BANNER KEMANGI
FACILITIES
Saturday, February 6, 2016
WARUNG AJA-KUANTAN
Bermula dengan menjual lima jenis lauk sahaja, kini Warung Aja terus mengorak langkah sehingga melangkau 80 jenis lauk sehari yang setiap menu adalah hasil air tangan pemiliknya Nur Hazamazlin Razali, 34, atau lebih selesa disapa Aja.
Terletak di tepi Jalan Bukit Setongkol, serta berhadapan dengan masjid,lokasi Warung Aja ternyata menjadi pilihan pelanggan dari hari Isnin hingga Jumaat.
Antara menu pilihan pelanggan ialah ikan patin masak petai tempoyak, ikan puyu masak lemak cili api, ayam lemon, kambing bakar, seafood tauhu, ikan kerisi berlada, telur ikan masak lemak, pari stim asam mangga, ayam pandan dan ikan pekasam.
“Dulu Aja tak pandai memasak,tetapi Aja belajar dengan pergi kelas dan bermacam-macam jenis kursus semata-mata untuk membuka kedai yang menepati citarasa semua orang.
“Walaupun pelbagai lauk,setiap lauk hanya dimasak dalam kuantiti sedikit iaitu satu tray untuk satu jenis lauk. Jika habis, akan digantikan dengan lauk yang lain pula,” katanya.
Konsep menukarkan lauk dilakukan bagi mengelak rasa jemu pelanggan kerana selera pelanggan tidak sama, justeru itu Warung Aja lebih suka menyediakan puluhan jenis lauk yang menepati selera dari kanak-kanak,remaja, orang dewasa sehingga warga emas.
Sajian kampung turut disediakan termasuk gulai rebung, gulai pisang muda dan gulai jantung pisang selain sup bebola ikan, sosej berlada, ayam goreng lemon, ayam goreng nestum dan ayam butter cereal cheese serta lebih 15 jenis sayur goreng.
“Aja suka mencuba pelbagai jenis masakan dan reka resepi Aja sendiri. Testimoni adalah pelanggan.Jika mereka tidak suka,Aja akan ubah sehingga menepati citarasa pelanggan.
“Selain itu, Warung Aja berkonsepkan santai. Dengan suasana kampung dan makan di bawah pokok lebih membawa ketenangan kepada pelanggan. Oleh itu, mereka tidak jemu datang setiap hari,” katanya.
Sebagai hidangan pencuci mulut, Warung Aja menyediakan hidangan santai jagung nyiur (kelapa), ubi rebus, ubi goreng dan pulut sambal ikan yang dijual pada harga RM4 dan RM5 setiap hidangan.
Lebih menarik setiap Rabu Warung Aja akan memberi bubur percuma kepada pelanggan seperti bubur lambuk seafood, bubur kacang hijau atau bubur pulut hitam.
“Seronok melihat pelanggan datang dan menikmati hidangan di Warung Aja. Mungkin selepas ini ada cawangan Warung Aja di beberapa tempat lagi dan itulah harapan Aja semata-mata untuk menjamu pelanggan,” katanya.
Labels:
MAKAN SPOT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment