BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Tuesday, May 29, 2012

MAKAN BESAR PROMOSI SAJIAN JOHOR


PENGERUSI Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Hoo Seong Chang (dua dari kanan) mencuba salah satu hidangan tradisi negeri Johor di Hotel Sunway Putra.

NEGERI Johor sememangnya terkenal dengan pelbagai hidangan kulinari yang sentiasa menjadi ingatan setiap pelancong saat berkunjung ke negeri di selantan Semenanjung Malaysia itu.Hidangan seperti nasi beriani gam, nasi ambang, laksa Johor, mi bandung dan otak-otak Gelang Patah merupakan hidangan tradisi negeri berkenaan.Bersempena dengan promosi kebudayaan dan masakan tradisional negeri Johor, Citrawarna 2012 - Colours of 1Malaysia, Coffee House Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai hidangan masakan dari negeri tersebut dari 18 Mei lalu hingga 3 Jun ini.Bertemakan Jom Makan Besor, hotel yang dahulunya dikenali sebagai Hotel The Legend itu menawarkan hidangan bufet untuk makan tengah hari pada harga RM59++, manakala makan malam pula RM80++.Chef yang dibawa khas dari Johor, Mohd. Khairulfazi Mohamed ditugaskan untuk memasak hidangan utama.“Antara hidangan yang ditawarkan ialah nasi beriani gam ayam, kambing kuzi, ayam masak merah, pajeri nanas dan ikan pari asam pedas.“Selain penggunaan resipi khas turun-temurun dari negeri Johor, saya juga turut menggabungkan elemen-elemen masakan dari Jawa, Bugis dan Banjar seperti tempe yang sememangnya sinonim dengan hidangan dari negeri Johor,” katanya yang juga seorang pensyarah di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).
BAGI penggemar masakan pedas, anda boleh mencuba hidangan ikan pari asam pedas 
Menurut anak jati Batu Pahat itu, selain daripada masakan tradisional negeri Johor, pelbagai pencuci mulut dan kuih-muih turut disediakan antaranya kuih koleh kacang, pisang salai, ubi kayu rebus gula Melaka dan cendol durian.Persembahan kebudayaan negeri Johor seperti tarian zapin, lagu-lagu tradisional negeri Johor dan kuda kepang turut dipersembahkan ketika pengunjung menikmati hidangan makan malam di hotel tersebut.Pelbagai barangan kraftangan yang dibuat di negeri tersebut seperti kompang, rebana dan tudung saji turut dijual sempena sambutan Citrawarna 2012 di Hotel Sunway Putra.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Md. Zanal Misran memberitahu, promosi itu merupakan salah satu usaha kerajaan negeri Johor untuk memperkenalkan lagi hidangan serta kebudayaan negeri tersebut kepada orang ramai khususnya di luar dari negeri Johor.“Sempena sambutan Citrawarna pada tahun ini, kami memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi untuk mempromosikan makanan dan kebudayaan Johor.“Masakan Johor yang asli sememangnya sukar untuk didapati di luar dari negeri kami. Kami membawa hidangan negeri Johor untuk memberi peluang kepada orang ramai merasa keenakannya,” katanya.Coffee House Hotel Sunway Putra mempunyai kapasiti untuk 350 tetamu pada satu-satu masa.Bagi pembaca yang berminat menikmati masakan tradisional Johor, tempahan boleh dibuat menerusi talian             03-4042 9888       sambungan 9032 atau e-mel ke dineshph@sunwayhotels.com.

Monday, May 28, 2012

WASPADA SINDIKET CUCI BARANG KEMAS

Mohamad Nasir (tengah) menunjukkan barangan kemas dan peralatan digunakan
suspek yang berjaya dirampas.
MUAR – Sindiket mencuri emas dengan menggunakan kaedah cucian tumpas apabila 21 suspek ditahan polis dalam serbuan di sebuah hotel pada 25 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, kumpulan terbabit menawarkan khidmat mencuci barangan kemas dengan harga serendah RM3 hingga RM5, sebelum memperdayakan mangsanya.
Menurutnya, tawaran tersebut diberikan apabila usaha memujuk mangsa untuk membeli barangan kemas tiruan yang dijual dengan harga belasan ringgit hingga ratusan ringgit tidak berjaya.
“Suspek akan pergi ke rumah- rumah di sekitar Muar untuk menawar perkhidmatan cucian dan juga menjual barang kemas tiruan.
“Tanda disedari mangsa, kaedah cucian yang dilakukan suspek dengan menggunakan cecair kimia itu, telah menyusutkan sebanyak 20 peratus emas asal milik mangsa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.
Mohamad Nasir berkata, suspek kemudiannya akan memproses untuk membentuk semula emas yang susut ketika cucian dilakukan menggunakan cecair kimia.
Katanya, kumpulan yang didalangi tujuh warga tempatan dan melibatkan 14 warga China itu menyewa lima bilik salah sebuah hotel di bandar ini yang dijadikan lokasi memproses emas bertujuan untuk mengaburi pihak berkuasa.
Kegiatan yang mula beroperasi pada 23 Mei lalu katanya, terbongkar apabila pekerja hotel terbabit terhidu bau kuat kimia dari bilik berkenaan dan akhirnya membawa penemuan kegiatan tersebut.
Beliau berkata, Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Muar yang diketuai oleh Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor, menyerbu hotel itu dan menahan 21 suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun pada jam 10.30 malam.
Dalam serbuan tersebut mendapati suspek baru selesai memproses dan membentuk semula emas yang susut itu.
“Siasatan awal mendapati, suspek berjaya memperdayakan 20 mangsa di daerah ini selepas berkunjung ke rumah mereka.
“Sebelum ini, kumpulan ini beroperasi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka, sebelum berpindah ke Muar,” katanya.
Katanya lagi, polis percaya terdapat saki baki ahli kumpulan terbabit yang masih aktif .
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada sekiranya mereka didatangi sekumpulan individu yang menawarkan khidmat mencuci barang kemas.

WWW1 MILIK SULTAN JOHOR


PUTRAJAYA 28 Mei - Nombor plat dengan bidaan tertinggi, WWW 1 akhirnya menjadi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan menerusi laman webnya hari ini berkata, surat rasmi berhubung keputusan itu akan dikeluarkan pada 6 Jun manakala urusan pendaftaran nombor plat kenderaan pula boleh dibuat pada 15 Jun ini.
"Nombor plat itu yang dibida pada harga RM520,000 memecahkan rekod bidaan tertinggi sebelum ini iaitu MCA 1 yang dijual dengan harga RM300,100 pada tahun lalu," katanya.
Nombor pendaftaran siri WWW mendapat sambutan di luar jangkaan apabila menerima 18,243 permohonan sepanjang ia dibuka untuk bidaan dari 30 April hingga 14 Mei lalu.
Pada asasnya semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular termasuk nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida telah habis dibida.


SHAH ALAM - Nombor plat kenderaan "WWW1", berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.
Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat WWW5 (RM220,000); Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong lai, memenangi nombor plat "WWW15 (RM24,200)" dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (WWW97) bernilai RM100,10.
Baginda memang dikenali sebagai peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.
Maklumat mengenai bidaan itu dipaparkan dalam laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi semalam adalah senarai pembida yang berjaya untuk plat premium.
Khamis lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chong Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan "WWW1", mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.
Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA1" pada 2010 yang dijual pada harga RM300,100. Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai bermula pada 30 April dan berakhir 14 Mei.
Dalam tempoh tersebut, ramai yang membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk no plat awalan "WWW" merupakan singkatan bagi World Wide Web.

SAYONARA TUAN HAKIM !

Lebih 4 tahun menyemai bakti di Tanjung Bin Power Plant, Abdul Hakim bin Kadis akhirnya memilih kesudahan bersifat "anti-climax" bagi menamatkan perkhidmatan dengan TJSB Malakoff.Pekerja contoh di divisyen Operasi ini memandang sektor pembinaan sebagai halatuju barunya sebelum nekad meletak jawatan.Disenangi ramai pihak atas sifat toleransi dan berbudi bahasa, Hakim memilih tarikh 20 Mei 2012 sebagai hari terakhir beliau bersama TJSB Malakoff.Majlis makan malam perpisahan pada Khamis 17 Mei 2012 yang dihadiri 60 rakan setugas adalah di bawah tajaan beliau sepenuhnya.Tahniah dan Syabas Hakim..Selamat Maju Jaya dari kami semua, rakan sekerja anda !

Warga Operation khusyuk mendengar amanat terakhir Tuan Kopli kepada Tuan Hakim

Daus Naim..datang dengan Helikopta parking tepi longkang, tayar senget sebelah !

Hakim..menyifatkan sektor pembinaan punyai masa depan yang kompetitif

Hadirin mengaminkan doa Sheikh Mohd. Rizal Nasir

Hakim menaja sepenuhnya jamuan makan malam perpisahan beliau

Antara menu yang menjadi rebutan adalah sate kambing

Mashamir membuka rahsia cara-cara memikat burung..Nizam membalas dengan 1001 petua menjinakkan buaya !

Kaswadi menyuruh Helmy  potong rambut ala-ala Pak Yat

Reflector baju Gambit Saifullah sama silau dengan lampu. Tango memang terror !

Hakim diraikan di Bukit Gambang Resort City, Kuantan 19 Mei 2012


Saturday, May 26, 2012

NASI BERIANI SEJUK BEKU



SEBUT sahaja beriani, ramai yang terbayang nasi beraroma harum dengan pelbagai pilihan lauk yang enak seperti ayam, daging lembu, kambing mahupun ikan.
Ternyata menu yang berasal dari Johor itu mampu memikat sesiapa sahaja. Malah antara lauk yang menjadi pilihan ramai sudah pastinya kambing.
Ini mungkin kerana tekstur dagingnya lebih lembut dan manis di samping rasa yang istimewa.
Justeru tidak hairanlah daging kambing semakin mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.
Memandangkan nasi beriani turut memenuhi cita rasa masyarakat tempatan, AYS Sdn. Bhd., pengeluar produk lauk sedia dimakan sejuk beku halal jenama Sri Kulai telah mengeluarkan satu lagi produk terbarunya iaitu nasi beriani kari kambing.
Walaupun kombinasi kedua-dua menu tersebut sudah berada di pasaran, tetapi tidak bagi produk lauk sedia dimakan sejuk beku.
Hanya perlu dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro selama empat minit, ia sudah pasti sedia untuk dihidangkan.
Menurut Pengurus Teknikalnya, Siti Hamidah Ahmad, Sri Kulai sebelum ini telah menawarkan pelbagai rangkaian lauk dan juga masakan sedia dimakan.
Oleh yang demikian menu baru tersebut merupakan kepelbagaian pilihan kepada pengguna selain menu-menu yang sedia ada.
"Dengan adanya nasi beriani kari kambing ini, ia memberi satu lagi pilihan kepada pengguna untuk menikmati satu lagi hidangan yang sentiasa menjadi pilihan.
"Bukan itu sahaja, malah dengan adanya menu ini, anda boleh menikmati hidangan dalam masa kurang daripada lima minit.
"Pada masa yang sama, anda boleh menikmatinya di rumah sambil berehat atau bersantai bersama ahli keluarga yang lain," ujarnya ketika ditemui di salah satu cawangan Sri Kulai di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambahnya lagi, kesemua produk berjenama Sri Kulai sebenarnya telah dimasak dan ia hanya memerlukan sedikit pemanasan sebelum menikmatinya.
Katanya lagi, makanan sejuk beku itu adalah kategori baru dalam industri makanan halal Malaysia malah produk-produk sebelum ini nampaknya telah mula dapat diterima ramai.
Malah nasi beriani kari kambing sejuk beku ini dilihat satu pembaharuan dalam industri pembuatan makanan hari ini.

Wednesday, May 23, 2012

GAHARU HASILKAN PRODUK MAKANAN


GAHARU dikenali di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan seperti chen xiang di China, jin-ko di Jepun dan oud di negara Arab.Selain digunakan secara meluas dalam industri pembuatan produk wangian, tidak ramai yang mengetahui bahawa pokok gaharu mempunyai pelbagai kelebihan lain, malah mampu dikomersialkan.Menurut Pengurus Besar Gaharu Technologies Sdn. Bhd., Nicklaus Ho, daun-daun pokok gaharu boleh dijadikan produk teh hijau dan mempunyai keistimewaan lebih berbanding teh biasa kerana baunya yang wangi dan menyegarkan selain rasanya yang lazat.
"Teh gaharu yang harum secara tradisinya dikatakan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti gout, kencing manis dan darah tinggi."Gaharu juga membantu peredaran darah dan menguatkan hati serta sistem saraf dalam badan," katanya kepada peserta rombongan Kembara Cuti-cuti 1Malaysia (KCC1M) 2012 - Jom Terokai Perak, Gopeng, Perak yang mengunjungi ladang berkenaan baru-baru ini.Nicklaus memberitahu, teh gaharu diminati ramai kerana ia juga dipercayai mempunyai ejen antipenuaan dan membantu seseorang mendapatkan tidur yang lena."Teh gaharu dihasilkan dengan menggunakan 100 peratus daun pokok gaharu, tiada bahan pengawet, tiada perasa tiruan, bebas kafein secara semula jadi dan tiada pewarna," jelasnya.
Selain itu, minyak kayu gaharu pula dijadikan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan kosmetik kecantikan, manakala akar-akar gaharu pula digunakan dalam industri ubat-ubatan.Berdasarkan sejarah, gaharu digunakan sejak 2,000 tahun lalu di negara Asia Barat, China dan Jepun."Di beberapa negara lain seperti di Arab Saudi, ia merupakan bahan berharga yang digunakan dalam bidang keagamaan serta menjadi persembahan kepada raja-raja sempena majlis-majlis tertentu," katanya.
Ladang skala besar
Tambah Nicklaus, Ladang Gaharu Tea Valley Gopeng menghasilkan 80 peratus daripada hasil pengeluaran kayu gaharu negara ini. Pembangunannya mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pertanian dan Perhutanan."Ladang gaharu di sini mula diusahakan sejak 20 tahun lalu melalui sokongan Envirotech Management Sdn. Bhd. (EMBS) yang telah memacu kejayaan Gaharu Technologies Sdn. Bhd. pada hari ini."EMBS mempunyai kepakaran dalam membangunkan ladang berskala besar dan skil pengurusan, manakala Gaharu Technologies Sdn. Bhd. mempunyai makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan kualiti pokok gaharu yang ditanam," katanya.
BISKUT gaharu ini bukan sahaja enak, malah berkhasiat kerana mengandungi kebaikan daun gaharu.
Justeru, sebahagian pokok gaharu di Gaharu Tea Valley sudah berusia sekitar 20 tahun dan menjadi tarikan ramai pengunjung terutamanya dalam kalangan kaum Cina."Orang Cina percaya dengan memeluk pokok gaharu, ia akan membawa tuah kepada si pemeluk. Mereka percaya bahawa bau wangi pokok gaharu adalah bau dari syurga dan akan membawa mereka lebih dekat kepada tuhan."Orang Islam juga menggunakan wangian minyak atar yang dihasilkan menggunakan minyak daripada kayu gaharu untuk beribadat," ujarnya.Jika dahulu, minyak gaharu hanya digunakan oleh maharaja dan keluarga bangsawan, tetapi kini ia mampu dimiliki dan digunakan semua orang.
"Di dalam perubatan Islam juga, kayu gaharu dikatakan mampu mengubati banyak penyakit seperti sakit kerongkong, demam campak, penyakit kuning dan sebagainya," katanya yang banyak membuat rujukan.Nicklaus menjelaskan, pokok gaharu merupakan spesies pokok terancam dan sebab itulah penebangan pokok tersebut dalam hutan semula jadi adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang."Oleh yang demikian, untuk tujuan komersial, ia perlu ditanam. Mereka yang berminat juga boleh menanam pokok ini di rumah masing-masing sebagai hobi kerana pokok gaharu mudah tumbuh di negara yang beriklim panas atau tropika," katanya.
Kedai runcit gaharu
Sejak Gaharu Technologies Sdn. Bhd. dibangunkan pada tahun 2008 untuk tujuan komersial, pelbagai produk makanan baharu menggunakan daun dan kayu gaharu sebagai bahan mentah dihasilkan.Selain dibeli di ladang berkenaan, ia juga dijual secara dalam talian di laman webnya iaitu www.gaharu.com.my."Produk-produk yang dihasilkan di sini antaranya ialah teh gaharu, minyak gaharu, sup gaharu, cip kayu gaharu, biskut gaharu dan nougat."Kesemua produk ini mempunyai kebaikan semula jadi kayu gaharu dan amat baik untuk kesihatan sekiranya diamalkan dalam pemakanan seharian," ujarnya.
Nicklaus memberitahu, produk-produk berkenaan dijamin selamat dan enak kerana pokok-pokok gaharu di situ ditanam secara organik."Kami tidak menggunakan bahan kimia sebagai baja, sebaliknya menggunakan baja kompos daripada cacing tanah yang dapat menyuburkan tanah secara semula jadi."Sebanyak 19 peratus daripada hasil kayu gaharu juga dieksport ke negara-negara Asia Barat, Taiwan, Jepun, Hong Kong dan Korea. Kami juga sedang dalam perancangan untuk menembusi pasaran China," katanya.
Lawatan ke ladang
Keindahan panorama yang hijau dan menyejukkan merupakan pengalaman tidak boleh dilepaskan setiap kali berkunjung ke Gaharu Tea Valley Gopeng itu yang berkeluasan 120 hektar dan mempunyai kira-kira 200,000 batang pokok gaharu.Menurut jurucakap Jabatan Pemasarannya, Rohana Mat Zaini, Gaharu Tea Valley kini menerima kunjungan ratusan pelancong setiap hujung minggu. Mereka datang bukan sahaja untuk menikmati hidangan berkhasiat berasaskan gaharu, malah untuk menikmati pemandangan indah ladang berkenaan."Ladang ini dibuka setiap hari untuk lawatan. Pengunjung berpeluang membeli produk-produk makanan dan aiskrim yang antara lain menggunakan gaharu sebagai salah satu bahan utamanya.
PELBAGAI produk gaharu yang boleh dibeli secara online di laman web rasmi Gaharu Technologies Sdn. Bhd.
"Ada juga pengunjung yang datang kerana mahu memeluk batang pokok ibu gaharu iaitu pokok gaharu tertua di sini kerana dipercayai mampu membawa tuah kepada mereka," katanya.Bercerita lanjut, Rohana meminta supaya pengunjung yang datang tidak merosakkan batang pokok gaharu dengan menoreh nama atau perkataan pada batang pokok gaharu."Pengunjung yang berbuat demikian sekiranya ditangkap boleh didenda sehingga RM10,000. Kami amat mementingkan pemeliharaan pokok-pokok gaharu di sini kerana ia amat bernilai tinggi," katanya.Menurut Ronana, cip kayu gaharu mampu dijual pada harga RM25,000 sekilogram dan harganya meningkat kira-kira 30 peratus setiap tahun.
"Daun teh gaharu boleh dituai bagi pokok-pokok yang sudah mencapai umur tiga tahun, manakala cip kayu gaharu yang terdapat dalam batang pokok gaharu boleh dituai apabila pokok mencapai umur matang iaitu lapan tahun," katanya.Tambah Rohana, sebelum dikomersialkan, sampel-sampel daun gaharu berkenaan dihantar ke makmal Universiti Sains Malaysia (USM) untuk penyelidikan dan memastikan khasiatnya."Keputusan menunjukkan ia memberikan reaksi hampir sama dengan kesan ubat dalam pil kencing manis," jelasnya.

TOKYO SKY TREE DIBUKA



TOKYO - Menara penyiaran paling tinggi di dunia, Tokyo Sky Tree yang setinggi 634 meter di sini mula dibuka kepada orang ramai semalam.Berpuluh-puluh ribu orang beratur untuk memasuki menara itu semasa hujan.Kompleks beli-belah dan taman hiburan yang terletak bersebelahan dengan menara itu turut sama dibuka.Namun, mereka yang berada di dek pemerhati pada ketinggian 350 meter di menara tersebut kecewa kerana tidak dapat melihat pemandangan yang menakjubkan ekoran cuaca mendung.
"Saya sudah lama berhasrat untuk berkunjung ke menara itu," kata seorang wanita, Ayumi Nakazawa yang memenangi tiket ke majlis pembukaan bangunan tersebut.Tokyo Sky Tree merupakan struktur kedua tertinggi di dunia selepas bangunan Burj Khalifa di Dubai yang memiliki ketinggian 828 meter. - AF

Tuesday, May 22, 2012

2 SYARIKAT DIDAKWA HANTAR SMS IKLAN MENGELIRUKAN


SEPANG 22 Mei - Sebuah syarikat pembekal kandungan, Everest Mobile Sdn. Bhd. didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menghantar iklan mengelirukan kepada pelanggan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Syarikat itu didenda setelah Pengurus Pemasarannya, Toh Hong Siang, 27, mengaku bersalah atas tuduhan pindaan mengiklankan notis mengelirukan menggunakan kod ringkas 63300 yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak Celcom.
Gagal bayar denda, wakil syarikat terbabit boleh dihukum penjara lapan bulan.
Iklan tersebut yang dihantar kepada nombor pelanggan Celcom menyatakan: ``RM0.00 Notis: Anda diminta taip ON DQ ke 37272 segera untuk aktifkan SMS Content Terbaru sekrg! Tanpa caj pendaftaran.’’
SMS itu didapati mengelirukan pelanggan kerana tiada maklumat harga perkhidmatan langganan dan maklumat penyedia kandungan seperti yang diperuntukkan di bawah Syarat Lesen 2.2, Lesen No. ASP/C/2005/3 yang dikeluarkan kepada syarikat berkenaan.
Dalam pada itu, Hakim Zuhrina Mohamed Nor menetapkan 27 Jun depan bagi sebutan kes satu lagi syarikat pembekal kandungan, Makro Kiosk Berhad atas tuduhan berlainan setelah wakil syarikat tersebut mengaku tidak bersalah.
Premis itu didakwa menghantar SMS kepada pelanggan Celcom iaitu: ``RM0.00 SMS/MMS content* Telefon bimbit anda perlu diaktifkan semula skrg! Sila sms ON DM dan ON DN ke-32655. Hubungi 21643273 utk optout servis.*3gp''.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan akhbarnya memaklumkan, pihaknya bertindak tegas terhadap pembekal kandungan yang aktif menghantar SMS mengelirukan dan memperdaya pengguna untuk `bersetuju' agar kredit mereka dipotong secara beransur-ansur tanpa disedari. 

TENTANG SALAM

Di radio IKIM, Ustaz Zawawi bercerita tentang  sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam
warahmatulallah hi wabarakatuh"
Beri salam
– "assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita
berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa,
walaupun sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"
Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan
"A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah
kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.

Monday, May 21, 2012

SK SERKAT CANTUM JALUR GEMILANG 4 KM


Peserta perarakan membawa sebanyak 220 Jalur Gemilang sejauh 4 kilometer.

PONTIAN - Satu kelainan cuba ditonjolkan oleh para pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Serkat, Kukup, di sini, apabila bersama-sama berarak membawa sebanyak 220 helai Jalur Gemilang yang dicantumkan sempena Sambutan Hari Guru baru-baru ini.Seramai 220 peserta itu mengambil jarak sejauh kira-kira empat kilometer (km) iaitu bermula dari perkarangan sekolah terbabit dan berakhir di Tanjung Piai Resort. Pemangku Guru Besar SK Serkat, A Rashid Omar berkata, perarakan Jalur Gemilang sangat unik kerana bukan sahaja dilakukan di penghujung benua Asia, malah ia adalah yang pertama kali dilakukan bersempena Sambutan Hari Guru.
“Kami gembira dengan kerjasama semua pihak yang bersama-sama menjayakan program ini.“Ia juga diharap menjadi galakan dan rangsangan kepada pihak kami untuk berusaha dengan lebih gigih bagi menjadikan pelajar-pelajar luar bandar berjaya dalam pelbagai bidang,” katanya selepas majlis pelancaran oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kukup, Datuk Md. Othman Yusof.Hadir sama, Pengerusi PDK Penerok, Datin Noredah Mahmood dan Yang Dipertua PIBG SK Serkat, Zarulail Moez.
Program julung kali ini turut mendapat kerjasama Malakoff Corportion, Hicom Power, ahli Persatuan Belia Sungai Kuali, kakitangan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Balai Polis Permas, Rela Serkat dan Klinik Kesihatan Serkat.A Rashid berharap program itu juga mampu memantapkan jalinan perkongsian bijak di antara kedua-dua belah pihak sekolah dan masyarakat .“Pihak sekolah juga mahu memberikan peluang kepada masyarakat setempat merai dan menghargai warga pendidik sekolahnya dengan cara yang cukup patriotik,” katanya.Selain pelajar dan guru katanya, mereka yang terlibat menjayakan perarakan tersebut adalah ahli jawatankuasa PIBG SK Serkat, PDK Penerok, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Ketua Kampung Tanjung Piai.Beliau berkata, penglibatan dan sokongan yang diberikan menunjukkan orang ramai, agensi kerajaan, syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), menyahut transfomasi kerajaan bagi meningkatkan lagi bidang pendidikan di luar bandar.

AMOI JEPUN YANG CINTAKAN NASI LEMAK


WAKTU pagi merupakan masa paling sibuk di sebuah gerai nasi lemak tepi jalan berhampiran Kuil Mariamman di Bangsar, Kuala Lumpur. Sementara pemandu kenderaan bersesak-sesak di jalan raya untuk pergi ke tempat kerja, peniaga gerai itu tidak menang tangan melayan pelanggan yang berkerumun di gerainya.Pada hari tertentu, kemunculan seorang gadis Jepun yang cantik pasti menarik perhatian tuan kedai dan pelanggan yang lain.
"Saya gemar makan nasi lemak yang dijual di tepi jalan. Saya sukakan suasana itu dan rasanya yang lebih sedap," kata Mariko Konno, 30.Gadis berkulit putih gabus ini merupakan Pengurus Besar Stasia Capital Malaysia (M) Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat hartanah yang berpejabat di Menara Citibank Kuala Lumpur."Nasi lemak merupakan antara makanan kegemaran saya sebab rasanya pedas, ia berbeza daripada makanan Jepun yang tidak berempah," tambah Mariko, wanita pemalu setinggi 163 sentimeter itu.
Suasana pejabatnya tenang dan segar dengan aroma semula jadi. Sebuah patung pahlawan Jepun yang diletakkan di ruang menunggu sudah cukup untuk menggambarkan akar umbi gadis yang berasal dari Shinagawa, Tokyo ini."Saya ini nama sahaja orang Jepun tetapi saya telah tinggal lebih lama di Malaysia berbanding negara sendiri iaitu selama 24 tahun," katanya.Mariko, anak bongsu daripada tiga beradik berpindah ke Malaysia pada tahun 1988 kerana mengikut bapanya yang bekerja di Kuala Lumpur.Mariko ketika itu berusia tujuh tahun. Beliau mempunyai seorang abang dan kakak, kedua-duanya berumur sembilan tahun lebih tua daripada Mariko.
Mariko bersekolah di Sekolah Antarabangsa Jepun di Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan dan perniagaan antarabangsa di Universiti Monash, Petaling Jaya."Di universiti, saya juga berpeluang mempelajari tentang psikologi dan tingkah laku manusia yang berguna untuk bidang pemasaran dan perniagaan."Sebenarnya, saya suka menganalisis dan membaca pemikiran orang," katanya ketawa.Mariko mengakui beliau sudah beberapa kali menukar cita-cita. Semasa menuntut di Universiti Monash pada tahun 1998, beliau tertarik dengan sukan lumba kereta Formula Satu yang sedang diadakan di Sepang.Namun selepas itu kerjaya itu difikirkan tidak sesuai dengan dirinya.
Beliau juga melepaskan kerjaya sebagai pembekal tenaga kerja kepada syarikat-syarikat kerana berpendapat itu bukanlah matlamat hidupnya.Bagaimanapun, sebuah novel bertajuk The Dip tulis Seth Godin telah mengubah pandangan Mariko."Buku itu mengajar saya bila kita perlu berhenti dan bila kita harus kekal dalam satu-satu pekerjaan," ulau beliau.Mariko berasal dari Shinagawa, antara bandar tertua di Jepun yang masih mengekalkan bangunan-bangunan lama berusia hampir 100 tahun. Mariko mengaku beliau sering merindui keluarganya di tanah air.
Selepas keluarganya pulang ke Jepun pada tahun 1999, Mariko yang ketika itu berusia 17 tahun terpaksa menguruskan segala-galanya daripada mendapatkan rumah sewa hinggalah pengajiannya di Malaysia."Ada juga orang yang mempertikaikan kerakyatan kononnya saya ialah warganegara Malaysia kerana begitu lama menetap di negara ini."Sebenarnya, saya masih warga Jepun, tetapi saya seorang hibrid yang selesa dengan kedua-dua budaya."Saya sukakan makanan dan budaya rakyat negara ini. Malaysia sudah menjadi rumah kedua saya dan saya tidak sekali-kali akan meninggalkannya," kata yang tinggal di Mont Kiara memandangkan majoriti penghuni di situ merupakan orang Jepun.
Menurut Mariko, selain nasi lemak, beliau menyukai makanan India, nasi daun pisang dan capati serta masakan Cina, pummy.Di sebalik kesibukan sebagai pengurus hartanah, Mariko yang boleh berbahasa Melayu sedikit sebanyak gemar mendekati golongan merempat di sekitar Pudu. Di situ, beliau akan menghulurkan bantuan makanan kepada lebih 150 orang yang memerlukan pada setiap hari Ahad.Sebenarnya, kawan saya yang bekerja di sebuah kuil Buddha di Brickfields yang membawa saya mendekati golongan itu."Hati saya tersentuh melihat keadaan mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal. Mereka mungkin sebaya ayah saya," katanya yang sering melakukan meditasi untuk menenangkan fikiran dan menguatkan minda.
Menurut Mariko, sebagai tanda sayang kepada negara ini, beliau sering menulis artikel berkaitan ekonomi dan pelaburan di Malaysia dalam majalah perniagaan dalam talian Jepun iaitu JB Press.Begitupun, bencana tsunami yang melanda Fukushima pada tahun lalu mencemaskan Mariko."Dalam kejadian itu, rumah bapa mertua kakak saya di Hitachi musnah dihanyutkan air tetapi mujurlah dia dan keluarganya selamat," katanya yang gemar bercuti ke Pulau Langkawi dan Pulau Tioman seorang diri.

EKSPORT PRODUK HALAL KE AFRIKA UTARA, EROPAH


IPOH 19 Mei - Malaysia berhasrat mengeksport produk halal ke Afrika Utara dan Eropah menerusi kerjasama dengan Tunisia di bawah program Strategi Perkongsian Negara Anggota (MCPS) yang dilancarkan oleh Bank Pembangunan Islam (IDB) baru-baru ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, Tunisia merupakan platform terbaik kerana negara tersebut turut membentuk kerjasama ekonomi dengan empat lagi negara Afrika Utara yang mempunyai hubungan perdagangan baik dengan Eropah.
"Selain Tunisia, negara Afrika Utara lain iaitu Libya, Maghribi, Mauritania, Libya dan Algeria telah membentuk satu kerjasama ekonomi dengan pasarannya kira-kira 90 juta penduduk.
"Oleh kerana hubungan perdagangan negara-negara itu dengan Eropah amat rapat, ini merupakan platform terbaik untuk kita mengeksport produk halal ke Eropah yang mempunyai lebih 22 juta penduduk Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang dengan guru-guru sekolah di kawasan Parlimen Tambun di sebuah hotel di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, program tersebut sedang berjalan dan ia melibatkan kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Tunisia serta antara syarikat-syarikat Malaysia dan negara tersebut.
Beliau berkata, selain di dalam bidang produk halal, kerjasama itu turut melibatkan pembangunan sistem perbankan Islam.
Dalam perkembangan sama, Husni memberitahu, Tunisia juga berminat untuk memindahkan pelaburan dan perniagaan mereka ke Malaysia kerana Eropah kini berhadapan krisis ekonomi.
"Mereka juga mendapati pasaran besar wujud dalam kalangan anggota ASEAN yang mempunyai kira-kira dua bilion penduduk. Malaysia dan India pula mempunyai perjanjian kerjasama ekonomi, jadi ada tambahan satu bilion penduduk lagi.
"Jadi mereka nampak peluang untuk bertapak di Malaysia. Malah, pihak dewan perniagaan mereka akan mengemukakan 30 syarikat besar dari Tunisia untuk kita mulakan kerjasama,'' katanya.
Terdahulu, pada majlis minum petang itu, Husni turut menyampaikan bantuan kewangan kepada lebih 30 buah sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di kawasan Parlimen Tambun.

Wednesday, May 16, 2012

RAPID TARIK PELABURAN UTAMA ASIA

KOTA TINGGI 13 Mei - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yakin Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang dekat sini mampu menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan dan perdagangan utama di Asia.
Baginda bertitah, kejayaan dan limpahan daripada projek itu berupaya menjadikan Johor sebagai negeri termaju di Malaysia.
"Saya akan selalu datang ke kawasan ini untuk melihat dengan lebih dekat kerja-kerja pembangunan yang dijalankan bagi memastikannya berjaya sebagaimana telah dirancang," titah baginda semasa melancarkan projek RAPID di Pengerang, dekat sini hari ini.
Turut berangkat lima putera baginda termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar.
Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.
Sultan Ibrahim turut menyifatkan projek RAPID sebagai satu rahmat kepada Johor kerana pelaburan yang besar akan dicurahkan ke negeri ini dan rezeki itu turut dinikmati rakyat.
"Pembangunan mega ini sudah pasti akan mengubah suasana persekitaran dan kehidupan masyarakat di sini. Lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan akan diwujudkan untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat di sini.
"Oleh itu, sudah tiba masanya untuk rakyat saya di sini berubah ke arah kehidupan yang lebih terjamin dengan sumber pendapatan yang lebih baik dalam sektor ekonomi moden," titah baginda.
Bagi memastikan projek tersebut berjaya, Sultan Ibrahim menyeru rakyat Johor khususnya masyarakat Pengerang memberi kerjasama dan berkorban untuk melepaskan kampung halaman dan harta benda kerana mereka akan diberikan pampasan setimpal oleh kerajaan.
"Saya suka ingatkan kepada penduduk terlibat supaya janganlah mengambil kesempatan dengan meminta pampasan yang melampau dan tidak masuk akal. Ikutlah nilai yang munasabah dan bersesuaian dengan keadaan harta benda sekarang," titah baginda.
Sultan Ibrahim turut berkongsi cerita mengenai pengorbanan Almarhum ayahandanya yang sanggup membenarkan laluan persimpangan bertingkat Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) dibina berhampiran Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru untuk mengurang kos serta memastikan pembinaan lebuh raya itu berjalan lancar.
"Malah, Almarhum ayahanda saya telah memberikan sebahagian tanah miliknya yang terletak di kawasan utama di bandar untuk dijadikan tapak perumahan bagi menempatkan penduduk setinggan yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya berkenaan," titah baginda.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan perasaan kesal dengan tindakan segelintir masyarakat yang cuba menentang pembangunan dan kumpulan yang mengambil kesempatan dengan menghasut penduduk Pengerang supaya membantah projek RAPID.
"Suka saya ingatkan kepada masyarakat di sini supaya berfikir panjang dan memandang jauh ke hadapan.
"Dengan adanya projek pembangunan di kawasan ini, kehidupan generasi muda akan lebih terjamin dengan peluang pekerjaan yang banyak dan pendapatan yang baik. Kehidupan golongan tua akan terjaga apabila anak cucu tidak perlu lagi berhijrah ke bandar tetapi boleh mendapatkan pekerjaan di kawasan Pengerang yang tarafnya sama seperti di bandar," titah baginda.

Sunday, May 13, 2012

RAPID CETUS PELABURAN RM 120 BILLION


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diberi penerangan oleh Wan Yusoff Wan Hamat mengenai model Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) sambil diperhatikan Najib Tun Razak, Abdul Ghani Othman dan Azalina Othman Said pada majlis Pelancaran RAPID di Jalan Desaru, Sungai Rengit, Pengerang, Kota Tinggi, Johor, semalam.
KOTA TINGGI 13 Mei - Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang dibangunkan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) di Pengerang dekat sini mampu mencetuskan nilai pelaburan sebanyak RM120 bilion dalam tempoh lima tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah tersebut termasuk pelaburan baru daripada sebuah syarikat petrokimia dari Taiwan dengan jumlah pelaburan dianggarkan sebanyak RM36 bilion (AS$12 bilion).
Menerusi pelaburan itu, syarikat tersebut bersetuju menjalankan satu kajian pelaburan bagi sebuah kompleks bersepadu minyak dan petrokimia berhampiran projek RAPID, sekali gus manfaat bersama bakal diperoleh menerusi perkongsian kemudahan dan infrastruktur.
"Kompleks yang bakal dibangunkan syarikat berkenaan terdiri daripada sebuah loji penapisan minyak dengan kapasiti sebanyak 150,000 tong sehari serta sebuah loji perekah nafta dengan kapasiti sebanyak 800,000 tan setahun.
"Justeru, jika kedua-dua projek ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang, ia mampu memproses minyak sebanyak 450,000 tong sehari dan merekah nafta sebanyak 3.8 juta tan setahun.
"Dengan itu, ia mampu mengukuhkan lagi Johor sebagai pusat minyak dan gas serta petrokimia yang unggul bukan sahaja di Asia, malah di persada dunia," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek RAPID yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Turut berangkat lima putera baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail; Tunku Temenggong, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas serta Ketua Pegawai Operasi Petronas, Wan Yusoff Wan Hamat.
Pada majlis itu, Najib turut menyerahkan replika cek bernilai RM1.24 juta kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang merupakan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen untuk membaik pulih 124 buah rumah nelayan yang terlibat.
Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM1.7 juta diberikan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) untuk tujuan sama membabitkan 172 buah rumah.
Perdana Menteri berkata, sebelum ini sebanyak RM4.1 juta telah dibayar kepada nelayan yang terjejas menerusi satu tabung khas yang melibatkan syarikat-syarikat terbabit dalam projek itu.
Menurut Najib, projek RAPID yang dijangka memulakan operasi pada 2016 itu adalah berskala besar daripada pelbagai aspek termasuk teknologinya jauh lebih mencabar kerana ia menggabungkan skala kompleks Petronas di Kerteh, Gebeng dan Melaka.
"Jadi, kalau projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kuala Lumpur pelaburannya sekitar RM45 bilion, RAPID ini pula jumlahnya lebih tiga kali ganda daripada projek pengangkutan tersebut, sekali gus mampu memberi manfaat kepada rakyat negeri ini khasnya," katanya.
Menurutnya, pada peringkat pembinaan sebanyak 50,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan, manakala apabila siap kelak sebanyak 5,000 peluang pekerjaan tetap akan disediakan hasil daripada projek pembangunan mega tersebut.
Perdana Menteri berkata, selain syarikat dari Taiwan, Petronas juga telah menandatangani Perjanjian Dasar Induk dengan syarikat kimia antarabangsa, BASF SE dari Jerman yang merangkumi antaranya pelan untuk membangun dan menyelia kawal kemudahan pengeluaran bertaraf dunia.
Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai juga tidak perlu bimbang dengan soal alam sekitar kerana sebagai sebuah syarikat multinasional, Petronas sudah pasti akan mengambil kira semua faktor tersebut mengikut piawaian ditetapkan.

Friday, May 11, 2012

PROJEK RAPID PETRONAS, PENGERANG JOHOR


Lakaran artis projek kawasan Terminal Laut Bebas serta penyimpanan minyak dan gas di Pengerang, Johor


KUALA LUMPUR 11 Mei - Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) bernilai AS$20 bilion (RM62 bilion) yang dilaksanakan oleh Petronas di selatan Johor adalah kena pada masanya bagi menampung permintaan besar mendapatkan produk tenaga dan petrokimia, terutama di Asia dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Projek itu, yang akan dilancarkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Ahad ini, akan turut mengukuhkan industri petrokimia Malaysia dan rantau ini, sambil menarik pelaburan syarikat minyak, gas dan petrokimia berkelas dunia.
Ia akan mentransformasikan selatan Johor menjadi satu pusat penapisan dan petrokimia, sambil melengkapi kompleks sedia ada di koridor timur Malaysia dan di Singapura.
Yang penting lagi, kompleks Rapid seluas 2,000 hektar juga mencetuskan aktiviti ekonomi bagi kawasan Pengerang, sambil mewujudkan ribuan pekerjaan berikutan limpahan perkhidmatan bantuan dan sokongan.
Ketua Pegawai Operasi Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, pelaksanaan Rapid penting apabila permintaan mendapatkan tenaga global dijangka meningkat antara 38 dan 39 peratus di dalam tempoh 20 tahun akan datang.
"Ini merupakan kompleks terbesar yang akan dilaksanakan Petronas, dengan penapisan, yang akan ditauliahkan menjelang akhir 2016, yang boleh menapis 300,000 tong minyak mentah sehari, manakala loji petrokimia akan mula beroperasi pada 2017," katanya kepada Bernama.
Katanya, ia akan menjadi lebih besar daripada kompleks Petronas di Melaka, Kertih dan Gebeng yang disatukan dalam satu lokasi.
"Di segi produk akhir dan aplikasi petrokimia, kami membiarkan pertumbuhan bahan keperluan seharian seperti plastik dan pembalut makanan.
"(Tetapi) pertumbuhan permintaannya dijangka signifikan di ASEAN kerana kedudukannya yang dekat (dengan Malaysia) dan penduduknya yang disatukan melebihi 600 juta," katanya.
Wan Zulkiflee, yang juga Naib Presiden Eksekutif Petronas bagi Perniagaan Hiliran, berkata, Rapid akan berupaya menampung permintaan itu.
Katanya, perubahan demografik di China dan India, yang termasuk peningkatan jumlah penduduk berpendapatan pertengahan, proses perbandaran, perubahan gaya hidup dan peningkatan permintaan dari pembinaan industri automotif dan elektrik, akan memberi kesan kepada pasaran petrokimia secara positif.
Rapid akan turut berupaya menampung keperluan kerajaan bagi memenuhi standard pengeluaran yang lebih tinggi bagi produk petroleum yang akan dikenakan pada masa akan datang.
"Kami mahu bersedia menghadapi keadaan itu," kata Wan Zulkiflee, sambil menyatakan bahawa bahan api dan diesel yang akan dikeluarkan oleh loji penapisan Rapid akan memenuhi spesifikasi bahan api Euro 4 dan 5.
Loji penapisan yang akan direka bentuk untuk memproses minyak mentah yang diimport, termasuk minyak mentah ekuiti Petronas dari sesetengah usahasama huluan seberang lautnya.
"Kita tidak akan dapat bergantung sepenuhnya pada minyak mentah tempatan bagi membekalkan bahan mentah kepada loji penapisan kita bagi memenuhi permintaan, jadi kepelbagaian stok bahan mentah mendorong kepada keselamatan bekalan tenaga di dalam pasaran tempatan," katanya.
Produk petroleum lain dari loji penapisan itu juga akan termasuk bahan bakar jet, manakala pelerai nafta akan menghasilkan tiga juta metrik tan produk seperti etilina, propilina, olefin C4 dan C5 bagi menjadi bahan mentah loji petrokimia di kompleks itu. - Bernama

Thursday, May 10, 2012

LAMPU JALAN PARIT KUDUS-PARIT SELANGOR KERAP ROSAK

Sinar Harian Jumaat 11 Mei 2012
Lampu simpang jalan Parit Selangor ke Parit Kudus yang didakwa sering rosak

PONTIAN - Masalah lampu simpang di jalan Parit Selangor menuju ke Parit Kudus yang kerap rosak sejak kebelakangan ini menyukarkan pengguna jalan raya mengenal pasti simpang di situ.
Tinjaun Sinar Harian mendapati lampu berkenaan sudah diperbaiki, namun penduduk mendakwa lampu di simpang terbabit mengambil masa yang agak lama untuk dibaiki sehingga ada kalanya memakan masa sehingga tiga bulan.Seorang penduduk, Joe Ahmad, 38, berkata, meskipun lampu terbabit sudah dibaiki, namun ia tidak bertahan lama dan akan kembali rosak selepas beberapa bulan selepas itu.Menurutnya, akibat ketiadaan lampu, pengguna jalan raya terutamanya pemandu kereta kerap kali tersasar ke Jalan Parit Kudus.“Terdapat sebuah selekoh dari Parit Selangor yang menyebabkan pengguna jalan raya sukar untuk melihat simpang tiga di sini.“Ada kalanya, mereka tersasar ke Parit Kudus, sedangkan mahu membelok ke Jalan Parit Semerah untuk ke bandar Pontian,” katanya.Menurutnya, selain itu pengguna jalan raya juga berdepan risiko kemalangan jalan raya.“Simpang tiga yang terletak berhampiran dengan surau Parit Kudus ini turut menjadi laluan keluar masuk penduduk untuk ke surau,
“Kebanyakan mereka bermotosikal dan sukar dilihat oleh kenderaan lain yang turut keluar masuk dari simpang tiga terbabit,” katanya.
Joe berkata, masalah lampu di simpang ini sudah diajukan kepada kepimpinan kampung dan dia difahamkan masalah berkenaan akan diatasi segera.