BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Wednesday, March 9, 2011

TINGKATKAN PRODUK PELANCONGAN

SINAR HARIAN 9 MAC 2011


TANJUNG PIAI - Jumlah pelancong yang mengunjungi Taman Negara Tanjung Piai meningkat setiap tahun dan bagi 2010 jumlahnya seramai 55,000 orang berbanding 2009 seramai 51,000 orang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Johor, Hoo Seong Chang berkata, bilangan pelancong yang akan melawat Taman Negara Tanjung Piai dan Pulau Kukup tahun ini akan bertambah lebih ramai lagi. Menurutnya, Taman Negara Tanjung Piai dan Pulau Kukup yang kedudukannya di bawah zon Pembangunan Iskandar bakal menjadi sebahagian daripada pakej dalam lawatan pelawat ke wilayah berkenaan. “Tahun hadapan dengan bermulanya projek Legoland Malaysia dan produk pelancongan lain maka jumlah pengunjung dalam pakej berkenaan akan bertambah banyak. “Saya telah mendapatkan maklum balas daripada pengunjung yang melawat Tanjung Piai menyatakan perlunya ditingkatkan produk sedia ada bagi memenuhi keperluan pelancongan,” katanya kepada Sinar Harian. Seong Chang berkata, beliau telah melihat sendiri produk pembangunan yang dibangunkan di Tanjung Piai seperti dewan, kawasan letak kenderaan dan dataran Tanjung Piai Tanah Penghujung Benua Asia. “Kami telah mendapat kata putus untuk membentuk produk baru bagi membolehkan pelancong tinggal lebih lama seperti pertunjukan kebudayaan dan mengadakan pelbagai cenderahati serta tempat duduk berbumbung di dataran. “Inisiatif berkenaan, mendorong lebih ramai pelawat mengunjungi Taman Negara Tanjung Piai,” katanya.

No comments:

Post a Comment