|
MESKIPUN Syawal bakal menjelma dalam beberapa hari lagi, jenama perintis makanan sejuk beku yang halal, Sri Kulai masih memanjangkan tempoh promosi menu edisi khas Ramadan sehingga bulan September 2012.Kepada mereka yang mungkin merancang untuk menunaikan puasa enam pada bulan Syawal, menu ayam gulai lemak tradisional dan ayam kurma tradisional sesuai disajikan untuk bersahur atau berbuka puasa.Kedua-dua menu tersebut yang mendapat permintaan tinggi daripada pengguna sudah tiga kali diperkenalkan di pasaran. Dijual sejak awal Ramadan lalu, produk tersebut boleh didapati di stesen-stesen (RTE) Ready To Eat Sri Kulai.Setiap pek lauk seberat 360 gram hingga 400 gram boleh dikongsikan bersama tiga orang dan boleh dimakan selepas dipanaskan selama enam minit dalam ketuhar. Enak dimakan bersama nasi atau roti, kedua-dua menu tersebut dijual pada harga RM7.90 setiap pek sepanjang promosi hingga September ini.
Sebagai bonus, Sri Kulai turut memperkenalkan kad kesetiaan ideal buat mereka yang ingin mendapatkan produk tersebut tanpa memeningkan kepala. Kepada pemegang kad, anda berpeluang mendapat dua pek menu percuma bagi setiap pembelian enam pek produk Sri Kulai atau empat menu percuma yang lengkap untuk setiap pembelian 10 pek produk Sri Kulai.Sebagai memberi pilihan kepada pelanggan, anda boleh terus ke stesen Sri Kulai yang menawarkan 30 pilihan menu yang sedia dimakan. Produk Sri Kulai bebas pengawet, monosodium glutamnate (MSG) dibungkus menggunakan bahan yang mesra alam dan disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Ia boleh didapati di pusat beli-belah Aeon Jusco, pasar raya besar Tesco, Giant, Village Grocer dan Cold Storage pada harga runcit bermula dari RM5.90.
No comments:
Post a Comment