BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Wednesday, September 28, 2011

NKRA BERJAYA TURUNKAN KADAR JENAYAH

Utusan Malaysia: Rabu28 September 2011


PONTIAN 27 Sept. - Pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan kadar jenayah berjaya memberikan manfaat kepada semua pihak termasuk masyarakat luar bandar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, pelbagai pendekatan yang diambil oleh pihak polis berjaya menurunkan kadar indeks jenayah kes ragut, pecah rumah dan curi.
"Menerusi NKRA, persekitaran kita kini menjadi lebih selamat kerana anggota polis sentiasa melakukan rondaan dan pemantauan di tempat-tempat yang dikategorikan sebagai kawasan panas," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Hari Raya bersama Community Oriented Policing, Pergerakan Pemuda UMNO Zon Kayu Ara Pasong, Pemuda UMNO Bahagian Pontian serta Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Parlimen Pontian, di sini kelmarin.
Kira-kira 1,000 orang menghadiri majlis tersebut yang pertama kali dianjurkan bagi memberikan peluang kepada orang ramai beramah mesra dengan pegawai dan anggota polis di kawasan tersebut.
Hasni yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian berkata, pihaknya mengalu-alukan program tersebut yang dapat merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak demi faedah bersama.
"Saya difahamkan indeks jenayah di kawasan pentadbiran Balai Polis Kayu Ara Pasong juga menunjukkan penurunan hasil kerjasama erat antara orang ramai dengan polis," katanya.
Menurutnya, beberapa program yang dijalankan oleh orang ramai seperti Skim Rondaan Sukarela (SRS) juga berjaya mengurangkan kadar jenayah dan diharap kerjasama seumpama itu dapat ditingkatkan pada masa akan datang.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati golongan belia supaya tidak terpengaruh atau terjebak dengan aktiviti seperti penyalahgunaan dadah, lumba haram dan pergaduhan.

No comments:

Post a Comment