Berkonsepkan koboi dengan hidangan Barat menjadikan Mr Steak House yang terletak di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor mendapat tempat di hati warga kawasan sekitarnya.
Walaupun baru dibuka 22 November tahun lalu, tetapi Mr Steak House telah mula mempunyai pelanggan tetapnya yang gemarkan pelbagai hidangan Barat terutama steak yang membuka selera.
Aroma hidangan Barat seperti black pepper steak, chicken chop, lamb stew, spagetti seafood, french fries dihidangkan dengan air durian belanda, mangga atau tembikai laici memang membuka selera.
Pengurus Mr Steak House Kota Damansara, Firdaus Razak berkata, Mr Steak House yang bermula di Shah Alam telah mengembangkan sayapnya dan sehingga kini Kota Damansara adalah cawangannya yang ketiga dan dalam masa terdekat pihaknya akan membuka cawangan keempat di Seremban2, Negeri Sembilan.
“Di sini pelanggan boleh mendapatkan hidangan makanan Barat dengan harga berbaloi tetapi rasa serta persekitaran seperti di restoran mewah,” katanya semasa ditemui di Kota Damansara, Petaling.
Mr Steak House mula dikunjungi pelanggan sekitar 6 petang hingga ke malam dengan harga hidangan makanan Barat yang berbaloi,” katanya.
Lebih menarik apabila terdapat satu penjuru untuk pemuzik menghiburkan pelanggan di Mr Steak House hampir setiap malam terutama pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Restoran yang boleh memuatkan hampir 150 orang pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai 14 orang kakitangan, dibuka bermula jam 12 tengahari hingga 12 malam setiap hari kecuali Jumaat iaitu dari 3 petang hingga 12 malam.
Firdaus berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan pelanggan untuk menempah ruang dan hidangan untuk pelbagai jenis jamuan dan majlis di Mr Steak House.
No comments:
Post a Comment