NEGERI Johor sememangnya terkenal dengan pelbagai hidangan kulinari yang sentiasa menjadi ingatan setiap pelancong saat berkunjung ke negeri di selantan Semenanjung Malaysia itu.Hidangan seperti nasi beriani gam, nasi ambang, laksa Johor, mi bandung dan otak-otak Gelang Patah merupakan hidangan tradisi negeri berkenaan.Bersempena dengan promosi kebudayaan dan masakan tradisional negeri Johor, Citrawarna 2012 - Colours of 1Malaysia, Coffee House Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai hidangan masakan dari negeri tersebut dari 18 Mei lalu hingga 3 Jun ini.Bertemakan Jom Makan Besor, hotel yang dahulunya dikenali sebagai Hotel The Legend itu menawarkan hidangan bufet untuk makan tengah hari pada harga RM59++, manakala makan malam pula RM80++.Chef yang dibawa khas dari Johor, Mohd. Khairulfazi Mohamed ditugaskan untuk memasak hidangan utama.“Antara hidangan yang ditawarkan ialah nasi beriani gam ayam, kambing kuzi, ayam masak merah, pajeri nanas dan ikan pari asam pedas.“Selain penggunaan resipi khas turun-temurun dari negeri Johor, saya juga turut menggabungkan elemen-elemen masakan dari Jawa, Bugis dan Banjar seperti tempe yang sememangnya sinonim dengan hidangan dari negeri Johor,” katanya yang juga seorang pensyarah di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).
BAGI penggemar masakan pedas, anda boleh mencuba hidangan ikan pari asam pedas |
Menurut anak jati Batu Pahat itu, selain daripada masakan tradisional negeri Johor, pelbagai pencuci mulut dan kuih-muih turut disediakan antaranya kuih koleh kacang, pisang salai, ubi kayu rebus gula Melaka dan cendol durian.Persembahan kebudayaan negeri Johor seperti tarian zapin, lagu-lagu tradisional negeri Johor dan kuda kepang turut dipersembahkan ketika pengunjung menikmati hidangan makan malam di hotel tersebut.Pelbagai barangan kraftangan yang dibuat di negeri tersebut seperti kompang, rebana dan tudung saji turut dijual sempena sambutan Citrawarna 2012 di Hotel Sunway Putra.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Md. Zanal Misran memberitahu, promosi itu merupakan salah satu usaha kerajaan negeri Johor untuk memperkenalkan lagi hidangan serta kebudayaan negeri tersebut kepada orang ramai khususnya di luar dari negeri Johor.“Sempena sambutan Citrawarna pada tahun ini, kami memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi untuk mempromosikan makanan dan kebudayaan Johor.“Masakan Johor yang asli sememangnya sukar untuk didapati di luar dari negeri kami. Kami membawa hidangan negeri Johor untuk memberi peluang kepada orang ramai merasa keenakannya,” katanya.Coffee House Hotel Sunway Putra mempunyai kapasiti untuk 350 tetamu pada satu-satu masa.Bagi pembaca yang berminat menikmati masakan tradisional Johor, tempahan boleh dibuat menerusi talian sambungan 9032 atau e-mel ke dineshph@sunwayhotels.com.
No comments:
Post a Comment