BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Thursday, March 15, 2012

JOHOR BEBAS LALAT 2013 ?

NUSAJAYA 15 Mac - Kerajaan negeri menyasarkan Johor bebas daripada masalah gangguan lalat menjelang penghujung 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, empat strategi utama dirangka untuk tujuan itu termasuk meningkatkan keberkesanan pengurusan najis di ladang unggas.
Menurutnya, kerajaan juga akan menggiatkan penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Penternakan Unggas sedia ada selain mengadakan program transformasi sistem perladangan kepada sistem reban tertutup.
"Kita juga akan memastikan aplikasi teknologi pengawalan dan pembasmian lalat secara berkesan dan berterusan diamalkan para penternak," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja berkata demikian ketika menjawab soalan Goh Tee Tee (BN-Tangkak) mengenai langkah kerajaan untuk mengatasi masalah lalat di negeri itu.

JANGKITAN PENYAKIT DI KOLAM RENANG

EKORAN laporan media mengenai jangkitan Rotavirus di dua daerah di Perak telah menimbulkan kebimbangan masyarakat tentang penyakit yang boleh berjangkit melalui air.
Pada 10 Februari lepas, media melaporkan jangkitan Rotavirus telah menyebabkan kematian dua bayi berumur antara dua dan 10 bulan kerana dehidrasi kerana cirit-birit yang teruk.
Bila ada jangkitan virus dan bakteria 'bawaan' air, timbul pula satu persoalan - bagaimana dengan mereka dan anak kecil yang mengunjungi kolam rekreasi dan taman air? Terdapat beberapa penyakit mudah berjangkit yang wujud pertalian dengan lokasi rekreasi air seperti untuk berenang dan mandi-manda.

Mandi sebelum masuk kolam

"Memang sukar bagi menghalang bakteria dan virus wujud dalam air kolam. Di kolam yang dikunjungi ramai orang termasuk anak kecil, tahap kontaminan (kotoran) adalah tinggi," jelas Adam Abdullah, seorang penyelia di sebuah Taman Air di Lembah Klang.
"Kami telah menasihati orang dewasa dan kanak-kanak yang tidak sihat agar jangan menggunakan kolam tetapi ramai yang tidak hirau akan nasihat ini," kata Adam, sambil menambah pengurusan kolam rekreasi telah meletak notis tentang risiko jangkitan kuman bila orang ramai menggunakan kolam untuk rekreasi.
"Kita juga menasihati pengunjung supaya mandi dahulu sebelum memasuki kolam.
"Sebaliknya, masyarakat Malaysia tidak begitu hiraukan nasihat tentang keperluan mandi dahulu sebelum masuk kolam. Tanpa mandi terlebih dahulu, mereka boleh bawa kontaminan dalam bentuk kuman dan virus yang kemudian boleh menjangkiti orang lain.
"Ada juga pengunjung yang tergamak masuk kolam dengan pakaian yang mereka pakai ketika sampai. Mereka ini tidak kisah menukar pakaian yang sesuai terlebih dahulu, ia sesuatu memang sukar walaupun ada notis yang memberitahu mereka agar berbuat demikian.
"Tidakkah mereka sedar perbuatan mereka boleh membawa virus dan bakteria masuk ke dalam kolam dan menjangkiti pengunjung lain termasuk kanak-kanak walaupun kami menggunakan sanitiser (pembersih) kolam," terang Adam.
Katanya pengurusan Taman Air menggunakan klorin bagi membersih kolam tetapi bahan ini cepat lupus jika terdapat kandungan kontaminan yang tinggi, ramai pengunjung kolam serta kesan cahaya dan haba dari matahari.
Menurut Adam lagi, algae (atau dikenali juga sebagai lumut) boleh tumbuh dalam kolam jika terdapat kandungan urea dalam air.
"Garam urea boleh wujud dalam air melalui peluh pengunjung serta air kencing mereka. Sebab itu, semua pengunjung mestilah mandi dengan menggunakan sabun sebelum masuk kolam.
"Pengurusan kolam menyediakan bilik mandi lengkap dengan pancuran serta kemudahan tandas untuk pengunjung
"Jika pengunjung gagal membersihkan diri sebelum masuk kolam, mereka akan merencatkan kualiti air. Jangan sekali-kali kencing semasa berada dalam kolam, kerana bukan hanya menggalakkan algae membiak tetapi ia akan memberi kesan terhadap bahan kimia yang digunakan untuk membersih kolam.
"Dan, mengeluarkan kencing semasa berada dalam kolam adalah sesuatu perkara yang amat tidak 'higin' (bersih)," katanya.

Wednesday, March 14, 2012

NASI MANDI KAMBING RESTORAN HADRAMAUT AL-AZIZIA

Mutawwif Uztaz Abu Bakar Watak dakwa harganya setiap tahun naik

Nasi lembab, dagingpun lembab tapi rasanya mantap !

Daging Kambing yang baru dikeluarkan selepas sejam dipanggang dalam "dapur lubang tanah"

Rahsia sedap masakan..dapur lubang tanah.

Dapur lubang tanah..bersusun sejajar 10 biji.

Nasi Mandi..juga dimasak di dalam dapur lubang tanah berserta kambing yang dipanggang di atasnya.

Ruang makan berhawa dingin..pemuda Arab paling kanan makan 2 kali kapasiti kami makan bertiga.

Ruang makan utama di tengah-tengah restoran.

Restoran Hadramaut Al-Azizia..15 km dari kota Mekah

Fenomena "Nasi mandi" yang kian menjadi buah mulut, cukup meruntun teman menjejaki menu padang pasir ini sewaktu menunaikan Umrah  Febuari lalu.Masakan tidak, hidangan-hidangan hotel hasil air tangan Katerer Melayu Pattani itu telah teman anggap streotype dan adakalanya sekadar pelengkap syarat, lantas di suatu malam Ahad 26/2 teman melebar langkah bersama Ustaz Abu Bakar Watak."Di mana Nasi Mandi paling sedap di Mekah ?". Mutawwif teman yang serba berpengalaman itu bingkas melambai teksi Camry, berunding untuk SAR 20 sehala, agaknya beliau pernah pergi ?.Kemana ? "Hadmaut Al-Azizia", ringkas jawap beliau.


Hadramaut Al-Azizia restorannya besar tapi ringkas, lokasi lebih kurang 15km atau 20 minit dari kota Mekah.Ruang makannya sepi daripada kerusi meja, menjadikan ruang utamanya terserlah lapang.Hanya satu pilihan yang ada, makan bersila di atas lantai.Tambah eksklusif, sudut berhawa dingin beralas karpet ada disediakan tetapi bersila tetap bersila.Nasi Mandi Kambing SAR 50 untuk seorang makanpun disaji ringkas, hanya nasi bertatah daging kambing semata-mata, aksesorinya pula sambal dan susu masam yang tidak langsung teman jamah.Nasi Mandi yang dihidang panas-panas pada teman cukup lembut lagi gebu ala-ala tisu, tiada aroma rempah keterlaluan, tiada fizikal rempah kelihatan.Daging kambing yang dipanggang lembab, terpalit aroma "arang" di dalamnya tetapi cukup mesra hinggakan bahagian lemakpun sayang untuk dibuang.Pun tidak terasa rempah berlebihan, tampak "raw" seolah-olah hanya sebatian garam yang digunakan sebagai perencah.


Puas menjamu selera, hidangan 2 orang skala Arab tetapi dimakan bertiga orang skala Asia Tenggara masih menjanjikan lebihan "tapau" untuk dikongsi dengan kawan-kawan jemaah lain.Teringat..ketika asyik bersantap, ada pelayan menghantar ke sebelah kami sedulang Nasi Mandi Kambing yang kapasiti 2 kali ganda dulang kami.Kalau kami makan bertiga, fikir teman dulang sebelah mestilah paling kurang berlima kalau tidak berenam.Meleset..dari mula sampai licin habis, hanya seorang pemuda Arab setia di situ ! Pukulan Hadramaut Al-Azizia..tak pasti, bakal jumpakah teman Nasi Mandi sesedap ini di Malaysia..

PELOPOR KAPSUL HALAL TEMPATAN

KHANDAR Shah Abdul Razak (dua dari kanan) berbincang dengan kakitangannya mengenai kapsul yang dihasilkan kilangnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam. 


NASMIR Hard Gelatin Capsules Sdn Bhd, syarikat pembekal, pengedar dan pengeksport kelongsong kapsul kosong gelatin halal Bumiputera menyasarkan pengeluaran antara 40 dan 50 juta kapsul sehari menjelang 2013 apabila semua mesin pemprosesannya beroperasi sepenuhnya.
Ketika ini, syarikat yang beroperasi di Seberang Jaya, Pulau Pinang itu mengeluarkan 10 juta kapsul sehari melalui tiga mesin utama dan apabila sembilan lagi mesin diterima secara berperingkat sehingga 2013, sasaran itu mampu dicapai.

Pengarah Urusannya, Kadhar Shah Abdul Razak berkata, apabila 12 mesin beroperasi sepenuhnya, pihaknya menyasarkan dapat memenuhi 50 peratus pasaran tempatan dan eksport.


Ketika ini, katanya, kilang itu mengeksport 30 peratus produk berkenaan manakala 70 peratus lagi untuk pasaran tempatan.

“Selain pasaran tempatan, kapsul halal ini dieksport ke Afrika Selatan, Bangladesh, Dubai, India, Jordan dan Indonesia dan apabila semua mesin diterima, pengeluaran akan meningkat sekali gus dapat memenuhi permintaan tempatan dan eksport termasuk ke Eropah,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian kilang yang dilakukan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, kelmarin.


Kadhar Shah berkata, teknologi mesin untuk penghasilan kapsul berkenaan adalah dari India dan Jerman, malah pihaknya turut mengambil pakar dari sana, selain menghantar kakitangan syarikat menjalani latihan di negara berkenaan.



Katanya, syarikat melabur RM15 juta untuk membuka kilang berkenaan termasuk menggaji 120 kakitangan mahir dan separa mahir.

Menurutnya, bahan mentah untuk sarung kapsul berkenaan ialah gelatin yang dihasilkan daripada tulang lembu yang disembelih mengikut hukum syarak dan dijamin halal.


“Produk ini sudah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan potensinya cukup luas.

“Syarikat turut mengedarkan pelbagai saiz sarung kapsul kosong iaitu dari kosong hingga ke saiz empat dan mempunyai 5,400 jenis warna bagi memudahkan pelanggan,” katanya.

Tuesday, March 13, 2012

LEGOLAND MALAYSIA & FAKTA


JOHOR BAHRU - Menjelang pembukaan Legoland Malaysia pada hujung tahun ini, orang ramai kini berpeluang memiliki pas Legoland pada harga promosi iaitu RM195 untuk pas tahunan bagi kategori dewasa dan RM150 untuk kanak-kanak.Pas tersebut merupakan akses kepada Legoland Malaysia apabila taman tema tersebut mula beroperasi dan untuk sepanjang tahun 2013.Promosi tersebut terbuka kepada warga Malaysia dan Singapura untuk tempoh terhad sahaja.Harga biasa untuk pas tahunan Legoland Malaysia ialah RM275 untuk dewasa dan RM210 untuk kanak-kanak, manakala harga tiket biasa ialah RM140 untuk dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak.Pemegang MyKad akan menerima rebat sebanyak RM30 untuk pembelian tiket biasa.
Review ringkas info mengenai legoland Malaysia ini :
  • Taman tema tersebut akan diberi nama Legoland Malaysia
  • Akan menjadi taman tema berkonsep Lego yang pertama di Asia dan taman tema antarabangsa pertama di Malaysia
  • Lokasi di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor, Malaysia
  • Dimiliki dan dibangunkan oleh Merlin Entertainments
  • Akan dibuka pada penghujung 2012 dan beroperasi sepanjang tahun
  • Meliputi kawasan seluas 70 ekar (280,000 meter persegi)
  • Terdapat 40 permainan interaktif, persembahan and tarikan termasuk Main Theme Park, 4D Theater, Kids Driving School, Legoland Hotel, Lifestyle Mall dan macam-macam lagi.
  • Ia akan menjadi pusat tumpuan kepada kompleks bersepadu seluas 5,500,000 kaki persegi (510,000 meter persegi) di kawasan Industri Nusa Cemerlang, antara rantau ekonomi Iskandar Malaysia, yang terdiri daripada pusat gaya hidup runcit, pejabat, hotel, pangsapuri, perkhidmatan dan unit-unit kediaman.
  • Legoland Malaysia mensasarkan 1.5 juta pelawat semasa pembukaannya nanti.

Monday, March 12, 2012

SOLUSI ISU 41- MAC 2012



SEKAT LOLIPOP PENDAFLUOR MASUK

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.Beliau berkata, pihak kementerian telah pun meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu."Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6 iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk," katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan Jom Sihat di Kolej Tunku Abdul Rahman di sini semalam.Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa di alamat pengeluar yang tertera pada pembungkus gula-gula tersebut didapati palsu.Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya tetapi ia menjadi kegilaan kanak-kanak.