Restoran Banafee Village adalah antara yang terbaik di Malaysia. Dicadangkan jika berkunjung ke Johor eloklah singgah sekejap di restoran ini. Ia terletak di tengah-tengah bandar Johor Bahru di Jalan Dato Abdullah Tahir Avenue berhadapan dengan Hotel New York.
Pelbagai jenis makanan Malaysia, dari Timur Tengah dan makanan selera Asia disajikan di bahagian dalam restoran itu. Selain menghidangkan makanan yang lazat, restoran ini juga adalah tempat yang sesuai untuk anda dan keluarga atau dengan pasangan untuk menjamu selera kerana suasananya yang sunyi dan berkonsep tropikal.
Makanannya bukan sahaja enak malahan harganya juga berpatutan dan lebih daripada itu menikmati juadah dalam suasana yang menarik. Bagaimanapun anda terpaksa menunggu giliran yang panjang untuk mendapatkan makanan yang dipesan, terutama apabila restoran ini dipenuhi pelanggan di sebelah malam.
Dalam satu temu bual, Pengurus Restoran Banafee, Mohd. Juferi Kidam yang berkhidmat sejak tahun 2009 di situ berkata: "Makanan yang paling popular dalam kalangan para pelanggan ialah ayam penyet, ketam bercili, nasi goreng maharaja, "kambing mandyâ selain nasi goreng cina dan nasi Arab (kambing).
"Wow yea.. saya sangat suka makan ayam penyet di Restoran Banafee! Rasanya memang sedap. Anda mesti mencubanya. Saya nasihatkan anda mencubanya jika ke Banafee Village. Tetapi jangan salahkan saya jika terpaksa menunggu giliran yang panjang dari 5 hingga 15 minit untuk mendapatkan makanan yang dipesan.â
Jika anda datang awal sekitar pukul 5 hingga 7 petang, anda pasti akan mendapat pesanan dengan cepat dan lebih daripada itu boleh menikmati suasana menarik di sekeliling kerana ketika itu para pelanggan masih belum ramai.
Selalunya restoran Banafee dipenuhi pelanggan di sebelah malam kerana selain menikmati makanan yang enak juga dihiburkan oleh persembahan band muzik.
Anda juga akan menyukai suasana syahdu dan dingin di ruang terbuka di situ. Cara mereka memulihara suasana tropika rumah di situ juga menarik, tetapi pada masa sama bangunan tinggi sedang dalam pembinaan di situ akan menjadikan restoran itu agak terlindung dan kerana itu orang ramai terpaksa mencarinya dan seterusnya sukar mendapat tempat untuk meletak kenderaan.
Sekiranya anda ingin menikmati makanan lazat di tempat terbuka dalam suasana dingin dan selesa, Restoran Banafee Village akan memenuhi citarasa anda itu.
No comments:
Post a Comment