BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES
Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Sunday, May 11, 2014

SMOOTHIE LANCARKAN PENCERNAAN

Rasanya sedikit lemak, namun tekstur smoothie cleanse epal dan kismis ini terasa ringan serta enak dinikmati begitu saja. Ia juga banyak khasiat tersembunyi untuk membantu melancarkan fungsi pencernaan.
Menurut Indra Balaratnam, minuman smoothie berkenaan bukan hanya lengkap dengan khasiat semula jadi, malah berfungsi sebagai agen pembersih dalaman bahagian perut. 
“Di dalam smoothie ini, ditambah yogurt, epal segar, serbuk oat dan kismis, setiap satu mempunyai khasiat yang baik untuk dalaman perut. 

“Bagi menjadikan ia sebagai minuman sihat, gunakan yogurt tanpa lemak. Penggunaan yogurt dalam minuman bertujuan untuk membantu melancarkan sistem pencernaan.
Epal segar dan jus tanpa gula menjadikan minuman smoothie bertambah enak,” katanya.
Epal kaya dengan serat boleh larut dinamakan pectin yang menjadi sumber prebiotik. Ia menjadi makanan bakteria baik bagi mengekalkannya hidup di dalam usus kecil. 
Minuman yang membersihkan bahagian dalam perut itu juga boleh membantu meningkatkan kehadiran bakteria baik bagi melancarkan proses pencernaan. 
Tambahan serbuk oat bran ke dalam smoothie sebagai cara mudah membantu mengurangkan kolesterol dalam badan. 
Menurut kajian Christine D Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat, kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi. 

Serat yang tinggi dalam kismis sangat bermanfaat untuk fungsi sistem pencernaan yang lancar. 
Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 gram serat yang boleh membantu untuk membersihkan kolon atau usus dan melawaskan pembuangan air. 
Ujar Indra, penggunaan kismis dalam smoothie sudah cukup untuk memberi rasa manis secara semula jadi berbanding menggunakan bahan pemanis lain seperti gula. 

Bahan: 

1 cawan yogurt (tanpa lemak) 
1 cawan jus epal (tanpa gula) 
1 biji epal 
2 sudu besar serbuk oat bran 
2 sudu besar kismis

Saturday, December 15, 2012

GULAI TELUR ITIK DENGAN KULIT RAMBAI



Bahan-bahan:


15 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 biji kelapa – ambil santan
10 biji telur itik
20 biji kulit rambai – hiris halus

Cara membuat:


1.    Tumbuk cili padi dan kunyit hingga lumat.
2.    Masukkan cili dalam periuk, tambah santan dan masak atas api sederhana. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
3.    Apabila santan mendidih, masukkan garam secukup rasa dan kulit rambai.
4.    Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
5.    Biarkan sebentar sebelum diangkat.

Friday, October 5, 2012

MURTABAK MAGGI


 Bahan-bahannya:-

3 bungkus Maggi kari (direbus dan ditoskan)
2 paket perencah kari (yang telah tersedia didalam paket)
2 biji telur
1/2 cawan daging cincang @buger @sosej
1 biji bawang besar (dicincang halus)
Sedikit minyak untuk memasak
Sedikit daun bawang @bawang goreng
Sedikit cili besar (dipotong kecil)

Cara-Caranya:

1. Rebus 3 paket Maggi hingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Pukul telur bersama perencah kari Maggi, bawang, cili, daun bawang dan daging cincang.
3. Masukkan Maggi yang teleh dotoskan tadi.
4. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak dan ratakan.
5. Sendukkan bahan yang telah dicampur tadi dan ratakan.
6. Biar seketika dan balikkan sehingga agak garing.
7. Hidangkan.Enak dimakan dengan sos cili.

Saturday, October 22, 2011

KETAM TELUR MASIN



RESEPI



3 ekor ketam
5 biji telur masin ~ bhgn kuning sahaja
5 biji cili padi
2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu cair
2 sudu makan tepung kanji
5 helai daun kari
Garam & lada sulah secukupnya

 CARA-CARA


1. Kukus ketam hingga masak & toskan airnya
2. Gaul ketam td dgn tepung kanji & goreng dlm minyak yg banyak & toskan.
3. Campur kuning telur masin bersama mentega & masak diatas api. Gunakan api perlahan.
4. Tuang susu cair & masukkan daun kari. Kacau rata.
5. Masukkan ketam tadi & goreng hingga mesra. Sedia dinikmati.

Monday, May 16, 2011

NASI ULAM UTARA

Bahan-Bahan :

Nasi putih sebanyak yg anda suka
Ikan bakar (ambil isinya sahaja)
Udang kering (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
Ikan masin goreng (hancur2-hancurkan dan ambil isinya)
Sedikit kerisik
Bawang merah/bawang besar (dipotong halus dan digoreng tanpa minyak)
Serai (dihiris nipis)
Daun kesum,daun kunyit,daun limau purut,daun kaduk,daun pegaga atau daun-daun yg dirasakan sesuai (Semua daun ni dipotong nipis halus-halus )
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit garam
Cara-caranya :
Gaulkan rata-rata kesemua bahan dengan nasi serta hidangkan dengan lauk kegemaran anda.Sedap dimakan bersama daging bakar, ayam bakar, telur masin dan ayam masak merah.

Saturday, February 12, 2011

PECAL IKAN KELI / PECAL LELE


BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan keli
2 mangkuk santan pekat daripada  dua  biji kelapa
15 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5 cm belacan
5 cm cekur
7 helai daun cekur
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
 1. Ikan dicuci bersih dan dilumur garam.
2. Panggang hingga masak.
3. Bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan, buah cekur digoreng dan kemudian tumbuk halus.
4. Masukkan santan, bahan tumbuk dan ikan keli dalam periuk.
5. Masak dan sentiasa dikacau agar tidak pecah santan.
6. Masukkan air asam jawa dan daun cekur yang telah dihiris halus. Rasakan garam dan gulanya.

Friday, January 28, 2011

SOM THAM



Bahan-bahan:

5 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
2 sudu besar air gula kabung
1 sudu besar sos sotong
1 sudu kecil garam
50 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak
50 gm udang kering
100 gm mangga muda - parut memanjang
200 gm betik muda - parut memanjang
2 kelopak daun salad
2 tangkai kangkung
2 batang kacang panjang
Beberapa hiris limau nipis diambil jusnya
1 kuntum bunga kantan

Cara menyediakan:

1. Lenyekkan bawang putih dan cili padi hingga hancur menggunakan batu tumbuk di dalam periuk tanah.
2. Masukkan udang kering, garam dan kacang tanah, lenyekkan lagi. Masukkan pula air gula dan sos sotong, lenyekkan lagi sehingga semuanya sebati.
3. Masukkan mangga dan betik muda yang telah diparut memanjang, lenyekkan seketika.
4. Tuangkan jus limau nipis, kacau rata.
5. Masukkan kacang panjang yang telah dipatah-patahkan dengan tangan.
6. Kemudian hiris halus bunga kantan, masukkan ke dalam bahan-bahan yang lain, dan kacau rata. Hidangkan bersama daun salad dan kangkung.

MASAK TEMPOYAK DAUN KAYU

Bahan-bahan:

3 helai daun kunyit
1 cekak daun pucuk ubi
4 helai daun pucuk kaduk
4 helai daun pucuk labu
4 helai daun semangun
20 ekor ikan bilis
20 tangkai cili padi - tumbuk
3 papan petai
3 batang serai - diketuk
2 cawan santan
2 senduk besar tempoyak
2 cm kunyit hidup - tumbuk
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan;

1. Semua daun kayu dihiris halus seperti membuat bunga rampai. Petai dibelah dua dan dititik.
2. Cili padi dan kunyit ditumbuk. Campurkan cili padi, kunyit, tempoyak, serai dan santan. Kacau rata dan tambahkan ikan bilis. Masak dengan api sederhana.
3. Apabila mendidih, masukkan petai dan daun-daun kayu yang telah dihiris. Masukkan garam dan kacau hingga pekat.