BANNER KEMANGI
FACILITIES
Saturday, August 15, 2015
MEE UDANG WARUNG TOK MAT-TANJUNG BUNGAH, P.PINANG
PULAU Pinang antara sebuah negeri yang menjadi kunjungan utama buat penggemar mi udang.
Kesemua menu mi udang yang disediakan di sini mempunyai rasa tersendiri malah mampu menepati cita rasa penggemar mi berkenaan.
Di Warung Tok Mat Mi Udang, pemilik menyajikan menu mi udang sebagai santapan utama.
Menariknya udang di kedai berkenaan segar, mana tidaknya, pemilik kedai sendiri turun ke laut dan menangkap udang untuk dihidangkan kepada pelanggan di situ.
Pemilik, Rahmah Abdullah, 44, berkata, selain mi udang sebagai menu utama, terdapat pelbagai jenis masakan lain.
Menurutnya, ia termasuk udang masak mentega, udang masak merah, udang masak kunyit dan sebagainya.
“Untuk mi udang, harganya di antara RM13 hingga RM18 semangkuk bergantung kepada saiz udang,” katanya.
"Selain menu berasaskan udang, sotong goreng tepung antara menu pilihan pelanggan. Kami turut menyediakan mi ketam dan pelbagai jenis masakan panas," katanya.
Lebih menarik Rahmah bersama suaminya, Morad Mat, 49, adalah bekas chef di beberapa hotel terkenal.
“Jadi kesemua masakan di sini saya, suami dan anak sahaja yang masak, kami tidak menggunakan orang luar untuk memasak. Rasa pastinya masih kekal sama,” katanya.
Kedai yang mula dibuka pada 2005 ini terletak berhampiran dengan Masjid Terapung Tanjung Bungah yang dibuka dari jam 6 petang hingga 2 pagi.
Labels:
MAKAN SPOT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment