BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Saturday, December 17, 2011

JAKIM SAHKAN BURGER RAMLY HALAL

IPOH: Orang ramai diminta tidak was-was berhubung status halal burger Ramly selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk frankfurter jenama Ramly yang dijual di pasaran tempatan adalah halal.
Pengesahan Bahagian Hab Halal Jakim itu sekali gus menafikan dakwaan produk frankfurter jenama Ramly mengandungi DNA babi.
Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk produk frankfurter jenama Ramly yang dikeluarkan Bahagian Hub Halal Jakim masih sah sehingga 14 Januari 2012.
“Bahagian Hab Halal Jakim dan Kementerian Kesihatan sudah mengambil beberapa contoh produk dari kilang terbabit untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan pada 14 November lalu.

“Hasil uji kaji Jabatan Kimia Malaysia mendapati produk berkenaan tidak mengandungi sebarang DNA babi,” kata Jakim dalam kenyataan.
Jakim menegaskan, mereka tidak akan bertolak ansur dalam memastikan kepentingan umat Islam terpelihara terutama membabitkan isu halal dan berlaku pelanggaran undang-undang berkaitan.
Justeru, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan membabitkan isu halal, orang ramai diminta untuk merujuk melalui laman web Bahagian Hab Halal http://www.halal.gov.my.
Sebarang pertanyaan berkenaan status halal sesuatu produk boleh menghubungi Bahagian Hab Halal, Jakim di talian 03-83150200.

MAJALAH PC-FEBUARI 2012



SOLUSI 38-DECEMBER 2011





Tuesday, December 13, 2011

PONTIAN JUARA PIALA TUNKU MAHKOTA JOHOR 2011

PONTIAN 13 Dis. - Setelah lapan tahun tanpa persatuan akibat pembatalan pendaftarannya, kejayaan muncul juara Piala Tunku Mahkota Johor 2011 mencatat sejarah baru bagi sukan bola sepak daerah Pontian.
Lebih manis kejayaan itu yang pertama bagi pasukan bola sepak daerah Pontian muncul juara liga pertandingan bola sepak yang diadakan di negeri ini.
Menurut Pengurus Pasukan Bola Sepak Daerah Pontian, Sumali Reduan, pada pertandingan akhir yang diadakan di Stadium Mini Renggam kelmarin, pasukannya berjaya menewaskan Segamat dengan jaringan 2-1.
Beliau berkata, kejayaan itu melengkapkan kemenangan tujuh perlawanan berturut-turut sekali gus menobatkan pasukannya sebagai johan dan layak bertanding merebut Piala Sultan pada Januari depan.
"Kejayaan ini hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang ingin melihat Pontian kembali mewarnai persada bola sepak Johor seperti tahun 70-an dan 80-an.
"Kami membentuk jawatankuasa kejurulatihan yang dianggotai oleh bekas pemain negeri dan daerah bagi membimbing pasukan Pontian pada kali ini. Nyata pendekatan ini membuahkan hasil yang baik walaupun pemilihan pemain hanya dilakukan dalam tempoh kira-kira dua bulan sebelum kejohanan dijalankan," katanya di sini hari ini.
Sumali memberitahu, turut menyaksikan perlawanan akhir di Renggam kelmarin ialah Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Pontian (PBSP) yang baru, Muji Salimon yang juga Pegawai Daerah Pontian.
"Pengurusan pasukan dan pemain amat menghargai sokongan dan perhatian yang diberikan oleh pentadbiran daerah serta Penaung PBSP, Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya.
Bagi menghadapi Piala Sultan pada 12 hingga 15 Januari depan di Muar, pihaknya akan terus mengadakan latihan selepas ini bagi memastikan kecergasan para pemain.

Monday, December 12, 2011

AWASI MINYAK MASAK TERPAKAI

TANJUNG IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggesa pengguna supaya lebih berhati-hati ketika membeli produk supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Pegawai KPDNKK Kuala Pilah, Zulkifli Mat, berkata, pengguna perlu bijak memilih barang termasuklah minyak masak kerana pihaknya mengenal pasti terdapat minyak kitar semula yang dijual di pasaran.

“Isu minyak masak kitar semula ini berlaku di Selangor, namun sebelum ia menular di daerah ini, saya nasihatkan pengguna supaya peka dengan pembelian produk berkenaan.

“Minyak masak kitar semula ini mengandungi hanya 20 peratus kandungan minyak asli, manakala 80 peratus dicampur dengan minyak yang telah digunakan yang dipe­roleh daripada restoran dan hotel,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa taklimat kepenggunaan anjuran Lembaga Keba­jikan Perem­puan Islam Malaysia (LKPIM) Kuala Pilah di Balai Muhibbah, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga LKPIM Kuala Pilah, Rosnah Mohd Said.

Sementara itu, beliau turut menerangkan perbezaan antara minyak masak kitar semula dengan yang asli sekali gus menggesa pengguna supaya lebih bijak menilai.

“Kita hanya perlu lihat label daripada kilang mana ia diproses selain logo halal. Jika tiada alamat kilang dan logo tersebut, minyak itu adalah tiruan dan pengguna perlu melaporkan kepada kami.

“Bahayanya minyak masak kitar semula ialah dari segi kebersihan yang tidak terjamin. Tambahan pula, sebagai orang Islam, kesucian itu diberi keutamaan terutama dalam masakan,” katanya.

Dalam pada itu, taklimat yang diadakan adalah bagi memberi kesedaran berkaitan hak-hak pengguna dengan melaporkan kepada KPDNKK sekiranya terdapat produk yang mencurigakan termasuk peraduan gores dan menang, barangan tiruan, tamat tempoh dan lain-lain.

Dalam pada itu, katanya, taklimat yang dilaksanakan ini bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna tentang hak-hak mereka.

“Saya juga minta pengguna di luar bandar agar lebih bijak menggunakan kuasa beli mereka supaya peniaga tidak menekan harga barangan sesuka hati,” katanya.

Sunday, December 11, 2011

LANGKAWI: LIMA & SITI FATIMAH

LIMA 2011 atau LIMA 11 yang secara kebetulan merupakan edisi penganjuran ke 11 telah berlangsung pada 6-10 December lalu.Khabarnya ini edisi terakhir dianjurkan pada December, edisi seterusnya 2 tahun lagi bakal dianjak ke bulan Mac.Ramai yang kecewa British Red Arrow dah gantung penyertaan ke Langkawi, nasib baik kekecewaan itu diubati oleh Team Aerobatik Malaysia "Krisakti".Begitulah katanya, ramai team-team Aerobatik pro memberikan sambutan dingin dek kerana penganjuran di bulan December, kononnya dekat sangat dengan sambutan Krismas dan tahun baru.Apapun terima kasih kepada Kapten Abd. Aziz Yunus atas pas Trade Visitor konon-konon sebagai "Manager Air Asia" !


Kesempatan ke Pulau Mahsuri ini juga diisi untuk mengunjungi sebuah restoran nostalgia, bukan apa..dulu-dulu kalau ke Langkawi mesti datang makan kat Restoran Siti Fatimah.Lokasi, dekorasi, ambient, menu semuanya ala-ala kampung.Di sinilah segala jenis ulaman kampung yang tak dikenali, diangkat menjadi pelengkap kepada lauk pauk lain yang bermacam ragam bermacam jenis untuk juadah tengahari.


Restoran Siti Fatimah,
Batu 5, Kampung Mata Air
Jalan Makam Mahsuri
Langkawi













JOHOR PREMIUM OUTLET(JPO)



KULAIJAYA - Gedung membeli belah yang menjual pelbagai barangan berjenama pada harga lebih murah pertama di Asia Tenggara, Johor Premium Outlet (JPO), di sini, dibuka secara rasmi kepada pengunjung, hari ini.

Majlis perasmian pembukaan pusat membeli belah dengan usahasama Genting Plantations Berhad dan Simon Property Group Inc itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir, Menteri Besar Johor; Datuk Abdul Ghani Othman, Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay; Timbalan Pengerusi Genting Berhad, Tun Mohammed Hanif Omar; Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Presiden Premium Outleys, John Klein.

Antara premis perniagaan berjenama yang ditawarkan di JPO adalah Burberry, Coach, Salvatore Ferragamo, Tumi, Ralph Lauren, Tommy Hilfiger, Armani, Evita Peroni, Timberland, Gap, Guess dan Ermenegildo Zegna.

Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya menyifatkan pembukaan JPO sebagai satu projek yang sungguh bermakna dalam sejarah Iskandar Malaysia.

Beliau berkata, status JPO sebagai sebuah pembangunan komersial yang pertama di Iskandar Malaysia dan premium outlet pertama di Asia Tenggara wajar dibanggakan.

"Saya memuji percambahan idea dan gandingan usaha gigih Kumpulan Genting yang berjaya mengikhtiarkan satu lagi mercu tanda kebanggaan negara. Kejayaan ini pastinya akan menempatkan perbandaran Kulaijaya di atas peta dunia.

" Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Iskandar Malaysia adalah sinonim dengan usaha bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain ekonomi serantau.

" JPO merupakan satu daripada 131 projek Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah ETP yang terletak di kawasan strategik Iskandar Malaysia dan saya amat gembira di sini, melihat projek yang dirancang berjaya dibangunkan," katanya.

Menurut Najib, pusat membeli belah JPO mampu memainkan peranan penting dalam membantu menarik lebih ramai pelabur domestik dan asing ke rantau ini sekali gus bakal dikunjungi pengunjung tempatan dan antarabangsa dari seluruh Asia Tenggara mahupun Timur Tengah.

" Dalam Bajet 2012,  kerajaan berhasrat mempromosikan negara sebagai 'syurga membeli belah' di Asia dengan menyediakan barangan berjenama pada harga yang kompetitif dan JPO boleh membantu merealisasikan visi ini.

"JPO bukan sekadar pusat membeli belah malah membantu menggalakkan pelancongan di negara ini dan mengurangkan jumlah rakyat Malaysia ke luar negara untuk membeli- belah," katanya.

 Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM100juta untuk melaksanakan fasa kedua JPO bagi mewujudkan 60 buah premis perniagaan tambahan, hotel, taman tema air serta pusat pameran dan konvensyen.