SUDAH serata tempat penulis mencari restoran yang menyajikan nasi ayam lain dari yang lain.
Jenuh juga pencarian tersebut, namun bila seorang rakan mencadangkan agar mencuba nasi ayam di Tam Nasi Ayam, penulis mula berkira-kira untuk ke sana.
Setibanya di Tam Nasi Ayam, restoran dipenuhi orang ramai daripada pelbagai kaum. Sedikit terkejut dengan situasi ini, penulis tertarik untuk mengetahui lebih dekat apakah keistimewaan yang ada di restoran yang cukup besar ini.
Pesanan di buat dan selepas mencuba sendiri, ternyata benarlah kata ramai orang, nasi ayam di sini adalah yang terbaik. Memang sedap dan puas kala menikmatinya.
Dengan sepotong ayam yang telah dikukus dan dibakar, dilimpahi pula dengan sos cili buatan sendiri, sup ayam serta air asam, memang wajar nasi ayam golek ini menjadi buah mulut masyarakat sekitar.
Itu baru lauk pauknya, nasinya pula usah cakap. Memang sedap dan cepat kenyang walau makan sedikit cuma. Sepertimana yang dikatakan pemiliknya, Muhammad Zubair Ismail, nasi ayam yang dimasak itu datangnya daripada beras khas yang diimport dari Kedah.
"Beras Kedah cukup berkualiti dan kualitinya dapat dilihat apabila selesai masak, ia tidak hancur seperti beras lain. Apabila dihidangkan pada pelanggan, kelihatan nasi ayam cukup menyelerakan tambahan pula bila dihias dengan hirisan timun dan salad di sebelah nasi
tersebut," ujar anak kelahiran Kedah berusia 32 tahun ini.
Nasi ayam golek, menurut Zubair, adalah nasi ayam yang paling mendapat permintaan di Tam Nasi Ayam. Dengan harga RM6.50 sepinggan, pelanggan pasti puas hati dan akan membuat tempahan sekali lagi untuk dibawa pulang buat keluarga tersayang.
Kata Zubair, sememangnya bukan mudah untuk menarik pelanggan untuk menikmati menu nasi ayam di restorannya.
"Sebab itu kami sangat menitik beratkan kualiti makanan dan cara penyediaan supaya pelanggan yang datang ke sini, tidak merungut mengenai perkhidmatan, kepuasan dan hidangan yang di tawarkan," katanya.
Variasi selera
Selain nasi ayam golek, pengunjung boleh menikmati hidangan lain yang disajikan seperti nasi ayam biasa RM5, mee kari, bihun sup, aneka tomyam, sup tulang dan sup ayam.
Manakala minuman istimewanya, laici kang, durian belanda, markisa, mangga kuini dan banyak lagi ada di sini.
Tam Nasi Ayam turut menyediakan 11 jenis menu tambahan yang boleh dipilih pelanggan mengikut selera masing-masing.
Menu-menu seperti takoyaki, durian crepe, sotong bakar dan pelbagai sate dari Satay AK24 ada terjual.
Roti nan tandoori, western food, otak-otak, char kuey teow, pisang goreng cheese dan ice cream cheese ada juga. Menariknya, setiap hidangan itu dijual di kiosk berasingan di sekitar Tam Nasi Ayam dan harga cukup murah serta berpatutan.
Cepat dan pantas
Penulis terpaku seketika bila melihat pesanan yang diambil pekerja restoran. Mereka tidak lagi menggunakan pen dan kertas semasa mengambil order, sebaliknya ia diganti dengan iPad untuk mengambil pesanan.
Zubair berkata, sistem berkenaan telah beroperasi pada Disember 2013. Seramai 10 pekerja yang ditugaskan mengambil pesanan akan dibekalkan iPad setiap seorang.
Mereka akan pergi ke meja pelanggan dan menyerahkan sekeping kad token. Pekerja akan menekan apa sahaja menu yang telah diminta oleh pelanggan. Setelah selesai, pesanan akan segera sampai di dapur tukang masak dan mereka akan memasak masakan pesanan
pelanggan.
Untuk pembayaran, pelanggan hanya perlu menyerahkan semula kad yang diberi dan harga akan tertera di skrin kaunter. Unik, kreatif dan mudah bukan?
Dengan sistem hebat ini, penulis yakin kunjungan anda ke Tam Nasi Ayam pasti memberi kepuasan berganda.
INFO
-Dibuka setiap hari, bermula jam 10.30 pagi hingga 12 malam.
-Mempunyai 38 pekerja termasuk empat tukang masak berpengalaman dalam bidang masakan.
-Makanan istimewa, nasi ayam golek RM6.50 sepinggan.
-Restoran ini telah menggunakan kemudahan iPad untuk mengambil pesanan pelanggan.
-Sebanyak 11 kiosk pelbagai jenis makanan memenuhi ruang hadapan restoran. Antara yang dijual adalah durian crepe, satay AK24, sotong bakar, otak-otak, western food, pisang goreng cheese, char kuey teow, roti nan tandoori dan takoyaki.
-Sepanjang Ramadan, Tam Nasi Ayam akan beroperasi dari jam 4 petang hingga 1 pagi. Pelbagai jenis kuih akan dijual dengan harga yang cukup berpatutan.
-Lokasi: Tam Nasi Ayam, No. 1G, 3G, 5G, Jalan Pelabur, B 23/B, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor. -Facebook: Tam Nasi Ayam

No comments:
Post a Comment