BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Thursday, January 6, 2011

KHASIAT DELIMA



DELIMA ataupun nama saintifiknya Punica granatum kaya dengan sodium, riboflavin, tiamin, niacin, vitamin C, kalsium dan fosforus yang dapat membantu mengurangkan beberapa masalah kesihatan termasuk radang perut, tekanan darah tinggi serta melegakan cirit-birit.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, ia dibawa ke China oleh Dinasti Han kira-kira 100 tahun sebelum masihi dan digunakan sejak berabad lalu sebagai bahan perubatan tradisional.

Air buah delima juga digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah pernafasan berbau.
Tidak hanya membantu menangani masalah kesihatan, buah delima mengandungi kandungan aktif agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenal pasti kawasan yang mengalami masalah pigmentasi teruk bagi menghentikan pengeluaran sel yang menghasilkan melanin bagi mengurangkan masalah itu.

Di samping itu, buah ini juga mengandungi bahan antioksidan yang dapat merangsang pengeluaran elastin dan kolagen sihat yang bermanfaat pada kulit.

Antioksidan ini diperlukan bagi meneutralkan dan melindungi sel kulit daripada rosak akibat terdedah kepada radikal bebas di persekitaran.
Malah, ia mempunyai keupayaan untuk memperbaiki tahap kekeringan kulit dan menjadikannya bahan sesuai bagi rawatan sama ada untuk mencerah, melembap, menyeri dan antipenuaan.

INFO
- Buah delima berasal dari kawasan Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
Kulitnya mengandungi asid tannin yang berkesan untuk menangani masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit.
- Di beberapa kawasan di Iran dan Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah pernafasan berbau. Ia turut membantu membersihkan mulut dan gigi serta mencegah jangkitan mulut.
- Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah.
- Ia membantu membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Buahnya yang masam juga boleh mencegah daripada muntah.
- Ada tiga jenis delima iaitu delima putih, merah dan ungu namun delima paling terkenal untuk dijadikan ubat adalah delima merah.
- Buah delima juga menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.

No comments:

Post a Comment