BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Saturday, March 10, 2012

KOMBINASI ZAMZAM, MINERAL DAN AMBAR

AIR zamzam adalah air bermukjizat yang telah diminum sejak ribuan tahun dahulu sejak ia ditemui oleh Siti Hajar yang merupakan isteri kedua Nabi Ibrahim a.s. dan ibu kepada Nabi Ismail a.s.
Ia yang berasal dari telaga zamzam yang terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah merupakan satu-satunya sumber air bersih bawah tanah di Tanah Haram itu. Ia biasa digunakan sebagai air wuduk, minuman dan perubatan dalam kalangan umat Islam sehingga kini.
Memanfaatkan kebaikan itu, Mizam Resources sebagai syarikat pengeluar produk makanan tambahan telah menghasilkan Mizam yang merupakan kombinasi air zamzam, mineral dan ambar yang mempunyai banyak manfaat ke atas kesihatan manusia.
Menurut pengasas bersama Mizam Resources, Mohd. Khairul Fahmi Uzip, Mizam adalah produk pertama keluaran syarikat berkenaan pada tahun 2009. Hari ini, syarikat itu mengeluarkan enam produk berasaskan sumber alam semula jadi seperti madu, habbatus sauda, za'faran dan hulbah.
"Kami mahu menghasilkan produk yang bukan sahaja mempunyai banyak kebaikan ke atas kesihatan manusia malah dapat digunakan dalam perubatan Islam apabila digunakan sesuai dengan kaedahnya.
"Mizam turut dihasilkan dengan bacaan doa Syifa tertentu yang digunakan dalam perubatan Islam untuk tujuan penyembuhan penyakit dan sihir," ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Fahmi menambah, air zamzam menjadi bahan utama kerana selain merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. ia juga menyimpan pesanan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.
"Bekalan air zamzam dan habbatus sauda yang digunakan syarikat kami adalah tulen.
"Kami mendapatkannya melalui sebuah syarikat pembekal iaitu syarikat Jaffar Rawas Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan," jelasnya mengenai syarikat tersebut yang banyak membawa masuk produk Asia Barat terutamanya Arab Saudi ke negara ini.
Keseimbangan
"Mineral semula jadi yang terkandung di dalam Mizam pula adalah sumber alam yang lengkap dan seimbang. Menerusi kajian para penyelidik perubatan, ia mempunyai kesan positif terhadap kesihatan tubuh manusia," terang Fahmi.
Sementara itu, tambahnya, ambar turut digunakan dalam perubatan Islam sejak ribuan tahun dahulu.
"Ia membantu menyerap toksin, racun dan ion negatif dalam badan yang dinyahkan melalui sistem perkumuhan sekali gus memudahkan penyerapan khasiat dan mineral yang diperlukan tubuh," ujarnya.
Dalam pada itu, terdapat tatacara penggunaan Mizam iaitu dengan memulakannya dengan bacaan istighfar, Bismillah, surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas, selawat ke atas nabi sambil berniat dan berdoa agar diberi kesembuhan.
"Setelah mengamalkan Mizam, kesannya berbeza mengikut individu. Selain itu, amalan penggunaan Mizam untuk tujuan perubatan Islam turut mempunyai beberapa doa tambahan yang perlu dibaca iaitu ayat Kursi dan empat Qul sebelum ditiup ke dalam air sehingga habis nafas.
"Air yang sudah dibacakan doa dan selawat berkenaan juga boleh dihidangkan kepada orang lain seperti pesakit dengan menyapukannya ke seluruh wajah mereka," katanya.
Menurut Fahmi, Mizam digunakan dalam perubatan Islam di Pusat Rawatan Ikhtiar Darul Syifa' di Terengganu.
Proses penyelidikan
"Kami juga melalui proses penyelidikan sebelum memasarkan produk-produk keluaran syarikat kami.
"Ia telah mendapat kelulusan daripada unit penyelidikan kualiti makanan Unipeq, iaitu anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menjalankan analisis ke atas sampel produk kami," kata Fahmi.
Mizam telah dipasarkan ke seluruh negara termasuk Singapura dan bakal menyusul di Brunei dan Indonesia dalam masa terdekat ini.
"Produk-produk lain yang turut dipasarkan ialah minuman berasaskan madu iaitu madu Sauda dan Rijal untuk wanita dan lelaki serta madu Minda untuk semua, sabun Sufi sebagai pencuci wajah herba dan Baukem yang merupakan serbuk herba khas untuk rawatan kencing manis," jelasnya.
Mizam Resources boleh dihubungi di talian cawangan utama 019-458 0187, cawangan pantai barat 014-245 1000, cawangan selatan 018-792 9296, talian ibu pejabat 019-928 5019 atau hubungi Fahmi di talian 019-307 8280.

No comments:

Post a Comment