BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Friday, July 20, 2012

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIKH (JOHOR)


Sempena kedatangan Ramadhan, bagi yang berminat silalah download secara percuma (file pdf) tentang tatacara perlaksanaan dan panduan lengkap solat sunat Tarawikh mengikut ketetapan negeri Johor.

RAMADHAN 1433H


Bulan Ramadhan mengingatkan kita kepada kematian. Setiap tahun kita bertemu Ramadhan, maka setiap tahunlah umur kita turut bertambah dan semakin hampirlah kita kepada alam barzakh.Justeru bulan Ramadhan ialah bulan yang cukup baik untuk kita bermuhasabah tentang segala amalan yang kita lakukan di dunia ini.

Jika kita ada melakukan kesalahan dan dosa maka inilah bulan yang perlu kita manfaatkan semaksimum untuk memohon keampunan daripada-Nya.
Ramadhan merupakan bulan Maghfirah, lambang kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Allah tidak mahu mengazab hamba-hamba-Nya di atas dosa yang telah mereka lakukan. Lalu diturunkan bulan ini supaya hamba-hambaNya yang berdosa kembali kepada-Nya.Justeru amatlah rugi bagi mukmin yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi gagal mengambil peluang untuk menebus dosa-dosa yang dilakukan seperti mana sabda junjungan Rasul,

Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampun…”(HR Hakim)

Ramadhan membentuk insan yang bertaqwa. Ramadhan mengajar kita siapa diri kita yang sebenar. Tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, berkereta besar atau kecil, apabila tibanya bulan ini,  kita semua akan merasa lapar serta dahaga. 
Oleh itu usah berbangga dengan harta yang dimilki kerana harta itu tidak mampu membeli sebuah kebahagiaan. Banyak orang yang berharta tetapi jiwanya gelisah, tidak puas, malah kadang-kadang timbul perasaan tamak di dalam diri. Jiwa mereka sebenarnya sedang merana. 

Jadilah seperti Usman bin Affan atau Abdul Rahman bin Auf, lagi banyak harta yang dimiliki lagi hebat ibadah dan taqwanya kepada Allah SWT.  
Kita perlu sedar, apabila ajal menjemput, tiada lagi ertinya harta di dunia ini sekalipun berkoyan-koyan kita kumpulkan.Yang mengiringi kita kelak ke alam barzakh, hanyalah iman dan taqwa.Wallahua'lam.

KONDOMINIUM MEWAH DI NUSAJAYA


KUALA LUMPUR 19 Julai - Medini Iskandar Malaysia Sdn. Bhd. (Medini Iskandar) dan rakan kongsinya dari China, Qingdao Zhuoyuan Investment Holdings (Zhuoyuan) bakal membina 2,600 unit kondominium mewah dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.6 bilion di Nusajaya, Johor.
Medini Iskandar merupakan anak syarikat Iskandar Investment Bhd. (IIB).
Projek yang merangkumi dua fasa tersebut bakal dibangunkan oleh syarikat kerjasama antara Medini Iskandar dan Zhuoyuan's Square Stone Holdings Sdn. Bhd. yang dikenali sebagai Zhouyuan Iskandar Sdn. Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif Zhouyuan Iskandar, Wang Bin Wu berkata, projek bagi fasa pertama akan dimulakan selewat-lewatnya awal tahun depan dengan dengan anggaran kos RM600 juta sehingga RM700 juta.
"Secara keseluruhannya ia merangkumi tiga fasa pembangunan namun untuk kerjasama ini, ia akan melibatkan dua fasa sahaja di atas tanah seluas 7.3 hektar dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun," katanya pada sidang akhbar selepas memeterai perjanjian kerjasama bagi pembangunan tersebut di sini hari ini.

FELDA D'SAJI KE MADINAH


Mohd. Isa Samad (tengah) tertarik dengan nasi arab sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Felda D'Saji, Ahmad Zaki Abdullah (kanan) di majlis pelancaran Buffet Ramadhan Felda D'Saji di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 19 Julai - Felda telah mengenal pasti tiga lokasi strategik di Madinah untuk membuka cawangan restorannya, Felda D'Saji pada musim haji akan datang.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Samad berkata, rancangan pembukaan restoran tersebut di Madinah berikutan kejayaan serta sambutan baik yang diterima daripada jemaah haji dan umrah di Mekah.
Katanya, pembukaan restoran berkenaan akan memberi kemudahan kepada jemaah haji serta umrah dari Malaysia untuk menikmati makanan Melayu asli.
"Kita buka cawangan di Mekah dan sambutan yang diterima di kalangan jemaah amat menggalakkan. Jadi kita mahu buka pula di Madinah.

Monday, July 16, 2012

JELI NIRA KELAPA


Fadila Ismail menunjukkan jeli nira kelapa yang diusahakannya di Kampung Batu Putih, Marang, semalam

MARANG 13 Julai - Ketika graduan lain sibuk mencari peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta selepas menggenggam segulung ijazah dan diploma, Fadila Ismail, 21, bagaimanapun tidak mempedulikan perkara itu.
Graduan Diploma Pengurusan Ladang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sebaliknya mencabar keupayaan dirinya dalam lapangan keusahawanan.
Dia memulakan suatu yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah orang sejak dua bulan lalu apabila mengusahakan jeli nira kelapa dalam kebun milik ayahnya di Kampung Batu Putih, Batangan, dekat sini.
Menyifatkan usahanya sebagai sekadar 'eksperimentasi' dengan skala kecil, namun dalam tempoh itu, Fadila sudah berjaya menjual lebih 3,000 jeli nira kelapa.
Menurut Fadila, dia menceburi bidang perusahaan pembuatan jeli nira kelapa bagi menghasilkan kelainan melalui sumber-sumber segar yang terdapat di kawasan sekitar.
"Kira-kira dua bulan lalu, selepas saya tamat belajar, saya mengikuti kursus membuat jeli kelapa anjuran Jabatan Pertanian Daerah Marang, namun selepas kursus itu tamat saya rasa telah banyak jeli kelapa di pasaran.
"Saya terfikir untuk cuba membuat jeli nira pula kerana rasanya yang lebih unik serta manis dan pasti akan mendapat tempat di hati penggemar air nira untuk mencubanya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Tambahnya, keunikan rasa nira kelapa yang sangat manis berbeza dengan rasa nira nipah yang agak masam memberi tarikan kepada orang ramai.
"Buat masa ini, saya mendapat bekalan air nira kelapa dari kebun bapa yang juga pengusaha kelapa pandan di Kampung Batu Putih, Batangan dekat sini, dan setiap bulan saya perlu menghasilkan kira-kira 1,500 bekas jeli," katanya.

BUFFET RAMADHAN JOHOR BAHRU 2012

Salt n Pepper, The Zone Stulang Laut
Dewasa RM 75.00++
Kanak-Kanak RM 40.00++
Beli 10, percuma 1
Untuk tempahan 07-2219999

JB Catering & Food Supplies
Dewasa RM28 nett
Kanak-kanak RM15 nett
Untuk tempahan :             07 221 4775      



GoodHope Hotel, Skudai
Dewasa RM48 nett
Kanak-kanak RM28 nett
Beli 10, percuma 1 (1 Julai - 16 Ogos 2012)
Untuk tempahan :             07 557 2828      



11@Century Hotel, Johor Bahru
Dewasa RM58 nett
Kanak-kanak / Warga Emas RM26 nett
Untuk tempahan :             07 333 3300       Ext: 2805



Nelayan Cafe 
Hotel Selesa, Johor Bahru
Dewasa RM48++
Kanak-kanak RM24++
Untuk tempahan:             07 332 3999      



Selesa Sinar Ramadan Buffet 
Hotel Selesa, Pasir Gudang
Dewasa RM49.99++
Kanak-kanak RM24.99++
Promosi tempahan awal 22 - 26 Julai 2012
Dewasa RM30++
Kanak-kanak RM15++
Untuk tempahan:             07 251 8899      



Gulai Kawah @Medan Palma
Le Grandeur Palm Resort, Senai
Dewasa RM60++
Kanak-kanak RM30++
Beli 10 Percuma 1
Untuk tempahan :             07 599 6000      



Myra Bistro
M Suites Hotel, Johor Bahru
Dewasa RM68++
Kanak-kanak RM30++
Untuk tempahan :             07 221 1000      



Restoran Malay Village 
Dewasa RM32 nett
Kanak-kanak RM18 nett
Untuk tempahan :             012 728 4873      
            07 221 1221       (Kolam Air) 
             017 733 7303       (Nusa Bestari)



Bingkisan Rasa Ramadan 
Hotel Mutiara, Johor Bahru
Dewasa RM75++
Kanak-kanak RM45++
Promosi tempahan awal sebelum 20 Julai 2102
Beli 4 Percuma 1
 Untuk tempahan : 07  330 0300 ext: 0379 / 0381



New York Hotel, Johor Bahru
Dewasa RM58++
Kanak-kanak RM20++
Untuk tempahan :             07 331 2921      



Bufet Ala Bazar Ramadan
 Pulai Springs Resort
Dewasa RM67++
Kanak-kanak RM34++
Beli 9 Percuma 1 (9 + 1)
Untuk tempahan :             07-521 2121      



The Newsroom Cafe' 
The Puteri Pacific, Johor Bahru
Dewasa RM78++
Kanak-kanak RM38++
Untuk Tempahan :             07 219 9999       /             07 219 8888      



Checkers Cafe 
Silka Hotel Johor Bahru (Dorsett Johor Hotel) 
Dewasa RM55 nett
Kanak-kanak RM30 nett
Untuk tempahan :             07 360 1000      



Sajian Iftar 
Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang
Dewasa RM50++
Kanak-kanak RM30++
Beli 10 Percuma 1
Untuk tempahan :             07 259 6102       / 259 6103



Cafe Para Para
Grand Paragon Hotel, Johor Bahru
Dewasa RM68++
Kanak-kanak RM34++
Untuk tempahan :             07 268 5222       Ext: 5326



Muhibbah Ramadan Buffet
Hotel Sentral, Johor Bahru
Dewasa RM45 nett
Kanak-kanak RM25 nett
Beli 5 Percuma 1
Untuk tempahan :             07 222 7788       ext: 8003 / 8009 / 8029



Nostalgia Warisan Ibunda
Ponderosa Golf & Country Club, Johor Bahru
Dewasa RM63 nett
Kanak-kanak RM30 nett
Harga Istimewa ( 24 -26 Julai & Setiap Hari Ahad)
Dewasa RM58 nett
Kanak-kanak RM25 nett
Untuk tempahan:             07 - 354 9999       ext: 282 
            019 758 8911       (Zam)             019 758 8781       (Wan)