BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Wednesday, September 14, 2011

MINYAK WANGI KHAS SULTAN JOHOR


JOHOR BAHRU 14 Sept. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melancarkan minyak wangi diraja SI1 dan SI2 yang direka khas untuk baginda oleh penyelidik di Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Baginda bertitah, pembangunan minyak wangi diraja Johor itu memberi perspektif baru tentang keistimewaan negeri ini dan merupakan sejarah baru yang semestinya didokumenkan.
"Keunikan Johor diterjemahkan dengan rekaan khas minyak wangi diraja Sultan Ibrahim iaitu SI1 dan SI2 oleh IPB melalui UTM," titah baginda pada majlis Pelancaran Buku Sejarah Adat Istiadat Diraja Johor serta Minyak Wangi Diraja di Dewan Sultan Iskandar di sini semalam.
Sementara itu, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, minyak wangi tersebut dihasilkan melalui pelbagai proses daripada sumber yang dipilih secara teliti dari bahan yang berkualiti dan bermutu tinggi iaitu minyak zafaran yang dicampur minyak pati ambar.
Beliau berkata, bahan utama menentukan ketahanan bau minyak wangi itu adalah minyak pati gaharu gred A yang diperoleh daripada pengeluar tempatan.
"Minyak wangi ini turut menggabungkan pati minyak lain seperti minyak pati kijang dan kasturi untuk menghasilkan aroma yang menarik dan harum.
"Minyak wangi SI1 dan SI2 ini diharapkan menjadi jenama yang bukan sahaja memperkenalkan Johor malah keluarga diraja Johor pada peringkat antarabangsa," katanya

No comments:

Post a Comment