Friday, February 24, 2012
LOJI JANAKUASA BARU RM 5 BILION DI PONTIAN
MALAKOFF Corporation Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya, Tanjung Bin Energy Issuer Bhd (TBEI) melantik konsortium yang diterajui Alstom Power Systems SA untuk kerja reka bentuk, kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan loji penjanaan tenaga di Johor bernilai hampir RM5 bilion.
Pengeluar tenaga persendirian terbesar negara itu semalam memeterai perjanjian kontrak bagi kerja itu dengan konsortium berkenaan yang dijangka siap dalam tempoh 48 bulan daripada notis pelaksanaan.
Malakoff dalam kenyataannya berkata, projek itu membabitkan pembekalan peralatan utama penjanaan tenaga untuk loji tenaga berkapasiti 1,000 MegaWatt (MW) menggunakan arang batu, bersebelahan kemudahan sedia ada di Tanjung Bin, Pontian.
Mengulas perkembangan itu, Ketua Eksekutif Malakoff, Zainal Abidin Jalil, berkata projek yang dijadual siap pada 2016 itu, akan meningkatkan kapasiti penjanaan sedia ada Tanjung Bin daripada 2,100 MW kepada 3,100 MW.
“Perjanjian ini adalah satu lagi langkah kemajuan kepada Malakoff dalam usaha mengukuhkan kedudukan kami bukan saja sebagai peneraju pengeluar tenaga bebas saja di Malaysia, tetapi juga di rantau ASEAN.
“Kami gembira rakan konsortium projek ini menerapkan penggunaan teknologi moden dalam loji baru berkenaan bagi memastikan kami mampu menjana tenaga elektrik pada tahap kecekapan yang tinggi, sementara meminimumkan kesan kepada alam sekitar,” katanya.
Di bawah projek itu, Alstom akan menerajui konsortium itu yang termasuk Mudajaya dan Shin Eversendai bagi menyelia kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan loji berkapasiti 1,000 MW itu.
Beliau berkata, projek loji jana kuasa 1,000 MW itu dianugerahkan kepada Malakoff, yang juga anak syarikat kepada MMC Corporation Bhd itu pada Jun tahun lalu susulan daripada proses bidaan yang kompetitif, yang diselia oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
Katanya, apabila siap kelak, loji itu akan menyalurkan kapasiti penjanaan tenaga kepada Tenaga Nasional Bhd, menerusi perjanjian pembelian tenaga selama 25 tahun.
“Operasi dan penyelenggaraan bagi loji jana kuasa baru itu akan dilaksanakan oleh Teknik Janakuasa Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Malakoff,” katanya.
Dalam kenyataan berasingan, Mudajaya Corp akan bertanggungjawab bagi mereka bentuk dan membina kerja struktur dan awam, membabitkan kontrak bernilai RM1 bilion.
Saturday, February 18, 2012
BANTU GOLONGAN MISKIN TUNAIKAN UMRAH
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini melancarkan Program Umrah Seringgit Sejuta Nilai bertujuan mengumpulkan dana bagi membawa golongan kurang berkemampuan menunaikan ibadah umrah.
Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, program tersebut akan digerakkan untuk menarik orang ramai menghulurkan RM1 sebagai derma.
Katanya, cara itu sedikit sebanyak dapat membantu memenuhi impian golongan tersebut untuk menunaikan ibadah umrah.
"Ramai di antara mereka mengimpikan untuk menjadi tetamu Allah tetapi dibelenggu dengan kemiskinan, jadi dengan ikhtiar ini diharap dapat membantu merealisasikan hajat mereka itu.
"Lagipun apalah sangat nilai satu ringgit jika hendak dibandingkan dengan nikmat yang dapat kita berikan kepada mereka untuk menjadi tetamu Allah kelak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program berkenaan di sini hari ini.
Program itu dijalankan dengan kerjasama Karyawan Bestari Sdn. Bhd. dan menyasarkan golongan kurang berkemampuan seperti fakir miskin, saudara baru, warga emas, anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya.
Tambahnya, selain derma orang ramai, pihaknya juga mengalu-alukan syarikat korporat untuk menderma agar lebih ramai golongan kurang berkemampuan dapat dibawa ke Mekah.
"Bayangkanlah jika kita dapat mengumpulkan seringgit daripada setiap poket rakyat Malaysia, berapa ramai yang kita dapat bawa ke Mekah?," soalnya.
Katanya, bagi pihak berminat untuk menghulurkan derma, mereka boleh menyumbang melalui akaun bank Al Rajhi bernombor 107001881930103 atau melalui tabung yang digerakkan oleh sukarelawan.
Zainal berkata, untuk permulaan, program tersebut membawa dua peserta iaitu saudara baru, Omar Ravi Abdullah, 42, dan Abdul Samad Sapie, 59, menunaikan umrah Mei depan.
"Pemilihan dua peserta ini adalah sebagai percubaan dan sekiranya mendapat sambutan, kita teruskan untuk membawa lebih ramai golongan ini menunaikan umrah,'' katanya.
Sementara itu, Omar Ravi mengakui sangat terharu dan bersyukur dengan rezeki yang diterima itu.
Abdul Samad berkata, doanya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah akhirnya dimakbulkan Allah SWT.
Friday, February 17, 2012
PERENCAH MEE BANDUNG MUAR
Perencah mi bandung Muar keluaran Koperasi Pengusaha Makanan Melayu Muar Bhd optimis meraih perolehan RM26,400 dengan jumlah pengeluaran 4,400 bungkus produk sebulan.
Setiausahanya, Mohd Fuad Saman berkata, bantuan yang disalurkan kerajaan adalah pendorong utama membolehkan mereka memanfaatkannya sebaik mungkin.
Menurutnya, setakat ini syarikat telah melabur RM30,000 dalam proses pembungkusan dan RM70,000 untuk pembelian mesin sekali gus berjaya menghasilkan 200 bungkus pengeluaran sehari.
“Dengan menggunakan lapan jenis mesin berbeza, tiga adunan dapat diproses dalam masa sehari. Setiap adunan bersamaan 70 bungkus. Perencah ini dibungkus seberat 300 gram dan dijual pada harga RM8 sebungkus.
“Mekanisme pemasaran yang dilaksanakan adalah dengan memasarkan di kios dan kedai sekitar Johor serta Klang,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, penyertaan dalam ekspo dan karnival anjuran beberapa agensi dan badan korporat secara tidak langsung membantu meningkatkan perolehan bulanan mereka.
“Kami turut terlibat lebih daripada lima ekspo atau karnival dalam tempoh setahun,” katanya.
Menurutnya, antara negeri yang pernah dijelajah menerusi ekspo dan karnival termasuk di Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Lembah Klang.
“Bagaimanapun, kami sedang dalam proses mencari ejen di negeri lain supaya pemasaran produk dapat dilebarkan ke setiap negeri dan urusan pemasaran lebih mudah.
“Pengeluaran dua jenis produk baru seperti mi rebus dan soto dilihat menjadi fokus utama tahun ini. Resipinya telah diperoleh, tetapi masih dalam proses penyelidikan dan pembangunan,” katanya.
SEGERA GUBAL AKTA MURTAD
KUALA LUMPUR - Himpunan Sejuta Umat (Himpun) akan mempersembahkan resolusi kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi menggesa satu akta khusus berkaitan murtad dapat digubal dan dikuatkuasakan segera.
Setiausahanya, Aminuddin Yahaya berkata, ini dapat membendung kegiatan pihak tertentu yang cuba untuk membawa umat Islam di negara ini keluar dari agama Islam.
Menurutnya, kegiatan ini dikesan bergiat aktif sejak kebelakangan ini, malah mereka turut mempunyai laman sosial yang menyokong murtad.
“Laman sosial ini terbuka kepada mereka yang murtad, malah semakin berani menyatakan sokongan kepada umat Islam yang murtad.
“Kegiatan memurtad umat Islam di negara ini dilakukan secara halus, ada di antara mereka ini menjadi orang alim bagi meraih pengaruh. Kebanyakkan sasaran kumpulan tersebut adalah golongan remaja,” katanya.
Aminuddin berkata, resolusi yang mengandung 10 perkara itu, akan dihantar April ini setelah pertabalan Yang di-Pertuan Agong, malah pihaknya mahu pihak kerajaan bertindak lebih tegas dalam hal ini.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan Himpun, Aminuddin berkata, jelajah kelima akan diadakan di Stadium Tertutup Batu Buruk, Terengganu pada 25 Februari ini.
Katanya, mereka akan memaparkan kelainan di mana tayangan video berhubung pengakuan individu yang telah murtad akan dibuat.
Katanya, individu terbabit akan menceritakan bagaimana beliau dimurtad sebelum kembali semula kepada agama Islam.
“Itu adalah sebahagian daripada bukti yang kami peroleh, malah mereka ini tampil secara sendiri, tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Kesederan itu timbul setelah mendengar ceramah dalam siri Himpun yang kita adakan di beberapa negeri sebelum ini.
“Saya juga ingin menolak dakwaan bahawa Himpun didokong oleh parti politik. Kami adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), malah kegiatan ini juga disertai oleh beberapa badan NGO yang lain,” katanya.
Aminuddin berkata, dijangkakan seramai 5,000 orang akan hadir dalam Himpun di Terengganu.
Setiausahanya, Aminuddin Yahaya berkata, ini dapat membendung kegiatan pihak tertentu yang cuba untuk membawa umat Islam di negara ini keluar dari agama Islam.
Menurutnya, kegiatan ini dikesan bergiat aktif sejak kebelakangan ini, malah mereka turut mempunyai laman sosial yang menyokong murtad.
“Laman sosial ini terbuka kepada mereka yang murtad, malah semakin berani menyatakan sokongan kepada umat Islam yang murtad.
“Kegiatan memurtad umat Islam di negara ini dilakukan secara halus, ada di antara mereka ini menjadi orang alim bagi meraih pengaruh. Kebanyakkan sasaran kumpulan tersebut adalah golongan remaja,” katanya.
Aminuddin berkata, resolusi yang mengandung 10 perkara itu, akan dihantar April ini setelah pertabalan Yang di-Pertuan Agong, malah pihaknya mahu pihak kerajaan bertindak lebih tegas dalam hal ini.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan Himpun, Aminuddin berkata, jelajah kelima akan diadakan di Stadium Tertutup Batu Buruk, Terengganu pada 25 Februari ini.
Katanya, mereka akan memaparkan kelainan di mana tayangan video berhubung pengakuan individu yang telah murtad akan dibuat.
Katanya, individu terbabit akan menceritakan bagaimana beliau dimurtad sebelum kembali semula kepada agama Islam.
“Itu adalah sebahagian daripada bukti yang kami peroleh, malah mereka ini tampil secara sendiri, tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Kesederan itu timbul setelah mendengar ceramah dalam siri Himpun yang kita adakan di beberapa negeri sebelum ini.
“Saya juga ingin menolak dakwaan bahawa Himpun didokong oleh parti politik. Kami adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), malah kegiatan ini juga disertai oleh beberapa badan NGO yang lain,” katanya.
Aminuddin berkata, dijangkakan seramai 5,000 orang akan hadir dalam Himpun di Terengganu.
SEMAK SEMULA PERBANKAN ISLAM
Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, saranan itu dibuat ekoran persepsi yang semakin meluas bahawa sistem pengiraan kadar keuntungan yang digunakan dalam sistem perbankan Islam yang diamalkan oleh bank-bank dilihat mengaut keuntungan berlebihan.
Katanya, sejak tahun 2003 sehingga kini, persatuan itu telah menerima kira-kira 4,000 aduan mengenai ketidakpuasan hati pelanggan terhadap sistem perbankan Islam di negara ini.
“Satu kes yang kami terima berlaku apabila seorang pelanggan telah membeli sebuah rumah pada harga lebih RM200,000 dan membayar secara tetap selama dua tahun, namun pada tahun ketiga dia mengalami masalah dan tidak dapat membayar ansuran.
“Apa yang berlaku ialah bank telah menyamannya kerana gagal membayar pinjaman lebih RM600,000 iaitu selepas mengira nilai pinjaman selama 30 tahun.
“Tindakan itu keterlaluan sampai pelanggan bank tersebut diisytiharkan bankrap,’’ katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Thursday, February 16, 2012
PANCIT KERETA UNTUK SAMUN MANGSA
BUTTERWORTH 15 Feb. - Modus operandi mereka adalah memancit tayar kereta sebelum menyamun ketika mangsa memberhentikan kenderaan.
Namun kerja jahat lelaki warganegara Colombia dan seorang wanita tempatan terbabit tidak kekal lama apabila ditahan sepasukan anggota polis ketika cuba menyamun seorang wanita di hadapan bank RHB di Kampung Gajah, dekat sini hari ini.
Difahamkan wanita itu membawa wang tunai berjumlah RM40,000.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, kedua-dua suspek mengekori wanita terbabit dari sebuah bank di Taman Selat sebelum memancit tayar kereta mangsa ketika berhenti di lampu isyarat di hadapan Balai Polis Butterworth.
Katanya, mangsa yang menyedari sesuatu tidak kena dengan tayar keretanya terus memberhentikan kereta di hadapan bank RHB yang terletak kira-kira lima kilometer dari Taman Selat.
"Pada waktu itu, lelaki Colombia tersebut menerpa dan cuba menyamunnya, namun kejadian itu disedari anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan terbabit lalu menahan suspek serta teman wanitanya yang menunggu di dalam kereta.
"Hasil pemeriksaan di dalam kereta Honda City suspek, polis menemui beberapa barangan seperti topi besbol, topeng ski dan pisau yang dipercayai digunakan dalam kegiatan mereka.
"Selain itu, polis turut menemui sejumlah duit dalam pelbagai mata wang, komputer tablet, telefon bimbit dan kamera digital disembunyikan di dalam kereta terbabit," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Butterworth di sini hari ini.
Ayub berkata, kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk siasatan lanjut.
Katanya, dengan penahanan suspek, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya empat kes samun dengan taktik sama sejak tahun lalu.
Tambah beliau, hasil siasatan awal juga mendapati wanita tempatan berusia 43 tahun dan beralamat di Petaling Jaya, Selangor itu memiliki rekod jenayah lampau kerana memiliki barang curi.
Lelaki Colombia itu pula dipercayai berada melebihi tempoh di negara ini sejak setahun lalu.
Ayub berkata, polis masih menyiasat penglibatan mereka dalam kes-kes serupa di negeri lain dan mengesan rakan-rakan suspek yang masih bebas.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyamun dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.
HOTEL SELESA SAJI 200 MENU ANTARABANGSA
JOHOR BAHRU 15 Feb.- Sempena Festival Layang-layang Sedunia Ke-17 yang bermula esok hingga Ahad ini, Hotel Selesa Pasir Gudang dekat sini menyajikan lebih daripada 200 menu istimewa antarabangsa untuk peserta dan pengunjung acara itu.
Pengurus Besar hotel berkenaan, Roslan Ab. Rahman berkata, tawaran hidangan tersebut adalah yang pertama dilakukan bagi memeriahkan festival itu yang disertai oleh peserta dari 34 negara.
"Seramai 225 peserta mengambil bahagian dalam acara ini dan hotel ini menjadi tempat penginapan rasmi mereka.
"Justeru, kesempatan ini digunakan untuk mempromosikan sajian istimewa yang berasal dari negara-negara yang bertanding," katanya pada Majlis Pelancaran Promosi Makanan Antarabangsa yang diadakan di Pasir Gudang, dekat sini semalam.
Menurut Roslan, antara menu yang bakal disajikan adalah makanan dari Eropah, Asia Barat, Asia dan tempatan.
Kata Roslan, pihaknya bukan sahaja menjamu pengunjung dengan pelbagai makanan lazat, bahkan turut menyediakan pelbagai acara sampingan termasuk persembahan kebudayaan, permainan serta pertunjukan fesyen yang akan berlangsung di restoran hotel ini iaitu Straits Cafe.
"Kami juga menyediakan ruang pameran dan jualan di pekarangan lobi untuk tetamu hotel membeli cenderamata serta tawaran istimewa pakej percutian dari hotel-hotel di bawah naungan J'Corp Hotel & Resorts," katanya.
Kata Roslan, sajian makanan antarabangsa tersebut ditawarkan pada harga yang cukup istimewa iaitu RM38 seorang untuk hidangan bufet pada setiap hari kecuali Sabtu.
Pengurus Besar hotel berkenaan, Roslan Ab. Rahman berkata, tawaran hidangan tersebut adalah yang pertama dilakukan bagi memeriahkan festival itu yang disertai oleh peserta dari 34 negara.
"Seramai 225 peserta mengambil bahagian dalam acara ini dan hotel ini menjadi tempat penginapan rasmi mereka.
"Justeru, kesempatan ini digunakan untuk mempromosikan sajian istimewa yang berasal dari negara-negara yang bertanding," katanya pada Majlis Pelancaran Promosi Makanan Antarabangsa yang diadakan di Pasir Gudang, dekat sini semalam.
Menurut Roslan, antara menu yang bakal disajikan adalah makanan dari Eropah, Asia Barat, Asia dan tempatan.
Kata Roslan, pihaknya bukan sahaja menjamu pengunjung dengan pelbagai makanan lazat, bahkan turut menyediakan pelbagai acara sampingan termasuk persembahan kebudayaan, permainan serta pertunjukan fesyen yang akan berlangsung di restoran hotel ini iaitu Straits Cafe.
"Kami juga menyediakan ruang pameran dan jualan di pekarangan lobi untuk tetamu hotel membeli cenderamata serta tawaran istimewa pakej percutian dari hotel-hotel di bawah naungan J'Corp Hotel & Resorts," katanya.
Kata Roslan, sajian makanan antarabangsa tersebut ditawarkan pada harga yang cukup istimewa iaitu RM38 seorang untuk hidangan bufet pada setiap hari kecuali Sabtu.
PERTIMBANG KADAR TOL EDL
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
JOHOR BAHRU 15 Feb. - Kerajaan dirayu untuk menimbangkan kadar tol yang munasabah bagi pengguna Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL).
Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Cawangan Johor Baharu, Michael Tay Chee Boon berkata, pihaknya tidak membantah bayaran tol apabila memasuki Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) itu tetapi berharap agar kadar yang dikenakan itu adalah munasabah.
"Mengikut kadar yang disebut-sebut, hampir 100,000 rakyat Malaysia dan Singapura yang berulang-alik setiap hari terpaksa membayar RM15.30 untuk laluan pergi dan balik di kaunter tol menggunakan kad Touch 'n Go yang terletak di dalam CIQ.
"Bayaran itu tidak termasuk tol yang perlu dibayar di Singapura," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Lebuh raya sepanjang 8.1 kilometer yang dibina oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dengan kos RM1.1 bilion itu bertujuan menjimatkan masa serta menyelesaikan masalah kesesakan jalan terutama di Jalan Tebrau dan Jalan Pandan, di bandar raya ini.
Difahamkan, hanya pengguna keluar dan masuk dari Malaysia atau Singapura akan dikenakan bayaran tol, manakala pengguna EDL yang tidak memasuki negara jiran terutama penduduk bandar raya ini yang ingin ke pusat bandar atau keluar menerusi susur Bakar Batu tidak perlu membayar sebarang tol.
Michael Tay berkata, maklum balas daripada pengguna menunjukkan mereka tidak menghalang tol dikenakan, tetapi meminta kerajaan mengkaji jumlah bayaran yang lebih sesuai.
Beliau juga bimbang kadar tol yang tinggi akan menyebabkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terus menetap di negara republik berkenaan kerana tidak mampu menampung kos pengangkutan yang tinggi.
"Saya juga ada menerima aduan daripada peniaga di sekitar bandar raya ini yang risau terjejas pendapatan sekiranya kekurangan pelanggan dari republik berkenaan," katanya.
Wednesday, February 15, 2012
UMAT ISLAM HARAM SERTAI URUSNIAGA FOREX
KOTA BHARU - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.
"Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam."
"Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam."
"Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
"Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu," katanya.
Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.
"Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah."
Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
"Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu," katanya.
Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.
"Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah."
KRIM KULIT ADA LOGAM BERBAHAYA
SALAH satu produk jenis krim penjagaan muka jenama Yoko yang dilarang pengunaannya kerana boleh membawa kesan mudarat kepada pengguna. |
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu, Datuk Eisah A. Rahman berkata, jenis krim Yoko yang dilarang penggunaannya adalah Yoko Whitening Cream Ginseng & Pearls, Yoko Whitening Cream With SPF-15, Yoko Yogurt Milk Whitening Cream, Yoko Beauteen Sunflower Whitening Cream, Yoko Freckle Cream, Yoko Whitening Cream dan Yoko Whitening Extract.
Menurutnya, penggunaan produk keluaran dari Jepun itu boleh membawa kesan mudarat kepada pengguna kerana logam merkuri boleh diserap melalui kulit apabila disapu secara luaran dan cenderung berkumpul dalam badan.
MANGSA AGE LEBIH 3000 ORANG
IPOH - Sebanyak 251 kes baharu direkodkan semalam oleh Jabatan Kesihatan Perak melibatkan wabak acute gastroenteritis (AGE), menjadikan jumlah keseluruhan mangsa telah meningkat kepada 3,068 orang.
Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Razin berkata, jumlah tersebut membabitkan 180 kes yang dilaporkan di daerah Hilir Perak manakala 71 lagi di Batang Padang.
"Di Hospital Teluk Intan, seramai enam pesakit terpaksa ditahan di wad bagi menerima rawatan manakala Hospital Tapah menerima sembilan kes baharu.
"Bagaimanapun, masing-masing enam dan tiga pesakit yang ditahan di Hospital Teluk Intan dan Hospital Tapah dibenarkan pulang hari ini (semalam)," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Wabak AGE yang menyerang dua daerah di negeri ini sejak dua minggu lalu telah menyebabkan dua kematian di Hilir Perak yang masing-masing melibatkan bayi berusia 10 bulan dan dua bulan.
AGE yang berpunca daripada sejenis virus digelar rotavirus, merebak melalui air sehingga menyebabkan mangsa muntah, demam dan dehidrasi.
Berikutan itu, beberapa sampel air di daerah Batang Padang dan Hilir Perak dan Loji Air Bukit Temoh diuji bagi mengesan punca utama penularan wabak itu.
Sebarang pertanyaan mengenai wabak AGE boleh dibuat terus kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui talian 05-2533489 atau 05-2533012.
Tuesday, February 14, 2012
BILA MC DONALD MENJENGAH PONTIAN...
Mc Donald.Teringat teman lewat 2 tahun lepas di karnival rakyat tepi pantai stadium mini, tatkala mencempung anak-anak bersiar-siar ambil angin petang.Tarikan utamanya hanya “Joyride kereta kuda”, lantas dengan satu kepala RM 3 yang dikenakan, kami bingkas celapak kalut-kalut takut peluang dipintas khalayak Pontian lain.Ketika roda mula berputar dienjut sang kuda, jelas kelihatan kenderaan-kenderaan di kiri kanan bahu jalan diparkir malas tanpa peraturan.Sang “Jockey” lelaki melayu berambut perang mencecah bahu, berpenampilan ala “mat saleh”, penuh gah mengemudi pemanduannya, sesekali mencelah arahan bahasa Inggerisnya kepada sang kuda..”kiri, kanan, laju, pusing, berhenti”, demikian agakan teman.Disapa kekaguman, menjelang satu pusingan lalu berhenti untuk turun, sempat teman memuji pengendaliannya yang bersahaja tanpa risau bergeser kereta di sepanjang jalan.”Apa nama kuda ini ?” teman bertanya.”Nama pendek Mac, nama panjangnya Mc Donald”.Mendengar balasannya yang ringkas tapi padat itu, anak teman si Aniq menghambur ketawa, spontan lagi bersahaja.”Macam nama burger kuda ini”.
Tapi kali ini Mc Donald betul-betul datang Pontian, memilih tempat bernaung paling strategik di sebelah Restoran Thaj, simpang empat utama ke Pusat Perdagangan Pontian.Benarlah kata Kak Ros, McDonald bukan sahaja melihat prospek burgernya, akan tetapi pelaburan hartanahnya juga.Kalau tidak masakan McDonald melalui pemilikan individunya sanggup berhabisan mendapatkan spot paling panas.Restoran McDonald Pontian dalam masa 4 bulan lagi dijangka siap dengan bangunan 2 tingkat individu berserta kemudahan pandu lalu.Member teman Si Usop tentu tersenyum lebar, beliau dulu meluahkan kekecewaan terbuka kerana terpaksa tidak berjimat melangkau paling tidak ke Taman U hanya untuk melunaskan kerinduan Big Mac nya.Si Saiful yang berselera protokol dan sering merungut Pontian tiada makanan, barangkali lega kerana kalau McDonald, katanya pagi petang siang malam dia boleh makan.Sorang lagi member teman melabelkan McDonald “racism” pula, kenapa ?.Sebab dakwanya McDonald menjual Burger Prosperity sekali setahun di musim tahun baru Cina sahaja.Wallahua’lam, tapi terkesan juga di minda teman akan berita hangat baru-baru ini pasal “Kopitiam Racism”.Puncanya, Kopitiam tersebut dikesan menolak permintaan perniagaan francais nya kepada Bumiputera.
Kisahnya, di mana specialnya McDonald ? Burger, dah berlambak stall tumbuh di tepi jalan.Ayam goreng, merata-mata dijaja panas dan rangup di pasar malam.Hot Spot bukan lagi eksklusif kalau masing-masing dah terlebih mampu ber”Wi-Fi” sendiri.”Mungkin pada pada logo kuning berlatar merahnya, kerana warnah merah ironinya akan menerbitkan rasa lapar dan nak makan dan kenyang dan sendawa dan esok nak datang lagi...”.Demikian luahan seorang lagi kawan, Al-Sheh Normazli di suatu malam sesudah beliau khatam artikel “Psikologi Warna”.
Sunday, February 12, 2012
MENGHADAPI TEKANAN CARA ISLAM
Oleh Profesor Dr. Osman Che Bakar
RAMAI yang tertekan serta menderita apabila mengalami peristiwa atau musibah seperti kerosakan harta benda, kehilangan atau kegagalan dalam kerjaya, percintaan atau rumah tangga dan sebagainya.
Musibah atau tekanan adalah satu peristiwa yang ditakuti dan tidak dikehendaki oleh mana-mana individu di dalam kehidupan seharian.
Majoriti daripada kita akan bertindak-balas secara spontan sama ada mengeluh, memaki-hamun dan marah terhadap seseorang malah ada pula yang marah kepada takdir Tuhan.
Individu yang terbabit dengan musibah mengalami gejala-gejala tekanan seperti bimbang, hilang tumpuan, cepat marah, tidak dapat tidur, hilang selera makan dan lain-lain lagi.
Berdasarkan personaliti serta cara seseorang menangani sesuatu tekanan, ada yang merasakan kehidupannya sudah tidak bererti, menjadi panik dan merasakan yang dunia ini kejam terhadapnya.
Situasi ini akan lebih menyakitkan apabila ada pula insan sekeliling yang memberi ulasan-ulasan negatif.
Sering dikatakan musibah didatangkan sebagai hukuman atau peringatan daripada Allah SWT tetapi hakikat dan tujuan yang sebenar, hanya Allah yang maha mengetahui.
Bolehkah kita mentakrifkan apa yang ditentukan Allah SWT mungkin benar atau sebaliknya?
Lupakah kita ujian-ujian yang dilalui oleh para sahabat Rasulullah dan para nabi jauh lebih hebat dan apakah mereka ini melakukan banyak kesalahan serta kita lebih baik daripada mereka?
Tetapi sebagai seorang Islam, kenapa kita tidak melihat dan pelajari akan apa yang difirmankan Allah SWT di dalam al-Quran serta sunah Rasulullah melalui hadisnya.
Allah SWT menegaskan dalam surah al-Baqarah ayat 286, bahawa Dia tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Ini bermakna setiap individu yang mengalami musibah tersebut akan mampu mengatasinya .
Kerap seseorang individu menjadi kecewa, marah dan susah hati apabila sesuatu hajat yang diingini tidak berjaya atau sesuatu perkara lain pula yang berlaku.
Mereka lupa akan firman Allah SWT; ”Adakalanya sesuatu itu tidak baik bagimu meskipun kamu begitu menghendakinya dan adakala pula sesuatu itu baik bagimu meskipun kamu tidak menyukainya, sesungguhnya aku mengetahui tetapi kamu tidak mengetahuinya”.
Kita terlalu mengharapkan keseronokan, kemudahan serta kenikmatan dunia, sudah tentu ia tidak salah kerana itu adalah sifat naluri seseorang manusia.
Allah SWT juga menyuruh kita berbuat demikian seperti firmannya; “Dan hendaklah kamu mencari kebaikan akhirat dan jangan lupa habuan kamu di dunia.”
Masalahnya, ramai di antara kita tidak mempedulikan janji Allah SWT tentang kehidupan akhirat yang mana ia adalah kehidupan yang kekal sebenarnya dan lebih baik.
Jika kita benar bertakwa dan yakin, majoriti daripada tekanan yang kita alami tidak memerlukan kita bersedih dan merasa kecewa yang melampau bahkan dapat melihatnya secara lebih positif.
Pun begitu, janganlah ada antara kita beranggapan kita tidak memerlukan rawatan dan ubat-ubatan bahkan menasihati ahli keluarga atau rakan yang mengalami tekanan untuk tidak mendapatkan rawatan memadai hanya dengan reda.
Ramai antara kita yang tersalah faham mengenai konsep reda dalam Islam. Reda pada Islam bukan bererti menyerah bulat-bulat kepada takdir tanpa disusuli dengan usaha dan ikhtiar.
Sikap terbuka
Ubat-ubatan dan kaunseling akan melengkapkan proses pemulihan emosi seseorang individu.
Dapatkan nasihat daripada mereka yang mempunyai pengalaman mengatasi masalah tersebut, berkongsilah masalah anda dengan saudara-mara atau rakan karib atau mana-mana individu yang anda percaya dapat membantu.
Cubalah amalkan mengambil sikap terbuka dan fikirlah secara positif dan objektif dalam usaha menyelesaikan sesuatu kesulitan.
Bermula sekarang, kita harus mengambil pendekatan tidak mengeluh bahkan banyakkanlah menyebut Allahuakbar, Subhanallah, Astaghfirullah berulang-kali kerana jika kita mengeluh, memaki hamun contohnya apabila terpijak paku, kita meneriak celaka sambil memaki hamun, percayalah kita akan lebih merasa sakit.
Tetapi jika kita ingat dan yakin akan apa yang diberitahu Allah SWT dan ajaran Rasulullah, kita akan merasa kurang sakit, reda serta mendapat limpahan keampunan dan rahmat Allah SWT. Kita hendaklah bersabar dan banyak berdoa serta dapatkan rawatan dan pertolongan supaya kita beroleh kejayaan, di dunia apalagi di akhirat.
RM 200 JUTA UNTUK ISKANDAR WATERFRONT CITY
JOHOR BAHRU 12 Feb. - Kerajaan memperuntukkan dana awal RM200 juta bagi projek Iskandar Waterfront City yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi di Danga Bay, di sini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek yang akan dibangunkan oleh Iskandar Waterfront Holdings (IWH) merupakan pendahulu kepada inisiatif transformasi Johor Bahru untuk menjadi destinasi perniagaan, komersial dan pelancongan.
"Iskandar Waterfront City, dengan Danga Bay sebagai pusat pembangunannya adalah antara kawasan pembangunan paling menarik di Malaysia dan Johor khususnya. Akses mudah melalui udara, laut dan jalan raya serta kedudukan uniknya di penghujung Semenanjung bersempadan dengan Singapura memberi kelebihan besar sebagai destinasi gaya hidup dan menarik masuk pelaburan.
"Usaha memajukan semula kawasan perbandaran ini adalah selari dengan pendekatan pembangunan koridor oleh kerajaan Persekutuan bagi memberi nafas baru kepada bandar lama dengan gaya kehidupan moden. Ia bukan saja melibatkan pemuliharaan dan naik taraf bangunan warisan, landskap dan mewujudkan kawasan hijau tetapi juga pengenalan kepada produk hartanah dan elemen nilai tambah kepada bandar sedia ada," katanya pada Majlis Ulang Tahun ke-15 Danga Bay di Pusat Persidangan Danga Bay, di sini hari ini.
Hadir mencemar duli pada majlis berkenaan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan isterinya, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail serta Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; isterinya, Prof. Datin Dr. Jamilah Ariffin, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Ismail Ibrahim dan Pengarah Urusan IWH, Datuk Lim Kang Hoo.
Sultan Ibrahim juga berkenan melancarkan Pusat Maklumat Iskandar Malaysia dan Yayasan Danga sebagai tanda kemeriahan sambutan ulang tahun Danga Bay.
Iskandar Waterfront Citu turut menyaksikan perancangan membina terminal kapal layar, marina, dermaga nelayan, bangunan menara menempatkan pejabat kewangan dan komersial, hotel, pusat pameran dan konvensyen serta kawasan perumahan.
Najib turut menyatakan keyakinan Danga Bay akan menjadi destinasi dermaga utama kerana pelan induk yang baru diumumkan itu bakal menarik lebih ramai pelabur, pelancong dan ahli perniagaan di rantau ini.
"Potensi sebenarnya Danga Bay akan direalisasi dengan pelancaran fasa terbaru cetak biru pembangunan Iskandar Waterfront City ini. Saiz dan skop projek ini bukan saja besar tetapi menakjubkan. Sebaik siap kelak, ia akan melonjakkan Johor Bahru menjadi bandar dermaga termoden bukan saja di Malaysia tetapi juga rantau ini," katanya lagi.
Jelas beliau, sejak 15 tahun lalu, IWH dengan sokongan kuat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) telah berjaya merubah kawasan ini yang dulunya dikenali sebagai Pantai Lido kepada pusat pembangunan dengan permintaan yang tinggi.
Friday, February 10, 2012
JAKIM INGATKAN VALENTINES DAY BERTENTANGAN ISLAM, JEJASKAN AQIDAH
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, sambutan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam dan dikhuatiri boleh menjejaskan akidah.
"Kita minta remaja sekalian dan umat Islam ambil perhatian kerana Hari Kekasih bukan perayaan dalam Islam dan tidak pernah diajar oleh Nabi Muhammad SAW.
"Bahkan amalan dalam perayaan itu juga bercampur dan ada hubung kait dengan ajaran Kristian yang jelas dilarang oleh Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai Hari Kekasih yang akan disambut oleh kebanyakan pasangan yang hangat bercinta di seluruh dunia pada minggu depan.
Lebih memburukkan keadaan sambutan itu turut merebak di kalangan umat Islam yang belum atau sudah berkahwin di kebanyakan negara Islam tanpa mengetahui maksud sebenar di sebalik sambutan itu.
Menurut Othman, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Fatwa itu turut menyebut roh perayaan tersebut berunsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Dalam pada itu, Othman berkata, Jakim akan melancarkan kempen Raikan Cinta esok bagi mencegah kegiatan tidak bermoral di kalangan orang Islam sempena Hari Kekasih pada 14 Februari ini.
5.7 JUTA RAKYAT MENGIDAP HIPERTENSI
KUALA LUMPUR 10 Feb. - Kira-kira 5.7 juta rakyat Malaysia menghidap hipertensi atau darah tinggi, namun hanya 2.2 juta daripada mereka mendapatkan rawatan di klinik dan hospital.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, hipertensi membunuh secara senyap dan dalam jangka panjang boleh mengakibatkan penyakit lain yang berbahaya jika tidak menerima rawatan awal.
“Jika penghidap hipertensi tidak mendapatkan rawatan awal, mereka berisiko menghadapi serangan jantung, strok dan obesiti,” katanya selepas merasmikan Persidangan dan Mesyuarat Saintifik Tahunan Kesembilan anjuran Persatuan Hipertensi Malaysia di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Persatuan Hipertensi Malaysia, Dr. Azani Mohamed Daud; Pengerusi mesyuarat, Prof. Dr. Anis Safura Ramli dan Pengerusi Bersama mesyuarat itu, Prof. Dr. Hapizah Mohamad Nawawi.
Menurut Hasan, mereka yang berusia 30 tahun ke atas berisiko tinggi untuk menghidap penyakit hipertensi.
Tambahnya, mereka yang mengalami penyakit hipertensi sebenarnya mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat serta tidak hadir ke klinik kesihatan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.
Thursday, February 9, 2012
SALUN IKUT SYARIAT ISLAM
Siti Hajar Jamil di hadapan kedai miliknya, Siti Salon di Taman Daya, Johor Bahru, baru-baru ini. |
JOHOR BAHRU – 8 Feb. Jarang sekali kita dengar kedai gunting atau salun rambut berkonsepkan salun muslimah dan lelaki mengikut syariat Islam, namun hakikatnya kedai seumpama itu wujud di negara ini.
Malah salun yang menawarkan konsep sedemikian sudah mula diterima ramai dan bertitik-tolak daripada itu Siti Hajar Jamil, pengasas Akademi Siti Salon (ASS) mula mengorak langkah dengan menubuhkan salun mengikut syariat Islam.
Beliau bukan sahaja mewujudkan salun rambut, kecantikan dan spa, malah menubuhkan akademi bagi melatih tenaga mahir dalam bidang berkenaan.
Akademi dan salun pertama perkhidmatan yang bergerak atas nama syarikat Siti Salon Sdn. Bhd. itu mula ditubuhkan pada 1990 di Seri Manjung, Perak sebelum melebarkan sayapnya ke Taman Daya, Johor Bahru.
ASS di negeri ini dibuka sejak tiga tahun lalu di rumah kedai tiga tingkat di Taman Daya, sekali gus menjadikannya pusat sehenti yang bukan hanya menawarkan perkhidmatan mendandan rambut, spa dan kecantikan, malah memberi latihan dan perkhidmatan.
Ia juga bukan dikhususkan untuk golongan wanita sahaja, malah turut menyediakan ruang bagi lelaki di premis Salon Ar-Rijal yang terletak di tingkat dua bangunan tersebut.
“Saya bermula secara kecil-kecilan, namun terpanggil untuk turut menyediakan bidang kemahiran dan alhamdulillah ASS berjaya ditauliahkan sebagai Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia sejak 2002.
“Tujuan saya hanya mahu melahirkan lebih ramai usahawan dan pemilik salun kecantikan khususnya dalam kalangan bumiputera yang kita lihat kurang menceburi bidang ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menurutnya, bidang kecantikan sebenarnya mempunyai potensi besar untuk berkembang dan memberi pendapatan lumayan kepada mereka yang serius mengusahakannya dan peluang itu perlu direbut oleh orang Melayu.
“Bidang ini masih kurang disertai oleh orang Melayu. Siti Salon berkonsepkan Islam dengan semua perkhidmatan dan latihan menekankan pendekatan nilai-nilai murni mengikut syariat Islam.
“Sebagai contoh, dalam modul mekap pengantin, agama Islam melarang untuk mencabut bulu kening dan di Siti Salon modul tersebut akan diajar menggunakan kaedah tertentu tanpa perlu mencabut bulu kening tetapi masih akan kelihatan cantik,” katanya.
Siti Hajar berkata, bidang kemahiran yang khusus itu perlu diadunkan bersama pembentukan jati diri menerusi program bina insan.
Menurutnya, latihan yang ditawarkan bukan sahaja terbuka kepada mereka yang masih tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi juga sesuai bagi golongan berkeluarga dan lepasan sekolah sementara menunggu keputusan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.
“Rebutlah peluang ini kerana dengan adanya kemahiran, mereka boleh gunakan semasa di kampus untuk mencari wang tambahan bagi menampung perbelanjaan di universiti tanpa menyusahkan ibu bapa,” katanya.
Sepanjang penubuhan ASS, Siti Hajar berkata, ramai pelajar cemerlang dan berketerampilan telah berjaya dilahirkan dan mereka kini aktif bekerja sebagai tenaga kerja mahir atau mengusahakan salun sendiri di seluruh negara.
Antara kursus yang ditawarkan di ASS adalah Jurukecantikan Tahap 1 dan 2, Pendandan Rambut Tahap 1 dan 2, Mekap Pengantin, Dandanan Rambut, Kecantikan dan Spa, Dandanan Rambut dan Gunting Rambut (Lelaki).
Mereka yang berminat mengikut kursus di ASS boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghantar e-mel ke akademisitisalon@gmail.com atau melayari laman web www.akademisitisalon.com.my atau facebook ASS
SEJARAH HAJAR ASWAD
SEBUAH batu bundar yang berwarna hitam dan berlubang, terletak di sudut timur Kaabah atau sebelah kiri Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah), tingginya sekitar 150 sentimeter, di atas tanah.
Batu ini mempunyai lingkaran sekitar 30 sentimeter dan garis tengah 10 sentimeter, lebih besar daripada lingkaran muka seseorang. Kerana itu, seseorang yang ingin mencium batu ini harus memasukkan mukanya ke dalam lubang itu.
Kepala yang besar pun dapat dimasukkan ke dalam lubang batu hitam ini. Bahagian luar batu hitam ini diikat dengan pita perak yang berkilat.
Asal dan Sejarah Hajar Aswad
Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga.
Riwayat oleh Sa'id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka'b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.
Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad adalah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.Tidak ditemukan maklumat yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat atau Nabi Adam a.s.
Pada mulanya Hajar Aswad tidak berwarna hitam, melainkan berwarna putih bagaikan susu dan berkilat memancarkan sinar yang cemerlang. Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan, perubahan warna Hajar Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan oleh Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M).
Dikatakannya bahawa Hajar Aswad adalah batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan, lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang dilakukan oleh orang musyrik. Namun, kelak batu ini akan berwarna putih kembali seperti sedia kala.
Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan.
Jika Allah SWT tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya.
Pada tahun 606 M, ketika Nabi SAW berusia 35 tahun, Kaabah mengalami kebakaran besar sehingga perlu dibina kembali oleh Nabi Muhammad SAW dan kabilah-kabilah terdapat di Mekah ketika itu.
Semasa pembangunan semula itu selesai, dan Hajar Aswad hendak diletakkan kembali ke tempatnya, terjadilah perselisihan di antara kabilah-kabilah itu tentang siapa yang paling berhak untuk meletakkan batu itu di tempatnya.
Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak meletakkan Hajar Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.
Ternyata orang itu adalah Muhammad yang ketika itu belum menjadi rasul. Dengan demikian, dialah yang paling berhak untuk meletakkan Hajar Aswad itu di tempatnya. Akan tetapi dengan keadilan dan kebijaksanaannya, Muhammad tidak langsung mengangkat Hajar Aswad itu.
Baginda melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada. Hajar Aswad lalu diletakkannya di tengah-tengah serban itu.
Baginda kemudian meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama-sama mengangkat serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkannya Hajar Aswad.
Muhammad sendiri memegang batu itu lalu meletakkannya di tempatnya. Tindakan Muhammad ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.
Awalnya, Hajar Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita perak di sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada masa-masa berikutnya. Menurut Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki (M. 203 H), seorang ahli sejarah kelahiran Mekah, Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad, setelah terjadi kebakaran pada Kaabah.
Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajar Aswad tetap utuh dan tidak mudah pecah. Pemasangan pita perak berikutnya dilakukan pada 189 H, ketika Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Uthmaniah (memerintah tahun 786-809 M), melakukan umrah di Masjidil Haram.
Ia memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang pengukir perak terkenal ketika itu, untuk menyempurnakan lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.
Usaha berikutnya dilakukan oleh Sultan Abdul Majid, Khalifah Uthmaniah (1225-1277 H/1839-1861 M). Pada tahun 1268 H, baginda menghadiahkan lingkaran emas untuk dililitkan pada Hajar Aswad, sebagai pengganti lingkaran pita perak yang telah hilang.
Lingkaran emas itu kemudian diganti dengan lingkaran perak oleh Sultan Abdul Aziz, Khalifah Uthmaniah (1861-1876 M). Pada 1331 H, atas perintah Sultan Muhammad Rasyad (Muhammad V, memerintah pada tahun 1909-1918), lingkaran pita perak itu diganti dengan lingkaran pita perak yang baru. Untuk menjaga dan mengekalkan keutuhannya, Hajar Aswad sering dililit dan dilingkari pita perak.
Sunday, February 5, 2012
NASI KANDAR HAJI RAMLI: SAJIAN POPULAR DI ALOR SETAR
JARUM jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Suasana di Restoran Haji Ramli Nasi Kandar di Alor Setar riuh-rendah dengan kunjungan pelanggan. Di satu sudut pula kelihatan kelibat pengasas restoran Ramli Hassan, 59, sibuk melayan kerenah pelanggan. Sesekali terdengar suaranya meminta pekerja bekerja dengan pantas supaya pelanggan tidak menunggu lama.
"Kalau lambat pelanggan marah. Barangkali esok lusa mereka enggan ke sini lagi," jawab Ramli yang mula menjalankan bisnes nasi kandar itu sejak sedekad lalu.
Berpeluang bertentang empat mata bersama Ramli mengungkap pelbagai cerita manis dan pahit sepanjang dia menjalankan bisnes makanan. Bekas pesara tentera selama sedekad itu menyifatkan sebelum memperoleh kesenangan seperti hari ini dia terlebih dahulu merasai pasang surut perniagaan.
Menurut Ramli, selepas bersara dia enggan duduk di rumah tanpa melakukan sebarang kerja. Pada peringkat awal, dia menjalankan bisnes menjual nasi dan lauk-pauk kampung. Namun, bisnes itu gagal bertahan kerana pelanggan hanya membeli nasi pada sebelah siang.
Kemudian, dia menjual ikan bakar selama sembilan tahun di Alor Setar dan di Pulau Langkawi. Malangnya, perniagaan itu juga terpaksa ditutup kerana terlalu banyak persaingan.
Ramli memulakan bisnes nasi kandar selepas kontraknya sebagai tukang masak di Tabung Haji di Mekah tamat.
Jika restoran nasi kandar yang lain menyediakan nasi kosong, Ramli pula sebaliknya. Dia menyajikan nasi kandar berwarna kuning susu yang diadun bersama bawang, halia, gajus, susu cair dan oat.
Yogurt
"Idea menggunakan susu cair dan oat tercetus ketika saya mendapat kontrak memasak di Tabung Haji di Mekah. Pengalaman bekerja bersama tukang masak dari India, Pakistan dan Arab membantu meningkatkan skil dan ilmu memasak saya.
"Biasanya, orang India dan Asia Barat gemar memasukkan susu cair atau yogurt di dalam setiap masakan. Ia membuatkan makanan terasa berlemak dan lembap. Jadi saya cuba menampilkan kelainan nasi kandar dengan menggunakan dua bahan utama ini," terang Ramli yang memasak 200 kilogram beras setiap hari.
Selain itu, anak jati Alor Setar itu memberitahu, dia turut membeli bahan mentah seperti ikan, ketam, sotong, udang dan ayam serta barangan dapur yang berkualiti dan gred A.
Bahan-bahan mentah tersebut dimasak dalam pelbagai menu yang sinonim dimakan bersama nasi kandar. Antaranya ayam kampung goreng berempah, ayam madu, sotong celup tepung, udang sambal petai, ikan goreng berempah dan kari kepala ikan. Selain itu, ketam celup tepung, telur sotong berlada, sayur campur dan ikan masin.
Berbicara mengenai cabaran mengusahakan restoran nasi kandar, Ramli menyatakan, pekerja antara isu yang perlu ditangani dengan bijak.
"Pada peringkat awal, saya mengupah pekerja dari Thailand tetapi kelompok ini kurang menunjukkan kesungguhan. Segelintirnya, sukar menitikberatkan soal masa padahal kita memahami sifat pelanggan tidak suka menunggu lama.
"Malah, sesetengah daripada mereka gemar mengambil cuti pada saat-saat akhir untuk pulang ke kampung. Kemudian, tak bekerja semula pada hari yang telah ditetapkan. Enggan membiarkan hal pekerja menjejaskan bisnes, maka sehingga kini saya hanya mengupah pekerja tempatan. Mudah dan tidak perlu mengeluarkan kos sampingan," kata Ramli yang mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk 40 para pekerjanya.
Pada masa yang sama, bapa kepada empat anak itu menyatakan, dalam tempoh empat tahun pertama menjalankan bisnes restoran, dia mengalami kesukaran menambat hati pelanggan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Khidmat katering
Ramli yang turut dibantu isterinya, Saadiah Omar, 57, berkata: "Maklumlah, sebelum ini pelanggan Melayu sudah terdedah pada nasi kandar yang dijual di restoran mamak.
"Mereka bimbang sekiranya nasi kandar di restoran Melayu tidak sedap dan berkualiti. Namun berkat usaha kami memberikan sajian terbaik hari demi hari restoran saya mula dikunjungi ramai."
Selain sibuk menguruskan restoran, Ramli yang pernah bertugas di kem askar di Sungai Petani, Kedah dan Taiping, Perak turut mengendalikan bisnes katering.
"Jangan fikir dengan berniaga restoran saya akan sentiasa untung. Kadangkala di antara lima dan enam hari dalam sebulan saya berjaya memperoleh pulangan modal bulanan tetapi untuk membayar gaji pekerja masih tidak mencukupi. Secara purata dalam sebulan saya memerlukan sebanyak RM60,000 untuk gaji pekerja.
"Sementara itu, bil air dan bil elektrik pula memerlukan sekitar RM7,000. Justeru, dengan adanya tempahan katering pada setiap minggu secara tidak langsung ia membantu menambah pendapatan sampingan," tutur Ramli yang masih belum terfikir untuk memperluaskan cawangan restoran Haji Ramli Nasi Kandar di lokasi lain.
Ramli bersyukur kerana setakat ini dia masih mampu memberikan servis terbaik dalam operasi restoran mahupun katering memandangkan dia hanya fokus pada menu nasi kandar.
Katanya, tempahan katering bukan saja diterima dalam kalangan pelanggan Melayu yang ingin mengadakan majlis perkahwinan ataupun majlis keraian. Pada masa yang sama ia turut mendapat perhatian pelanggan kaum Cina untuk majlis-majlis korporat.
"Pengalaman paling manis saya apabila diberi peluang menyediakan sajian untuk 16,000 orang untuk program jamuan bersama rakyat di Dewan Wawasan, Jitra, pada tahun lepas. Menariknya, majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Ramli.
Sementara itu, salah seorang tukang masak di Restoran Haji Ramli Nasi Kandar, Normadiah Man, 45, menyatakan pengalaman sedekad berkhidmat di restoran berkenaan amat menyeronokkan. Hari pertama bekerja, Normadiah tidak bertugas di bahagian memasak sebaliknya mencuci pinggan mangkuk. Wanita yang murah dengan senyuman itu berkata, majikannya ingin menerapkan semangat kerja yang tinggi dan kental dalam kalangan pekerja.
"Semasa mencuci pinggan mangkuk, gelas dan sudu, saya tidak hanya melakukan perkara tersebut, pada masa yang sama, saya perlu melakukan pemerhatian sampingan seperti melihat corak kerja tukang masak, tugas menyiang ikan, memotong sayur dan memasak nasi.
"Dari situ saya ditempatkan pula di bahagian bahan mentah seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran sebelum diberi tanggungjawab memasak," kata Normadiah yang pantas mencedok kuah kari ayam kampung untuk dibawa ke bahagian depan.
Fokus
Bagi seorang lagi pekerja, Ros Illyas, 57, keseronokan bekerja di Restoran Haji Ramli Nasi Kandar terletak pada sikap tolak-ansur majikan dan fleksibeliti dari segi masa.
"Saya memilih syif pagi kerana pada sebelah malam dapat menumpukan perhatian pada hal-hal rumah tangga. Biasanya saya mula bekerja seawal pukul 8.30 pagi dan pulang ke rumah pada pukul 4.30 petang. Tugas hakiki saya di bahagian dapur dan tertumpu pada bahagian memasak, "jelas ibu kepada tiga anak itu sambil mengacau nasi yang dimasak di dalam periuk besar.
Tambah Ros, kumpulan tukang masak tidak boleh mengambil sikap sambil lewa kerana kelalaian boleh menyebabkan rasa, aroma dan tekstur makanan berubah. Sebab itu, petugas di dapur perlu sentiasa peka dan fokus sewaktu memasak bagi mengelakkan masakan hangus.