BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Saturday, December 4, 2010

GAHARU LAHIRKAN JUTAWAN VERSI BARU

PENGENALAN GAHARU
Gaharu adalah sejenis damar yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok  ke atas serangan fungus/bakteria (penyakit). Pokok yang diserang akan menyebarkan sejenis minyak berbau bagi melindungi bahagian yang cedera (sama ada akar, batang, dahan dan sebagainya ) di mana minyak ini lama kelamaan akan menjadi keras sehingga terbentuknya damar.
Gaharu mengeluarkan bau wangi apabila dibakar.Gaharu dihasilkan daripada baka pokok kayu yang dikenali dengan nama Pokok Gaharu, Pokok Depu ataupun Pokok Karas. Nama saintifiknya pula adalah Aquilaria dari famili Thymelaecae. Hanya lapan jenis Aquilaria sahaja yang berupaya menghasilkan gaharu. Penghasilan gaharu terbanyak datangnya daripada jenis Aquilaria Crassna , Aquilaria Malaccensis, Aquilaria Agallocha and Aquilaria Sinensis.

KEGUNAAN GAHARU
 Gaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek seni dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keagamaan. Pati minyak yang di ekstrak daripada gaharu pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi sebagai contoh, minyak ‘attar’, iaitu wangian berasaskan air yang mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian tersebut digunakan secara meluas oleh orang Islam.Kini ekstrak gaharu juga digunakan dalam pembuatan sabun dan sampoo wangian serta penghalau serangga.Pucuk Gaharu juga menerima permintaan tinggi kerana mempunyai mutu perubatan tersendiri, manakala akar dan ranting Gaharu digunakan untuk rawatan dan produk aromatheraphy.
NILAI GAHARU
Di pasaran tempatan teras gaharu dijual berdasarkan mutunya yang dibahagikan gred-gred tertentu iaitu di antara RM1000.00 hingga RM25,000.00/kg.
Pati minyak yang diekstrak juga dijual berdasarkan mutunya mengikut gred tertentu iaitu di antara RM350.00 – RM1200.00/pertola/ atau 12 ml.
Ketulan kayu / wood chip gaharu dijual berdasarkan mutu mengikut gred dari RM4 – RM350/kg.Bahagian-bahagian lain iaitu ranting, akar dan pucuk dianggar bernilai sehingga RM500 sekilogram.

 MENGAPA PERLU MENANAM GAHARU?
Kerana pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi.Purata setiap pokok bernilai antara RM 2 000 hingga RM 5 000 sebatang selepas  6 tahun.Setiap kita harus berusha menanam sekurang-kurangnya 1000 batang iaitu seluas dua ekar.

INGAT:  1000 BATANG X RM 3 000 = RM 3 000 000

Keperluan :      1.     tanah 2 ekar
                       2.     modal RM 20 000
Pulangan   :             RM 3 000 000
Masa         :             6 tahun (purata pendapatan 500 ribu setahun)
 

No comments:

Post a Comment