10 Mac 2013
JOHOR BAHRU – Pengguna beragama Islam diminta lebih agresif untuk mengambil tahu keperluan dan kepentingan produk makanan halal yang kini semakin berkembang pesat hingga ke pasaran global.
Pengarah Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Azhar Muhammad berkata, usaha gigih agensi kerajaan dan pertubuhan pengguna Islam dalam mendidik pengguna terhadap makanan halal harus disambut baik masyarakat amnya.
Menurutnya, keberkesanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam di peringkat negeri bersama kerajaan untuk menyediakan lebih banyak produk halal kepada para pengguna juga perlu difahami.
“Apabila kita bercakap mengenai halal, perkara penting atau utama yang terlintas adalah mengenai makanan. Sensitiviti makanan yang halal dan baik itu merujuk sejauh mana industri makanan itu mampu menyumbang semula kepada pembangunan umat Islam.
“Jadi umat Islam seharusnya mempunyai sensitiviti untuk membangunkan perusahaan bagi memenuhi keperluan pengguna Islam. Sekiranya produk makanan yang dibangunkan oleh umat Islam itu sendiri halal, maka secara tidak langsung keyakinan pengguna terhadap status halal sesuatu produk makanan dipercayai.
“Pada masa sekarang, lebih dari separuh pemegang sijil halal terdiri daripada peniaga bukan bumiputera. Hal ini menunjukkan bahawa peniaga bukan Islam juga sudah mula mengambil berat akan keperluan pengguna Islam terhadap produk makanan halal,” katanya ketika merasmikan Seminar
Kepenggunaan Halal negeri Johor 2013 di Dewan Senat UTM, semalam yang dihadiri kira-kira 450 peserta.

No comments:
Post a Comment