Sunday, October 24, 2010

MAGIKA FILEM TERBAIK FFM-23


Tidaklah mengejutkan apabila filem MAGIKA ditabalkan sebagai filem terbaik FFM-23 malam ini.Dalam membicarakan suatu kelainan perfileman Malaysia, MAGIKA memang patut tidak ditolak ke tepi.Kami menonton MAGIKA tiga minggu lepas sekadar mengisi slot ketiadaan filem yang bersesuaian dengan tuntutan anak-anak.Sungguh, kami tidak mengenali MAGIKA sebelum itu.Samada dicanang dan dipromosikan dengan gah ataupun tidak..memang bukan faktor itu yang meruntun kami menonton MAGIKA.Tatapi bila melihatkan anak-anak tidak sedikitpun menunjukkan jemu, sedarlah kami bahawa MAGIKA memang magik. Hendak dianugerahkan berapa bintang tidaklah pula kami pasti.Yang pasti, hendak digarapkan sebuah filem muzikal MAGIKA ini sudah pasti menagih kesinambungan elemen yang pelbagai. Daripada penceritaannya yang bersahaja, perwatakan yang virtual, sinematografi yang ada tara, barisan pelakon yang berwibawa, kesemuanya menunjukkan "flow" yang kena. Kehebatannya bukan pada Mawi(Badang) ataupun tarikan Diana Daniel(Ayu) mewarnai karekter. Tetapi pada konsep filem yang menggaya dan mengkayakan muzikal dalam penceritaan, sesuatu yang amat asing dalam sentuhan filem Malaysia.Kami tabik atas keberanian dan inisiatif sebegini sementalah bukan sebuah dua melodi yang perlu dbuahkan untuk produk ini.Kami tidak menyelami jatidiri perfileman dalam diri KRU, tetapi watak-watak "Pak Pandir, Mak Andih, Nenek Kebayan, Bawang Putih, Bawang Merah, Puteri Gunung Ledang, Badang, Pahlawan Melaka Berlima" membuktikan keseriusan KRU mengadun rencahkan mitos-mitos kemelayuan supaya kembali menjengah seketika di minda kita, kalaupun ramai di antara kita yang sudahpun lupa.

*Kasihan pada member kami Si Odi..tak tengok MAGIKA sampai ke sudah pasal tak ada kawan yang sanggup temankan...filem melayulah katakan..

No comments:

Post a Comment