Dengan bayaran hanya RM39++, nikmatilah sebanyak mana makanan laut, ayam, daging, kambing, sayur dan pelbagai hidangan yang anda ingini.
Jika makanan yang diambil tidak habis, usah risau kerana anda hanya dikenakan bayaran RM8++ bagi setiap 100 gram dan makanan tersebut boleh dibungkus untuk dibawa pulang.
Inilah antara keistimewaan yang terdapat di restoran tersebut. Konsep tiga dalam satu iaitu stim bot, kukus dan barbeku pasti memuaskan hati pelanggan yang bertandang.
Pemiliknya, Noraini Hayati Ismail berkata, pelbagai jenis ikan boleh dinikmati, antaranya kurau, senangin, kerapu merah dan bawal putih.
Bagi penggemar ketam, pastinya mereka berpuas hati dengan pilihan ketam hijau, biru atau merah yang juga dikenali sebagai ketam bunga.
"Bukan itu sahaja, turut disediakan adalah variasi makanan laut seperti udang harimau, lala, kepah, kupang, sotong, timun laut dan banyak lagi.
"Saya jamin restoran ini sahaja yang menyediakan pelbagai jenis makanan laut yang jarang ditemui di restoran stim bot yang lain," ujarnya kepada S2.
Tidak cukup dengan itu, pelbagai jenis bebola daging dan ayam yang telah diperap sedia untuk dipanggang atau barbeku.
Pilihan sayuran pula adalah pelbagai seperti sayur berdaun hijau, cendawan butang, bunga kubis, brokoli, karot dan banyak lagi.
Lebih mengenyangkan sekiranya sajian pilihan anda itu dicampur dengan mi, bihun atau kuey tiaw yang direbus di dalam periuk berisi kuah tom yam atau sup ayam.
Bagi yang mahu makan nasi, pilihan nasi putih dan nasi Arab sedia menanti, di samping bihun goreng, nasi goreng, mi goreng, bubur dan pelbagai lagi.
Pemanis mulut yang menjadi pelengkap hidangan tidak dilupakan. Terdapat aneka pilihan puding dan agar-agar, rojak buah serta jeruk buah-buahan.
Menurut Noraini, hidangan laut yang disediakan di restoran itu mengikut musim agar pelanggan yang berkunjung tidak jemu menikmati masakan yang berbeza.
Selain itu, katanya, pihaknya turut mengadakan promosi bulanan, contohnya pada bulan hadapan (April), restoran itu akan menghidangkan ikan salmon.
"Konsep menggunakan periuk tembaga tiga dalam satu membolehkan pelanggan menguji kebolehan memasak masing-masing ketika menyediakan hidangan kegemaran mereka," ujarnya.
Dalam pada itu, penggemar makanan kukus pasti berpuas hati dengan pilihan yang ada. Ini kerana terdapat pilihan ikan kukus untuk dimasak taucu, rempah, asam pedas atau lemak hijau.
Untuk makluman umum, Restoran Seafood Terminal kini telah berpindah ke Jalan Gombak, Gombak Setia, Selangor. Jika sebelum ini, pengunjung singgah makan di tapak lamanya di Bangsar, Kuala Lumpur, jangan lupa untuk singgah makan di sini semula.
Restoran itu dibuka setiap hari, bermula pukul 6 petang sehingga 12 malam.
Bagi sebarang tempahan, bolehlah hubungi Noraini di talian 03-61777988.
No comments:
Post a Comment