Saturday, June 23, 2012

BUKIT GAMBANG RESORT CITY

Tiada yang istimewa..sekadar pelengkap.Ini ungkapan tepat hasil tilikan teman terhadap kualiti makanan Bukit Gambang Resort City, Kuantan.2 kali majlis makan malam syarikat diadakan, 2 kali juga pihak teman merombak demi memberikan penekanan lebih mendalam terhadap menu-menu BGRC.Dalam dome set berkonsepkan "muhibbah", menu yang menyerlah hanya Gulai Patin Masak Tempoyak.Malang sungguh, BBQ kambing dan rusa yang rata-rata menganggap paling eksklusif, tidak muncul menjadi "killer".Penyediaan ala kadar, "marinate" yang tidak matang, cara panggang yang gagal mengekalkan "moist & juice" dan "chopping style" bersepah-sepah, adalah maklumbalas yang teman dengar ketika berbual-bual kosong bersama rakan-rakan sambing merenung BBQ kambing dan rusa yang masih berkenjah..




No comments:

Post a Comment