Utusan Malaysia 5 Julai 2011
KUALA LUMPUR 5 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta supaya tidak meluluskan permohonan stesen televisyen berbayar Astro untuk melakukan pelarasan harga terhadap pakej yang ditawarkannya kepada pengguna mulai 11 Julai ini.
Senator Datuk Mohd. Najeeb Abdullah berkata, ini kerana Astro mempunyai jumlah pelanggan yang tinggi dan memperoleh sumber kewangan yang tetap.
"Saya difahamkan Astro mempunyai pelanggan lebih tiga juta orang dengan jumlah keuntungan yang berjuta-juta ringgit. Ternyata keuntungan ini sudah cukup membuktikan Astro mampu menanggung kos operasi siaran mereka.
"Apabila stesen ini membuat pelarasan harga, ia akan mendatangkan bebanan baru kepada pengguna,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara.
Sebelum ini Kabinet telah memutuskan bahawa Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatannya selagi ia tidak mendapat kebenaran daripada SKMM. - Bernama
BANNER KEMANGI

FACILITIES

Tuesday, July 5, 2011
SKMM DIMINTA TIDAK LULUS PELARASAN HARGA PAKEJ ASTRO
Friday, July 1, 2011
SK BANDAR PONTIAN-Action Song Group Celebration
Majlis Keraian SK Bandar Pontian sempena kejayaan muncul Naib Juara Pertandingan Action Song peringkat Kebangsaan 2011 & Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran Adik Puteri Nurhazwani & Adik Rasyid pada Khamis 30 Jun 2011, jam 8 malam.
Thursday, June 30, 2011
Wednesday, June 29, 2011
Tuesday, June 28, 2011
EASY CLEAN & SERVICES
Pontian makin meletup sejajar dengan pembangun satu dua lagi projek mega setempat.Fenomena ini bakal menyuntik kebanjiran warga luar menghujani dan menghuni bandar ini dalam sedikit masa lagi.Sebagai persediaan bagi yang memerlukan..syarikat milikan penuh Bumiputera Islam EASY CLEAN & SERVICES boleh menjanjikan apa saja khidmat pembersihan untuk anda ! 07-686 2907
Thursday, June 23, 2011
SULTAN MURKA- PBT TIDUR , NEGERI MASIH KOTOR !
Utusan Malaysia: Rabu 22 Jun 2011
BATU PAHAT 21 Jun - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan tahap kebersihan di negeri ini yang amat memalukan sepanjang pemerhatian baginda semasa Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2011 yang berakhir hari ini.
Baginda menegur Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan syarikat swasta yang mendapat kontrak memungut sampah yang disifatkan tidak melakukan tugas dengan sempurna dalam memastikan kebersihan.
"Tiap-tiap daerah ada 24 ahli majlis yang mana kerajaan bayar RM500 elaun tiap-tiap bulan, tetapi kira-kira 93 peratus tidur.
"Tak ada langsung beri pandangan, beri idea-idea bagaimana hendak bersihkan daerah. kepada ahli majlis yang tidur itu moleklah berundur," titah baginda pada sidang akhbar selepas merasmikan Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di sini, hari ini.
Turut mengiringi baginda ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Penasihat MAIJ, Datuk Nooh Gadut dan Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin.
Sultan Ibrahim bertitah, pihak swasta yang diberi kontrak memungut sampah di negeri itu dilihat gagal meningkatkan mutu perkhidmatan berbanding sebelum perkhidmatan itu diswastakan.
"Beta minta Kerajaan Persekutuan ambil tindakan yang serius kerana kalau syarikat-syarikat swasta ini tidak boleh buat kerja, serah balik kepada kerajaan negeri untuk menjalankan kerja pungutan sampah.
"Ada juga contohnya di Kluang, lori memungut sampah berkurangan. Dahulu ada 25 lori, tetapi kini tinggal 15 buah sahaja. Jadi, pungutan sampah tidak mengikut jadual," titah baginda.
KMJ 2011 edisi ke-14 yang bermula Sabtu lalu dan merentasi 10 daerah di Johor melabuhkan tirainya hari ini.
Monday, June 20, 2011
TANJUNG DAWAI-GUNUNG JERAI-PANTAI MERDEKA
Cukup terpalit kenangan nostalgik bila menjejaki Tanjung Dawai di muara Sungai Merbok, Kedah.Pekan kecil penghujung jalan ini tersaji alun gemalai lambai kelapa dan rhu di seberang Pantai Merdeka.Pada alam satu sudut lagi, Gunung Jerai mengintai manja di celahan belahan gemawan.Cukup puitis..sinonimlah kalau Pak Long melagukan melodi ini penuh melankoli dalam "Cinta Pantai Merdeka", dendangan kumpulan TROPIKA
Bazaar Tanjung Dawai menyediakan pelbagai menu tengahari yang cukup meruntun nafsu makan.Ikan, sotong, udang dan kerang bakar panas-panas cukup mantap !Laksa Kedahpun boleh tahan!
Gunung Jerai berdiri gagah sambil mengintai di celahan gemawan |
Pasti lazat..makan dan santai berlatarbelakangkan gamitan panorama Pantai Merdeka |
Jeti Tanjung Dawai..pemandangan dari Bazaar Tanjung Dwai |
Produk nelayan tempatan Tanjung Dawai..antara yang mesti dibawa balik ! |
Subscribe to:
Posts (Atom)