BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES
Showing posts with label TABIR KEMANGI. Show all posts
Showing posts with label TABIR KEMANGI. Show all posts

Saturday, October 18, 2014

KEMANGI DI LIGA BOLA SEPAK PONTIAN 2014

Kemangi telah mengambil pendekatan baru menaja pasukan bolasepak Tanjung Bin Power Plant(TBPP FC) untuk kejohanan Liga Bola Sepak Daerah Pontian sessi 2014.Dalam perlawanan petang Sabtu 18 Oktober, buat pertama kalinya jersi berlogo KEMANGI telah diperagakan oleh TBPP FC ketika menentang pasukan dari Api-Api, GEMILANG FC.








Saturday, October 11, 2014

SAZALI SAMAD DI KEMANGI

8/10 dewasa Malaysia mungkin mengenali selebriti sukan ini, nama yang tidak asing Sazali Samad.Menggondol gelaran Mr. Universe sebanyak 9 kali dan beberapa kali dinobatkan Olahragawan Malaysia, sukar untuk menafikan bahawa beliau semangnya ikon sukan tersohor negara.Muncul di Kemangi ketika datang merasmikan New Generation Fitness & Gymnasium cawangan Pontian 10 Oktober lalu, menjadikan semua pengunjung ketika itu kaget seketika.Masakan tidak..tingginya tidak seberapa..tapi badannya sasa !






Friday, July 25, 2014

SALAM AIDILFITRI 1435H: CUTI 26 JULAI-2 OGOS 2014


Salam Aidilfitri untuk semua Muslimin & Muslimat.Raikanlah hari kemenangan ini dengan kesederhanaan tapi penuh kesyukuran.

Operasi Restoran Kemangi ditangguhkan bermula 26 Julai dan akan dibuka semula seperti biasa pada 3 Ogos 2014, insyaallah.

CUTI AIDILFITRI 1435H/2014 : 26/7 - 2/8/2014

Saturday, June 28, 2014

BERBUKA PUASA DI KEMANGI ?


Ramadhan menjelang lagi, kali ini edisi 1435H.Bulan ini dijanjikan Allah s.w.t kepada kita akan barakah, keampunan dan ganjaran berlipat kali ganda.Tempo harian akan jadi berubah.Disebalik pergerakan menjadi perlahan akibat menahan lapar dahaga, bazar-bazar Ramadhan, masjid dan surau, gedung membeli belah bertukar gah seketika.Kepada yang obses berbuka ala Buffet di hotel-hotel ternama, dahulukan menyemak status "Halal" disebalik keghairahan memilih menu-menu yang tip-top.

Berbuka di Kemangi ? Silakan..kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan, alhamdulillah kami panjatkan kerana pilihan tepat anda memilih lokasi kami.Halal ? Sudah tentu..Restoran Kemangi telah memegang status HALAL JAKIM sejak Oktober 2013 lagi. Selain berkonsep penuh Halaalan Toyyiba, kami menawarkan penyediaan makanan yang pantas dan lazat.

Ramadhan tidak pernah menjanjikan kelapangan buat kami kerana status yang selalu "fully booked".Sekiranya berhajat, tempah meja anda seawal mungkin ataupun kehabisan.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

TEMPAHAN: 012-9880972

OPERASI RAMADHAN: 4pm-11pm

Saturday, August 31, 2013

SALEEM-CINTA KITA BERBEZA





Saleem (sinonimnya Saleem IKLIM) dalam siri jelajah seninya bersama masyarakat Pontian, sempat 2 kali meluangkan masa singgah di Kemangi dalam masa 2 minggu. Ditemani isteri, pengurus dan krew, Saleem dengan selesa menikmati hidangan sambil memuji kualiti, kepantasan dan kelazatan makanan di Restoran Kemangi. Naratifnya, Saleem menzahirkan pada nota yang dititipkan pada naskah kelangsungan seni terbarunya "CINTA KITA BERBEZA". Sepintas lalu meneliti 10 lagu dari album ini ternyata tidak mengecewakan. Menampilkan lagu-lagu hits nukilan pelbagai komposer antaranya Eddie Hamid, Saari Amri, Tapai dan Hillary, album ini lebih daripada cukup untuk membuktikan keseriusan Saleem mengetengahkan produk terbaik untuk peminat-peminat beliau.

Sunday, August 4, 2013

SALAM AIDILFITRI 1434H / 2013

Operasi Restoran Kemangi ditangguhkan sempena kedatangan Aidilfitri dari 5 - 14 Ogos 2013





Sunday, March 3, 2013

USTAZ NAZREY JOHANI (RAIHAN) DI KEMANGI





Mungkin tak ramai mengenali nama individu ini berbanding tagline RAIHAN, pelopor nasyid kontemporari yang meledak fenomena tersendiri dekat 90 an lalu. RAIHAN yang beliau cetuskan pada 1996 bersama Azahari Ahmad (Allahyarham), Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim telah mengangkat industri nasyid Malaysia secara komersial. Lagu-lagu seperti Peristiwa Subuh, Sesungguhnya, Iman Mutiara dan Syukur telah membawa Raihan ke mercu populariti  hingga mengangkat album Puji-Pujian mencatatkan rekod penjualan album tertinggi melebihi 1.5 juta unit di Malaysia. Album Tawakkal (2006) menjadi titik peralihan kepada Nazrey Johani  meninggalkan kumpulan Raihan untuk bergerak di dalam bidang dakwah di negeri kelahirannya Sabah selain bermotivasi dan bernasyid secara bersendirian.

Ustaz Nazrey Johani bersama keluarga sempat singgah di Restoran Kemangi malam Selasa 19/2 lalu sempena program dakwah dan ceramah Maulidurrasul 1434H anjuran SK Bandar Pontian.Alhamdulillah dan jutaan terima kasih kami ucapkan atas kesudian Ustaz Nazrey Johani melapangkan masa menjamu selera di KEMANGI. Tidak ketinggalan juga kepada Guru Besar SK Bandar Pontian Encik Sadan Kosanon dan Encik Mohd Amril Norman di atas inisiatif ini.

Thursday, January 10, 2013

2013: ANTARA YANG BARU

2013 datang dengan penuh azam.Keazaman itu kami semat sebaik mungkin supaya tidak keciciran dalam usaha penambahbaikan kualiti servis dan citarasa sajian di Restoran Kemangi. 2012 telah berlalu lantas memarut impak yang bukan sedikit buat kami.Keprihatinan, pandangan dan maklumbalas pelanggan tidak pernah kami kesampingkan.Nekad dengan niat menyajikan "Yang halal itu fardhu, Yang Lazat Itu Perlu", kami bingkas merencanakan semua pandangan bernas pelanggan, tampil dengan menu-menu baru, sebahagian harganya telah dikajisemula dan dikurangkan..

1/ NASI GORENG AYAM/DAGING KUNGPAO
















2/ MEE/KETIAW/MEEHOON CELUP SIAM


















3/ MEE GULUNG SUP













 4/ MEE / KWETIAW / MEEHOON ASAM NYONYA















5/ GRAVY MEATBALL

Sunday, April 1, 2012

Sunday, January 22, 2012

ROJAK CHA-CHA


Try Rojak Cha-Cha ! Lengkap, rasanya semua ada ! Meehoon ditos, diadunkan pula dengan cucur udang digoreng rangup panas-panas dan kemudian digaul mesra bersama taugeh dan mentimun segar.Kuahnya pula diperisakan dengan aroma sos masam manis Thai.Hidangan yang ringan, sesuai untuk dinikmati bersama mood "santai", bersendirian mahupun dengan kawan-kawan.

Monday, December 19, 2011

EZAD EXIST DI KEMANGI

Tahniah dan syabas Ezad Exist atas kesudian mengunjungi Kemangi pada 18 December lalu.Penyanyi yang kini muncul solo dengan nama baru "Ezad Lazim" ini sempat meluangkan masa untuk makan malam sambil melayani peminat-peminat bergambar hatta sampai ke ceruk dapur Kemangi !



Wednesday, October 5, 2011