PONTIAN - Kewujudan tiga simpang di Pusat Perdagangan Pontian di sini mengelirukan pengguna jalan raya terutamanya ketika hendak masuk dan keluar simpang di situ.
Hal ini kerana simpang terbabit tidak mempunyai papan tanda arah sehingga boleh mengundang bahaya kepada pemandu kenderaan yang melalui jalan terbabit.
Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat pengguna yang turut membuat pusingan 'U' meskipun jalan di situ agak sempit.
Pengguna, Ismail Ahmad,58, berkata, keadaan jalan di simpang tersebut menjadi sesak terutama pada waktu kemuncak iaitu tengah hari dan petang.
Menurutnya, ini kerana kedudukan simpang terlalu dekat antara satu sama lain dan terletak berhampiran dengan institusi kewangan, pasar raya dan kedai. “Setiap simpang terletak hanya 100 meter yang menyebabkan pengguna sukar untuk membezakannya.
“Lebih parah lagi, tiada papan tanda arah yang diletakkan untuk pengguna jalan raya membelok ke kiri atau ke kanan,” katanya.
Dia turut mempertikaikan status simpang berkenaan yang turut dijadikan tempat membuat pusingan 'U'.
“Saya hairan dengan kedudukan simpang yang terlalu dekat di tambah dengan pengguna jalan raya yang membuat pusingan 'U'.
“Keadaan ini amat membahayakan pengguna jalan raya yang lain kerana boleh mengakibatkan kemalangan,” katanya.
Bagi Salizawati Omar, 26, pula, dia hampir mengalami kemalangan di situ ketika hendak keluar makan pada waktu tengah hari.
Dia memberitahu kemalangan kecil juga sering berlaku berikutan ketiadaan papan tanda arah masuk dan keluar.
“Diharapkan pihak berkuasa yang berkaitan dapat mengambil tindakan segera dengan memasang papan tanda arah di setiap simpang bagi memudahkan pengguna jalan raya dan seterusnya mengelak dari berlaku kejadian kemalangan,” katanya.

No comments:
Post a Comment