NUSAJAYA 16 Mac - Syarikat penerbangan tambang rendah milik Garuda Indonesia, Citilink yakin Johor berpotensi dijadikan hab transit dalam usaha mengembangkan operasi syarikat itu ke negara lain.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, M. Arif Wibowo berkata, kedudukan Johor yang strategik antara lain diyakini mampu menjadi platform kepada Citilink untuk memperhebatkan lagi operasi mereka di rantau ini.
Menurutnya, Johor dipilih menjadi perintis syarikat itu untuk meneroka bukan sahaja pasaran di Malaysia seperti ke Kuala Lumpur, malah ke destinasi antarabangsa lain seperti China dan negara Asia Tenggara.
Citilink sudah memulakan penerbangan terus antarabangsa pertama dari Surabaya ke Johor Bahru bermula semalam dengan kekerapan penerbangan tujuh kali seminggu, sekali gus diyakini merancakkan lagi hubungan kedua-dua negara.
Syarikat ini juga sedang berusaha untuk mengembangkan operasi dan diharap dengan penambahan pesawat tidak lama lagi dapat mempelbagaikan laluan ke tempat lain," katanya semasa ditemui pada Majlis Sambutan Delegasi Citilink, Ejen Pelancongan dan Media Surabaya Sempena Pengenalan Laluan Surabaya-Johor Bahru yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong, di sini hari ini.
M. Arif berkata, Citilink kini beroperasi dengan 22 pesawat Airbus 320 dan dijangka menambah lagi pesawat milik syarikat penerbangan tambang rendah itu kepada 70 hingga 80 buah pesawat sama dalam tempoh lima tahun.
Dalam pada itu, Siew Kiong berkata, dengan penambahan syarikat penerbangan tambang rendah di negeri ini termasuk Citilink, beliau percaya kemasukan pelancong asing terutamanya dari Indonesia akan meningkat sehingga 20 peratus.
Mengikut statistik Jabatan Imigresen, kedatangan rakyat Indonesia ke Johor pada tahun lalu adalah seramai 2.16 juta dan kita menjangkakan bakal berlaku peningkatan pada tahun ini.
Kita yakin peningkatan itu dapat direalisasikan ekoran pelbagai tawaran produk pelancongan sedia ada di Johor seperti Legoland Malaysia, Taman Tema Keluarga Puteri Harbour dan produk pelancongan perubatan," katanya.
BANNER KEMANGI
FACILITIES
Monday, March 17, 2014
Friday, March 14, 2014
FARRELL STEAK HOUSE- BANGI GATEWAY
Yuhanis dengan menu yang dihidangkan di Farrell Steak House.
Hiasan dalaman yang ringkas dengan warna ceria memberikan suasana tenang kepada pelanggan ditambah dengan pelbagai menu makanan Barat boleh dipilih.
Walaupun baharu dibuka tidak sampai sebulan, tetapi Farell Steak House telah mempunyai pelanggan tetap yang gemarkan Farell Steak Combo, Mixed Steak, Chicken Maryland, Farrell Special Steak, Chicken Cordon Bleu with Cheese dan Sirloin Steak.
Bagi menambah selera, pelanggan boleh mencuba ais kisar durian belanda, ais kisar mangga, air bandung serta jus epal ditambah asam boi.
Apa kata cuba Chicken Cordon Bleu with Cheese yang penuh dengan keju di dalamnya yang rangup di luar tetapi berkrim di dalamnya. Tentu saja tidak dapat dilepaskan.
Yuhanis berkata, pihaknya sentiasa komited memberikan yang terbaik bagi pelanggan terutama harga yang mampu tetapi tanpa berkompromi dengan mutunya.
Walaupun masih baru, usahawan wanita ini telah bercadang menambah beberapa menu lagi bagi menepati kehendak pelanggan terutama kanak-kanak.
Dalam menu baru nanti kami akan menambah beberapa menu khusus bagi menepati cita rasa kanak-kanak," kata graduan Universiti Malaya (UM) dalam bidang ekonomi dan pentadbiran.
Daripada permintaan pelanggan yang gemarkan sos stik dan sos lada hitam buatan sendiri, Yuhanis bercadang untuk membotolkan dan menjualnya di restorannya.
Malah Yuhanis juga telah merancang untuk membuka dua cawangan lain di Johor Bahru dan Muar dengan bantuan ahli keluarganya di sana.
Restoran yang boleh memuatkan 80 orang pelanggan dalam satu-satu masa ini bersedia menerima tempahan bagi pelbagai majlis.
Thursday, March 13, 2014
SENGKUANG CALIT
SENGKUANG calit ini enak dimakan begitu sahaja.
|
Kacang tanah yang ditumbuk halus ditabur di atas sengkuang yang disapu sos calit itu menambahkan lagi rasa makanan tradisi tersebut.
Dijual pada harga RM2 sekeping, kios kecil Old Time Sengkuang sering menjadi tumpuan pelanggan.
Pemiliknya, Amru Hisham Mohd. Arsad, 42, dan isterinya, Ameliza Abu Yazid, 39, merupakan dua tunjang utama yang giat mempromosikan hidangan sengkuang calit menerusi perniagaan francais Old Time Sengkuang.
Meminati sengkuang calit sejak di bangku sekolah, pasangan tersebut cuba untuk mempopularkan kembali makanan itu secara kecil-kecilan, enam tahun lalu.
Namun, pasangan itu mula serius kira-kira empat tahun lalu selepas berhenti kerja.
Amru Hisham memberitahu, cawangan pertama Old Time Sengkuang dibuka di tapak Uptown Puchong Permai, Puchong, Selangor mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan.
AMELIZA (tengah) bersama Falah Fitra Fitri (kiri) dan pelanggan mereka, Endera Faizal
Abdul Khalil menunjukkan sengkuang calit di kios Old Time Sengkuang, Taman Puchong Permai,
Puchong, Selangor baru-baru ini.
“Bagi saya, sengkuang calit merupakan hidangan makanan yang mengimbau kenangan ketika era 1970-an dan 1980-an. Saya dan isteri telah melakukan penambahbaikan pada resipi sos sengkuang, Old Time Sengkuang untuk disesuaikan dengan cita rasa remaja masa kini,” jelasnya juga merupakan salah seorang peserta dalam program bimbingan perniagaan francais Permodalan Nasional Berhad.
Resipi
Tambah Ameliza pula, dia mempelajari resipi pembuatan sos calit dan rojak daripada ibu saudaranya di Perak yang dipanggil Aminah.
Menurutnya, Aminah pernah menceritakan bahawa penduduk Tanah Melayu ketika di bawah jajahan Jepun sekitar tahun 1940-an sering menikmati sengkuang calit.
“Rekaan kios Old Time Sengkuang juga bercirikan gambar-gambar klasik orang dahulu menikmati hidangan sengkuang calit. Ia merupakan cara terbaik untuk mengembalikan nostalgia tersebut menerusi hidangan tradisi ini,” jelas ibu kepada empat orang cahaya mata itu.
Dengan slogan Buat Sedap Sedap!!, Old Time Sengkuang menawarkan dua perisa sos iaitu sos calit asli istimewa berwarna merah dan sos rojak pedas. Pada harga sama, pelanggan juga boleh mencampurkan kedua-dua sos tersebut untuk hidangan sekeping sengkuang.
Sengkuang merupakan sayur-sayuran daripada spesies ubi. Sayur itu mengandungi pelbagai khasiat yang bertindak sebagai pelawas, menyejukkan badan dan baik untuk tenaga batin bagi orang lelaki.
AMRU HISHAM meletakkan sos pada sengkuang sebelum ditabur kacang tumbuk |
Old Time Sengkuang kini mempunyai 50 cawangan kios di sekitar Lembah Klang, Pahang, Perak dan sedang merancang meluaskan cawangan di Johor.
Selain itu, Old Time Sengkuang juga merupakan perniagaan pertama di negara ini yang memperkenalkan sistem francais penjualan sayur itu.
Seorang peniaga kios Old Time Sengkuang Calit di bulatan Universiti Tenaga Nasional, Bangi, Falah Fitra Fikri Mohamad Amin, 26, memberitahu, selain keuntungan yang berganda, perniagaan tersebut juga mudah dikendalikan.
“Peniaga yang berdaftar, akan diberikan peralatan perniagaan yang lengkap seperti kios mudah alih, sengkuang, sos dan peralatan dapur. Peniaga boleh memulakan perniagaan dengan segera asalkan mempunyai tapak yang sesuai untuk berniaga.
“Di tapak perniagaan saya, dianggarkan sebanyak 400 keping sengkuang calit habis dijual setiap hari. Selain sengkuang yang segar dan resipi sos, pelanggan juga menggemari kacang tumbuk yang rangup ditabur di atas sayur itu,” jelasnya yang juga bekerja sebagai pemandu trak tunda.
SELERA ORGANIK DI BIOCAFE
Siti Mardiana menunjukkan sebahagian hidangan Biocafe.
Tidak sukar untuk difahami maksud slogan ini, tambahan lagi kunjungan ke situ dilayan mesra pemiliknya, Sheikh Paiman Salleh dan isteri, Siti Mardiana Badaruddin yang banyak memberi penerangan mengenai manfaat makanan organik.
Sheikh Paiman yang sudah 27 tahun mengamalkan pemakanan sedemikian percaya, makanan yang baik bukan sahaja kaya dengan nutrien malah perlu bebas sebarang bahan kimia yang boleh mendatangkan mudarat jika diambil dalam tempoh yang panjang.
Makanan organik dikategori sebagai makanan pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan kerana tidak menggunakan bahan kimia dalam proses penghasilannya termasuklah suntikan hormon, racun perosak, baja sintetik dan teknologi organisma terubah genetik atau GMO.
Mungkin ada yang menganggap makanan berkhasiat tidak enak. Namun bagi mereka yang pernah berkunjung ke situ, pastinya ingin kembali kerana hidangannya tidak kalah dari segi rasa.
"Kami menghidangkan masakan biasa yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia seperti nasi Arab, nasi ayam, nasi berlauk, nasi goreng dan sebagainya. Cuma bezanya, nasi Biocafe menggunakan beras perang, manakala semua bahan adalah produk organik termasuk daging ayam dan telur. Selain itu, kami menyediakan lempeng yang menggunakan tepung gandum perang.
"Kami juga menggunakan gula perang, garam bukit/gunung dan madu sebagai perisa. Untuk minyak masakan, kami menggunakan minyak zaitun," katanya.
Hidangan di Biocafe berbeza dengan restoran lain kerana semua masakan tidak ditambah bahan perisa MSG, malah sos dan pes masakan dihasilkan sendiri tanpa tambahan produk konvensional lain.
Selain hidangan dipastikan daripada sumber yang halal, hidangan organik ini juga sesuai buat pengamal vegetarian.
Variasi hidangan lauk Biocafe merangkumi ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran ternyata menggiurkan. Sheikh Paiman turut mencipta hidangan Barat yang menggunakan bahan-bahan organik seperti fish and chip, chicken chop dan stik. Bukan sahaja segar dan berkhasiat, malah rasanya juga enak. Selain itu, penggemar minuman kopi boleh mencuba kopi Biocafe yang turut dijual dalam bentuk pek segera.
Orang ramai juga boleh mendapatkan pelbagai rangkaian produk kesihatan Bioshop seperti Bio Resdung, Bio Manna, Nutri Juz dan banyak lagi.
Lebih istimewa pelanggan Biocafe boleh mendaftar menjadi ahli kelab Bio Sihat yang menawarkan pelbagai ganjaran melalui mata terkumpul jika makan di restoran tersebut.
Pastinya kunjungan ke Biocafe menjanjikan suatu pengalaman berbeza, apatah lagi inilah restoran bumiputera pertama yang berkonsepkan makanan organik dan halal seratus peratus.
Wednesday, March 12, 2014
PUNCAK PANORAMA CAFE-KUALA TERENGGANU
PELANGGAN kafe tidak melepaskan peluang bergambar berlatarbelakangkan bandar raya Kuala Terengganu.
Mula beroperasi beberapa bulan lalu dan belum diketahui ramai, restoran yang letaknya di kawasan paling tinggi di bandar raya ini berdiri megah dalam persekitaran yang indah, sunyi dan nyaman.
Malah ia menjanjikan pengalaman menjamu selera sambil menikmati panorama indah waktu malam di sekitar bandar raya ini. Ternyata suasana lebih mengasyikkan menjelang waktu senja dan malam.
Terletak kira-kira 800 meter dari paras laut dan agak tersorok, restoran yang diusahakan oleh Mokhtar Ngah, 61, itu memberi pilihan kepada kita untuk menikmati juadah di ruang berhawa dingin atau ruang terbuka bersama hembusan bayu laut.
Rohana Ngah, 49, yang mengurus restoran yang disewa dengan kadar RM5,000 sebulan itu memberitahu, buat permulaan operasi bermula dari pukul 4 petang hingga 12 malam.
Menurut Rohana, selain ruang makan, pihaknya turut menyediakan rungan rehat termasuk pusat karaoke keluarga di bahagian atas restoran.
Chicken Chop
Puncak Panorama Cafe menyajikan hidangan panas termasuk stimbot dan makanan tempatan seperti nasi goreng dan mi pada harga berpatutan.
Antara hidangan paling popular di kafe ini adalah Panorama Chicken Chop, Beef Steak Panorama dan lamb chop yang dijual pada harga antara RM15 hingga ke RM20 untuk setiap set.
Setakat ini, sambutan yang kita terima semakin menggalakkan, khususnya setiap malam minggu. Pelanggan kami terdiri daripada daripada orang perseorangan, keluarga dan berkumpulan, ujarnya.
Restoran ini menerima pelbagai tempahan untuk mengadakan jamuan hari jadi, majlis perkahwinan, jamuan perpisahan dan sebagainya, selain dijadikan sasaran penggambaran foto dan video.
Ketika ini, Puncak Panorama Cafe memiliki 10 kakitangan termasuk kakitangan sambilan dan jumlah itu dijangka ditingkatkan sejajar dengan perkembangan perniagaan.
Monday, March 10, 2014
RESTORAN L'APPRENTI- UPM SERDANG
MAKANAN ini disediakan oleh pelajar setiap Khamis, dua minggu sekali
|
Mereka kelihatan mesra melayang permintaan para pelanggan.
Keadaan di dapur tidak kurang sibuknya dengan para pelajar Pengurusan dan Khidmat Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM itu sibuk menyiapkan hidangan enak yang bakal disajikan kepada pengunjung.
Restoran L'apprenti yang dibuka pada September 2010 mampu memuatkan 100 pelanggan pada satu-satu masa itu mempunyai sentuhan tersendiri dengan hampir setiap peringkat penyediaan perkhidmatan dilaksanakan oleh pelajar tahun pertama fakulti berkenaan mengikut konsep yang sudah diatur.
Menurut cef yang memimpin pada hari berkenaan iaitu, Mohammad Yazid Anuar, menu-menu hidangan yang disediakan di L'apprenti adalah mengikut tema yang ditetapkan setiap dua minggu sekali.
“Setiap pelajar akan mengambil giliran menyediakan perkhidmatan sama ada di dapur atau di barisan hadapan agar pendedahan yang diberikan adalah adil untuk semua,” katanya sambil memaklumkan pada hari itu, 17 orang pelajar telah ditugaskan di dapur dan 20 di bahagian perkhidmatan.
Pada minggu lalu, kumpulan pelajar tersebut menyediakan sajian Thai di bawah pengendalian Ketua Jabatan mereka, Professor Madya Dr. Shahrim Karim.
Menurut Shahrim, pembukaan restoran tersebut merupakan sebahagian daripada silibus pembelajaran di pusat pengajian tersebut.
“Para pelajar didedahkan mengenai bidang kulinari dan pengurusan restoran sebagai satu langkah persediaan sebelum mereka melangkah ke dunia sebenar setelah tamat pengajian kelak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di restoran berkenaan baru-baru ini.
HIDANGAN utama, nasi kukus bersama kari ayam hijau dan sayur campur.
|
Menu hidangan Thai pastinya tidak lengkap tanpa sajian tomyam. Pada hari itu, para pelajar terlibat telah menyediakan tomyam gai atau kai iaitu hidangan bersantan dengan makanan laut. Sedikit cair namun tidak memualkan, hidangan yang kaya dengan udang harimau dan sotong, cendawan serta limau purut itu tentunya antara pilihan yang mesti cuba jika anda ke L'apprenti.
Sementara menunggu hidangan utama pada hari itu, para pelanggan dilayan dengan hidangan sejuk sorbet limau. Selepas menikmati makanan-makanan yang panas dan berempah, hidangan itu seolah-olah menyegarkan semula kerongkong untuk fasa kedua sajian makan tengah hari yang disediakan iaitu nasi kukus wangi bersama kari ayam hijau, terung dan sayur campur. Malah, keenakan rasa asli yang diterapkan dalam hidangan kari ayam itu menjadikan ia satu satu lagi pilihan menu mesti cuba.
Sebagai pelengkap selera, hidangan pencuci mulut yang seharusnya tidak dilupakan pelanggan tentunya pulut mangga yang menampilkan hirisan buah mangga segar bersama pulut, santan dan gula Melaka sambil dihias buah ceri.
Bagi Shahrim, restoran yang berkonsep mewah itu sememangnya satu kebanggaan pelajar dan fakulti dengan penyediaan perkhidmatan yang terbaik dalam menjamin kepuasan pelanggan.
“Lebih penting, harga yang dikenakan kepada pelanggan jauh lebih rendah berbanding restoran-restoran mewah lain iaitu RM30 untuk seorang.
“Ini untuk membantu pelajar, pada masa yang sama menggalakkan kehadiran lebih ramai pengunjung ke sini” katanya.
Beliau menambah, sokongan berterusan yang diberikan diharap dapat memberi semangat kepada para pelajar terlibat dan seterusnya diterjemah dalam menyediakan pengalaman gastronomi terbaik kepada pengunjung.
Pada masa terdekat, restoran L’apprenti berhasrat untuk menyediakan hidangan Mexico sekali gus memberikan banyak pilihan kepada para pelanggan.
RASA MANIS TANPA MUDARAT
Pengganti Gula Anugerah dihasilkan daripada ekstrak tebu. Ekstrak tebu ini telah mendapat pengiktirafan daripada organisasi kesihatan serata dunia khususnya United States Food & Drug Administration (FDA). Produk ini dijamin selamat dan tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna. Apa yang menarik tentang ekstrak ini kerana tidak diproses oleh metabolisma badan sebagai kalori dan tidak memberi kesan kepada kestabilan gula di dalam darah. Kebiasaannya, gula menghasilkan kalori yang akan ditukarkan kepada tenaga untuk kegunaan sistem badan. Ketidakseimbangan akan berlaku sekiranya hormon insulin yang mengawal paras gula dirembes dengan banyak kerana banyak makanan bergula diambil. Ini menyebabkan seseorang menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa inginkan makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik dan mengundang pelbagai penyakit kronik seperti diabetis atau kencing manis.
Gula dalam minuman sangat bahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko menghidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung dan mengundang kepada pelbagai pakej masalah kesihatan lagi.
Kelebihan utama Pengganti Gula Anugerah berbanding gula biasa ialah ia mengandungi 600 kali lebih manis daripada gula biasa tanpa membahayakan kesihatan. Ini boleh dinikmati tanpa perlu risau dengan kandungan gula kerana tidak mengandungi kalori dan mengganggu keseimbangan paras gula di dalam darah. Hanya setitik yang diperlukan pada setiap hidangan, dan akan dapat menyerlahkan lagi rasa makanan dan minuman anda supaya dapat dinikmati.
Selain itu, Pengganti Gula Anugerah tidak mengandungi kalori dan secara tidak langsung membantu pengguna bijak untuk mengurangkan penggunaan gula serta mengelak masalah kesihatan. Paling penting, pengguna tidak perlu risau untuk menikmati juadah yang dihidangkan kerana Pengganti Gula Anugerah membantu pengguna menikmati rasa manis tanpa sebarang kemudaratan.
Subscribe to:
Posts (Atom)