- Jaafar (kanan) bersama pelajar madrasah berdiri di hadapan bangunan asrama yang terbengkalai sejak dua bulan lalu.
PONTIAN - Impian melihat lebih ramai pelajar tahfiz menuntut di Madrasah Al-Kuliyah Imam Haji Jaafar, Rimba Terjun di sini, terpaksa dilupakan apabila bangunan asrama yang dibina terbengkalai sejak dua bulan lalu.
Pengetuanya, Jaafar Judi berkata, pembinaan bangunan asrama yang mempunyai kemudahan tempat penyimpanan air dan bilik mandi itu, dimulakan pertengahan tahun terpaksa ditangguhkan.
Jelasnya, pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya RM60,000 bagi meneruskan pembinaan asrama itu.
“Madrasah dibuka sejak empat tahun lalu bagi membantu anak-anak mendapatkan ilmu agama dan bukan bertujuan mengaut keuntungan.
“Hasil sumbangan orang ramai, madrasah ini boleh terus menyediakan kelas agama dan mengaji al-Quran bagi pelajar dan orang dewasa,” katanya semalam.
Justeru, beliau mengharapkan bantuan masyarakat bagi pembinaan semula bangunan asrama tersebut bagi membolehkan lebih ramai pelajar termasuk dari luar negeri datang ke madrasah untuk menimba pengetahuan agama.
“Setakat ini, seramai 28 pelajar berusia tujuh hingga 16 tahun belajar di sini, dan dijangka jumlah akan meningkat tahun hadapan kepada 40 orang.
“Namun, saya khuatir madrasah tidak dapat menampung pertambahan jumlah pelajar memandangkan bangunan asrama sedia ada hanya dapat menerima jumlah pelajar yang kecil,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat menyalurkan dana boleh menghubungi Fairuz Jaafar di talian 017-7651901.

No comments:
Post a Comment