Melangkah masuk ke Retoran Suriani Nasi Kukus cawangan Ampang di Taman Nirwana, Ampang semerbak bau ayam goreng menyebabkan perut minta diisi. Selera terbuka melihat menu yang dihidangkan, paling popular adalah nasi kukus dengan gulai, ayam goreng, sambal belacan dan ulam timun yang dibungkus dengan kertas beralaskan daun pisang.
Restoran yang diuruskan oleh dua rakan kongsi Afizul Haycarl dan Mahmud Abu Bakar mula beroperasi 31 Ogos tahun lepas berkonsepkan restoran dan butik kerana di dalamnya terdapat butik pakaian lelaki MaxandcarL Kuala Lumpur.
“Restoran ini menghidangkan menu Kelantan sebagai hidangan utama selain masakan Barat dan Siam sebagai sampingan kerana di sini pelanggan yang datang biasanya mahukan kepelbagaian menu.
“Walaupun restoran ini adalah cawangan pertama Restoran Suriani Nasi Kukus di luar Kelantan selepas dua cawangan di sana, menunya diubah suai dan ditambah agar menepati selera masyarakat di sini,” kata Hycarl yang berpengalaman dalam indsutri F&B lebih 10 tahun.
Sementara itu Mahmud menambah, pelanggan boleh memilih pelbagai menu, bermula dengan pembuka selera seperti kuih lopes, keropok lekor, tauhu bakar, rojak terlajak sedap dan roti titab.
Pelanggan juga boleh memilih menu kategori kelate famous seperti nasi berlauk, nasi kukus ayam goreng, nasi kukus ayam bakar, nasi kukus ayam percik dan nasi kerabu ketam yang hanya dihidangkan pada hari tertentu atau atas permintaan. Menu kelate border pula adalah pilihan spageti seperti aglio oglio, bolognese dan carbonara.
Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis air seperti mojito iaitu campuran serai, daun pudina dan limau nipis, air laici, bandung cincau atau jagung cincau serta pelbagai pilihan minuman sejuk atau panas.
Sementara menunggu makanan dihidangkan, pelanggan boleh membeli-belah pakaian lelaki kasual, jubah serta baju melayu yang sesuai untuk musim perayaan, majlis kasual atau rasmi kerana hampir semuanya mempunyai ciri batik.
Butik MaxandcarL Kuala Lumpur bermula atas talian dengan rekaan sendiri menggunakan kain bermutu mendapat tempat dalam kalangan pelanggan sehingga mereka mengambil keputusan membuka butik di dalam restoran Suriani Nasi Kukus cawangan Ampang.
Afizul berkata, pelanggan boleh memesan makanan dalam kuantiti tertentu untuk penghantaran tetapi bagi kuantiti sedikit menggunakan khidmat Food Panda
No comments:
Post a Comment