
Menurut Naser, hidangan yang disediakan di D'Dapor tidak terlalu mahal malah berpatutan untuk memenuhi bajet setiap pelanggan, contohnya kari kepala ikan daripada RM35 dan udang karang pula daripada RM55 satu hidangan.
Ditanya mengenai perancangan masa depan, beliau berkata, pihaknya berhasrat membuka cawangan di beberapa lokasi terpilih, namun yang paling utama adalah strategi mengekalkan rasa asli ciptaannya sendiri.
Selain itu, beliau juga berhasrat membuka perkhidmatan katering untuk majlis-majlis keramaian dengan pilihan menu sama seperti yang disediakan di D'Dapor.
SOLAT DI RUANG UDARA
3 Rukun dengan menundukkan kepala sedikit dan tangan diletakkan atas lutut.
Hal itu menggambarkan bahawa solat adalah asas kepada sesuatu pegangan umat Islam selain ia merupakan ibadah berbentuk harian jika dibandingkan kewajipan lain seperti zakat, puasa dan haji yang dilaksanakan dalam tempoh tertentu.
Hal berkenaan termasuklah jika seseorang umat Islam sedang dalam perjalanan, sama ada menerusi pengangkutan darat, udara dan air.
Namun demikian, jika berada di darat atau di atas laut iaitu berada di atas muka bumi, kita boleh menunaikan dengan mudah sekali. Bagaimana pula ketika di udara?
Ketika diajukan soalan berkenaan kepada penumpang kapal terbang, mereka terus menjawab bahawa tidak melaksanakan kerana sedang berhadapan kesulitan.
Tanggapan itu sebenarnya adalah salah kerana tuntutan solat hanya gugur apabila seseorang itu berada dalam keadaan pengsan, haid bagi wanita dan sebagainya.
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya. Dr. Muhd. Najib Abdul Kadir, solat wajib dilaksanakan walaupun berhadapan kesulitan termasuklah ketika penerbangan.
Namun ahli Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan itu berkata, namun demikian terdapat cara tertentu ketika berhadapan situasi menunaikan solat dalam penerbangan yang terbahagi kepada cara penentuan waktu dan kaedah pelaksanaannya.
Kaedah pelaksanaan
"Maka ia boleh menunaikan solat Zuhur mengikut waktu Pulau Pinang sama ada hendak menjamakkan takdim dengan Asar ataupun sebaliknya.
"Namun dalam perjalanan itu, dia berada di Bangladesh dan masuk waktu Zuhur. Oleh demikian seseorang itu tidak perlu tunaikan solat itu lagi," terang Muhd. Najib.
Berkenaan waktu solat, penulis buku Rahsia Haji itu berkata para penumpang boleh bertanya sendiri kepada anak kapal dengan mereka akan merujuk kepada juruterbang.
Berhubung arah kiblat, Muhd. Najib berkata kebiasaannya dalam kapal terbang mempunyai paparan skrin yang menunjukkan lokasi dan arah tuju sesuatu penerbangan.
Muhd. Najib berkata, menerusi paparan itu memudahkan penumpang mengetahui arah kiblat. Namun ketika sedang menunaikan solat, arah kiblat bertukar maka dia tidak perlu mengulanginya semula.
Solat hormat waktu
Sehubungan itu, Muhd. Najib berkata penumpang boleh bersembahyang tanpa berwuduk dengan melakukan Solat Menghormati Waktu.
Muhd. Najib berkata, ada ketikanya, sama ada akibat darurat atau sebagainya, kita tidak dapat berwuduk atau bertayamun bagi menunaikan solat. Dalam hal ini umat Islam boleh menunaikan solat hormat waktu.
Tambah ahli akademi itu, pada asalnya solat ini bermaksud wujudnya kecacatan syarat yang tidak mencukupi iaitu tidak boleh berwuduk dan tayamum sama ada ketiadaan kedua-duanya atau keuzuran, sedangkan waktu solat masih ada ketika itu.
Namun jika masih dalam waktu solat, Muhd. Najib berkata, ia perlu mengulanginya. Tetapi jika sudah luput waktu solat, ia perlu menggantikan (qada).
WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE- SETAPAK KL
Samsudin Mariatin (kiri) dan Chef Nik Razin Nik Mad menunjukkan antara sajian pilihan
di Wadihana Islamic Steakhouse.
Seindah namanya, berkonsepkan Islamik dan steakhouse, restoran ini menjanjikan pilihan menu menarik yang pastinya menepati cita rasa penggemar masakan barat terutamanya stik.
Difahamkan, nama Wadihana itu adalah hasil cetusan idea daripada pengasasnya, Hamid Hamat dari Johor.
Terletak di PV128, Jalan Genting Klang, Setapak Kuala Lumpur, restoran ini menawarkan lebih daripada 70 pilihan hidangan Barat yang mendapat sentuhan air tangan pasukan chef berpengalaman diketuai oleh Chef Nik Razin Nik Mad.
Antara hidangan stik yang paling menjadi tumpuan para pelanggan yang datang ke restoran itu adalah Braised BBQ Beef Ribs Steak, Braised Lamb Shank, Whole Lobster dan Turkey Ham Sandwich with Omelette.
Menurut Chef Nik Razin yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang masakan makanan Barat, kesemua menu yang ditawarkan di restoran tersebut sememangnya halal kerana disediakan sendiri oleh beliau dan pembantunya.
"Di Wadihana Steakhouse ini kita menggunakan bahan-bahan yang segar, berkualiti dan paling penting menepati standard halal yang amat dituntut dalam Islam.
"Kita juga menyediakan hidangan mengikut gaya tersendiri dengan penambahan dan ubahsuai yang tertentu supaya setiap hidangan di sini berbeza dan tidak sama seperti di tempat lain," katanya ketika ditemui di restorannya baru-baru ini.
Beliau berkata, Braised BBQ Beef Ribs adalah menu yang paling mendapat tempat di hati pelanggan setiap kali bertandang ke restoran itu.
Keunikan hidangan tersebut ialah kerana dagingnya direbus selama tiga jam sehingga empuk bagi memastikan tekstur daging menjadi lembut dan enak dimakan.
Katanya lagi, sos untuk Braised BBQ Beef Ribs juga sangat istimewa kerana dicipta sendiri oleh beliau.
"Saya melakukan sedikit penambahan rasa pada sos dengan menggunakan halia sebagai bahan sampingan bagi menggabungkan rasa masakan Melayu dan Barat dalam sos tersebut.
"Saya juga menggunakan air rebusan tulang untuk menghasilkan sos yang betul-betul asli dan berbeza daripada sos stik di restoran lain," ujarnya.
Selain itu, sesiapa yang memesan Whole Lobster (udang kara) di Wadihana Islamic Steakhouse juga pasti terpikat dengan keenakan rasa sos Thermidornya.
Ini kerana, gabungan sos Thermidor, krim, cendawan dan keju yang ditabur di atas udang kara tersebut sangat menyelerakan.
Bagi mereka yang membawa keluarga pula, anda dicadangkan untuk mencuba Turkey Ham Sandwich with Omelette yang disediakan dalam saiz yang agak besar.
Menu tersebut dilengkapkan dengan kepingan ayam Turki, omelette, dan salad di dalam roti Ciabata.
Dalam pada itu, Pengurus Cawangan Wadihana Islamic Steakhouse, Samsudin Mariatin berkata, pengunjung tidak perlu risau untuk menikmati hidangan di restoran itu kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan.
"Kadar harga yang ditetapkan bagi setiap hidangan di sini sangat berpatutan iaitu 30 peratus lebih rendah berbanding di restoran stik yang lain.
"Kita juga menyediakan hidangan minum petang setiap hari bermula pukul 3 hingga 7 petang setiap hari pada harga RM10.90 ke atas.
"Kita juga ada pilihan beberapa menu sesuai untuk makan tengahari seperti Fish and Chip, BBQ Chicken Sandwich, Lamb Shoulder, Grilled Fsih Fillet, Arrabiata dan Grilled Chicken pada harga RM16.90 ke atas, dengan pilihan sup, salad caesar dan teh o ais limau," jelasnya.
Untuk keterangan lanjut hubungi, Syed Azmi Syed Yaakob di talian 012-6249709
D'KAYANGAN STIMBOT SS13 SHAH ALAM
Chef Shanizam menyediakan stimbot secara sizlling grill terdiri daripada makanan laut dan
daging yang diperap perasa Barat, Cina dan Melayu.
Stimbot biasanya dihidang menerusi cara rebusan, begitupun dalam usaha memenuhi permintaan pelanggan yang dilihat sentiasa inginkan pembaharuan, kini banyak restoran stimbot turut menawarkan hidangan tersebut secara barbeku.
Makanan laut, ayam, dan daging lazimnya akan dimasak secara barbeku di atas periuk yang sama untuk stimbot.
Menerusi cara ini, para pelanggan boleh menentukan sendiri cara masakan yang dikehendaki sama ada masak sepenuhnya atau sebaliknya.
D'Kayangan BBQ Steamboat antara restoran stimbot di ibu kota yang menawarkan menu stimbot sama ada secara rebusan ataupun barbeku.
Mula beroperasi sekitar tahun 2010, pada awalnya restoran ini hanya menawarkan stimbot secara rebusan manakala untuk barbeku pihaknya sendiri yang membakar segala makanan laut, ayam, ataupun daging.
Tetapi bermula 15 Ogos lalu, D'Kayangan BBQ Steamboat telah melakukan perubahan dengan menawarkan masakan secara barbeku di meja pelanggan masing-masing.
Ini kerana menurut Chef utama restoran tersebut, Shanizam Shahiram, pihaknya berbuat demikian kerana ingin memenuhi permintaan pelanggan yang mengkehendaki cara masakan seperti itu.
Dalam erti kata lain, Chef Shanizam menjelaskan, para pelanggan ingin memasak sendiri mengikut cita rasa masing-masing.
"Di D'Kayangan BBQ Steamboat, menawarkan menu stimbot jenis rebusan yang menyediakan dua jenis sup iaitu tomyam dan juga sup ayam.
"Kini kami turut menyediakan stimbot secara sizlling grill yang merupakan antara permintaan para pelanggan tetap kami.
"Oleh yang demikian, kami cuba memenuhi permintaan pelanggan dan nampaknya sejak diperkenalkan para pelanggan kami gembira," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaan tersebut yang terletak di MR1-01-04, Seri Acapella Service Apartment, No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
Menawarkan pelbagai jenis makanan laut seperti udang, sotong, pepahat, ketam, ayam, daging, serta bebola ikan, kesemua bahan-bahan mentah ini terutamanya makanan laut, ayam, dan juga daging akan diperap dengan bahan perapan sebelum dimasak.
Ini bertujuan untuk memberi perasa kepada bahan-bahan ini dalam usaha menaikkan lagi selera para pengunjung.
Pada masa yang sama, apa yang istimewanya sizlling grill di D'Kayangan BBQ Steamboat ini, turut menyediakan perapan dalam tiga bentuk perasa iaitu Barat, Cina, dan Melayu.
Ketiga-tiga perapan ini memberi rasa yang berbeza dan sudah pasti suatu yang baharu dalam sizlling grill stimbot.
"Jika di restoran-restoran lain, mereka hanya menggunakan satu bahan sahaja untuk perapan bagi yang ingin memanggang makanan laut ini.
"Tetapi di sini selain satu perapan biasa kami turut memberi pilihan kepada pelanggan untuk merasa perapan yang berasaskan Barat, Cina, dan juga Melayu.
"Dengan ini dapat membezakan barbeku stimbot kami dengan restoran-restoran lain," kata Shanizam.
Yang pasti, selain sizlling grill, para pelanggan boleh menikmati lebih daripada 150 jenis pilihan makanan sama ada dalam rebusan sup ayam mahupun tomyam di samping kambing panggang sebagai makanan sampingan.
Dengan hanya RM33 (dewasa), para pelanggan boleh menikmati pelbagai hidangan untuk bufet (stimbot rebusan dan juga sizlling grill) manakala untuk kanak-kanak pula hanya RM17.
Namun ulas Chef Shanizam, pada masa sama pihaknya menggalakkan pelanggan menghabiskan makanan yang diambil.
Jika berlebihan akan berlaku pembaziran dan untuk itu pelanggan akan dicaj RM10 bagi setiap gram yang berbaki.
Boleh memuatkan sehingga 300 pelanggan pada satu-satu masa, D'Kayangan BBQ Steamboat dibuka setiap hari bermula 5 petang hingga 12 tengah malam.
Kesemua bahan mentah di restoran ini didapati daripada pembekal tempatan, bagi memastikan hanya yang segar dan terbaik pilihan kepada pelanggan.
Subscribe to:
Posts (Atom)