BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Friday, November 29, 2013

MEKANISME TARIF ELEKTRIK BARU DIKAJI

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Malaysia dijangka memperkenalkan mekanisme tarif elektrik baharu dengan memperkenalkan sistem waktu puncak dan bukan puncak ke atas pengguna kediaman.
Perbincangan mengenainya sedang dilakukan oleh syarikat utiliti, Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga.
Ketua Pegawai Eksekutif MyPower Corporation (MyPower), Datuk Abdul Razak Abdul Majid berkata, kajian itu akan mengambil sedikit masa dan tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
"Kaedah ini telah diguna pakai di peringkat industri komersial.
"Kajian menyeluruh akan dilakukan bagi memperkenalkannya kepada pengguna akhir," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel di dalam Forum Kecekapan Tenaga, di sini hari ini.
Sistem waktu puncak dan bukan puncak merupakan mekanisme tarif elektrik yang mana kadar caj elektrik berbeza mengikut waktu tertentu.
Sebagai contoh, kadar caj elektrik yang dikenakan pada waktu malam adalah lebih murah berbanding waktu siang.
Mekanisme ini dianggap sebagai alternatif kepada pengguna untuk mengurangkan bayaran bulanan elektrik apabila lebih banyak menggunakan tenaga elektrik pada bukan waktu puncak.
Beberapa negara maju di Eropah serta Australia telah mengguna pakai kaedah tersebut.
Ketika ini, mekanisme caj elektrik yang dikenakan kepada pengguna kediaman di Malaysia adalah berdasarkan blok kepenggunaan kilowatt.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili dilaporkan berkata, kenaikan tarif elektrik dijangka berlaku awal tahun hadapan sebagai sebahagian daripada program merasionalisasikan subsidi.
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan setiap tahun oleh kerajaan untuk subsidi sektor tenaga.

Wednesday, November 27, 2013

BERSEDERHANA DALAM WALIMAH

SINONIM dengan musim cuti panjang persekolahan sekarang, maka ramailah dalam kalangan anggota masyarakat yang mengambil kesempatan untuk mengadakan walimah atau kenduri kahwin bagi menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran apabila bercantumnya dua hati insan yang dinobatkan sebagai raja sehari dalam ikatan pernikahan.
Kemeriahannya akan lebih terasa kerana sesuai dengan pengertian walimah itu sendiri yang bermaksud mengadakan suatu majlis makan yang turut mengundang sanak-saudara dan sahabat-handai, sama ada yang dekat mahupun jauh untuk turut sama menyerikan lagi majlis yang diadakan.
Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW telah melaksanakan majlis kenduri kahwin dengan seekor kambing untuk isteri-isterinya dan juga untuk Zainab.
Jelas daripada mafhum hadis tersebut bahawa hukum mengadakan walimah atau kenduri perkahwinan adalah diharuskan oleh agama sebagai mengumumkan suatu ikatan pernikahan, tetapi hendaklah mengikut batas-batas yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.
Menurut pandangan Syed Sabaq dalam salah sebuah kitabnya, beliau menerangkan bahawa walimah atau kenduri kahwin dapat dilaksanakan ketika berlangsungnya akan nikah atau sesudahnya. Ia juga boleh dilangsungkan pada hari perkahwinan (mencampuri isterinya) atau sesudahnya.
Sebuah lagi hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah mengundang para sahabat baginda untuk menghadiri majlis walimah baginda sesudah baginda mencampuri isteri baginda iaitu Zainab r.a.
Pada kisah Abi Usaid juga didapati bahawa walimah yang dilakukan beliau di mana Rasulullah SAW telah menghadirinya, Abu Usaid telah menghidangkan kurma yang telah disimpan pada malam harinya. Kurma itulah yang dihidangkan kepada para tetamu lain yang datang. Ini bermakna, walau jenis makanan apa sekalipun yang ingin dihidangkan oleh pihak keluarga yang mengadakan walimah, itu terpulanglah kepada kemampuan yang dimiliki.
Begitu pun, dalam mengadakan majlis kenduri kahwin ini, janganlah pula ada di kalangan keluarga Islam yang mengadakannya dengan melampau batas syariat.
Antaranya menyerlah sikap ingin menunjuk-nunjuk yang ada ketikanya melampaui dengan mengadakan kenduri besar-besaran, boros berbelanja hingga memberi kesan kepada keadaan kewangan pada kemudian harinya, melakukan pembaziran wang ringgit dan harta benda, membuat pinjaman bank dan berhutang dalam jumlah yang agak besar semata-mata kerana menurut nafsu dan keinginan yang melampau.
Firman Allah SWT dalam surah al-IsraĆ¢€™ yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu adalah sangat engkar kepada Tuhannya.
Sudah menjadi budaya masyarakat barangkali, daripada golongan yang mewah dan kaya, apabila mengadakan kenduri kahwin, jarang sekali yang mendahulukan orang miskin dan kurang berada sebagai tetamu untuk meraikan majlis tersebut.
Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis baginda yang telah diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud: Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang-orang kaya, orang-orang fakir dan miskin tidak pula diundang untuk makan bersama.

PENDUDUK KAMPUNG PERMATA PONTIAN KERESAHAN

  • Penduduk resah tsunami kecilHakisan yang berlaku menyebabkan kampung semakin dekat dengan laut.
 1 / 1 
PONTIAN - Musim air pasang besar dan tengkujuh yang berlaku sejak Oktober lalu, membuatkan kira-kira 40 keluarga yang tinggal di Kampung Permata di sini tidak lena tidur.

Kampung yang diancam hakisan pantai kesan air pasang dan ombak besar menyebabkan kedudukan kampung semakin dekat dengan laut.

Penduduk, Azizah Mad, 40, berkata, pokok bakau yang menjadi benteng penahan ombak telah pupus akibat hakisan pantai sejak beberapa tahun lalu.

Ia menyebabkan ancaman kepada penduduk kampung yang rata-ratanya terdiri dari golongan kurang berkemampuan seperti pekerja binaan, pekebun, pemandu lori dan sebagainya.

“Setiap kali tibanya bulan Oktober, penduduk di sini akan dihantui kebimbangan air pasang besar yang akan menyebabkan hakisan dan banjir kilat.
“Kami (penduduk) akan mula berjaga pada sebelah malam kerana bimbang akan terjadinya air pasang besar yang akan berlaku tanpa disangka,” katanya.

Menurutnya, kejadian air pasang besar yang melanda itu diumpamakan seperti tsunami kecil oleh penduduk di sini.

Selain menyebabkan banjir kilat, air pasang turut membawa sampah-sarap yang mengotorkan kawasan di dalam dan luar rumah.

“Langkah segera perlu diambil bagi mengelak Kampung Permata 'hilang' akibat hakisan, tembok yang dibina masih belum cukup kuat menahan ombak besar.

“Benteng penahan hakisan perlu segera dibina bagi mengatasi masalah itu dan berharap agar masalah ini diberi perhatian serius Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu bagi Mohammad Ali, cadangan pembinaan benteng perlu segera dilaksanakan bagi memastikan kawasan kampung yang sudah lama bertapak di situ dikekalkan.

Katanya, pelbagai pihak telah membangkitkan cadangan meneruskan projek pembinaan benteng penahan ombak sepanjang kira-kira empat kilometer di Kampung Permata yang terletak di tengah-tengah Taman Sri Aman dan bandar Pontian.

“Penduduk mengharapkan benteng dapat dibina segera, kerana penduduk tidak mempunyai pilihan lain selain terus tinggal di sini kerana ketiadaan tapak tanah dan tidak mampu untuk berpindah,” katanya.

Monday, November 25, 2013

PERTUKARAN CUTI TAK JEJAS EKONOMI

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yakin pertukaran cuti hujung minggu dari hari Sabtu dan Ahad ke Jumaat dan Sabtu di negeri ini bermula awal tahun depan tidak akan memberi kesan besar terhadap ekonomi Johor.
Mohamed Khaled berkata mereka yang bercuti pada hari Ahad mempunyai ruang untuk berurusan dengan kerajaan negeri kerana hari tersebut adalah hari bekerja bagi kakitangan kerajaan negeri.
"Saya tidak fikir dalam keadaan kepesatan teknologi pada masa ini, pertukaran cuti hujung minggu ini akan memberi kesan besar kepada ekonomi negeri.
"Lagipun sebelum ini Johor pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat iaitu sebelum 1994," katanya selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata, pada ketika itu, syarikat swasta boleh memilih sama ada ingin mengikut kerajaan negeri ataupun bercuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad.
"Begitu juga kali ini, terpulang kepada mereka sama ada hendak ikut sama seperti kerajaan negeri," katanya.
Mengenai kesannya kepada sekolah di negeri ini, Mohamed Khaled berkata dengan pelaksanaan cuti hujung minggu yang baru, pelajar sekolah tidak lagi perlu tergesa-gesa untuk menunaikan Solat Jumaat.
Sultan Johor ketika mengumumkan pertukaran hari cuti hujung minggu itu pada majlis tersebut bertitah, langkah itu sebagai menghormati hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari selain memberi peluang kepada umat Islam untuk memperbanyakkan amalan.
Pada majlis itu Mohamed Khaled turut dikurniakan pingat Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Datuk.
Sementara itu, Mufti Kerajaan Johor, Datuk Tahrir Datuk Shamsudin berkata langkah tersebut bertepatan dengan agama Islam yang menjadikan Jumaat sebagai penghulu segala hari.
"Dengan perubahan ini, umat Islam mempunyai lebih masa untuk bersiap dan kaum bapa juga dapat membawa anak-anak untuk sama-sama menunaikan Solat Jumaat,"katanya.
Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadut berkata cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu amat baik bagi membolehkan umat Islam menunaikan ibadat dengan tenang dengan memulakan amalan seperti bacaan Surah Yasin dan tahlil pada malam Jumaat.
Beliau berkata sebagai negeri yang berpengalaman cuti pada Jumaat dan Sabtu sebelum tahun 1994, beliau yakin perubahan terbabit tidak memberi kesan kepada masyarakat dan pentadbiran negeri.
Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) Datuk Ismail Ibrahim pula berkata pelaburan di kawasan berkenaan akan berlangsung seperti biasa dan pihaknya akan meningkatkan sistem perkhidmatan supaya berjalan lancar buat pelabur dan bakal pelabur.
"Kami pasti akan mengambil tindakan yang perlu untuk menyelaraskan semua agensi-agensi di peringkat persekutuan dan juga komuniti perniagaan. Setakat ini, kita tidak melihat apa-apa gangguan kepada perkhidmatan mahupun cadangan pelaburan di Iskandar Malaysia berhubung perubahan cuti itu," katanya.

Pengurus Komunikasi Hotel Traders Puteri Harbour, Nusajaya, Aidah Abd Rahman pula berkata pihaknya yakin waktu bekerja pada Ahad dapat meningkatkan tahap perkhidmatan industri pelancongan di negeri ini yang sentiasa sibuk pada hari berkenaan.
"Pihak hotel amat menyambut baik titah tuanku untuk mengembalikan semula cuti pada Jumaat dan Sabtu. Sesungguhnya ini merupakan berita gembira bagi pelancong asing khususnya rakyat Singapura yang saban minggu berkunjung ke negeri ini kerana mereka akan menikmati perkhidmatan penuh di hotel pada setiap Ahad," katanya.

Sunday, November 24, 2013

PENDUDUK PEKAN NANAS MAHUKAN GARISAN BERKEMBAR

  • Mahu garisan berkembarSimpang tiga di hadapan gerai Majlis Daerah Pontian di Pekan Nenas, perlu ditingkatkan keselamatan termasuk garisan kuning.
 1 / 1 
PONTIAN - Penduduk Pekan Nenas di sini, meminta pihak berkuasa membina garisan berkembar dan petak kuning di simpang tiga di hadapan gerai Majlis Daerah Pontian bagi mengelakkan kemalangan jalan raya.

Peniaga, Razif Hamzah berkata, simpang tiga tersebut merupakan laluan penting penduduk Pekan Nenas dan jaraknya hanya 100 meter dari lampu isyarat di tengah kawasan Pekan Nenas.

“Sepatutnya garisan berkembar dibuat berdekatan simpang bagi memudahkan pemandu mengenal pasti kawasan tersebut.

“Tanda membelok ke kanan yang dipasang di atas jalan raya juga tidak jelas menyebabkan pemandu “terkejut” apabila mendapati kenderaan di hadapan membelok ke kanan.

“Keadaan itu boleh mengakibatkan kemalangan sekiranya pemandu di belakang memandu laju sehingga tidak dapat memperlahankan kenderaan,” katanya.

Katanya, kemalangan kecil kerap berlaku akibat kegagalan pemandu memperlahankan kenderaan.

“Simpang tiga di sini terletak di laluan jalan utama Pontian-Johor Bahru, yang agak sibuk pada waktu puncak di sebelah pagi dan petang.

“Kemalangan bukan sahaja melibatkan kenderaan kecil seperti kereta atau motosikal, tetapi juga lori dan bas,” katanya.

Justeru, pihak berkuasa diminta membuat garisan kuning dan melakukan penelitian semula terhadap persimpangan itu dengan langkah-langkah keselamatan dipertingkatkan.

Sementara itu, Adun Pekan Nenas, Yeo Tung Siong berkata, kawasan simpang tiga tersebut merupakan laluan utama di Pekan Nenas yang kini mempunyai bilangan penduduk yang tinggi.

Katanya, isu persimpangan tersebut akan diteliti terlebih dahulu dengan mengambil pandangan penduduk dan seterusnya akan dibawa ke mesyuarat tindakan daerah.

Saturday, November 23, 2013

ASAM PEDAS MADU 3

Johor Bahru: “Kedua-dua cawangan gerai asam pedas diberi nama Gerai Asam Pedas Madu Tiga, hasil idea isteri pertama yang merasakan nama itu unik, menggambarkan kehidupan saya bersama tiga isteri.


“Alhamdulillah, bukan saja kehidupan bersama tiga isteri dan 11 anak bahagia, malah kehidupan kami kini semakin stabil berkat perniagaan yang dijalankan,” kata Nor Yunos Gareng, 67.
Beliau berkata, dia menjalankan perniagaan asam pedas sejak enam tahun lalu bermula dengan gerai pertama di Pekan Nenas, Pontian yang kini diuruskan isteri kedua Trisunarti Ningsih, 53, dan ketiga Mursita Herman, 40.

Gerai asam pedas kedua di Kulaijaya yang dibuka pada empat tahun lalu pula diuruskan isteri pertama Sarah Sirat, 64.
“Sejak kecil saya kerap ke dapur membantu ibu memasak dan daripada situ saya mempelajari pelbagai resipi masakan.

Friday, November 22, 2013

KARAMAH PENDAMPING AL-QURAN

PEMBACA al-Quran atau dalam bahasa dikenali sebagai qurra mempunyai banyak kelebihan. Selain pahala yang berlipat ganda, mereka juga mendapat ketenangan jiwa dan rasa damai. Berapa ramai orang yang menghadapi masalah yang berkaitan keluarga, kewangan dan lain-lain dapat mengatasinya dengan membaca al-Quran.
Jika melihat lembaran sejarah, guru al-Quran yang berkhidmat mengajar dan hidup bersama al-Quran telah diberikan anugerah yang tidak terlintas pada akal manusia biasa. Istilah yang sesuai digunakan untuk perkara seperti itu ialah karamah.
Karamah daripada sudut bahasa adalah kemuliaan. Istilahnya ialah sesuatu perkara luar biasa yang berlaku daripada keikhlasan seorang hamba yang telah jelas kebaikannya kerana ketekunan di dalam mengikuti syariat nabi dan mempunyai akidah yang benar.
Apa yang ingin dibawakan dalam perbincangan ini ialah anugerah dan kemuliaan yang Allah SWT berikan kepada hamba-Nya yang selalu berdampingan dengan al-Quran. Cerita yang pelik ajaib berkaitan qurra sebenarnya banyak dicatat oleh Imam Ibnu al-Jazari melalui beberapa penulisannya antaranya Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra.

Berbau wangi

Sebagai permulaan, saya membawa satu kisah berkaitan seorang guru Quran terkenal di Madinah al-Munawarrah iaitu Imam Nafeia al-Madani. Selain mengajar al-Quran beliau juga adalah imam di Masjid Nabi selama 70 tahun. Sumbanganya cukup besar dan salah seorang muridnya ialah Imam Malik Ibnu Anas pengasas mazhab Maliki.
Karamah atau kemuliaan yang Allah SWT berikan kepadanya ialah mulutnya sentiasa berbau wangi sehingga mereka yang berada di sekelilingnya merasakan Imam Nafeia memakai wangian sebelum sesi pengajaran. Lantas beberapa muridnya bertanya soalan dan beliau menjawab: Aku tidak pernah menyentuh wangian tetapi aku melihat Rasulullah SAW dalam mimpiku membaca al-Quran dan menghembus ke arah mulutku. Semenjak itu mulutku berbau wangi.

Buta tapi terang hati

Perkara pelik sebegitu tidak boleh berlaku kepada kebanyakan orang walaupun mereka berusaha mendapatnya, tetapi ia anugerah Allah SWT.
Bagi Imam Syatibiy yang meninggal pada 590 Hijrah, walaupun beliau adalah seorang yang cacat penglihatan tetapi hatinya begitu terang dan bersih. Hatinya mampu melihat apa yang tidak nampak oleh mata.
Setiap hari Imam Syatibiy mengajar al-Quran. Ramai yang datang untuk bertalaqqi dan musyafahah dengan beliau. Memandang kepada ramainya yang datang, Imam Syatibiy menggunakan kaedah sesiapa yang datang awal, dialah orang yang pertama membaca. Setiap kali sesi pengajarannya, beliau akan menyebut perkara itu.
Terjadi kisah seorang pelajar yang ingin menjadi orang pertama membaca di hadapan Imam Syatibiy. Tetapi beliau telah berhadas di waktu malamnya. Dek ingin membaca tempat yang pertama, pelajar tersebut terlupa untuk mengangkat hadasnya. Ketika Imam Syatibiy mengambil tempatnya untuk memulakan sesi pengajaran Imam Syatibiy mengubah skrip yang selalu diucap sebelum pengajaran dengan berkata siapa yang datang kedua membaca dahulu.
Si lelaki yang datang pertama merasa pelik dengan arahan Imam Syatibiy dan melakukan muhasabah apakah dosa yang telah dilakukan sehingga gurunya tidak menyuruhnya membaca dahulu. Lantas beliau teringat peristiwa semalam dan bergegas pergi mengangkat hadas.
Selepas siap semuanya, Imam Syatibiy pun berkata siapa yang datang pertama membaca dahulu. Lihat bagaimana karamah atau kemuliaan yang Allah berikan kepada Imam Syatibiy yang boleh merasakan di hadapannya orang berhadas yang tidak boleh membaca al-Quran.

Kehebatan tersendiri

Cerita karamah sebegini adalah untuk memberi maklum kepada kita bahawa al-Quran adalah kalam Allah SWT yang mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Mereka yang memahaminya dan berkhidmat untuknya diberikan kelebihan. Namun begitu mereka yang tidak diberi karamah walaupun banyak membaca al-Quran sebenarnya tersilap tafsir.
Hakikatnyanya membaca al-Quran itu adalah satu ibadat yang besar nilainya dan perlu selalu berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberikan masa yang cukup untuk membaca al-Quran pada siang dan malam hari. Sebagaiman doa yang selalu dinasyidkan: Ć¢€œYa Allah kurniakanlah kepada kami untuk membaca al-Quran sepanjang malam dan siang, Amin ya rab al-Alamin.

PAK TAM SRI CORNER-BATU CAVES

Mohd. Asri Ismail atau Pak Tam dan isterinya Mieza Ismail bersama sajian istimewa 
di Pak Tam Sri Corner.

KALUT sungguh melihat Pak Tam dan pekerja-pekerjanya yang seramai 16 orang itu menyediakan makanan untuk pelanggan yang datang ke gerainya di Pak Tam Sri Corner di Taman Samudera, Batu Caves, Selangor. Baharu sahaja menghantar hidangan kepada pelanggan-pelanggan di sebuah meja, pelanggan di meja lain pula memberikan pesanan makanan yang diingini.
Begitulah rutin Pak Tam atau nama sebenarnya, Mohd. Asri Ismail di gerainya yang telah dibuka sejak enam tahun lalu.
Nasi ayam Hainan dan bihun sup kalut merupakan menu utama di gerai yang dikunjungi oleh pelanggan-pelanggan tetapnya terdiri daripada pekerja kilang berdekatan, pekerja pejabat dan penduduk di taman-taman perumahan berdekatan.
Menurut Pak Tam yang membuka gerai bersama isterinya, Mieza Ismail, terdapat pelanggan yang tidak jemu-jemu makan nasi ayam dan bihun sup kalutnya setiap hari. Hari-hari apabila mereka datang ke gerainya, makanan itu jugalah yang dipesan sehingga Pak Tam sendiri naik risau dengan keadaan tersebut.
Apa yang saya risaukan, kalau sudah setiap hari makan makanan yang sama, suatu hari kalau dia jemu, dia tak akan datang langsung ke sini,€™ ujar Pak Tam yang ditemui di gerainya baru-baru ini.
Kebiasaannya nasi ayam Hainan dihidangkan bersama ayam yang direbus dan berwarna putih.
Namun ayam di gerai Pak Tam digoreng kekuningan bagi memenuhi selera pelanggan Melayu yang merupakan golongan terbesar.
Ayam yang dihidangkan bersaiz besar dan isinya lembut. Paling istimewa ialah sambal yang disediakan bagi pelanggan yang sukakan pedas.
Rasa nasi dan ayam serta sup yang kekal lazat tidak berubah, merupakan antara sebab pelanggan terus datang ke situ.
Sebelum digoreng, ayam akan direbus dahulu supaya darahnya tidak kelihatan ketika memotong ayam. Ini juga bagi memastikan tulang ayam lembut dan benar-benar masak.
Sup ayam juga berbeza daripada orang lain kerana saya tidak menggunakan kiub ayam sebaliknya menggunakan kaki-kaki ayam dan tulang supaya rasa sup lebih manis.
Nasi ayam pula saya gunakan beras wangi yang dicampur dengan beras biasa. Bagi sepinggan nasi ayam, harganya cuma RM5 sahaja,€™ kata Pak Tam yang membuka gerainya dari pukul 12 tengah hari hingga 1 pagi setiap hari.
Selain nasi ayam, bihun sup Pak Tam yang dinamakannya Sup Kalut antara tarikan utama.
Mempopularkan bihun sup utara, rencahnya ialah daging, tulang, perut dan ayam. Tambah menambat selera untuk hidangan ini ialah sambal merah yang dibuat daripada serbuk cili yang dicampur gula merah dan bawang merah.

Sengaja saya beri nama tersebut kerana apabila pelanggan datang, memang nampak jelas mereka kalut nak makan dan pekerja pula kalut nak siapkan, tapi melihat mereka sedang makan memang seronok kerana mereka begitu bersungguh-sungguh.€œSatu mangkuk cuma RM4.50 dengan satu rencah tetapi kalau ingin rasa semua rencah harganya lain pula,Ć¢€ katanya.
Pak Tam yang juga bekas pegawai perhubungan awam sebuah syarikat rekaman dan pernah menguruskan beberapa artis terkenal seperti Awie, Ziana Zain, Ning Baizura, Exist, Search, Slam dan ramai lagi, berkata, jika pada sebelah siang dia berniaga nasi ayam dan sup kalut, pada waktu malam pula menu berubah kepada masakan Thai.
Hidangan disediakan oleh seorang tukang masak yang didatangkan dari Pattani, Thailand, iaitu Husin Ismail.
Makanan yang dimasak adalah masakan Thai tulen dengan menggunakan banyak cili api dan limau nipis.
Antara yang istimewa ialah tom yam Songkla, kerabu mangga, ikan siakap laprik, ikan sam sing tiga rasa dan tomyam kelapa.
Pak Tam Sri Corner turut mempunyai cawangan di Universiti Malaya dan gerai baru yang dibuka November ini di SS13, Petaling Jaya.
Kepada anda yang ingin menikmati makanan atau menempah untuk sesuatu majlis atau kenduri tahlil dan sebagainya di Pak Tam Sri Corner, bolehlah berkunjung ke Lot 58213, Jalan Samudera Utama, Taman Samudera, Batu Caves.

Tuesday, November 19, 2013

KURANG 1% KOPITIAM ADA SIJIL HALAL

Tidak dinafikan, industri kopitiam begitu popular kerana perniagaan itu dianggap unik dengan hiasan dalaman dan keenakan hidangan untuk pelanggan.

Berdasarkan maklumat daripada Bahagian penyelidikan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), jumlah kopitiam di negeri ini yang mempunyai sijil halal adalah tidak sampai satu peratus .

Ia diakui Penolong Pengarah, Hal Ehwal Islam, Unit Pengurusan Halal Jaij, Mohd Mahzan Ibrahim, kepada wartawan Sinar Harian, melalui satu sesi temu bual, baru-baru ini mengupas isu halal membabitkan kopitiam di negeri ini.

Isu halal sensitif kepada umat Islam, pemantauan dan penguatkuasaan bukan sahaja dilakukan bagi memastikan pemilik sijil halal mematuhi peraturan ditetapkan malah Jaij turut menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi perbahasan halal.


Apakah takrifan bagi aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan halal?

MOHD MAHZAN: Semua kilang produk atau restoran termasuk premis makanan atau rumah sembelihan yang telah mendapat sijil halal daripada pihak berautoriti atau yang meletakkan label atau logo halal selain perbahasan halal perlu dibuat pemantauan supaya tiada sebarang keraguan timbul daripada pihak pengguna dan nasihat serta teguran dapat diberikan kepada pihak pengusaha.

Selain itu, pemantauan yang dijalankan juga dapat memberi keyakinan kepada pengguna tentang status halal dan kesucian tersesuatu produk dikeluarkan atau sajian makanan disediakan.

Pemeriksaan dan pemantauan dijalankan terikat dari segi undang-undang kepada Akta Perihal Dagangan 2011 membolehkan tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan dilakukan apabila perlu dan berkaitan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasan Halal) 2011.


Bagaimana percambahan kopitiam di Johor?

MOHD MAHZAN: Berdasarkan perkembangan dilihat, kebanyakan kopitiam  beroperasi secara turun temurun, selain kewujudan kopitiam moden yang telah dikomersialkan secara francais.

Berdasarkan pertemuan kami dengan pengusaha kopitiam di negeri ini, mereka mengakui menjual kopi yang dibuat sendiri, roti bakar yang dihidangkan bersama kaya yang dimasak sendiri, selain telur separuh masak.


Berapa banyak kopitiam yang memohon sijil halal, berapa banyak yang telah diluluskan dan berapa yang masih tertangguh?

MOHD MAHZAN: Di negeri ini, hanya 17 kopitiam yang memiliki sijil halal namun ia adalah kopitiam di bawah label yang sama.

Sebanyak 30 permohonan termasuk dikemukakan oleh kopitiam persendirian, namun yang diluluskan adalah 17 sahaja iaitu kopitiam dibuat secara francais.

Kita tidak nafikan jumlah yang memohon untuk memperoleh sijil halal adalah masih rendah dalam kalangan pengusaha kopitiam. Berdasarkan jumlah 17,000 premis makanan hanya 150 premis yang mempunyai sijil halal ia termasuk kopitiam francais.

Bagaimanapun sebagai pengguna Islam kita mempunyai kuasa untuk tidak makan di premis yang tidak mempunyai sijil halal khususnya premis makanan yang diusahakan oleh orang Islam.

Berdasarkan pemantauan yang kita lakukan, pengusaha kopitiam tidak dapat dedahkan bahan yang digunakan khususnya untuk membuat roti dan kaya yang digunakan.

Mereka mengakui kaya dimasak di rumah sekaligus pemantauan bahan-bahan digunakan tidak dapat dilaksanakan.

Untuk pengetahuan, telur yang digunakan perlu dibasuh terlebih dahulu, kita juga perlu memastikan adakah mereka membasuhnya terlebih dahulu apatah lagi ia disediakan di rumah oleh orang bukan Islam.

Selain itu, dapur digunakan untuk menghasilkan kaya  mestilah tidak bercampur ketika memasak  makanan tidak halal selain peralatan digunakan. Disebabkan ianya tidak jelas maka sijil halal tidak dapat dikeluarkan.


Walaupun masih banyak kopitiam milik pengusaha bukan Islam namun masih banyak pelanggan dari kalangan orang Islam masih menjadi pelanggan mereka.

MOHD MAHZAN: Kita akui hidangan dijual di kopitiam mempunyai penggemar mereka sendiri daripada kalangan pelanggan Islam. Melalui pemantauan yang dilaksanakan terdapat pengusaha yang menggunakan taktik tertentu untuk menarik pelanggan.

Terdapat juga pengusaha kopitiam yang mendapatkan khidmat pekerja Islam untuk bekerja di premis mereka. Secara psikologinya sudah tentu ia dapat menghilangkan rasa syak pelanggan untuk singgah ke kedai mereka apabila terlihat pekerja Islam turut bekerja di situ termasuk menyediakan minuman dan sebagainya.

Walaupun mengajikan pekerja Islam ia tidak menjamin kesucian makanan yang ditawarkan.


Apakah Istilah digunakan oleh premis termasuk perbahasan halal untuk menarik pelanggan Muslim?

MOHD MAHZAN: Taktik ini adalah kebiasaan yang digunakan premis makanan khususnya bagi pemilik bukan Islam iaitu mempamerkan tanda halal atau ditanggung halal selain menyatakan menjual makanan Islam.

Selain itu, terdapat juga yang menggunakan daftar syarikat bercirikan Islam menggunakan nama-nama bercirikan Islam atau menggunakan nama premis diambil daripada bahasa Arab.
Mempamerkan imej yang melambangkan Islam seperti gambar kubah, masjid dan ayat al-Quran adalah tidak dibenarkan oleh pengusaha premis makanan.

Ia seolah-olah cuba mengaburi mata pengguna Islam  melalui penggunaan imej bercirikan Islam.


Bagaimana proses untuk pemilik kopitiam mendapatkan sijil halal?

MOHD MAHZAN: Permohonan hendaklah menyediakan fail khas syarikat ‘Fail Pengesahan Halal Negeri Johor’ bagi menyimpan semua dokumen berkaitan supaya mudah untuk dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan ke atas premis tersebut.

Bagi permohonan pembaharuan Sijil Halal hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh tamat sijil sedia ada berserta salinan dokumen yang lengkap.


Adakah pihak Jaij memperoleh kes berkaitan penipuan sijil dan logo halal membabitkan pengusaha kopitiam?

MOHD MAHZAN: Setakat ini kita tidak mempunyai kes berkaitan penipuan logo dan sijil halal oleh pengusaha kopitiam di negeri ini, bagaimanapun kes membabitkan logo halal tidak diiktiraf membabitkkan premis makanan pernah, namun bukan kopitiam.

Monday, November 18, 2013

KERUGIAN AGIH ZAKAT SENDIRI

DI dalam Islam telah disyariatkan agar umat Islam yang mahu berzakat, hendaklah mengutamakan pemberian zakatnya kepada pihak amil (institusi zakat) yang telah dilantik oleh pihak pemerintah Islam. Ini kerana, daripada aspek pengagihan zakat, maka para amil sepatutnya lebih tahu, lebih mahir dan lebih saksama dan adil dalam agihannya. Atas dasar itu jugalah, para fuqaha menyarankan, bahawa tidak boleh seseorang muzakki (pembayar) itu mengeluarkan sendiri zakatnya, melainkan ia hendaklah diserahkan kepada amil yang telah disediakan.

Imam al-Qurtubi menyatakan: "Apabila pemerintah berlaku adil dalam mengambil dan membahagikan harta zakat, maka tidak boleh bagi pemilik harta mengagihkannya sendiri zakatnya." Manakala AthaĆ¢€™ pula berkata: "Berikanlah zakat itu kepada pemerintah apabila mereka mengeluarkannya tepat kepada sasarannya." (Eksklusif Zakat, hal. 110)
Apa yang berlaku, seandainya muzakki itu mengeluarkan sendiri zakatnya tanpa amil, dia mungkin tidak begitu mengetahui latar belakang penerimanya, maka di saat itulah dia mudah ditipu. Harus diingat, tersalah memberi sedekah adalah tidak sama dengan tersalah memberikan zakat, kerana sedekah adalah sunat hukumnya sedangkan zakat adalah ibadah rukun yang fardu, maka ada kaedah sah dan batalnya.
Dek kerana itulah, ada fuqaha yang mewajibkan, jika seseorang itu tersalah berzakat sehingga terjatuh kepada si penipu, maka wajib atas dirinya mengeluarkan sekali lagi zakatnya dan jika dia tidak mengeluarkannya, dia dikira masih berhutang kepada Allah SWT.
Kesimpulannya, tunaikanlah zakat kepada pihak amil yang telah disediakan dan tidaklah menjadi kesalahan bagi muzakki untuk memantau agihan yang dilaksanakan oleh pihak amil. Seandainya terbukti pihak amil menyeleweng zakat, maka berikanlah teguran yang wajar.
Jika memang didapati pihak amil telah gagal memikul tugas mengagih zakat dengan berkesan, maka kala itu baharulah ulama memberikan izin agar muzakki memberikan zakatnya sendiri kepada penerima. Seandainya itu belum terjadi, maka sentiasalah mengutamakan institusi zakat, demi menjamin agihan yang lebih tepat dan berkesan terlaksana. WallahuaĆ¢€™lam.

KONSEP KOPITIAM DI KILLINEY

Pelanggan menikmati hidangan di Restoran Killiney Kopitiam di Galleria PJH Precint 4,
 Putrajaya. 

ASASNYA restoran kopitiam memiliki ciri dan konsep yang sama walaupun nama dan tempat asalnya berbeza antara satu sama lain.
Ia merupakan kedai makanan segera yang menampilkan gaya kopitiam lama dari segi hiasan, tetapi lazimnya dibina di kawasan yang lebih moden dan bersih seperti pusat beli-belah.
Begitu juga dengan apa yang disajikan. Biasanya, menu yang ditawarkan kepada pelanggan adalah ringkas tetapi beraneka pilihan yang menjadi kegemaran masyarakat, termasuk masakan tradisi sesuatu kaum di negara ini.
Konsep itu sama seperti yang dijalankan di Restoran Killiney yang terletak di Galeria Putrajaya, Putrajaya. Ia merupakan sebuah restoran kopitiam francais yang dimulakan di Singapura oleh seorang rakyat Malaysia.
Kini restoran itu memiliki 70 buah outlet di tujuh buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Australia, Brunei dan China.
Namun begitu, pemiliknya, Safwan Zakwan Zulkifle menyifatkan persamaan menu kopitiam tersebut bukanlah satu halangan besar dalam usahanya menarik lebih ramai pelanggan, khususnya dalam kalangan penjawat awam.
Beliau berkata, hidangan yang disediakan bukan hanya diminati dan menyelerakan tetapi sesuai dengan tempoh masa rehat makan tengah hari penjawat awam di Putrajaya.
''Tempoh makan tengah hari bagi penjawat awam hanyalah dalam masa dua jam dan sudah pasti, mereka mahu menikmati hidangan yang tidak mengambil masa lama untuk disediakan.
''Kita juga menyediakan set hidangan makan tengah hari yang berbeza dari Isnin hingga Jumaat, manakala pada hari Sabtu pula, pelanggan boleh menikmati hidangan lain," katanya lagi.

Antara set hidangan makan tengah hari tradisional yang menjadi kegemaran ramai di restoran itu adalah asam pedas, masak lemak cili api, nasi tomato dan nasi hujan panas.
Ternyata, usaha Safwan Zakwan itu menampakkan sambutan yang menggalakkan walaupun ia baharu beroperasi awal tahun ini.
Bukan hanya faktor menyediakan sajian dalam tempoh masa yang singkat penting bagi menarik pelanggan, malah apa yang penting adalah majoriti pelanggan berpuas hati dengan mutu masakan yang disajikan.
''Kalau boleh, biarlah setiap pelanggan dapat menikmati hidangan tersebut dalam tempoh dua jam waktu rehat makan tengah hari," katanya.
Dalam pada itu, beliau kini sedang berusaha mendapatkan kebenaran daripada Perbadanan Putrajaya untuk membolehkannya meletakkan meja dan kerusi di luar premisnya pada waktu malam.
Selain itu, pihaknya turut memohon untuk meletakkan papan layar gergasi di luar premisnya bagi membolehkan para pelanggan menikmati rancangan televisyen, termasuk perlawanan bola sepak tempatan dan luar negara.
''Kami mahu para pelanggan menikmati hidangan sambil melihat panorama keindahan waktu malam di Putrajaya," katanya.
Mengulas lanjut, katanya, pelanggan tidak perlu bimbang kerana pihaknya tetap memasukkan hidangan yang disenaraikan 'wajib' dalam menu kopitiam seperti kopi, teh, telur, roti bakar, mi siam, laksa dan kari ayam.

SELERA KELANTAN DI RESTORAN HAYAKI


MENDENGARKAN nama Restoran Hayaki, sudah tentu terbayang menu masakan Jepun atau Korea.
Jangan tertipu! Restoran Hayaki menghidangkan makanan Pantai Timur khususnya masakan Kelantan persis di tempat asalnya.
Sebut saja menu negeri Cik Siti Wan Kembang itu daripada nasi kerabu, ayam percik, nasi dagang ikan tongkol, nasi kukus ayam goreng, pulut mangga, semuanya ada dan menggamit selera.
Mango ice rock iaitu isi mangga dikisar dengan ais dan ditambah dengan kiub mangga pula sungguh menyegarkan!
Jika tidak suka mangga, anda boleh mencuba ice mint coffee, minuman nescafe susu yang ditambah pudina bagi kelainan rasa.
Ditambah dengan pulut mangga yang dicurah santan pekat, pasti membuat air liur meleleh.
Pengurus Cawangan Hayaki Kopitiam (M) Sdn. Bhd., Mohd. Jawaidi Mohd. Zin berkata, Hayaki bermula di Kota Bharu, Kelantan pada 1998 dengan empat cawangan.
"Selepas itu pada 2010, Hayaki mengembangkan sayapnya ke Lembah Klang dengan cawangan di Setapak, Damansara, Kajang dan Shah Alam," katanya.
Bagi mendapatkan rasa persis di Kelantan, menurutnya, hampir semua bahan mentah seperti mangga serta rempah diambil dari negeri itu.
Ini termasuk warna ungu pada nasi kerabu, tidak menggunakan pewarna tetapi mengikut ramuan tradisi iaitu daripada sejenis bunga.
Sebagai bonus, restoran yang dibuka 24 jam setiap hari ini menyediakan kemudahan WiFi bagi pengunjungnya.

Friday, November 15, 2013

MUZIUM BUGIS PERLUKAN PERHATIAN

  • Muzium Bugis perlu perhatianAbdullah menunjukkan keadaan permaidani bertompok dan uzur yang telah berusia 10 tahun di Muzium Bugis.
 1 / 1 
PONTIAN - Muzium Bugis terletak di Taman Rekreasi Awam Rambah, di sini, memerlukan perhatian daripada pihak bertanggungjawab bagi menaik taraf infrastruktur dan prasarana yang uzur.

Antara perkara yang perlu diberikan tumpuan ke atas muzium berusia hampir 10 tahun itu adalah permaidani, tandas dan bumbung.

Penjaga muzium, Abdullah Samat, 61, berkata, keadaan permaidani yang kotor dengan terdapat kesan tompok hitam wajar diberikan perhatian dan perlu ditukar.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengunjung yang seterusnya dikhuatiri akan menjejaskan imej muzium yang menyimpan kira-kira 200 barangan masyarakat Bugis.

“Pengunjung terutamanya dari luar sering mengajukan soalan tentang keadaan permaidani. Mereka bimbang jika ia terlalu kotor untuk dipijak.

“Namun, setelah keadaan permaidani diperjelaskan, pengunjung akan masuk ke dalam muzium bagi melihat sejarah dan barang yang dipamerkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdullah berkata, muzium itu juga sering menerima kunjungan kumpulan pelajar yang ingin mengetahui sejarah masyarakat Bugis dengan lebih mendalam.

Tambahnya, ruang legar di hadapan pintu masuk utama muzium sering digunakan sebagai lokasi sesi penerangan kepada pelajar.

“Walaupun kurang senang untuk duduk di atas permaidani tersebut, namun pelajar tidak mempunyai pilihan lain,” katanya.

Jelasnya, masalah berkenaan sudah ajukan kepada pihak bertanggungjawab termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil rakyat, namun sehingga kini masih belum mendapat sebarang jawapan.

Abdullah berkata, dia amat berharap kemudahan di muzium ini dapat diberikan perhatian yang sewajarnya daripada pihak yang berkaitan memandangkan potensi yang cukup besar disumbangkan kepada pembangunan pelancongan di negeri ini.

“Tanpa sebarang bayaran yang dikenakan kepada pengunjung, muzium ini amat mengharapkan bantuan bagi memperbaiki kemudahan di sini,” katanya.

PNK PONTIAN HANTAR MEMO KEPADA MB

  • PNK Pontian hantar memo kepada MBNelayan Pontian bertekad untuk tetap mempertahankan tapak kegiatan mereka daripada dirobohkan.
 1 / 1 
PONTIAN - Gabungan Jawatankuasa Mempertahankan Pusat Kegiatan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pontian dekat sini akan menyerahkan memorandum kepada Pejabat Menteri Besar bagi menyatakan pendirian untuk membatalkan perobohan bangunan didiami mereka.

Memorandum itu disifatkan langkah terakhir yang terpaksa diambil nelayan bagi mengekalkan tapak bangunan pusat kegiatan yang telah dibangunkan nelayan tempatan sejak 30 tahun lalu di situ.

Sebelum ini kira-kira 50 nelayan telah mengadakan bantahan terhadap keputusan merobohkan sebahagian bangunan pusat kegiatan khususnya bengkel pemprosesan makanan untuk industri kecil dan sederhana ( IKS).

Setiausaha Gabungan Jawatankuasa, Samsudin Jaafar berkata, mereka sudah beberapa kali menghantar memorandum kepada Pejabat Menteri Besar dan jabatan kerajaan terlibat merayu agar tapak pusat  kegiatan itu dikekalkan.

Beliau menyifatkan usaha itu sia-sia kerana tiada sebarang surat jawapan mahupun perbincangan bersama dilakukan sepanjang tempoh setahun sejak isu pengambilalihan sebahagian kawasan PNK timbul.

“Sebelum ini, nelayan sering bertanya mengenai status tapak pusat kegiatan tersebut sama ada terus kekal atau berpindah.

“Namun, tidak sebarang maklumat diberikan pihak berkaitan sehinggalah pada Selasa lalu, di mana nelayan di sini menerima maklumat terdapat bangunan akan dirobohkan,” katanya.

Menurutnya, bangunan berkenaan merupakan tempat aktiviti kepada hampir 1000 nelayan yang berdaftar di bawah PNK  menjana ekonomi mereka.

Justeru, beliau meminta agar pihak yang berkenaan memikirkan langkah yang sewajarnya termasuk membayar ganti rugi kepada nelayan sekiranya masalah itu gagal diatasi sehingga sebahagian bangunan pusat kegiatan PNK itu dirobohkan.

“Satu perjanjian juga perlu dibuat antara pihak persatuan nelayan bersama pemaju dan pihak kerajaan negeri bagi memastikan nelayan di sini mendapat kawasan baru sebagai ganti.

“Perjanjian itu perlu sebagai jaminan masa depan nelayan yang bersusah payah membangunkan kawasan pusat kegiatan di sini,” katanya.

MUSIM DURIAN DI PONTIAN

  • Musim durian tambah rezeki peniagaZairi dan isterinya Liza, menunjukkan durian yang dijual di gerainya di persimpangan Teluk Kerang.
 1 / 1 
PONTIAN - Ketibaan musim durian sekali setahun menyaksikan kewujudan gerai buah-buahan di tepi jalan sekitar daerah ini tidak ubah seperti cendawan selepas hujan.

Di sepanjang laluan utama ke Tanjung Piai dari Pekan Nenas dan bandar Pontian sahaja, terdapat lebih 10 gerai menjual buah durian.

Pemborong dan peniaga, Zairi Mohd Salleh berkata, musim durian berlaku secara berperingkat bermula dari Oktober lalu dan dijangka berakhir Disember ini.

“November merupakan kemuncak musim buah durian di sini, di mana jumlah buah lebih banyak berbanding bulan sebelumnya.

“Keadaan ketika ini umpama pesta durian di mana peniaga-peniaga menawarkan harga murah dan adakalanya dijual secara borong,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Beliau yang sudah enam tahun menjadi pemborong durian memberitahu, durian jenis kampung yang mempunyai isi tebal paling banyak terdapat di daerah ini.

Katanya, durian kampung mempunyai tarikan tersendiri walaupun tidak popular seperti durian jenis musang king.

“Ramai menggemari durian kampung yang musimnya hanya sekali setahun, kerana rasanya yang lemak dan enak.

“Malah ada yang datang mencari durian kampung di sini kerana mahu merasai durian kampung segar yang baru gugur dari pokok,” katanya.

Beliau berkata, musim durian pada kali ini cukup menjadi dengan sambutan baik pembeli.

“Pembeli yang rata-ratanya terdiri dari pelancong yang hendak ke Tanjung Piai dan Kukup, biasanya akan singgah mendapatkan durian di gerai-gerai durian tepi jalan di sini.

“Jualan pada hari minggu sahaja mampu mencecah hampir RM2,000 dan jumlah itu dijangka meningkat apabila tiba musim cuti persekolahan hujung tahun.

“Harga sekilo durian kampung di sini jual pada harga RM3 sekilo bergantung kepada gred,” katanya.

Katanya, sejak dua minggu lalu, sebanyak 200 kilogram durian dijual setiap hari kepada pemborong dari Johor Bahru.

“Pekebun-pekebun durian tempatan akan menghantar durian mereka ke gerai untuk dikumpul dan kemudian dijual kepada pemborong.

“Seawal jam 7 pagi lagi pekebun-pekebun telah datang menghantar durian untuk dikumpul,” katanya.

Beliau turut berharap gerai-gerai buah-buahan diberi perhatian sewajarnya oleh Jabatan Pelancongan dan pihak berkuasa tempatan di sini  kerana ia dilihat dapat menjadi tarikan baru kepada sektor pelancongan di sini.

“Selepas musim durian, rambutan dan pulasan akan menyusul, musim buah-buahan di sini sentiasa ada kerana lokasinya terletak berhampiran kampung-kampung yang mempunyai banyak dusun,” katanya.

KISAH EMPAYAR JAGUNG NELSON


PADA suatu petang, ketika Nelson sedang menguruskan kedai permainan kanak-kanak miliknya di Asia Jaya, Petaling Jaya, Selangor, dia didatangi seorang lelaki. Lelaki itu membawa sebuah bakul penuh berisi jagung. Perkenalan spontan itu memberi ruang kepada lelaki itu meluahkan kesukarannya memasarkan jagung yang ditanamnya.
Tanpa berfikir panjang, Nelson terus membeli beberapa tongkol jagung daripada lelaki itu lalu membawa pulang ke rumah. Malam itu, Nelson sekeluarga menikmati jagung kukus yang dibelinya pada siang tadi. Kelembutan dan kemanisan jagung itu memikat hati Nelson. Dia bertemu semula penjual jagung itu dan bersetuju melantik lelaki tersebut sebagai pembekal utama jagung.
Peristiwa itu berlaku pada awal tahun 1980-an. Nelson kemudiannya membuka gerai kecil di hadapan kedai permainannya untuk menjual jagung. Tidak memakan masa yang panjang, jagung Nelson mempunyai pengikut setia, malah hasil jualan makanan itu lebih laris berbanding perniagaan permainan kanak-kanak. Tiga tahun kemudian, Nelson mengubah keutamaan bisnesnya daripada kedai permainan kepada gerai jagung.
Sambutan menggalakkan jagung tersebut mendorong Nelson, 57, atau Datuk Nelson Kwok Teng Toong membawa bisnes kecilnya ke dalam sebuah pasar raya di Seksyen 14, Petaling Jaya. Tahun 1985 menjadi permulaan kepada pengenalan jenama Nelson Corn (jagung manis) di Jaya Supermarket.
"Hari pertama operasi sahaja, sudah ramai orang beratur. Waktu itu saya dan isteri yang berniaga. Jagung dikukus mengikut pesanan pelanggan dan saya masih ingat bekalan jagung tidak cukup untuk menampung permintaan orang ramai.
"Ketika itu jagung masih dijual mengikut tongkol. Satu tongkol berharga RM1.20 dan ia boleh terjual sebanyak 1,000 tongkol sehari. Hujung minggu jagung mesti habis dijual," kenang Nelson ketika ditemui Kosmo!.
Ladang sendiri
Lapan tahun beroperasi di Jaya Supermarket, Nelson yakin sudah tiba masa untuk mengembangkan perniagaannya ke negeri lain. Dilema tercetus apabila masalah ketahanan jagung mengekang kelancaran pembukaan cawangan baharu.
Tanpa ladang sendiri, Nelson bergantung sepenuhnya kepada pembekal yang terdiri daripada petani-petani kontrak. Jagung yang dibawa ke luar Selangor mengecut dengan pantas dan 
membuatkan rasa aslinya hilang. 

Keuntungan perniagaan merosot dan hal tersebut menggugat keselesaan Nelson.
Mujur anak kedua daripada empat adik-beradik itu mampu menyelamatkan perniagaan tersebut daripada tersungkur. Program penyelidikan dan pembangunan dilaksanakan bagi mencari penyelesaian terhadap isu ketahanan jagung.
Solusi terbaik ditemui. Maka teknik pengasingan biji jagung daripada tongkol digunakan. Biji-biji jagung itu kemudiannya disejuk beku untuk dihantar ke cawangan Nelson di luar kawasan Lembah Klang.
Sejak itu, terciptalah budaya memakan jagung di dalam cawan. Percaya atau tidak, Nelson Corn ialah perusahaan makanan ringan berasaskan jagung pertama di dunia menggunakan pendekatan sedemikian.
Pulau Pinang menjadi cawangan pertama selepas Jaya Supermarket. Ia diikuti dengan pembukaan Nelson Corn di Kompleks PKNS, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. Menerusi program francais, Nelson kemudiannya menyenaraikan Nelson Corn sebagai sebuah perusahaan francais di Malaysia.
Hari ini, selepas 28 tahun bergelumang dengan jagung, jenama Nelson Corn telah berkembang di 16 buah negara dengan jumlah kedai melebihi 800 buah dan dijangka akan terus bertambah.
"Nelson Corn juga berjaya dibawa masuk ke Mesir dan Vietnam. Saya tidak menyangka perniagaan ini mampu berkembang dengan jayanya selepas memperkenalkan jenama ini di Indonesia pada tahun 1998.
"Penerimaan positif membuatkan saya lebih berani untuk meluaskan empayar Nelson Corn. Arab Saudi menjadi destinasi luar negara kedua dan sekarang ia telah memiliki lebih 400 cawangan di sana," kongsi Nelson yang juga membuka cawangan di Tanah Suci Mekah.
Baka jagung
Seiring perkembangan perniagaannya, Nelson turut membuat keputusan untuk memiliki ladang jagung sendiri. Empat tahun lalu, ladang jagung berkeluasan 97 hektar di Chemor, Perak dijadikan pusat penanaman dan pemprosesan utama Nelson Corn.
Jagung gred N28 hasil penyelidikan khusus digunakan bagi memastikan setiap produk keluaran Nelson Corn terjamin kualitinya. Malah bekalan jagung daripada kira-kira 161 hektar ladang petani kontrak turut disyaratkan menggunakan baka jagung yang sama.

DALAM tempoh tiga dekad mengabdikan diri dalam bisnes jagung, Nelson berjaya 
mengangkat produk Malaysia ke mata dunia.


Kawalan piawaian tersebut membolehkan setiap jagung yang dieksport ke cawangan luar negara tidak mempunyai perbezaan dari segi kualiti dan rasa.
"Kalau anda ke luar negara dan mencuba jagung Nelson di negara tersebut, anda pasti merasai keenakan yang sama. Semua cawangan di luar negara menggunakan jagung yang dibekalkan dari Malaysia.
"Ia membolehkan pelanggan membezakan kualiti jagung Nelson berbanding jenama lain. Saya mahu mengekalkan keseragaman ini sampai bila-bila," jelas Nelson.
Menyedari masalah golongan petani di Malaysia yang berdepan kesukaran memasarkan hasil tanaman mereka, Nelson mewujudkan program bantuan dengan nama Balik Kampung Tanam Jagung.
Mungkin ia kedengaran lucu kerana frasa itu sering merujuk kepada jenaka sinis terhadap individu yang gagal dalam sesuatu pekerjaan. Nelson cuba membuktikan kebenaran di sebalik kenyataan itu dan mahu petani sedar bahawa menceburi bidang pertanian dan perladangan mampu menjana pendapatan yang menguntungkan.
Di bawah program tersebut, Nelson menggalakkan petani-petani untuk menanam jagung N28 dan akan membeli semula hasil tanaman mereka untuk diproses menjadi produk-produk Nelson Corn.
Pemandu van
Menyelak layar hidup Nelson, menemukan rentetan kisah yang menarik. Sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan, Nelson yang menamatkan pengajian setakat tingkatan enam pernah berkhidmat sebagai pemandu van.
Selama empat tahun, dia membawa dan menghantar bekalan air kacang soya dari kilang pembekal ke pasar raya dan kedai-kedai runcit. Selepas itu, Nelson beralih profesion menjadi kerani sebelum memutuskan untuk membuka kedai permainan kanak-kanak.
Meskipun bapanya seorang pemborong ikan masin dan ikan bilis, tidak pernah sekali dia dipanggil bagi menguruskan perniagaan keluarga tersebut. Bapa Nelson mahu anak-anaknya belajar berdikari dan merasai pengalaman bekerja dari bawah sebelum bercadang menguruskan perniagaan sendiri.

FLORA CAFE- JLN. AMPANG KL


SEKILAS pandang sebuah lot kedai yang terletak di Ground Floor, Bangunan Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, tidak ubah seperti sebuah kedai bunga atau kedai menjual barangan Inggeris Cottage.
Mana tidaknya, setiap sudut premis tersebut dipenuhi dengan kuntuman bunga-bungaan pelbagai warna dan jenis.
Tertarik dengan Ć¢€˜keindahanĆ¢€™ itu, kaki terus melangkah mendekati premis tersebut untuk mendapatkan kepastian.
Namun, segala tanggapan yang dibuat nyata meleset sebaik melihat papan tanda kedai yang tertera perkataan Flora Kafe.
Pengurusnya, Mohd. Nizam Bujang atau lebih dikenali sebagai Mell berkata, kafe tersebut diilhamkan daripada pemiliknya, Abdul Razak Ahmad yang merupakan seorang pengubah bunga dan perunding perkahwinan.
Menurutnya lagi, pemilik Flora Kafe itu menggunakan kepakaran dan kreativitinya untuk menghasilkan sebuah kafe yang cantik dan dihiasi dengan bunga bagi memberikan kelainan kepada pelanggan.
"Uniknya walaupun dekorasi kafe kelihatan seolah-olah seperti dalam taman Inggeris, tetapi kita tawarkan menu tempatan.
"Menu tempatan itu ialah makanan popular negeri Johor, termasuk laksa Johor, mi Bandung, ubi goreng Flora, sira ubi dan jus katira," katanya.
Menurut Mohd. Nizam lagi, semua menu yang ditawarkan kafe itu disediakan sendiri oleh Hamimah Ahmad mengikut resipi turun temurun.
Dalam pada itu, Hamimah berkata, pelanggan yang memesan laksa Johor pasti akan terpikat kerana kuahnya yang pekat dan cukup rasa.
"Kuah laksa Johor di sini memang pekat kerana kita banyak gunakan ikan dan udang kering.
"Ubi goreng Flora pula memang lain daripada yang lain kerana ia diperap dengan beberapa jenis herba sebelum digoreng dan enak dicicah bersama sambal kicap," katanya.
Selain menu laksa Johor, Flora Kafe turut menawarkan set makan tengahari pada hari Isnin hingga Khamis dengan harga RM13, manakala pada hari Jumaat pula pelanggan akan disajikan set Bufet Jumaat pada harga RM25.
Bagi yang berminat boleh menghubungi talian 017-3024112 atau layari www.facebook.com/flora.k.ampwalk.

Thursday, November 7, 2013

RESTORAN KELISA CORNER-BB BANGI


KESEMPATAN berkunjung ke restoran Kelisa Corner yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini menggamit nostalgia kampung halaman.
Aroma dan keenakan juadah ikan bakar mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja.
Menariknya, premis ini menawarkan makanan laut bakar seperti ikan, udang dan sotong yang disajikan bersama ulam-ulaman sebagai menyokong kempen amalan pemakanan sihat.
Pelanggan boleh memilih untuk menikmatinya bersama nasi putih dan pelbagai pilihan lauk-pauk lain.
Kesemua ikan diperap dengan rempah ratus sebelum dibakar dan dihidangkan bersama dua jenis pencicah.
Menurut pengusahanya, Indun Ahmad, restoran ini sebenarnya dikenali kerana keenakan sate yang dihidangkan bersama nasi himpit yang dibungkus dengan daun pisang.
"Kami masih lagi menjual sate dan mengekalkan kuahnya yang pedas dan manis.
"Dari dulu hingga kini, kami kekalkan rasa dan kualitinya, begitu juga dengan hidangan lain yang terdapat di Kelisa Corner.
"Bilangan pelanggan yang kian bertambah memberi idea untuk kami sentiasa menambah menu. Terbaharu, kami mengetengahkan makanan laut bakar untuk pelanggan," katanya.
Menurut Indun, terdapat pelbagai jenis makanan laut seperti ikan cencaru, keli, talapia, pari, sotong yang boleh dipilih berdasarkan selera pelanggan.
Tambahnya, kesemua makanan laut itu diperoleh secara segar setiap hari dari pasar borong berdekatan.
Bagi pelanggan yang inginkan menu ringkas, mereka mempunyai pilihan lain seperti cucur udang, rojak atau memilih nasi berlauk lain.
Dengan tenaga kerja terhad, Indun tetap mengutamakan kepuasan pelanggan dan perkhidmatan yang pantas. Dia tidak betah membiarkan pelanggan menunggu lama.
"Sejak dibuka, sambutan yang diterima amat menggalakkan malah ramai juga pelanggan dari luar Lembah Klang datang untuk menikmati ikan bakar di sini," katanya.


MENTEGA ATAU MARJERIN ?


Seringkali ada segelintir orang yang keliru antara mentega dan marjerin. Jika dipandang sekali imbas, kedua-dua lemak ini memang karakternya hampir sama. Tetapi ternyata mempunyai perbezaan yang ketara jika digunakan dalam masakan.
Mentega merupakan produk industri susu kerana bahan utama pembuatannya berasal daripada lemak haiwan atau susu (80-82 peratus) yang diproses menjadi pepejal lemak.
Ini ditambah dengan bahan tambahan lain seperti air, garam dan pepejal susu (curd) selain diperkaya dengan vitamin A, D, E dan K yang tidak larut dalam air.
Mentega mampu memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan enak kerana itulah harganya sedikit mahal. Marjerin pula adalah pepejal lemak lembut yang diproses daripada minyak tumbuhan seperti sawit.

Kita boleh membezakan daripada warnanya. Warna mentega kekuningan pudar manakala marjerin warnanya kuning pekat. Di pasar raya mentega akan dibalut dengan bungkusan aluminium atau kertas dan dijual di bahagian sejuk dingin.
Ciri-ciri mentega adalah ia mempunyai aroma yang kuat dan tajam. Walaupun mentega juga boleh dicairkan dan dijadikan minyak untuk menumis dan menggoreng kacau, namun ia lebih sesuai untuk kek dan biskut.
Terdapat dua jenis mentega yang dijual iaitu yang bergaram dan tanpa garam.
Jika menggunakan mentega yang bergaram anda tidak perlu lagi meletakkan garam dalam kek atau biskut. Tetapi terpulanglah kepada anda jika mahu juga menambahkan garam, tetapi jangan berlebihan.
Mentega tanpa garam lebih berkualiti dan tahan lebih lama. Tetapi jika menggunakan mentega tanpa garam anda mempunyai pilihan untuk meletakkan garam mengikut sukatan yang anda suka dalam produk bakaran anda.
Apa pun terpulanglah kepada anda untuk memilih jenis mentega mengikut kesesuaian makanan yang ingin anda sediakan.
Sebenarnya menggunakan mentega asli dan segar membuatkan anda berasa puas hati dengan hasil bakaran. Mentega dapat menambah isipadu kek dan biskut selain dapat memberi rasa lemak dan lazat.

Kek yang menggunakan mentega pasti menjadi lembut dan gebu. Jika digunakan dalam biskut pula ia akan menghasilkan rasa rangup pada biskut.
Kelebihan seterusnya jika menggunakan mentega asli, aroma yang dihasilkan menjadi harum dan meningkatkan selera kita untuk menikmatinya.
Aroma yang wangi dan semerbak itu membuatkan ramai yang memilih untuk menggunakan mentega dalam masakan.
Walaupun harga mentega asli sedikit mahal terutamanya mentega tanpa garam tetapi apa salahnya menggunakannya jika hasilnya harum dan sedap.
Mentega adalah produk yang tidak tahan pada suhu panas. Ia mudah mencair berbanding dengan marjerin yang lebih tahan pada suhu persekitaran yang panas.
Jadi, sebaiknya anda perlu menyimpan mentega dalam peti sejuk supaya jangka hayatnya boleh tahan untuk beberapa bulan. Berikut adalah beberapa tip dalam kita memilih dan menggunakan mentega.
Pertama pilih mentega yang masih baik bungkusannya Jangan membeli mentega yang sudah terkoyak bungkusannya.

Elakkan menggunakan mentega yang sudah naik cendawan atau mempunyai bintik-bintik hitam. Jika anda tidak habis menggunakan mentega simpan dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam peti sejuk.
Jangan dibiarkan ditempat yang panas atau terdedah pada cahaya matahari kerana ia mudah mencair.
Jika anda ingin menggunakan mentega untuk membuat kek atau biskut sebaiknya anda biarkan ia lembut dan barulah dipukul.

KEPELBAGAIAN SARDIN

Chef Collin Edward Lim menunjukkan cara menyediakan otak-otak sardin pada majlis pelancaran buku
 Fish and Olive Oil oleh Ayam Brand di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

SARDIN, makanan dalam tin yang cukup popular kerana bukan sahaja boleh dimakan sebaik sahaja tin dibuka, malah cara masakan dan hidangannya juga boleh dipelbagaikan mengikut selera dan kreativiti masing-masing.
Jika sebelum ini sardin cukup sinonim dijadikan inti untuk sandwich, roti, karipap, dan pelbagai snek, sardin juga seringkali menjadi hidangan untuk dinikmati bersama nasi.
Sama ada dimasak sambal sardin, kari sardin, gulai cili padi sardin dengan kentang, dan masak kicap sardin, sardin sememangnya memenuhi selera pelbagai lapisan masyarakat.
Hari ini sekiranya dilihat pada pek bungkusannya, sardin turut dibungkus bersama dengan minyak zaiton. Secara tidak langsung menjadikannya satu makanan segera yang sihat.
Baru-baru ini, bertempat di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, satu demonstrasi masakan dengan menggunakan sardin dan tuna jenama Ayam Brand telah diadakan
Sebenarnya, jika kita bijak mengolah masakan yang sedia ada hari ini, sardin ataupun tuna mampu dijadikan sajian utama untuk hidangan harian.
Chef jemputan, Chef Collin Edward Lim menunjukkan cara-cara menghasilkan otak-otak dan chutney daripada sardin dan tuna.

Resipi sihat

Bukan sahaja ringkas serta mudah cara penyediaannya, kedua-dua resipi tersebut boleh disediakan pada bila-bila masa dan di mana jua.
Bagi otak-otak sardin, penyediaannya hanya memerlukan sekitar 15 hingga 20 minit dan ia perlu dimasak secara kukus.
Manakala bagi chutney tuna pula tidak perlu dimasak dan tempoh masa penyediaannya cuma 10 hingga 15 minit sahaja.
Tidak sekadar menunjukkan bagaimana cara-cara untuk memasak sardin dalam pelbagai hidangan, Ayam Brand turut melancarkan buku resipinya yang pertama Fish and Olive Oil.
Menampilkan 30 resipi sihat, 15 daripadanya resipi tuna bersama minyak zaiton sementara selebihanya sardin bersama minyak zaiton.
Dihasilkan oleh pereka makanan yang terkenal, Pelita Lim, buku resipi tersebut menampilkan resipi-resipi ringkas tetapi sedap untuk dinikmati.
Boleh disajikan dalam tempoh tidak sampai satu jam, resipi-resipi yang ditampilkan terdiri daripada makanan Melayu, Cina, India, Thai, Jepun, Itali, Perancis, dan fusion.
Antara resipi yang terdapat di dalam buku Fish and Olive Oil ialah sardin tempura garam dan lada sulah, wonton rangup sardin berkeju , sardin kukus halia, kerabu tuna, cucur tuna, serunding kelapa tuna, piza tuna, dan banyak lagi.
Sementara itu, menurut Pakar Perunding Diet, Indra Balaratnam, sajian harian seharusnya mengandungi hidangan ikan, sumber protein yang sepatutnya diambil setiap hari.
Tambahnya, sajian tersebut perlulah dalam jumlah 100 gram atau ikan bersaiz sebesar tapak tangan.
"Apa yang disarankan ini dipetik daripada Garis Panduan Diet Malaysia 2010 di mana pengambilan ikan dalam sajian harian merupakan sebahagian daripada protein yang seharusnya diambil.
"Jika pengambilan protein untuk sajian harian ia didapati mampu menjana sel-sel.
"Untuk pengetahuan bersama, sebenarnya ikan sardin merupakan ikan yang bagus untuk dinikmati kerana ia mengandungi minyak semula jadi, omega 3, vitamin D, B12, E, dan juga B6," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.
Ujarnya lagi, selain ikan sardin, ikan tuna turut mengandungi pelbagai jenis vitamin serta minyak semula jadi yang mampu melengkapkan sajian harian anda.
Jadiulasnya, dalam pemilihan makanan harian, dia menasihati agar setiap individu membuat pilihan yang betul dan tepat kerana secara tidak langsung ia memberi kesan kepada diri masing-masing.