BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, December 20, 2010

ADA YANG TIDAK KENA DENGAN HARIAN METRO



Metro Ahad 19 Disember Edisi Johor/Selatan
Buat ke sekian kalinya, mentelaah sebuah tabloid bernama "Harian Metro" ini membuatkan teman sedikit melugai berbaur gusar.Selama ini memang terperasan pun, tapi tak kisahlah.Barangkali tak ada apa yang meralatkan hati teman.Nak dikatakan teman melanggan hatta membeli naskahnya sehari-harianpun..tidak juga.Tapi kalau dalam sepuluh kali membeli..enam atau tujuh kali tersogok dengan tajuk utama "sensasi", tidaklah itu kebetulan, bahkan sengaja namanya.Bukan lebur RM1.50, untung rugi membeli yang teman kisahkan, tetapi lebih kepada harga sebuah penerangan yang perlu diberikan terhadap anak-anak, pada setiap kali perkataan dan ayat-ayat "songsang" dicanang di muka hadapan Harian Metro.Adatlah kanak-kanak yang dalam proses memperkasa dan memperkayakan tatabahasa dan nahu, alhasilnya..kitalah yang menahan tebal muka !
Malam Sabtu 18 Disember, teman menonton bolasepak dengan kawan-kawan.Punyalah taksub teman dek pukulan Malaysia membenam ego Vietnam dengan agregat 2-0 sekaligus melangkah ke final AFF Suzuki Cup selepas 14 tahun.Keesokannya, saki baki ketaksuban itu berterusan bila teman seawal pagi bergegas mendapatkan 3 tabloid utama bahasa Malaysia.Hajat dan suspen yang teman simpan untuk menghayati detik-detik cemas perlawanan semalam yang diterjemahkan melalui tulisan, jadinya sedikit terencat gara-gara Harian Metro: AHAD 19 DISEMBER 2010 Muka Depan: "SAKIT BANG !"-"Diseksa suami di ranjang".Menambahkan kejelikan, berita dan ulasan Malaysia melangkah bergaya ke final AFF Suzuki Cup selepas 14 tahun-TIADA ?

Terkedu..kalaulah teman ini menteri kanan Malaysia yang sebok merasmikan itu ini demi agenda memartabatkan bangsa dan negara, atau paling tidak teman ini K.Rajagopal yang berjaya melangsai agenda bolasepak negara selepas 14 tahun mengintai final AFF Suzuki Cup..teman selayaknya digodam kecewa yang bukan kepalang kerana "Abang yang menyiksa, dan adik yang tersiksa di ranjang" lebih memberi makna kepada wartawan-wartawan Harian Metro. Lalu teman yang dangkal etika tabloid Malaysia inipun merasa jijik, bahkan melampau rasanya kalau tabloid HARIAN.. memancing "rating" dengan topik semberono sekaligus gagal mengetengahkan isu-isu penting negara atau dunia menjadi tajuk utamanya.Kalau kempunan sangat nak siarkan cerita sensasi yang dah berkoyan-koyan dalam simpanan menunggu masa siaran..elok pihak berkenaan berikan saja Harian Metro lesen tabloid mingguan ataupun bulanan.Itu memang patut !

No comments:

Post a Comment