BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Sunday, October 17, 2010

ARNAB: EKSOTIK DAN REALISTIK

Umum mengetahui arnab memang cute, setara layaknya dengan kucing.Maka sebab itulah arnab dipeliharai ramai sebagai binatang peliharaan peneman.Tapi secomel manapun ia, arnab masih dianggap kurang "penjiwaan" berbanding kucing.Arnab dilihat kurang manja, kurang mesra, kurang pemahaman, kurang perasaan.Kucing lain..responnya dahsyat, penjiwaanya keramat hinggakan ramai berfirasat kucing memahami setiap apa yang kita kata.Ketika kali pertama menggalasi tugasan menyembelih dek kerana yang lain tak sanggup..berdebar-debar jugak hati dibuatnya.Kata orang arnab rela dan tawakkal dalam paksa, lantaran kelopak matanya bergenang jernih ketika disembelih.Benar atau dibuat-buat, tidaklah dapat dipastikan.Tetapi kalau anugerah allah yang halal untuk kita jamah ini kita was-was, teragak-agak, kasihan, tak berapa sanggup..alamat kira jangan sembelih dan jangan makan langsunglah !
Rupanya-rupanya banyak yang istimewanya pada arnab ini.Darahnya tidaklah sebanyak mana, matinya pula terlalu rilek dan singkat.Melapahnya pula mudah, isinya putih kemerahan langsung tidak menjelmakan kelompok lemak-lemak.Selepas membasuh tangan walaupun tanpa bersabun, tidak terbit langsung bau hanyir dan meloyakan.Pendekata, memproses arnab jauh lebih mudah dan selesa daripada ayam.
Setelah dimasak, rasanya..uummph muaah !Masa inilah..yang tak sanggup, yang kasihan, yang was-was, yang sayang.. akan menerima jawapan bahawa daging arnab sememangnya lazat !Daging arnab mempunyai kadar protein yang tinggi selain kandungan serat halus yang juga tinggi.
Kandungan airnya juga lebih tinggi(67.9%) berbanding dengan daging ternakan lain seperti ayam, kambing atau lembu.Kadar lemak yang terkandung dalam daging arnab adalah 75g/kg di mana sebahagian besar lemak tersebut adalah dalam bentuk tak tepu.Selain itu, paras kolesterolnya juga rendah iaitu 1.39mg/kg manakala kandungan natrium hanya 399mg/kg. 


No comments:

Post a Comment