HARIAN METRO 20 Januari 2011
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
anbia@hmetro.com.my
 KUALA LUMPUR:  Krisis kekurangan bekalan kelapa di pasaran diambil  kesempatan segelintir peniaga licik yang sengaja mencampurkan air paip  dan tepung bagi menipu pengguna yang menyangka santan dibeli adalah  segar.
KUALA LUMPUR:  Krisis kekurangan bekalan kelapa di pasaran diambil  kesempatan segelintir peniaga licik yang sengaja mencampurkan air paip  dan tepung bagi menipu pengguna yang menyangka santan dibeli adalah  segar.  Difahamkan, penipuan terancang itu dilakukan segelintir peniaga  yang cuba meraih keuntungan sebanyak mungkin termasuk dengan menjual  santan yang dicampurkan serbuk khas bagi memekatkan kandungan cecairnya.
Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi  dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur,  Othman Nawang berkata, taktik  itu dibongkar selepas pihaknya mengesan tindakan dua peniaga yang  melakukan penipuan berkenaan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, di  sini,  kelmarin.
  Dalam operasi itu, pihaknya menyerbu dua premis kerana disyaki  mencampurkan bendasing dalam santan yang dijual kepada pengguna. 
 Menurutnya, pihaknya sebelum ini pernah menerima aduan daripada  beberapa orang awam yang mengesyaki berlaku penipuan berikutan rasa dan  kandungan santan dibeli berbeza dengan santan asli yang digunakan  sebelum ini.
Menurutnya, pihaknya sebelum ini pernah menerima aduan daripada  beberapa orang awam yang mengesyaki berlaku penipuan berikutan rasa dan  kandungan santan dibeli berbeza dengan santan asli yang digunakan  sebelum ini.“Pihak KPDNKK tidak memandang remeh aduan itu,  sebaliknya segera melakukan risikan dan pemantauan di beberapa pasar  utama di ibu kota membabitkan syarikat pengeluar santan pekat atau  santan segar.
 “Sebanyak 10 premis menjual santan dipantau dan disiasat petugas  KPDNKK sebelum mendapati dua premis itu mencurigakan,” katanya.
Beliau berkata, salah sebuah premis yang juga milik seorang warga  Indonesia didapati mencampurkan air dan sejenis tepung putih yang  digunakan khusus untuk memekatkan kandungan cecair santan yang diperah.
  “Dalam pemeriksaan mengejut itu, pemilik premis berusia 30-an itu  tidak dapat memberikan maklumat jenis serbuk tepung yang digunakan untuk  memekatkan santan berkenaan.
“Ketika diajukan soalan,  peniaga berkenaan hanya mendakwa serbuk putih berkenaan adalah ubat  pekat tanpa mengetahui apa sebenar kandungan kimia di dalamnya.     “Paling dibimbangi jika tepung berkenaan adalah bahan pengawet yang  boleh memudaratkan pengguna,” katanya.   “Dalam serbuan kedua di sebuah  premis di kawasan sama, seorang lagi peniaga melakukan aktiviti sama  dengan mencampurkan santan dengan air bagi menambah kuantiti,” katanya.
Menurutnya, pihaknya berusaha membanteras penipuan ini dengan bekerja  sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan santan  itu selamat kepada pengguna.
“Setakat ini, pihak kami sudah mengambil sampel santan itu dan dihantar ke Jabatan Kimia,” katanya. nya.
Berdasarkan siasatan, santan campuran itu dijual dengan harga hampir  separuh lebih murah dari harga pasaran iaitu kira-kira RM3 sekilogram.
No comments:
Post a Comment