Ini dapat dilihat apabila Florence Tan, 67, mengambil keputusan untuk menghasilkan buku resepinya sendiri. Bertajuk Resipi Warisan Nyonya yang dikeluarkan pada tahun 2000. Mengambil masa selama setahun untuk menyiapkan buku tersebut, Florance memberitahu masakan Nyonya sebenarnya satu masakan yang penuh dengan cita rasa unik, pedas, savuri, dan manis. Katanya lagi, walaupun masakan Baba Nyonya boleh diklasifikasikan masakan yang rumit tetapi ia sebenarnya masakan yang mudah sekiranya dilakukan dengan kaedah serta peraturan yang betul.
Buku yang mempunyai 128 muka surat ini juga tidak hanya terdiri daripada resipi-resipi Baba Nyonya tetapi turut menyenaraikan sukatan-sukatan lama kepada sukatan baru. Yang pasti buku ini turut memberikan pelbagai tip dalam masakan serta tidak ketinggalan gambar-gambar masakan yang begitu menarik untuk dikongsi bersama. Berbual lanjut mengenai buku resipi tersebut, ulas Florance, buku keduanya kali ini menampilkan 53 resipi dan rata-ratanya mudah disediakan.
"Buku ini merupakan kesinambungan daripada buku resipi yang pertama. "Walaupun buku sebelum ini turut menampilkan resipi Baba dan Nyonya, tapi percayalah resipinya masih banyak dan ada lagi yang belum dibukukan. "Yang pasti resipi-resipi di dalam buku ini merupakan resipi kegemaran dan disukai selain mudah disediakan dan juga hidangan yang ringkas," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran buku tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ditanya apakah elemen utama yang menjadi signature dalam masakan Baba Nyonya, kata Florence, kebanyakan masakan ditumis terlebih dahulu.
Jelas Florance lagi, masakan Baba Nyonya yang terdapat di dalam buku ini mempunyai pengaruh Melayu, Cina, dan Barat. Selain itu, tambah 'sifu' masakan ini, masakan Baba Nyonya juga banyak menggunakan kicap pekat, kicap cair dan juga cendawan. Katanya, pembaca juga bertuah kerana selain resipi, turut diselitkan beberapa tip dan teknik yang betul dalam penyediaan masakan Baba dan Nyonya.
Buku ini boleh didapati di rangkaian kedai buku terkemuka dan ia juga boleh dibeli secara dalam talian. Hanya berharga RM42.90, peminat masakan boleh memiliki buku Resipi Warisan Nyonya dalam bahasa Malaysia manakala untuk edisi bahasa Inggeris buku ini berharga RM49.90. Bercerita mengenai perancangan masa depan, Florance memberitahu beliau kini dalam proses mengeluarkan buku resipi kek dan biskut. Katanya, kesemua resipi telah siap dan hanya tinggal proses terakhir untuk dicetak. "Harap semua sabar menanti keluaran buku kek dan biskut ini yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. "Buku ini juga merupakan buku kedua untuk kek dan biskut dari saya," katanya sebelum mengakhiri bicara
No comments:
Post a Comment