BANNER KEMANGI
FACILITIES
Sunday, August 23, 2015
D'LAILA MEE UDANG@ MMA SANTAI CORNER-NILAI, N.SEMBILAN
BAGI penggemar makanan, saya ingin mencadangkan anda untuk singgah di gerai D'Laila Mee Udang @ MMA Santai Corner yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.
Di kedai ini, terdapat pelbagai makanan yang sangat sedap untuk dicuba, antaranya mee udang L, mee udang galah, mee udang + ketam, mee udang + kupang, mee ketam, mee udang M dan mee kupang. Harga bagi sepinggan hidangan sekitar RM7 hingga RM12.
Bagi peminat masakan asam pedas pula, anda sememangnya sudah memilih lokasi tepat untuk menjamu selera. D'Laila Mee Udang sedia menawarkan semua dengan variasi asam pedas claypot seperti asam pedas telur ikan mayong yang boleh dinikmati sebagai menu makan malam.
Selain asam pedas, kedai yang dimiliki oleh Norlaila Dollah Ahmed itu turut menyediakan menu lazat seperti asam tempoyak, lemak cili api dan kari.
Setiap set hidangan di atas telah disertakan sekali dengan nasi putih, telur masin, ulam-ulaman dan sambal belacan.
Saya bersama rakan-rakan blogger lain seperti Firdaus Azizi, Hafiz Rahim dan Hisyamudin Fadzil sudah mencuba semua menu dan ternyata memang sedap mengikut deria rasa dan selera makan kami.
Saya yakin, bagi yang baru kali pertama mencuba hidangan di sini, anda tentunya akan ke sini lagi untuk masa-masa akan datang.
Bagi anda yang ingin mencuba keenakan asam pedas claypot ini boleh pergi ke alamat berikut:
D'Laila Mee Udang @ MMA Santai Corner, Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Facebook: https://www.facebook.com/dlaila.suppower atau blog http://hazmanfadzil.com
Waktu operasi: 6 petang - 12 tengah malam
Labels:
MAKAN SPOT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment