BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Saturday, March 24, 2012

MALAYSIA PENGEKSPORT TERBESAR BARANGAN HALAL ANTARABANGSA

JELI - Malaysia kini pengeksport barangan halal terbesar ke pasaran antarabangsa dengan mencatat nilai RM35 bilion tahun lalu berbanding negara jiran yang menjadi pesaing.

CEO Halal Industry Development Corporation, Datuk Seri Jamil Bidin berkata, ia merupakan angka yang terbesar bagi eksport tahun lepas sekali gus menjadikan Malaysia jauh lebih ke depan dalam industri halal di dunia.

Menurutnya, ia dilihat melalui keuntungan yang melibatkan sembilan taman perindustrian halal sebanyak RM5.8 bilion pada tahun lepas.

"Itu hanya jumlah yang dikira dalam taman industri halal sahaja, kalau dicampur dengan pelaburan di luar dari kawasan itu angkanya jauh lebih besar.

"Nilai eksport terbesar bergantung kepada ramuan halal yang digunakan untuk produk makanan dan bukan makanan seperti kosmetik, farmasi dan lain-lain berjumlah RM12 bilion pada tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas majlis Karnival Keusahawanan Halal dan Gaya Hidup Sihat Kelantan 2012, semalam.

Jamil berkata, negara pengimport paling besar bagi Malaysia antara lain terdiri daripada China, Singapura dan Amerika Syarikat berikutan tidak banyak negara yang terlibat dalam industri halal.

"Malaysia untung sebab banyak sumber kelapa sawit, kita guna dan jadikannya sebagai elemen penting dalam ramuan berbanding menggunakan sumber haiwan ia penting untuk produk yang dipasarkan di seluruh dunia adalah halal," katanya lagi.

Tambahnya, Malaysia juga jadi satu-satunya negara yang mengeluarkan piawaian halal untuk produk makanan sejak 1980-an lagi dan ia terus dikembangkan kepada bukan manakan seperi kosmetik dan farmasi.

"Selepas ini akan lebih banyak piawaian halal akan ditetapkan untuk pengurusan perniagaan untuk memberikan yang terbaik secara keseluruhan.

"Kita lihat bidang ini merangkumi pelbagai bidang seperti perkhidmatan, kesihatan, logistik dan semua itu perlu ada piawaian untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju utama industri halal," katanya.

Turut hadir pada majlis perasmian karnival dua hari yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Jeli (1) ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian, Datuk Abd Aziz Derashid dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Khamarzan Ahmed Meah. 

No comments:

Post a Comment