Monday, January 31, 2011

MURTABAK RAJA

Utusan Malaysia 31 Jan. 2011

 

KUALA TERENGGANU 31 Jan. - Biarpun mula dipasarkan secara komersial di negeri ini beberapa bulan lalu oleh AR Food House, Murtabak Raja keluaran Muslim Best mendapat sambutan di luar jangkaan.
Produk sejak beku itu dihasilkan dengan gandingan kepakaran MARDI yang menyerlah keenakan rasa murtabak sebenar merupakan antara produk makanan keluaran Muslim Best yang menjana perniagaan AR Food House.
Menurut pemilik AR Food House, Syed Mohd. Nor Syed Alwi, 59, walaupun pelbagai produk makanan dijual di premisnya di bandar Dungun namun Murtabak Raja merupakan produk utama untuk diedarkan di pasaran.
Walaupun rangkaian pengedaran masih belum meluas, secara purata 1,000 pek Murtabak Raja berjaya dijual dan bagi Syed Mohd. Nor, ia membuktikan penerimaan masyarakat cukup membanggakan.
Baginya, ia turut membuktikan Murtabak Raja, hidangan kerabat istana Kelantan silam dihasilkan dengan begitu teliti dengan menitikberatkan mutunya dan boleh menjadi hidangan dalam semua suasana terutama keraian atau menu hidangan pada bila-bila masa.
Selain murtabak, premis yang beroperasi di No. 6, Taman Permint Indah, Jalan Paka, Dungun itu turut mengedarkan beberapa produk lain antaranya nuget, sosej, daging burger, oblong, roti canai, karipap, popia cendawan berkeju dan samosa coklat pisang.
"Murtabak Raja mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri dengan pilihan perasa daging tempatan berperisa lada hitam, sardin bersos salsa nanas dan kari ayam rempah ratus tradisional.
"Ia didatangkan dengan lebih besar, tebal dan padat, berintikan 100 peratus daging lembu dan ayam tempatan serta sardin berkualiti bersalut telur gred tinggi dan bawang segar.
"Ia tanpa kuah atau pencicah biasa. Sekeping Murtabak Raja segera seberat 1 kilogram ini berharga RM16 cukup untuk dimakan empat orang dewasa dan boleh disimpan di dalam tempat beku peti sejuk selama setahun.
"Malah kalau disimpan di ruang biasa di dalam peti sejuk pun, murtabak ini mampu bertahan selama tiga bulan, inilah keistimewaan Murtabak Raja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pesara pegawai kerajaan memberitahu, beliau yang dibantu anaknya, Mohd. Afzan Fauzi, 35, bagi mengendalikan perniagaan itu yakin Murtabak Raja mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian menu harian masyarakat.
Menurutnya, Dungun merupakan lokasi agak strategik dengan persekitaran bandarnya yang semakin membangun selain mempunyai beberapa institusi pengajian tinggi serta kolej memberi impak yang baik bagi perniagaannya.
Di samping itu jelas Syed Mohd. Nor, status halal bagi produk keluaran Muslim Best khususnya Murtabak Raja mampu meraih keyakinan pelanggan dan umat Islam tidak perlu was-was mengenainya.
Mengenai awal memulakan perniagaannya, beliau berkata, ia sebenarnya bermula secara kecil-kecilan di rumahnya dan setelah mendapat sambutan, skop perniagaannya telah dikomersialkan pada November lalu.
"Kalau dilihat daripada segi harga mungkin agak mahal daripada murtabak biasa, tapi ia dapat menjadi hidangan untuk ramai orang, malah rasanya jauh lebih sedap dan disimpan sehingga setahun," katanya.
Melihat potensi besar produk ini, Syed Mohd. Nor kini menyimpan impian untuk membesarkan perniagaannya dengan cadangan membuka kiosk ala kopitiam di negeri ini.
Justeru, beliau turut mempelawa sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen atau stokis bagi mengedarkan produk keluaran Muslim Best itu di negeri ini dengan menghubungi talian 0123932142.
Pada masa sama kata beliau, pihaknya juga bersedia membantu mereka yang berminat dengan menyediakan peti sejuk beku yang harganya akan dipotong berdasarkan keuntungan

Sunday, January 30, 2011

JEPUN DAN MALAYSIA


Group A Group B Group C Group D
QatarQatar Saudi ArabiaSaudi Arabia Korea RepublicKorea Rep. IraqIraq
KuwaitKuwait JapanJapan IndiaIndia DPR KoreaDPR Korea
ChinaChina JordanJordan AustraliaAustralia UAEUAE
UzbekistanUzbekistan SyriaSyria BahrainBahrain IranIran


Awal pagi ini Jepun dengan penuh elit menggondol kejuaraan Piala Asia di Doha, Qatar buat kali ke 4 selepas berhempas pulas menghambat Socceroos, hingga ke masa tambahan.Australia akhirnya tumpas tipis hasil jaringan tunggal Tadanari Lee di minit ke 110.

Jepun, ranking FIFA 29 telah mengesahkan dalam 51 negara menghuni benua Asia, merekalah raja Bolasepak.Malaysia ranking FIFA 142, baru mendakap piala AFF Suzuki 2010 Desember lalu, sekaligus menjadi ketua baru bolasepak Asea Tenggara, kesatuan kepada 12 negara. Benarkah ranking FIFA menggambarkan kekuasaan dan penguasaan bolasepak sesebuah negara ? Tidak rasanya, India yang turut bermain di Qatarpun, adalah penghuni ranking FIFA 144, dua tangga di bawah Malaysia. Lalu di manakah kita, jauh lagikah perjalanan kita ? Jawapan yang teman temui hanyalah..kita ibarat cerita arnab dengan kura-kura, sama-sama berlumba lari..kita laju di hadapan tetapi berhenti rehat di pertengahan...akhirnya jauh pula kita ditinggalkan.Era 70-80an ketika negara-negara Arab lain masih hingusan, kita sudahpun "mengetuk kepala" Arab Saudi, satu-satunya "champion" unggul bolasepak di rantau teluk. Korea Selatan pula lebih kurang seangkatan, sama naik..kadang-kadang kita menang..adakala kita kalah.Waktu itu Jepun hanya pandai bermain Softball dan Sumo, Australia pula Ragbi dan menghambat Kanggaroo ! Rupa-rupanya Jepun, Korea Selatan dan Australia itulah jelmaan kura-kura yang merangkak lambat-lambat tetapi melampaui sampai ke medan World Cup. Apapun pagi ini ketika barisan Jepun angkuh menjulang Asian Cup, ada persamaan dengan Malaysia yang mendakap AFF Suzuki Cup dapat teman rasakan. Bukan semangat pasukan, bukan percaturan serangan , bukan dominasi permainan tetapi BIRU..JERSI BIRU, itu saja !





Saturday, January 29, 2011

MENU BERGAMBAR

BUBUR NASI

CHAR KWETIAW

CHICKEN CHOP

SIAKAP 3 RASA

SIAKAP KUKUS ALA THAI

MEE GULUNG

MASHED POTATO

NASI GORENG AYAM KUNYIT

NASI GORENG BELACAN

NASI GORENG KEMANGI

NASI GORENG SEAFOOD CILI KERING

NASI GORENG U.S.A

NASI GORENG PATTAYA

ROJAK CHA-CHA

SIAKAP ASAM NYONYA

TOM YAM PUTIH SEAFOOD

UDANG BUTTER

Friday, January 28, 2011

SOM THAM



Bahan-bahan:

5 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
2 sudu besar air gula kabung
1 sudu besar sos sotong
1 sudu kecil garam
50 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak
50 gm udang kering
100 gm mangga muda - parut memanjang
200 gm betik muda - parut memanjang
2 kelopak daun salad
2 tangkai kangkung
2 batang kacang panjang
Beberapa hiris limau nipis diambil jusnya
1 kuntum bunga kantan

Cara menyediakan:

1. Lenyekkan bawang putih dan cili padi hingga hancur menggunakan batu tumbuk di dalam periuk tanah.
2. Masukkan udang kering, garam dan kacang tanah, lenyekkan lagi. Masukkan pula air gula dan sos sotong, lenyekkan lagi sehingga semuanya sebati.
3. Masukkan mangga dan betik muda yang telah diparut memanjang, lenyekkan seketika.
4. Tuangkan jus limau nipis, kacau rata.
5. Masukkan kacang panjang yang telah dipatah-patahkan dengan tangan.
6. Kemudian hiris halus bunga kantan, masukkan ke dalam bahan-bahan yang lain, dan kacau rata. Hidangkan bersama daun salad dan kangkung.

MASAK TEMPOYAK DAUN KAYU

Bahan-bahan:

3 helai daun kunyit
1 cekak daun pucuk ubi
4 helai daun pucuk kaduk
4 helai daun pucuk labu
4 helai daun semangun
20 ekor ikan bilis
20 tangkai cili padi - tumbuk
3 papan petai
3 batang serai - diketuk
2 cawan santan
2 senduk besar tempoyak
2 cm kunyit hidup - tumbuk
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan;

1. Semua daun kayu dihiris halus seperti membuat bunga rampai. Petai dibelah dua dan dititik.
2. Cili padi dan kunyit ditumbuk. Campurkan cili padi, kunyit, tempoyak, serai dan santan. Kacau rata dan tambahkan ikan bilis. Masak dengan api sederhana.
3. Apabila mendidih, masukkan petai dan daun-daun kayu yang telah dihiris. Masukkan garam dan kacau hingga pekat.

Tuesday, January 25, 2011

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN( BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS )



Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili  bulan (mengeluarkan dingin).
(Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .
-          Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit,  sakit kepala akan sembuh.
(When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

-          Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan ulang-alik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
 (If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

-          Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
 (Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

-          Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan
 cepat.
 ( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

-          Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa.
 (You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

-          Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adalah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh .
 (I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).

-          Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) .

-          Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?) .

-          Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan menkadi sangat tenang.
(Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition)

UFO DIPERCAYAI MENDARAT DI SAWAH PADI DI YOGYAKARTA

KOSMO 25 Januari 2011

YOGYAKARTA, Indonesia - Tujuh petak sawah padi di Krasakan di Sleman, Yogyakarta mempunyai corak bulatan ganjil yang dipercayai penduduk dihasilkan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor akhbar Jakarta Post semalam.
Bukan sahaja Jakarta Post tetapi banyak akhbar lain di Indonesia turut melaporkan mengenai penemuan unik itu.
Corak bulatan ganjil pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat seperti Britain sejak tahun 1980.
Bentuk bulatan yang ganjil itu dikaitkan dengan UFO di Barat ekoran ia mempunyai bentuk geometri dan tiasa saksi yang melihat manusia yang melakukannya.
Bentuk ganjil yang ditemui di Sleman itu mengandungi corak segi tiga dan dua bulatan kecil di bahagian tengah bulatan yang besar berdiameter di antara 25 meter hingga 30 meter itu ditemui penduduk tempatan pada pagi Ahad lalu.
"Saya berpendapat, ia (bulatan ganjil itu) ditinggalkan oleh sebuah kapal angkasa asing seperti yang saya lihat di televisyen," kata seorang penduduk, Cahyo Utomo semalam.
"Adalah tidak munasabah, bulatan itu dibuat hasil tiupan angin atau haiwan lain," tambahnya.
Bulatan itu yang terletak dekat dengan sebuah kawasan rumah penduduk kelihatan seperti satu kerja seni geometri manakala kawasan sawah padi lain tidak mengalami sebarang kesan yang sama.
Bulatan ganjil itu kali pertama dilaporkan oleh seorang petani, Tukiman pada pukul 6 pagi Ahad lalu
SEJUMLAH orang menaiki bukit dan merakamkan gambar corak unik yang dipercayai dihasilkan objek terbang tidak dikenali di kawasan sawah padi di Sleman, Yogyakarta semalam.
Ketua Polis Sleman, Iwan Ramaini berkata, dia tidak pasti jika corak bulatan itu dicipta oleh UFO atau ia merupakan fenomena semula jadi. Satu siasatan polis sedang dilakukan berhubung kejadian itu.
Namun, seorang pegawai polis yang mendegar keterangan daripada enam petani yang memiliki tujuh petak sawah percaya, bulatan itu bukan buatan manusia.
"Mereka bilang (para petani itu) nggak (tidak) mungkin itu dibuat oleh manusia," kata seorang pegawai polis, I Made Muliawan kepada wartawan akhbar dalam talian detikcom.
Menurutnya, petani-petani itu tidak melihat terdapat kegiatan mencurigakan di kawasan sawah padi tersebut.
"Tidak ada keterangan yang menyebutkan, melihat ada orang melakukan hal-hal aneh di sawah itu," katanya.
Dia berkata, salah seorang pemilik sawah itu pernah mendengar bunyi bising pada malam sebelum corak itu ditemui.
"Malam hari ada yang bilang mendengar suara seperti pesawat turun, terus pastinya dia melihat di sawahnya," kata pegawai polis itu.
Menurutnya, pihak polis menghalang orang ramai mendekati kawasan yang mengandungi objek misteri itu.
Dia berkata, sekatan itu dibuat kerana pihaknya bimbang orang ramai akan memijak pohon padi sekali gus menjadi rosak dan merugikan petani

KLIA 2

KOSMO 25 Januari 2011



PETALING JAYA - Semua syarikat penerbangan tambang murah akan berpindah ke terminal penerbangan tambang murah tetap baru, KLIA2, yang dijadualkan siap pada bulan Oktober 2012, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Ditanya sekiranya ada pengendali penerbangan tambang murah yang enggan berpindah, beliau berkata: "Saya rasa mereka terpaksa berpindah kerana terminal penerbangan tambang murah (LCCT) sedia ada akan ditukar menjadi terminal kargo.
"Kerja-kerja di terminal itu rancak dijalankan dan dijangka siap menjelang tahun depan.
"LCCT sedia ada mampu mengendalikan hingga 15 juta penumpang setahun dan tahun lalu ia mengendalikan kira-kira 17 juta penumpang," katanya kepada pemberita pada upacara penyerahan Sistem Pemeriksaan Penerbangan (FIS) oleh Systematic Aviation Services Sdn. Bhd. kepada kementeriannya di sini semalam.
Memandangkan pertumbuhan pesat lalu lintas dalam sektor tambang murah, tambah beliau, kerajaan telah memberikan keutamaan kepada pembangunan segera terminal mega tambang murah bernilai RM2 bilion yang akan menampung keperluan perjalanan tambang murah bagi sekurang-kurangnya 10 hingga 15 tahun akan datang.

Sunday, January 23, 2011

NOMBOR SIRI HAND PHONE

Untuk mengetahui nombor siri telefon bimbit anda: Sila dail - star hash zero six hash (atau: *#06#). Nombor Siri 15 digit akan muncul terpapar di skrin telefon bimbit anda. Catatkan nombor siri ini dan simpan di mana-mana untuk rujukan kemudian. Apabila telefon bimbit anda di curi orang atau pun kehilangan, telefon saja 'telco' (syarikat pembekal perkhidmatan GSM anda seperti 012, 019, 013, 016, 017, dll) dan berikan nombor siri telefon bimbit anda ini. Dengan adanya nombor ini, mereka (telco) berupaya untuk sekat atau "blok" penggunaan telefon bimbit anda itu. Walau pun pencuri tersebut bertindak menukar kad SIM, telefon bimbit anda itu tetap tidak akan boleh digunakan langsung. Jika semua pemilik telefon bimbit lakukan langkah bijak ini, tiada sebab untuk sesiapapun cuba mencuri telefon bimbit lagi !