Jamuan Majlis Perpisahan Encik Abdul Mu'nim & Encik Hauri: Rabu 9 Mac 2011 @ 12.30 tengahari.
BANNER KEMANGI
FACILITIES
Thursday, March 10, 2011
Wednesday, March 9, 2011
TINGKATKAN PRODUK PELANCONGAN
SINAR HARIAN 9 MAC 2011
TANJUNG PIAI - Jumlah pelancong yang mengunjungi Taman Negara Tanjung Piai meningkat setiap tahun dan bagi 2010 jumlahnya seramai 55,000 orang berbanding 2009 seramai 51,000 orang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Johor, Hoo Seong Chang berkata, bilangan pelancong yang akan melawat Taman Negara Tanjung Piai dan Pulau Kukup tahun ini akan bertambah lebih ramai lagi. Menurutnya, Taman Negara Tanjung Piai dan Pulau Kukup yang kedudukannya di bawah zon Pembangunan Iskandar bakal menjadi sebahagian daripada pakej dalam lawatan pelawat ke wilayah berkenaan. “Tahun hadapan dengan bermulanya projek Legoland Malaysia dan produk pelancongan lain maka jumlah pengunjung dalam pakej berkenaan akan bertambah banyak. “Saya telah mendapatkan maklum balas daripada pengunjung yang melawat Tanjung Piai menyatakan perlunya ditingkatkan produk sedia ada bagi memenuhi keperluan pelancongan,” katanya kepada Sinar Harian. Seong Chang berkata, beliau telah melihat sendiri produk pembangunan yang dibangunkan di Tanjung Piai seperti dewan, kawasan letak kenderaan dan dataran Tanjung Piai Tanah Penghujung Benua Asia. “Kami telah mendapat kata putus untuk membentuk produk baru bagi membolehkan pelancong tinggal lebih lama seperti pertunjukan kebudayaan dan mengadakan pelbagai cenderahati serta tempat duduk berbumbung di dataran. “Inisiatif berkenaan, mendorong lebih ramai pelawat mengunjungi Taman Negara Tanjung Piai,” katanya.

Tuesday, March 8, 2011
SAMBAL KICAP ZADUN
Memang sedap ! Sambal kicap ZADUN ternyata menepati citarasa anda! Diusahakan oleh Bumiputera Islam, anak jati Pontian. Istimewanya, Sambal Kicap ZADUN telah lama berlegar di sekitar pasaran Brunei dek permintaan menggalakkan oleh warganegara sana. Kini produk berkualiti ini mampu anda miliki, dipasarkan secara terus untuk dikongsi bersama penduduk setempat. Dapatkan segera, hanya di RESTORAN KEMANGI.
USTAZ ZAMRI "MANTOP" TV9
Ustaz Haji Mohd Zamri Bin Haji Mohd Zainuldin atau lebih sinonim dengan "Ustaz Zamri Mantop TV9" berkesudian melapangkan masa, singgah untuk makan malam di Kemangi pada Isnin 7 Mac. 2011 jam 10 malam.Beliau dalam rangka kerja majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran SK Bandar Pontian, dijadualkan Selasa 8 Mac 2011.Setinggi-tinggi penghargaan kami anjurkan atas kesudian ini, juga terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak SK Bandar Pontian khususnya En. Marjono, Encik Amril Norman dan Encik Mohd Fahim Afifi di atas kerjasama dan kesungguhan memilih Kemangi sebagai salah satu destinasi kunjungan Ustaz Zamri.

Sunday, March 6, 2011
Friday, March 4, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)