BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, March 28, 2011

MAJLIS AGAMA ISLAM SARAWAK TARIK BALIK 3 SIJIL HALAL

SINAR HARIAN: 28 Mac 2011

SIBU - Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS) menarik balik tiga sijil halal daripada tiga syarikat di Kuching awal tahun ini kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, mereka didapati gagal mematuhi standard dan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).
"Salah satu sebab paling serius sijil halal itu ditarik balik kerana menggunakan bahan beralkohol dalam masakan," katanya selepas menyampaikan sijil pengesahan halal MAIS di sini hari ini.
Daud berkata, dua daripada pemegang sijil yang digantung itu kini dalam proses untuk membuat permohonan baru.
Kini terdapat sebanyak 320 pemegang sijil halal di negeri ini.
"Sijil halal akan dikembalikan semula kepada syarikat atau premis makanan yang digantung sijilnya jika mereka dapat mematuhi syarat yang ditetapkan setelah diperiksa dan diaudit semula oleh pegawai JAIS," katanya.
Daud berkata, semua pengusaha premis makanan atau pengeluar produk yang telah mendapatkan sijil halal diingatkan supaya sentiasa mematuhi standard dan prosedur termasuk soal kebersihan seperti sanitasi, sistem pengaliran dan kumbahan, kebersihan persekitaran dan sebagainya.
Beliau berkata, penggunaan logo halal dibenarkan dalam tempoh dua tahun tetapi ia tidak diperbaharui secara automatik.
"Pegawai JAIS Sarawak dan agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Penguasa Veterinar Negeri Sarawak dan Jabatan Kimia Malaysia, Pejabat Mufti Negeri Sarawak akan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.
"Sekiranya pemegang sijil halal gagal mematuhi prosedur yang ditetapkan, maka amaran pertama akan diberi dan sekiranya mereka masih berdegil, sijil halal itu akan ditarik balik," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment