- Abd Aziz ( kanan) menunjukan kawasan yang dicadangkan sebagai tapak pelupusan sanitari sisa pepejal di Mukim Jeram Batu.
PEKAN NENAS - Sebuah tapak pelupusan sisa pepejal sanitari bernilai RM20 juta di Mukim Jeram Batu bakal dibina bagi menggantikan tapak pelupusan di Jalan Sawah, Pekan Nenas, yang buangan sampah dijangka penuh tidak lama lagi.
Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian (MDP), Miswan Yunos berkata, tapak pelupusan baru di atas kawasan seluas 10.66 hektar dan dijangka dapat menampung 160 tan bahan buangan setiap hari itu masih di peringkat cadangan untuk dibangunkan.
“Tapak pelupusan baru di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara ini sangat penting memandangkan tapak pelupusan sedia ada di Jalan Sawah akan ditutup dalam tempoh dua tahun lagi.
“Sampah janaan sebanyak 120 tan setiap hari dari Pontian tidak mampu lagi ditampung,” katanya pada sesi dialog mengenai kajian penilaian kesan alam sekeliling bagi cadangan tapak pelupusan sinatari sisa pepejal di Balairaya Kampung Ulu Pulai di sini, semalam.
Hadir sama, Adun Nusajaya, Dr Zaini Abu Bakar; Adun Pekan Nenas, Yeo Tung Siong dan Perunding Projek Asia Pacific Environmental (ASPEC), Datin Zaharah Mahmud.
Jelasnya, pihaknya berharap agar cadangan untuk pembinaan tapak pelupusan itu diterima penduduk kampung dan taman perumahan sekitar seperti Ulu Choh, Kampung Ulu Pulai, Taman Mas Merah Pekan Nenas, Kampung Batu 26 dan Kampung Jeram Batu.
Penduduk tak setuju
KIRA-KIRA 100 penduduk dari Kampung Ulu Pulai di sini, menolak cadangan pembinaan tapak pelupusan sanitari tersebut kerana bimbang ia akan mengganggu kehidupan seharian mereka.
Mereka berpendapat, projek tersebut tidak sesuai kerana lokasinya berdekatan dengan kawasan Kampung Ulu Pulai.
Tapak itu juga dikhuatiri akan menjejaskan kualiti alam sekitar dan kesihatan penduduk di situ yang dianggarkan seramai 1,500 orang.
Ketua Kampungnya, Abd Aziz Layong berkata, lokasi tapak yang dicadangkan itu sangat berhampiran dengan kawasan kampung iaitu hanya kira-kira satu kilometer.
“Meskipun pihak perunding memberi gambaran masalah bau tidak berlaku, namun kami tetap bimbang.
"Ini kerana tapak sampah baru itu akan beroperasi dalam jangka masa 10 tahun,” katanya.
Tubuh jawatankuasa bantah pembinaan
TEGASNYA, cadangan tapak pelupusan sampah itu dipandang serius penduduk yang akan menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi memastikan ia tidak dibina di situ.
Mereka mahu isu tapak pelupusan sampah yang akan dibangunkan di situ dibawa ke peringkat yang lebih tinggi termasuk ke pihak Menteri Besar Johor bagi tindakan selanjutnya.
Ketua Umno Cawangan Ulu Pulai, Chaminan Bahari berkata, pihaknya akan membawa isu cadangan tapak pelupusan itu ke mesyuarat Umno cawangan yang akan bersidang tidak lama lagi.
“Isu ini melibatkan kehidupan penduduk kampung yang keseluruhannya terdiri daripada orang Melayu.
“Tindakan segera akan dilakukan termasuk untuk membuat memorandum bantahan kepada jabatan terlibat dan pejabat Menteri Besar,” katanya.
Chaminan berkata, pihaknya turut berharap agar projek yang dicadangkan itu akan dipindahkan ke lokasi lain.
Ini kerana katanya, penduduk sudah tidak sanggup lagi dibebani dengan masalah berkaitan alam sekitar.
Jelasnya, penduduk sudah cukup sengsara dengan isu pasir kawasan berhampiran yang sudah berlanjutan sejak 90an lagi.
“Diminta pihak yang berkaitan tidak menjadikan lokasi kampung yang terletak bersempadan dengan Pontian, Nusajaya, Gelang Patah ini untuk dijadikan kelebihan membuka tapak pelupusan sampah di sini,” katanya.
Tambahnya, kawasan pembuangan sampah memang sangat penting, tetapi sepatutnya ia ditempatkan di lokasi yang berjauhan daripada kawasan kediaman dan penduduk mencari rezeki.
Buat kajian semula
MANAKALA, Zaini menggesa kajian semula pemilihan tapak pelupusan itu diambil disusuli perbincangan dengan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan secepat mungkin.
Beliau mendapati, keputusan untuk membina tapak pelupusan di situ dicadangkan sejak 2002 lagi.
“Namun, kawasan berkenaan dirasakan sudah tidak sesuai pada masa kini kerana lokasinya yang sedang pesat membangun,” katanya.

No comments:
Post a Comment