BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Tuesday, August 14, 2012

MALAKOFF LABUR 6.5 BILLION


LOJI penjanaan tenaga menggunakan arang batu terbesar di Malaysia milik Tanjung Bin Power di Johor Bharu.

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Malakoff Corporation Bhd. (Malakoff) hari ini melancarkan pembinaan penambahan loji tenaga Tanjung Bin bernilai RM6.5 bilion yang dijangka disiapkan menjelang 2016.
Projek loji tenaga 1,000 megawatt (MW) yang dianugerahkan kepada Malakoff pada Jun tahun lalu selepas menjalani proses bidaan itu akan meningkatkan tambahan kapasiti pengeluaran tenaga sebanyak 2,100 MW, menghasilkan 3,100 MW tenaga keseluruhan.
Apabila siap, Tanjung Bin akan mengukuhkan kedudukannya sebagai loji tenaga arang batu terbesar di Asia Tenggara, kata syarikat itu dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali berkata, pihaknya yakin Malakoff akan menyiapkan projek itu mengikut jadual dengan kualiti terbaik bersandarkan kepada rekod syarikat itu sebelum ini.
"Projek Tanjung Bin ini juga akan membantu usaha kerajaan dalam meningkatkan pembangunan di Iskandar Malaysia kerana ia bakal memberi kesan berganda kepada ekonomi," katanya.
Loji tenaga tersebut akan dibina dengan teknologi terkini termasuk menggunakan turbin wap kritikal, generator serta sebagainya.
Penggunaan teknologi terbaru tersebut dapat meningkatkan kecekapan bersih lebih dari tiga peratus kapasiti.
Sementara itu, Pengerusi Malakoff, Datuk Wira Syed Jabbar Syed Hassan berkata, Malakoff komited untuk menjadikan kerjasama itu berjaya bagi mencapai hasrat menjadikan syarikat sebagai peneraju pengeluar tenaga bebas di Malaysia dan rantau ini.
Setelah siap pada 2016, Malakoff mampu menjana kapasiti yang diperlukan kepada Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di bawah perjanjian pembelian tenaga (PPA) selama 25 tahun.
Sementara itu, operasi dan penyelenggaraan untuk loji tenaga itu akan disediakan oleh Teknik Janakuasa Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat milik penuh Malakoff.
Tambahan kapasiti tenaga itu dijangka memenuhi peningkatan permintaan di Iskandar Malaysa yang dijangka melonjak kepada 2,254 MW menjelang 2020.
Pada masa ini, Malakoff merupakan penjana tenaga bebas terbesar negara dengan kapasiti penjanaan bersih sebanyak 5,020 MW dari enam loji tenaganya.

No comments:

Post a Comment