Jadi untuk merasakan sedikit kelainan daripada hidangan nasi mandy apa kata kunjungi Restoran Tak Taz untuk menikmati hidangan masakan Iran dan Parsi.
Cukup popular dengan hidangan kebab, di sini para pengunjung boleh memilih pelbagai jenis kebab seperti kebab ayam, kebab kambing, kebab kambing dan ayam (dicampur), dan kebab ayam campur sayur-sayuran.
Menurut jurucakapnya yang juga merupakan anak kepada pemilik Restoran Tak Taz, Parvin Aminifard, 23, restorannya menyajikan hidangan yang terbaik dari Iran untuk masyarakat setempat.
Untuk itu, selain mengekalkan cita rasa asliyang dibawa dari Iran pihaknya turut menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dalam setiap masakan.
Untuk masakan Iran yang disediakan di sini, kami seboleh mungkin mengekalkan rasa aslinya kerana kami menghidangkan sajian dari sana.
Tujuan kami adalah untuk memberi masyarakat setempat merasai hidangan kami yang sebenar.
Bagaimanapun untuk sesetengah hidangan, kami ada menyediakan cili ataupun sup bagi disesuaikan dengan selera masyarakat Malaysia yang suka makan berkuah dan pedas," katanya ketika ditemui di premis perniagaannya yang terletak di B-G-3, Blok B, Persiaran Serdang Perdana, Seri Kembangan, Selangor.
Tambahnya lagi, keenakan kebab ini terletak pada tekstur dagingnya yang lembut dan berperisa.
Ujar Parvin lagi, masyarakat Iran sangat menggemari kebab yang dimakan bersama nasi safron, nasi dill atau roti.
Hidangan ini agak berbeza daripada hidangan negara Asia Barat yang lain terutama dari segi rasanya yang lebih berperisa.
Selain itu setiap hidangan juga pasti dinikmati bersama salad segar, minyak zaitun dan yogurt.
Berbicara lanjut mengenai sajian yang terdapat di situ, ulas Parvin lagi, kebanyakan bahan mentah seperti rempah ratus, herba serta beras diimport dari negara Iran.
Ini kerana selain susah didapati di pasaran tempatan mereka juga ingin mengekalkan aroma serta rasanya yang sebenar.
Dan untuk itu juga Parvin menjelaskan chef yang berkhidmat di restoran itu turut diimport dari Iran.
Kerana inginkan keaslian masakan Iran serta memberi citar asa sebenar kepada pengunjung terutama sekali masyarakat setempat kami mengimport bahan-bahan mentah seperti beras, rempah ratus dan juga herba.
Tidak ketinggalan tukang masak kerana hanya warga Iran yang mampu menghasilkan masakan Iran yang sebenarnya," katanya lanjut.
Menampilkan lebih daripada 40 jenis hidangan, restoran yang dibuka setiap hari bermula 11.30 pagi hingga 12 tengah malam itu boleh memuatkan 70 orang pelanggan pada satu-satu masa.
Bagi peminat piza pula, anda juga boleh mencuba piza Iran yang dilambakkan dengan keju mozarela, hirisan ayam, cendawan, dan tomato.
Apa yang membuatkan piza ini berbeza daripada yang lain ialah rotinya yang tebal tetapi tidak memualkan biarpun dimakan sejuk.
Menurut Parvin, piza ditawarkan dalam dua saiz sama ada sederhana atau besar dengan 14 jenis pilihan berbeza.
Piza di sini adalah resipi Restoran Tak Taz dan menjadi antara pilihan menu utama pengunjung.
Ia hanya akan dimasak sebaik sahaja menerima permintaan pelanggan kerana piza lebih enak dimakan ketika panas," kata Parvin menutup bicara.
No comments:
Post a Comment