- Norashikin menunjukkan sangkar kucing yang diletakkan di kawasan dapur sebuah kedai kopi yang diperiksa dalam operasi, semalam.
PONTIAN - Lantai kotor, dapur berselerak dan sebuah sangkar kucing diletakkan di dapur, antara situasi di sebuah kedai kopi yang sudah berusia hampir 50 tahun, di sini.
Peniaga kedai tersebut yang pada awalnya mahu mengelak daripada pemeriksaan cuba menutup sebahagian pintu kedai apabila menyedari kehadiran kakitangan Pejabat Kesihatan Pontian, bagaimanapun tidak berjaya.
Sebaliknya, premis berkenaan terus diperiksa dan didapati pemilik kedai membela kucing bagi menangkap tikus di kawasan dapur.
Pegawai Kesihatan Kanan, Pejabat Kesihatan Pontian, Dr Norashikin Mahadan berkata, peniaga makanan tidak boleh meletakkan haiwan seperti anjing dan kucing di dapur kerana dikhuatiri mengakibatkan jangkitan penyakit.
Jelasnya, arahan itu telah termaktub di dalam Akta Makanan 1983 dan peniaga seharusnya menggunakan kaedah lain bagi menghalau tikus dan haiwan perosak di dapur.
Namun, sekiranya peniaga sudah mematuhi aspek kebersihan yang ditetapkan, masalah tikus dan haiwan perosak lain tidak akan timbul.
Menurutnya, pemilik kedai kopi berkenaan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 di bawah Seksyen 33 (11) Akta makanan 1983 Peraturan 14 kerana tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan.
“Operasi secara bersepadu dengan Majlis Daerah Pontian (MDP) ini akan dilakukan sebanyak dua kali sebulan bagi memastikan pengusaha kedai makan menyediakan makanan dalam keadaan bersih,” katanya kepada Sinar Harian.

No comments:
Post a Comment