BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Thursday, March 29, 2012

DE SOJA BANTU TINGKATKAN KESIHATAN

MOHAMED Abdul Majid bersama sebahagian daripada produk minuman kesihatan De Soja keluaran syarikatnya di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


SETIAP insan mahukan kesihatan yang baik bagi membolehkan mereka menjalankan pelbagai pekerjaan dengan selesa.
Menyedari pentingnya penjagaan kesihatan, seorang bekas telah mengambil inisiatif melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap kacang soya dengan TPMBiotech pada tahun 2009.
Matlamatnya ialah untuk menghasilkan produk minuman yang bukan sahaja dapat meningkatkan taraf kesihatan, tetapi juga mampu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat bumiputera di samping mengeluarkan produk kesihatan yang halal dan dijamin bersih.
Di Malaysia, kacang soya banyak digunakan dalam pembuatan kicap, tempe, air soya dan sebagainya. Ia juga boleh diproses menjadi minyak, kosmetik, sabun dan produk yang lain.
Bermula dengan pelaburan RM100,000 dan penyelidikan selama setahun, Mohamed Abd. Majid, 58, memajukan perniagaan produk
De Soja iaitu minuman soya dengan ekstrak Cat's claw dan Devil's claw.
Pengarah Urusan Citra Madani Enterprise itu berkata, dia mementingkan kesihatan kerana baginya hendak sihat mesti mencegah daripada penyakit dengan mengambil pelbagai langkah untuk menjaga kesihatan.
“Saya fikir kesihatan lebih penting dan kerana itu saya mengeluarkan minuman kesihatan ini dalam bentuk serbuk iaitu tiga dalam satu.
“Soya mempunyai pelbagai keistimewaan termasuk membantu kekuatan IQ kita dan anak-anak kita selain membantu menguatkan otak dan tulang,” katanya ketika ditemui di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.
Minuman soya itu mempunyai kebaikan dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh.
Antaranya, soya mengandungi kandungan protein yang tinggi, kandungan kolesterol yang rendah, berupaya membantu menghalang reput tulang kerana mengandungi kalsium yang tinggi, mengurangkan simptom monopause, menghalang dan membantu merawat kanser prostat. Juga mengurangkan risiko kanser payu dara, mengandungi gula prebiotik dalam meningkatkan imuniti dan membantu mengurangkan toksik dalam badan.
Pokok cats's claw (uncaria tomentosa) telah diselidik dengan meluas melibatkan keupayaannya untuk melegakan kesakitan.
Berasal dari wilayah Amazon, penduduk Amerika Selatan telah lama menggunakan kulit dan akar pokok cat's claw untuk menangani masalah kesihatan seperti artritis dan radang.
Sebatian dalam pokok cat’s claw dianggap boleh menghalang badan daripada mengeluarkan jisim yang menggalakkan radang dikenali sebagai prostaglandins dan faktor nekrosis tumor (TNF).
Kajian klinikal melaporkan pesakit osteoartritis dan rheumatoid artritis, mampu mengamali pembaikan ketara apabila mengambil suplemen cat's claw.
Penggunaan pokok devil' claw (harpagophytum procumbens) pula mampu melegakan arthritis, sakit belakang dan sakit peha selain membantu merawat osteoarthritis, rheumatoid arthritis, gout, tendonitis dan sakit otot. Ia juga mampu membantu melegakan sembelit, cirit-birit dan kembung perut.
Mohamed berkata, beliau sendiri yang mengalami sengal-sengal tulang telah mencuba produk itu dan mendapati ia dapat mengawal penyakit tersebut.
Menurutnya, ramai pengguna di kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang telah menikmati kekuatan produk itu yang menyebabkan penjualannya meningkat sejak dipasarkan.
“De Soja juga membantu sistem penghadaman untuk membolehkan kita membuang najis dalam keadaan selesa dan tidak perlu menunggu lebih lama dalam tandas,” ujarnya.
Mohamed berkata, pengambilan produk itu adalah berasaskan prinsip mencegah lebih baik dari mengubati.
Katanya, pemikiran bawah apabila sakit sudah teruk baru hendak berubat perlu dibuang oleh masyarakat sebaliknya mereka perlu berikhtiar mencegahnya.
“Kalau badan sihat, kita boleh melakukan ibadah dengan selesa dan mendapat kesempurnaan.
“Kalau duit banyak, tetapi badan tidak sihat kita tidak boleh buat apa-apa kerana ia tidak bermakna dalam kehidupan,” katanya yang memilih bersara awal sebagai guru besar cemerlang di Sekolah Kebangsaan Penaga, Seberang Perai Utara tahun lalu.
Produk De Soja yang kaya dengan protein, lemak, karbohidrat dan kalori itu mengandungi 20 paket dijual dengan harga RM59.90 sekotak bagi Semenanjung dan RM64.90 bagi Sabah/Sarawak.
Setakat ini, ia dipasarkan oleh beberapa agen yang dilantik di seluruh Pulau Pinang sahaja dan pihaknya akan memperluaskan pemasaran produk itu di seluruh negara tidak lama lagi.
Mereka yang berminat menjadi pengedar produk De Soja boleh menghubungi beliau di No. 39A Lorong Bertam Indah 1, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang atau telefon 04-5752636/0164429617 atau Mohd. Husni Mohamed di talian 016-4144342 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment